Assalamualaikum cinta.
Malam ni feeling love gitu sebab dah dua malam duk ushar google cara nak buat photo booth yang cantik dan menarik di hari perkahwinan nanti. opss jangan kata hazanis dah nak kawin, ini semua sebagai tambahan ilmu dan maklumat untuk perkongsian bersama. mana tahu timbul idea untuk buat satu photo booth yang cantik di hari perkahwinan atau pun sebarang majlis yang bakal menjelang tiba.
mungkin wujudnya photo booth dapat memberikan kelainan di hari istimewa. okay ushar dulu gambar, lepas tu kita cari idea macam mana nak buat semua ni. Yang otak kreatif mungkin kacang je bagi korang, tapi bagi otak tepu macam hazanis ni ambil masa untuk belajar. Lollz
Pastikan sebelum tu baju pengantin dah siap tempah okay, bagi bakal pengantin elok sangat terjah entri ini. "Baju pengantin 2013", "Busana pengantin dan tunang", & "Busana pengantin edisi peplum". Mungkin dapat membantu sahabat semua.
theme photo booth garden memang cantik sangat. sesuai yang ingin tampak kelainan di hari bahagia. jumpa gambar ni di google, style English memang kebanyakan macam ni. tapi ada juga pasangan malaysia kita yang buat theme macam ni. berduit, mampu lah. teheee sewa taman KLCC lagi meletop. Mihmih
Photo booth simple macam ni sepertinya memerlukan budget yang rendah. just sediakan kerusi yang ohsem dan sediakan backdrop wallpaper untuk memastikan dibahagian belakang kelihatan cun! humm simple tetapi menarik kan? oh idea dah datang. winkk lagi pun memerlukan ruang yang kecil sahaja.
yang ini pula memerlukan kertas ataupun tissue khas. so yang kreatif boleh cuba buat sendiri. cuma budget untuk beli peralatan untuk alah belakang tu. lozz lepas tu tempek kat dinding rumah. siap! erk?ingat senang ke. jom cuba buat. :)
haaa, idea macam ni bagus. sediakan belon banyak-banyak lepas tu tiup dan letak atas lantai tempat shoot. oh indahnya dan sweet gitu. budget pun tak banyak. dari menempah pelamin beribu-ribu baik sediakan sedikit budget untuk buat photo booth ni. so bila kawan-kawan datang diorang boleh bergambar di photo booth kan. nak bergambar atas pelamin memang tak sempat la kan kawan-kawan anda itu. grrr
Owner blog ni sangat lah cantik. banyak maklumat berguna dalam blog beliau. jemput terjah tau. opss selamat pengantin baru akak.
yang last sekali theme vintage, mempersonakan sebab menggunakan color pastel. alololo sangat comel, macam bersemangat pulak nak buat photo booth untuk hari perkahwinan nanti. angan-angan, entah jadi ke tidak. hoho akan tiba saaat itu, tunggu dan lihat.
cun tak?buat bakal pengantin hope dengan entri ini mampu membantu dan menambahkan idea untuk majlis perkahwinan korang. buat perancangan dengan bijak dan yang paling penting jangan membazir. terima kasih buat google kerana gambar anda wujudnya entri ini.
Thanks for reading. hikss salam. xoxo.