RESEPI

TRAVEL

TIPS

Percutian ke Sabah dan Tempat Menarik Boleh Dilawati

by - 12:23 AM

Percutian ke Sabah | Memang dah lama Blog Love is Cinta bercuti menulis tentang #Travelog. Kali terakhir bercerita kisah 'Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung'. Itu pun 2, 3 bulan memori berlalu baru dikongsikan di blog, itu dah memang penyakit malas lagi-lagi baru je kahwin. Opsss, jadi yang ni alang-alang bulan Mac 2017 yang lepas, Mek Cah dan puteri kesayangan bercuti di Sabah. Cepat-cepat nak kongsikan memori ini takut makin terlupa dengan tempat menarik di Sabah. Mana tahu pengalaman percutian ke Sabah dapat dimanfaatkan oleh semua yang bakal bercuti ke sana.

Alhamdulillah nasib baik tempat penginapan di Sabah dah ada iaitu rumah kakak sendiri. Memang dah lama merancang untuk bawa Alisha Safiya terbang ke Sabah walaupun tanpa suami memandangkan suami sibuk dengan kerja. Alhamdulillah, sepanjang bercuti Alisha okay je, tak banyak sangat meragam cumanya malam waktu tidur ada la jugak Alisha mengigau teringatkan papa dia. Itu normal la kan. 

percutian ke kundasang sabah
Paling rindu tempat di sabah ialah Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang
Oh ya! total kos penerbangan pergi dan balik dari Kota bharu ke Kota Kinabalu ialah RM300 tau, itu pun kos sekali dengan baby Alisha. Lagi satu seminggu sebelum fly baru Mek Cah booking itupun setelah dipujuk rayu oleh kakak Mek Cah. Hihihi

Sebenarnya ini kali ke-3 Mek Cah terbang ke Sabah dari Kota Bharu. Sebelum ni tak pernah pun kongsikan di blog. Tapi untuk kali ini sebagai kenangan Mek Cah nak kongsikan pengalaman dan antara tempat menarik yang korang boleh kunjungi ketika berkunjung ke Sabah. Okay, Mek Cah nak kongsikan antara tempat menarik yang sempat Mek Cah lawati di Sabah ialah :

1) Pasar filipina



 Pasar filipina sabah
Masa ni emak dah sangkut dengan satu kedai, terus borong dan packing siap-siap untuk dibawa balik semenanjung.

Hari pertama sampai di Sabah, terus singgah di Pasar filipina dan Pasar Malam Sinsuran. Sebut sahaja Pasar filipina memang dah ramai kenal sebab hanya terletak di bandar Kota Kinabalu sahaja. Semua pelancong dah tahu tempat nak borong ole-ole kat mana. Macam emak Mek Cah kalau ke Sabah tentu nak beli udang kering untuk berniaga di semenanjung. Selain itu, makanan ringan wajib beli tau untuk saudara di semenanjung. Kat sini memang popular dengan Amplang, Kuih Cincin, Kerepek , ikan kering, dan banyak lagi lah. Lagi satu masa ni popular dengan Biskut Garry. Jadi Mek Cah borong sekotak terus untuk dibahagikan apabila sampai semenanjung. 

tempat menarik di sabah 1
Memang mencabar kalau bercuti bersama anak, masa ni Alisha dah mengantuk kepenatan.

2) Pasar krangkraf 

Berhampiran kawasan Pasar filipina ada juga Pasar krangkraf, banyak pilihan kerongsang, gelang, butang baju melayu , baju tshirt cenderahati, beg galas, beg berotan, dan banyak lagilah. Korang juga boleh shopping ole-ole kat sini memandangkan Sabah memang terkenal dengan mutiaranya. Mek Cah tak lepaskan peluang untuk shopping kerongsang untuk mertua. Tips masa shopping, korang perlu survey dulu harga berlainan kedai barulah korang tidak tertipu dengan harga yang mereka tawarkan.

3 ) Pasar Malam Sinsuran

Emak Mek Cah memang excited kalau datang ke sini. Mana taknya semua makanan basah kat sini murah-murah je berbanding di semenanjung. Lagi satu ikan-ikan dan udang memang segar, terus emak Mek Cah shopping banyak-banyak sebab kami suka makan udang dan sotong. Hikss kami ke Sabah selama seminggu rasanya dalam 2x jugak la kami ke sini. 



tempat menarik di sabah
percutian menarik ke sabah

Korang!, jangan lupa tau beli pisang goreng kat sini memang terbaik, sedap. Sampai sekarang Mek Cah duk teringat pisang goreng Sabah. Memang banyak gerai yang jual pisang goreng tapi pandai-pandai la yer korang pilih sebab ada yang biasa-biasa je. Kalau dah nampak sedap tu beli je, jangan ragu-ragu tau. Selain tu, korang jangan lupa cuba air avocado kat Pasar Malam ni sebab sedap sangat. Di Sabah memang banyak buah avocado, harga murah berbanding dekat semenanjung. Airnya memang terbaik dari ladang, sedap! sampai Mek Cah balik semenanjung termimpi-mimpi tau!


tempat menarik di sabah
Nikmat makan pisang goreng sampai tak dipedulikan orang sekeliling.

4) Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang



 
Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang memang popular dikalangan pelancng. Ehem! ni masuk kali-3 kalau tak silap Mek Cah berkunjung ke sini. Memang tak pernah jemu untuk singgah di Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang, almaklumlah tempatnya sejuk dan nyaman. Lagi satu bila kat sini korang boleh la feeling macam duduk kat New Zealand. lolzzz Tapi seyess pemandangan kat sini sangat cantik tau. Tak percaya? korang wajib singgah! Masa Mek Cah berkunjung ke sini memang ramai giler orang. Untuk dapatkan parking pun korang kena pusing 2-3 kali. Waktu weekend, masa ni lah ramai keluar bercuti dengan keluarga. 

tempat menarik di sabah kundasang

Masa kat sini jadi model produk kecantikan Suspa Beauty kejap. Tak salah support business adik sendiri kan. Korang jangan lupa cuba tau, memang terbaik. (Review Suspa Beauty Berkesan Untuk Kulit Berjerawat Dan Jeragat ).

Desa Cattle Dairy Farm

Bila korang sampai ke sini jangan lupa cuba susu lembu yang fresh dari ladang gitewww. Alhamdulillah harga tak mahal, harga mampu milik macam dekat shopping mall je. Tengoklah gambar ni, ramai giler orang. Disebabkan kempunan kami beratur juga, sabar tu yang penting.

5) Ladang Teh Sabah, Ranau

Selepas menghabiskan masa beberapa jam di Desa Cattle Dairy Farm, maka kami bergerak ke Ladang Teh Sabah yang terletak di Ranau. Perjalanan memang agak berbatu-batu jugak untuk sampai ke sini. Sayang tayar kereta oiiiii bila jalan atas batu-batu dengan jalan yang tak berapa okay. Ingatkan tak ramai sampai kesini, tup tup ramai jugak orang ke sini. Mungkin mereka semua tak nak melepaskan peluang melawat Ladang Teh Sabah , alang-alang dah sampai di Ranau kan.

tempat menarik di sabah ladang teh
Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.

Alamat: KM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak Beg berkunci No.2, 89309, Ranau, Sabah, Malaysia

Waktu perniagaan: Dibuka hari-hari · 7:00PG–8:00PTG

Ladang Teh Sabah Ranau

tempat menarik di sabah
Gambar sumber dari Google
Dekat Ladang Teh Sabah, Ranau ni korang boleh beli teh Sabah original. Macam-macam perisa ada, kopi dan bla blaaa, memang ramai jugak la singgah beli kat sini sebab harga pun tak de la mahal sangat. Masa sampai tu matahari dah terik atas kepala, nak bergambar pun rasa macam malas je. Lagi satu bila bawa anak jalan-jalan ni kita kena tengok mood anak jugak kan kalau nak ambil gambar, kalau cuaca panas memang kesian kat baby. Tak gitu?

tempat menarik di sabah
Memang matahari dah tegak atas kepala, mood nak bergambar pun kelaut sudah!

5) Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau

Alhamdulillah, sebelum kahwin Mek Cah dah berkunjung di sini. Sekarang dah ada anak jadi memang tak akan lepaskan peluang untuk bawa Alisha berkunjung ke Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti. Lagi satu Alisha memang suka tengok binatang, lagi-lagi yang banyak bergerak. 


Tagal' Luanti merupakan sebuah sungai yang menjadi lokasi pelancongan kerana terkenal dengan spa ikan yang terdapat di sini. Berbeza dengan ikan-ikan lain yang takut dengan manusia, ikan-ikan di sungai ini amat suka dengan manusia. Teheeee
 Alamat: Ranau Tagal Sg. Moroni, Malaysia
Waktu perniagaan: Dibuka hari ini · 8:30PG–5:00PTG


Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau
Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau

Untuk ke sini wajib ada tiket tau. Tapi Mek Cah tak pasti RM berapa yang mereka kenakan kepada pengunjung, tiket masuk ni abang ipar yang belanja. Alhamdulillah, lagi satu jangan lupa tau beli makanan untuk ikan RM1 sahaja, baru lah ikan-ikan semua datang tempat korang. Masa tulah korang akan mula rasa geli-geli dekat kaki dengan ikan tu semua. Fuh! kadang nak menjerit pun ada takut ikan-ikan tu semua gigit kaki. Huksss


percutian di sabah
Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau
6) Kebun Strawberry
Yang ni Mek Cah singgah kejap je, memang excited nak masuk dalam kebun Strawberry, tapi bila tanya dekat kaunter buah Strawberry bukan pada musimnya. Jadi buah Strawberry pun kurang, apa yang menarik tiket masuk ke sini hanya RM1 sahaja tau tapi korang tidak dibenarkan untuk petik buah Strawberry tu. Yang penting jujur tau!

Jadi bila bincang dengan family, mereka cakap tak payah masuk lah sebab bukan musim buah Strawberry. Lagipun pengalaman makan buah Strawberry dah merasa di Cameron hari tu 'Tempat Menarik Di Cameron Highlands'. Okay redha, jom kita balik. 


7) Cowboy Town, Tuaran


tempat menarik di sabah

Cowboy Town Tuaran juga menjadi salah satu tarikan terbaru di negeri Sabah. Alhamdulillah Mek Cah pun sempat kesana bersama keluarga, masa kitorang pergi tengahari jadi memang panas lit litt tau. Singgah ambil gambar sahaja. Kawasan memang cantik ala Cowboy Town dan pengunjung juga boleh menunggang kuda tau. Nak tahu lokasi korang boleh google atau waze je tau.

tempat menarik di sabah
Alisha, tataplah kuda tu puas-puas yer . Lolz
percutian menarik ke sabah
Kami wanita terhebat, sasa, jaja , ma. :D
Selain itu, banyak lagi tempat menarik di Sabah yang belum sempat Mek Cah kunjungi. Antaranya ialah:-

8) Taman Kinabalu
9) Kundasang War Memorial
10) Pasar Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu

11) Rumah Terbaik

Percutian ke Sabah Serta Tempat Menarik Boleh Dilawati | Itu sahaja lah sempat Mek Cah kongsikan dengan semua tentang percutian ke Sabah dan tempat menarik di Sabah. Insyaallah akan datang Mek Cah akan review tentang penginapan selesa di Kundasang jika korang merancang untuk bercuti di sana. Papaii, penat tau menulis. Fuh!

You May Also Like

4 kata-kata indah...

  1. info yang best sebab saya sedang usha tempat percutian bersama family tahun ni.TQ sis

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. terbaik. Info yang details untuk pelancongan ke bandung. Bandung memang tempat yang bagus utk shopping. nak tanya la sikit, makanan dekat Bandung, harganya ok tak?

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥