RESEPI

TRAVEL

TIPS

Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence

by - 10:24 AM

Penginapan Di Bandung | Pengalaman semasa berada di Bandung memang tidak dapat dilupakan lebih-lebih lagi pengalaman kali pertama ke sana bersama adik kesayangan pada November 2013 dan memori tersebut telahpun berlalu hampir 2 tahun. Syukur, kini kali kedua Mek Cah menjejakkan kaki di Kota Bandung pertengahan Ogos 2015 yang lepas bersama suami tercinta Ahmad Najdan Naseri. Namun sebelum kesana haruslah study dahulu 'Tips bercuti ke Bandung' agar kami tidak menghadapi masalah ketika disana nanti.

percutian menarik di bandung

hotel selesa BANDUNG

Haruslah kami memilih Malindo dan AirAsia sebagai tambang murah kami.'Promosi tambang murah AirAsia'  yang giat di iklankan telah menarik hati kami untuk ke Bandung malah telah menarik ramai lagi kaki melancong untuk gunakan pernerbangan mereka. Ahaks!!

Pemergian kami ke sana telah menggunakan perkhidmatan emirtourtravel ataupun lebih dikenali sebagai Supir Salim. Memang Mek Cah tersangat cadangkan korang menggunakan perkhidmatan mereka kerana service mereka terbaik dan selama 4 hari 3 malam disana Mek Cah serta suami diberikan layanan yang cukup baik. Paling gembira apabila masa tiba di airport nama HAZANIS tertera di kertas putih dan telah menunggu ketibaan Mek Cah. Katanya dari jam 11 pagi lagi Salim tunggu disana padahal Mek Cah tiba jam 2 petang. Sweet!

penginapan di bandung

penginapan selesa bandung

Berbalik kepada penginapan selesa di Bandung, terima kasih Supir Salim kerana telah memperkenalkan V Hotel & Residence Bandung kepada kami. Ternyata pilihan kami tidak salah kerana hotel yang bertaraf 3 bintang dah seperti 5 bintang. Maklumlah sarapan pagi mereka cukup terbaik dengan pelbagai pilihan makanan. Fuh! jarang tau dapat buat pilihan banyak makanan dengan hanya mengeluarkan modal bayar hotel termasuk sekali dengan sarapan pagi. Paling penting harganya sungguh berpatutan dengan apa yang dibayar. Berbaloiii.

penginapan di bandung2


makanan sedap di bandung

percutian di bandung


Malah, cara V Hotel & Residence menghiaskan restoran tersebut cukup menarik dan memberikan ketenangan. Paling best apabila restoran di V Hotel & Residence ada menawarkan malam BBQ dengan hanya bermodalkan RM20 duit Malaysia dan makan je apa yang korang nak! Best bukan. 

hotel bandung

hotel selesa di bandung

review hotel bandung

Jadi kepada korang yang akan ke Bandung suatu hari nanti apa kata gunakan perkhidmatan Supir Salim dan menginap terus di V Hotel & Residence. Percayalah korang tidak akan menyesal. 

percutian ke bandung

V Hotel & Residence 
Jl. Terusan sutami 3, setrawangi, Sukajadi, Bandung, Indonesia 
Salim : +6281322731636
email : emirtourtravel@gmail.com
Facebook : BANDUNG TRIP

Insyaallah, kisah selanjutnya sepanjang Mek cah dan suami ke Bandung kan diceritakan dalam entri seterusnya. Paling penting memori "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu)" & "Percutian ke Bandung : Day 1 (Strawberry land, Floating Market, De' Ranch" tetap dalam ingatan. Terima kasih OPPO R1 kerana merakam memori indah kami sepanjang disana. Papai!

You May Also Like

11 kata-kata indah...

  1. Replies
    1. walaupun jauh sikit dr bandar tapi tetap best sbb damai sgt. :)

      Delete
  2. bestnye! thanks ye k.anis! ezzra bru je plan nk pegi next year..air aisa kn skrg bt freee seats tuu.haha.. kita sambar laa cepatt2. ;-D. Nasib k.anis da bg tips sume. mmuahh! ;-)

    ReplyDelete
  3. tp jp nk ty,,agak2 brp ea harga utk hotel tu k.anis? boleh bagi aggaran x? tq!

    ReplyDelete
  4. masuk dalam wishlist dulu setakat ni. insya Allah one day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem pahni berbulan bulan bulan madu la muja. :P

      Delete
    2. klu duit malaysia bpa smalam hari hotel tu ye ?
      dekat tak dengan padsar baru ?

      Delete

siapa komen, dapat bunga ♥