RESEPI

TRAVEL

TIPS

Inspirasi Pelamin Bertemakan Warna Putih 2020

by - 3:32 PM

Inspirasi Pelamin Bertemakan Warna Putih 2020

Inspirasi Pelamin Bertemakan Warna Putih 2020Update blog kali ni tiba-tiba khas untuk yang bakal berkahwin. Yang dah kahwin boleh kahwin sekali lagi dengan orang sama. Eh! Inspirasi Pelamin Bertemakan Warna Putih 2020 menjadi idaman bagi setiap wanita, Warna suci yang sangat cantik dan nampak exclusive. Dulu sebelum berkahwin gigih tau update artikal 'INSPIRASI PELAMIN TERKINI 2015' kononnya idaman pelamin kahwin. Tuptup guna sahaja pelamin yang ada. Asalkan semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah masa kahwin hari tu dapat juga merasa pegang handbouquet bunga fresh dari kedai. Hakkk maka terhasil lah cerita di 'INSPIRASI HANDBOUQUET DI HARI PERKAHWINAN'.

Pelamin Bertemakan Warna Putih

Inspirasi Pelamin Bertemakan Warna Putih 2020

Inspirasi Pelamin Bertemakan Warna Putih 2020

Inspirasi Pelamin Bertemakan Warna Putih 2020

Amacam korang tergugat tak tengok pelamin bertemakan warta putih macam ni? memang nampak betul-betul suci dan sangat cantik. Kepada bakal pengantin jangan lupa baca ''TIPS MERISIK MENGIKUT AJARAN ISLAM' . Macam Mek Cah sendiri kenal dengan suami tak lama pun, kami tidak bertunang cuma merisik sahaja. Masa tu memang berdebar dan alhamdulillah tempoh merisik pun tak lama dalam 4 bulan macam tu. Semoga niat suci semua pasangan yang ingin berkahwin dipermudahkan. Namun, buat majlis jangan berhutang tau, ukur baju dibadan sendiri. Jangan disebabkan nak nampak mewah terpaksa berhutang sana sini. Jangan sesekali tau, lebih elok gunakan duit untuk kehidupan selepas kahwin. Teheeee nasihat dari orang lama kena dengar tau. Lolzz

You May Also Like

0 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥