RESEPI

TRAVEL

TIPS

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya

by - 4:00 AM


Assalamualaikum L.O.V.E..:)

Ucapan sms selamat Hari Raya menarik dan chomel untuk di kongsi..Kalau tak sempat hantar kad raya hantar sms raya pun jadi lah kan....sekurang-kurangnya sms pengganti diri sebagai tanda ingatan kita kepada orang yang tersayang di hari yang mulia itu...Apa lagi sms la sekarang..


“Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jua lah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..” 

"Ramadhan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di aidilfitri, Seikhlas hati menyusun jari, memohon dimaaf kekhilafan diri, 'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin' .."

"Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Semoga gembira di hari yang mulia ini,Salah dan silap harap dimaaf,Selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin."


"cahaya ramadhan berlalu pergi, menyambut tibanya aidilfitri, Ampun maaf segala peri, Semoga ikatan kekal dihati. Selamat Hari Raya Maaf zahir batin. "

"Gemersik takbir mengundang hiba,Salam diutus tanda ingatan,Syawal dinanti menjelang tiba,Salam diutus pohon kemaafan.Maaf zahir dan batin."

"Satu Syawal menjelang tiba,Takbir bergema mengegarkan jiwa,Sekiranya ada salah dan dosa,Ampun dipinta dihari mulia.Selamat hari raya maaf zahir dan batin.."

"Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”."


“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..” 

"Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.., Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. Mohon diberi kemaafan. Salam Aidilfitri” 

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin” 

"Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”

You May Also Like

29 kata-kata indah...

  1. Replies
    1. Slm lebran yng bkal tiba mf zahir batin

      Delete
  2. @JIJI YU
    huhu xkuat lah mno eh ustak jiji...=='

    ReplyDelete
  3. ni msg tangey supo pelesit laju nih.hehe. :) sapo dio photographer gmbar tu? comey gambar.

    ReplyDelete
  4. gambar sgt cun
    selamat hari raya dik

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitri anis,maaf andai akak ada tersalah kata ye

    ReplyDelete
  6. untuk akak :

    mawi jadi kaya
    siti jadi datin
    slamat hari raya
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  7. wah..comel je ucapan ..hehe ...

    ReplyDelete
  8. wahh byk pilihan ni! ;D

    tapi apa-apa pun kad raya lg best kan?. ;)

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya n salam ukhuwah awak...pic tue cantik sgt...:)

    ReplyDelete
  10. banyaknye msj raya mek cah..mekasih share.. :))

    ReplyDelete
  11. Anis mari la raya rumah fie nanti. heee. di pasir puteh.

    Btw, selamat hari raya anis comel :)

    ReplyDelete
  12. Yunk, nk cilok gambar leh? hehe..

    tq edit kan..nk edit sendiri xreti.hehe

    ReplyDelete
  13. selamat hari raye buat mek cah yg disayangi selaluuu. heee comel molek gmbr2 mek cah. suko ambo tengok :)))

    ReplyDelete
  14. aduh la, mcm2 dih ayat hari raya. asalkan ikhlas dr hati, ko guano kak cah? hehe...

    selamat hari raya aidlfitri maaf zahir dan batin deh. mari tu rayo. fifi invite doh kot fb tu!

    ReplyDelete
  15. Selamat hari raya terrr.

    maaf kaolo ambe ni ada salah silap deh.

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥