Sinopsis Filem KL Zombie

Invitation to NN Premiere Screening of KL Zombi terpaksa dilepaskan kerana masih di kampung halaman tercinta. dapat 2 tiket free, kalau masa invitation tu masih di Kuala Lumpur memang sah-sah hazanis pergi je. Maafkan blog ini kerana tidak hadir. hari tu gatal tangan join contest untuk menang tiket filem KL Zombi, tak sangka pulak terpilih. mesti lawak giler movie ni sebab ada abang kit kat aka zizan razak. Apa pun nanti nak cuba nasib lagi for the next contest. thanks Nuffnang. Last tengok movie dengan si dia di penang iaitu filem "Mael Lambong".

Date: 22nd August 2013 (Thursday)
Time: 9.00PM
Venue: Cathay Cineplex e@Curve

Filem KL Zombie menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.


Sinopsis Filem KL Zombie

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.


5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. Virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. 


lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke Sarawak dan ke seluruh Malaysia. Dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis – seorang kaki teori konspirasi – mencadangkan mereka berpindah ke Putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.


filem KL Zombie sememangnya merupakan filem yang harus ditonton jika anda ingin menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam industri filem kita.

Info : 

p/s: Rasa terkilan tak dapat hadir. mesti best geng blogger tengok ramai-ramai lepas tu exclusive sebab filem ni keluar 29 ogos 2013. haaa special gituww. last event bersama nuffnang kat sini "Majlis pelancaran innershine camu camu bersama izara aisya". sorry Nuffnang. T.T

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

10 ulasan:

  1. heeeee..macam best je cite ni..

    BalasPadam
  2. nak juga pi tgk ne movie..mcm best

    BalasPadam
  3. nampak macam best jer criter ni... tapi bunda ni penakut laa.. hihi

    BalasPadam
  4. jom lah kita g tgok sesama haha :P

    mesti g tgok gak ni...

    BalasPadam
  5. Jom lah kita g tengok sama2 hehe :P

    mesti tengok ni..

    BalasPadam
  6. haz pn teringin sgt nk join contest ni mng free tickets. tp bile tgk je tarikh n venue die trs cancel nk join. >.<

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...