Resepi Susu Pisang Viral Ala Nilofa

Resepi Susu Pisang Viral Ala Nilofa | Assalamualaikum. Semenjak jadi surirumah gigih tau Mek Cah masak hidangan istimewa untuk suami dan anak-anak, yang terbaru 'Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah!'. Sedap atau tak tetap berusaha masak untuk isi rumah. Kalau tak sedap cuba perbaiki lagi skill memasak tu. Yang penting perut suami dan anak-anak kenyang. Begitulah tanggungjawab isteri, semoga pahala kelas VIP untuk golongan isteri ni. Okay semenjak viral susu pisang Nilofa Mek Cah tak pernah langsung ada perasaan nak cuba tapi perasaan ingin cuba untuk buat sendiri itu ada. Lagi-lagi bila tengok review dari vlogger kata susu pisang Nilofa ni sedap tapi 8 rating daripada 10. Ekekeke so buat sendiri lagi jimat dan berkhasiat. Bahan-bahan pun senang sahaja. Mek Icha dan Adam Sufi pun minum bertambah, Encik Husband apa kurangnnya cakap sedap la ummi. Opsss terus kembang lobang hidup ummi dia. Lolzzz

Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
Resepi Susu Pisang Viral Ala Nilofa
Resepi Susu Pisang Viral Ala Nilofa

Bahan-bahan Resepi Susu Pisang 
diperlukan:
2 biji pisang/cavendish banana
Susu segar (2 cawan, anggaran 2 orang)
4 sudu kecil brown sugar (boleh kurangkan/lebihkan, terpulang)
Esen pisang - 2 titik
2 gelas ais - lebihkan kalau suka

Resepi Susu Pisang
Resepi Susu Pisang

Cara menyediakan:
1. Pisang, susu segar, brown sugar, esen pisang, ais dimasukkan ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga sebati.
3. Pasti sedap dan dapat disediakan dalam masa 5 minit saja.

Amacam? kalau bahan kat dapur dah cukup buat la sekarang. Dah cuba resepi ni bagitahu Mek Cah tau sedap ke tidak. Insyaallah susu pisang buat sendiri lebih berkhasiat daripada yang beli punya sebab yang beli cuma banyak perisa tambahan. Tak gitu?

Resepi Susu Pisang Viral Ala Nilofa
Gigih Screenshoot hasil post di MAHN. Ecehhhh buat kenangan gituhh. Kali pertama berkongsi resepi. Insyaallah kalau diberi umur yang panjang banyak lagi resepi yang bakal menyusul. Papai.

Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan

Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan Sebut sahaja kedai makan viral terus Mek Cah nak cuba tapi jarang kongsikan pengalaman disini. Sebenarnya dah banyak kali Mek Cah singgah makan di Kula Cakes jika ada urusan di Kuantan. Maklumlah Kerteh-Kuantan dekat sahaja dalam 1 jam perjalanan kalau guna LPT2. Kejap je suami Mek Cah pecut tup-tup dah sampai. Tapi kali ni lain sebab Mek Cah bawa adik kesayangan jalan-jalan Kuantan dan terjah tempat makan viral disana. Insyaallah next artikal nanti Mek Cah kongsikan tempat makan Patin Masak Tempoyak yang sedap di Kuantan. Dek kerana terlalu mengidam nak makan ikan Patin Masak Tempoyak so gigih masak sendiri di artikal ini 'Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah!'.

Kula Cakes, Tempat Makan Viral Di Kuantan
Gigih nak bergambar sampai tertutup mata dek kerana dua-dua budak kecik ni tak bagi kerjasama. 

Kula Cakes yang bertempat di Kuantan ini dikenali ramai sejak dahulu lagi dimana ia telah dibuka oleh seorang bekas Pensyarah iaitu Farisha atau lebih dikenali sebagai Lila Wadi pada tahun 2011. Sambutan pengunjung Kula Cakes amat menggalakkan dan rata-rata pengunjung yang singgah menikmati hidangan kek pasti berpuas hati! Pendek kata, memang sedap sangat kek Kula Cakes.

Kula Cakes, Tempat Makan Viral Di Kuantan
Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan

Kalau nak ke Kula Cakes, kena datang awal supaya sempat dapat tempat duduk. Maklumlah terlalu ramai pengunjung Kula Cakes tambah-tambah lagi pada hujung minggu. Suasananya juga amat menyeronokkan dan tenang, sesuai untuk anda memanjakan diri menikmati kek paling sedap tanpa gangguan. Alhamdulillah masa Mek Cah kesana kebetulan tak ramai orang lagi jadi boleh pilih tempat duduk yang strategik gituwww. Tengok lah betapa terujanya Mek Icha dapat makan Manggo Cheese Cake. Alahai cepatnya anak Mek Cah membesar dah hampir 4 tahun berlalu, rindu pula memori 'Pengalaman Bersalin Anak Pertama di KBMC
'. Opssss!


Tidak hairanlah Kula Cakes memang viral dan terkenal, kedainya pun cantik dengan pelbagai dekorasi menarik dan indah. Korang boleh bergambar di beberapa sudut yang disediakan di Kula Cakes ini. Konsep kedai kek ini sama seperti kedai Secret Recipe yang membolehkan anda walk in beli bungkus atau makan di kedai. Tapi tak semua cake korang boleh bungkus tau if perjalanan jauh. Mek Cah hari tu dapat bungkus Mango Cheese Cake sahaja.

Mango Cheese Cake Kula Cakes

Kula Cakes, Tempat Makan Viral Di Kuantan
Mango Cheese Cake Kula Cakes

Ramai orang tertunggu-tunggu untuk merasai Mango Cheese Cake yang merupakan hidangan signature dan istimewa dari Kula Cakes. Sungguh sedap tak dapat digambarkan mengalahkan resepi Mango Cheese Cake yang lain. Mango Cheese Cake di sini boleh dikatakan hidangan mango cheese kek terbaik di Malaysia. Memang padu! Tengok la gambar ni, pasti korang terliur kan. Gambar paling puas hati semestinya dari Huawei MATE10. Review disini 'Review Huawei Mate 10 - Best!
'. Korang juga boleh cuba Oreo Pavlova yang sangat cair dimulut. Sedap!

Kula Cakes, Tempat Makan Viral Di Kuantan
Kula Cakes, Tempat Makan Viral Di Kuantan

Lokasi Kula Cakes, Kuantan

Kula Cakes dibuka pada setiap hari kecuali isnin. Anda boleh mula datang dari 11 pagi sehinggalah 6.30 petang. Jika nak tempah kek untuk apa-apa event atau nak beli kek mengikut unit penuh, anda perlu menghubungi mereka terlebih dahulu. 

Lokasi nak ke sini adalah ia betul-betul berhadapan dengan Taman Rekreasi Teruntum. Ia berada di sebelah Sungai Kuantan. Boleh dikatakan, ia juga berhampiran dengan Kuantan Parade dan Hospital Kuantan (HTAA). Nak senang korang WAZE je!

Alamat Kula Cakes: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...