Percutian ke Ho Chi Minh, Vietnam - Day 1
Percutian ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam pada mulanya tidak menjadi pilihan buat mek cah untuk bercuti. Tak pernah terfikir pun akan sampai ke sana. Cadangan bercuti di Vietnam oleh rakan mek cah diterima sahajo memandangkan hati meronta meminta untuk bercuti. Opss kalau ke Krabi pastinya balik rumah sunburn gituh. So pilihannya bandar Ho Chi Minh ,Vietnam sebab tempatnya unik dan boleh shopping barang murah. Rezeki kami bila dapat harga tiket RM245 return. Syukur bajet lebih untuk flight boleh di simpan untuk hotel.
Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 5 minit sangatlah bosan lagi-lagi perut mek cah asyik menyanyi je. Bila nak sampai sebab tak sabar nak ngap bekal yang kami bawa dari Malaysia. Stok kami bawa hanya maggi, biskut, roti sahaja sebab kami tahu di Vietnam makanan halal kat sana harga 2x ganda dari Malaysia tau. Sob boleh la diet. lolzz
Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat kami perlu melalui pihak imigresen. Itu yang lama sikit. Tapi tak pe asalkan kami dah selamat sampai di bumi Vietnam. Kalau disini kami tak perlukan travel guide seperti di bali “Percutian bajet ke Bali“ kami perlukan supir untuk membawa kami berjalan-jalan. Tetapi disini kami main redah je, nak gerak ke hotel pun naik bas sahaja untuk ke Ben Thanh yang tambangnya dalam duit Malaysia lebih kurang RM1 sahaja. Wow!! Boleh jimat. Hikss Dah sampai airport, boleh pilih bas untuk ke Ben Thanh (keluar je dari pintu airport belok kanan, bertentangan dengan Burger King, cari bas nombor 152).
Ini lah rupa Bas bernombor 152 . Kami tahu pun lepas baca kisah blogger lain yang kesini menggunakan bas ini untuk ke hotel mereka . Katanya lebih jimat untuk percutian bajet. Tengoklah pelancong asing pun guna bas ini tau walaupun diorang kaya. Lolzz beg diorang besar-besar, bas sempit. Sabar jelar kata nak percutian bajet kan?wuwu
Akhirnya kami sampai di Lele hotel. Pening jugak nak mencarinya tapi dekat je dengan tempat untuk shopping. Kami dah plan awal-awal nak hotel berdekatan ben than market. Selepas check in hotel kami terpaksa meninggalkan passport dan bayaran hotel perlu dijelaskan selepas kami check out. So passport pun dapat. Hehe
Sampai bilik terus mandi-mandi dan solat sebab nak gerak ke Pasar malam Ben Thanh market dan mencari kedai untuk kami makan. Sebelum keluar wajiblah selfie dahulu. Oh tidak, gambar hotel lupa nak snap sebelum kami rasmikan untuk buat bilik bersepah dengan barang shopping. Hehe
Kami ke money changer berdekatan untuk tukar duit dong. Tips ke sini tukar duit dong sikit sahaja tak pe, sebab kalau shopping kebanyakan peniaga menerima wang Malaysia. Lagi untung dan jimat tau. Kat sini ada yang fasih berbahasa Malaysia. Lupa nak bawa duit Malaysia banyak-banyak. Sobssss T.T
Penggila kain cotton pasti sakit mata tengok baju ni semua. 3 pasang RM100 tau. Iskk menggoda betul. Nasib la mek cah ni dah tauke kain di "hazanis fashion". hikss so tak de la tergoda sangat. Lagipun sekarang jarang pakai baju kurung. Suka yang mini kurung koleksi sendiri. semua gambar di sini mek cah guna OPPO sahaja. "Review Oppo R1"
Yang ni memang tergoda habis sebab RM28 sepasang yang dah siap jahit ! terus beli 2 pasang untuk diri sendiri padahal tak fikir aku nak pakai ke ni. Ades tapi nasib baik bila whatsapp adik dan kakak diorang kirim 2 pasang setiap sorang. So maknanya malam esok kena beli dan datang lagi kat sini. Kalau 2 pasang RM52 !
Jalan tetap jalan, makan tetap makan. Perut dah lapar so kami singgah makan di Restoran Hajah Basiroh yang merupakan salah satu kedai makanan halal di sini terletak di kampung melayu. Blogger lain pun suggest makan kat sini sebab sememangnya halal. Nak cari kedai halal susah tau.humm
So Mek cah order nasing goreng ayam dan teh o’ ais. Nasi goreng ni berharga RM10 lebih kalau tak silap. Kat Malaysia boleh tapau 2 bungkus kot. Tak pe lah demi tenaga untuk shopping. Krikk
Hari pun dah lewat, badan pun dah penat sebab sampai je terus keluar. Memang kaki ni dah sakit dengan kasut yang dah lama pakai. So jalan punya jalan terjumpa simple wedges, mek cah pendek so perlulah selipar tu ada tapak tinggi sedikit. Lolzz tapi yang pasti cukup selesa tau. RM13 sahaja, beli terus pakai.
Sampai hotel terus golek-golek atas katil sambil berwhatsapp dengan kesayangan di Malaysia sambil bergosip dengan mereka yang lain. So tunggu keesokan hari untuk ke sungai Mekong. Tunggu next entri pulak untuk day-2. Papai. Muah!
14 kata-kata indah...
Baru jugak pegi HCM awal tahun ni, sangat best shopping kan! :)
ReplyDeleteCome visit my blog. I write mostly about my 2 growing kids and my home business. time freedom financial freedom
Sangat best shopping sampai lupa dah byk beli.:-)
Deleteowhh nanti nis visit blog sis..hehe
Bestnya pergi bercuti.
ReplyDeleteallaaaa . jelesnye . nakg bercuti jugak
ReplyDeleteWoooooowwww!!!! Memang rambang mata sungguh la kalau dapat gi sana nih.. Murah giler kot baju kurung diorang.. Sampai Malaysia maunya 60 hengget ke atas sepasang tu.. Huhu..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
bestnyaaa...tempat shoping rambang mata..hehee
ReplyDeleteByrn hotel guna RM ke Dong
ReplyDeleteRM je akak sbb booking online je . :D
DeleteByrn hotel RM ke Dong
ReplyDeletekalau tak silap byar online dalam RM je sis.
Deletenak tanya.. baju kurung manik2 tu kedai dia kt mana ye? last month pegi, tp x jumpa pon. but, next year nk pegi lagi.. :)
ReplyDeletenis pun lupa rea mana tapi ada je kat area ben than market tu :)
Deletenak tnya...lokasi Le Le Hotel ni mmg dekat ke dengan Pasar Ben Than...kna guna public transport or bole jln je..:)
ReplyDeletenak kata dekat sangat tu tak jugak. tapi boleh jalan kaki je. kalau muda2 larat lagi jalan. cuma lintas taman je :)
Deletesiapa komen, dapat bunga ♥