Tips bercuti ke Ho Chi Minh Vietnam sangatlah penting sekiranya merancang. sebelum berlepas haruslah study dulu tentang tempat korang nak pergi. Alhamdulillah, sebelum berlepas ke Ho Chi Minh Vietnam mek cah study tentang tempat menarik disana dan tips ke Ho Chi Minh Vietnam melalui Mr Google.Terima kasih bloggers kerana sudi berkongsi pengalaman ke Ho Chi Minh Vietnam dengan yang lain. "Percutian ke Ho Chi Minh, Vietnam - Day 1" dan jangan lupa baca 'Tips melancong dan bercuti ke luar negara', ianya berguna sangat!
MENARIK : TIPS BERCUTI KE HAT YAI THAILAND
Alhamdulillah hasil dari pengalaman sebelum ini bercuti ke beberapa tempat dapat membantu mereka yang lain untuk ke Bandung. Alhamdulillah sempat berkongsi pengalaman ke Bandung bersama pembaca blog ini. so terbit lah entri ini "tips bercuti ke Bandung" , "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu)" & "Percutian ke Bandung : Day 1 (Strawberry land, Floating Market, De' Ranch".
1) TIKET
sekiranya inginkan tiket penerbangan yang murah haruslah rajin singgah di web AirAsia. so perancangan awal harus dilakukan kerana AirAsia selalu je buat promosi tambang murah contoh entri ini "Promosi tambang murah AirAsia". tak rugi survey awal-awal dan terus booking sekiranya bersesuaian dengan masa free korang untuk bercuti! . kalau yang ada budget tinggi boleh survey di MALAYSIASAIRLINES.
so harga tiket kami hanya RM245 return
2) LUGGAGE
Plan nak shopping?? so abaikan niat untuk membawa banyak baju. cuma bawa untuk pakai di hari pertama jerk. selebihnya boleh beli kat sana. tudung spare jangan dilupa. semasa nak fly dari KUL- SGN pastikan kosong je luggage anda dan tak lebih dari 9kg, so jimat tak perlu bayar yang bahagian luggage punya. mungkin masa untuk pulang dari SGN-KUL nanti perlukan luggage 20kg keatas sebab shopping banyak kan..:)
3) SELIPAR / KESELESAAN
wajib bawa sebab korang akan banyak jalan nanti. yang pakai kasut bertumit lupakan sahaja sebab korang pasti akan penat berjalan nanti.
4) DUIT / BANK
Jangan tukar di Airport atau Shopping Complex sebab mahal. Untuk ke Vietnam, sediakan tiga jenis mata wang iaitu:
a) Dong Vietnam
b) US Dollar
c) Ringgit Malaysia
nilai mata wang ni boleh guna mengikut keadaan.biasanya bila shopping kain pasang,baju kurung manik-lebih baik guna RM sebab lebih mudah kira jumlah yang dibelanja. duit US dollar tak perlu tukar banyak (mek cah langsung tak tukar). so Ringgit Malaysia memang amat diperlukan, kalau boleh bawalah duit RM lebih sikit. hehe
sumber : cutebabypreloved.blogspot.com
Jangan risau kalau tak cukup ATM ada. Kat rumah siap-siap buat sifir tukaran mata wang untuk ketiga-tiga mata wang. so Aktifkan akaun bank tempatan anda for International withdrawal untuk Maybank dan CIMB. Tapi ada caj yang agak mahal la kot around RM10-20. cara nak aktifkan melalui online ataupun call je operator mereka. mihmih
5) HOTEL
sebelum fly pastikan korang dah study dan booking terus hotel yang korang ingin stay. sebabnya takut nanti tiba-tiba smpai penuh pulak. hotel pelbagai budget , so pandai-pandai je pilih yang mana sesuai dengan budget korang. boleh booking melalui BOOKING.COM, sekiranya ada card credit. tapi yang pasti lebih untung dan banyak kelebihan menginap berhampiran bandar, ada wifi, shopping, tempat makan dan sebagainya. So cadangan :
Le Le Hotel
171 Pham Ngu Lao, District 1, Bandar Ho Chi Minh
RM412 untuk 4D3N bilik 4 orang
Terletak di tengah-tengah Bandar Raya Ho Chi Minh, Le Le Hotel berada 7 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Ia mempunyai bilik-bilik dengan Wifi percuma dan balkoni.
Bilik-bilik di Le Le dilengkapi dengan bar mini dan alat pembuat teh/kopi. Tetamu mempunyai pilihan sama ada penghawa dingin atau kipas di dalam bilik. Cerek elektrik dan pengering rambut disediakan.
8) TRANSPORT
Kalau korang pergi sendiri. Transport yang perlu korang cari ialah Teksi bermeter. Namun,pastikan korang sediakan wang kecil sebab pemandu di Vietnam memang tak suka bagi duit balik burn nanti. mek cah hanya naiki bas bernombor 152 dari airport menuju ke Ben Thant Market. Harga VND 10,000 atau RM1.50. Lebih jimat!! yeay!
9) MAKANAN
sesetengah hotel telah sediakan sarapan pagi termasuk bayaran yang sewa hotel. tetapi disini korang kena berhati-hati dengan makanan di hotel takut tidak halal. kat sana susah nak dapatkan makanan halal, kalau ada pun beberapa buah kedai je. mahal 2x ganda dari Malaysia. so sediakan stok maggi, biskut, roti sepanjang korang kat sana. tapi jangan bawa sangat takut tak habis nanti.:)
10) SHOPPING
Tempat paling popular shopping ialah Ben Than Market, night market. kain jenis Cotton boleh beli dit Ben Than Market. Ada berjuta kedai dalam tu. Jangan korang pening sudah. Harga ikut quality cotton sebab cotton banyak jenis. Selain tu boleh beli jugak kat pasar malam (night market).
* Satin Cotton 3.5m = RM25-RM30
* English Cotton = RM23-RM27
* Japanesse Cotton = RM30-RM40
* Viscose Cotton = RM23-RM25
11) INTERNATIONAL PLUG
Yang ni pun tersangatlah penting!! Beli Plug adapter. Sebab kat Vietnam ni plug diorang lain sikit. so belilah plug adapter supaya senang korang nak cas handphone, kamera. Macam mek cah terpaksa beli kat sana. wuwu
sekian sahaja tips bercuti ke Vietnam Ho Chi Minh dari mek cah. hope dapat membantu korang yang akan ke sana nanti. happy holidays guys. Thanks OPPO R1 kerana merakam memori kami sepanjang di Vietnam. Mihmih
Tempat menarik di Vietnam?
59 kata-kata indah...
Seronok betul !
ReplyDeleteBab derak mmg sedakkkk seronokkk.huhu
DeleteWah! Best2! Murah betul hotel Le Le tu.. untuk 4h3m baru 400 lebih utk 4 org.. Kalau 2 org lagila murah kan? serius murah.. Aduiii.. Nak gi Vietnam sopink!!!
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
Takut akak pergi tak nak balik je..hiksss:-P
Deletetempat hok nok pegi, hahaha..tapi tatau bilo
ReplyDeletejom gihhh awop.:P
DeleteNok ikut eteps awok
Deletekalu pergi group ni mesti lagi murah.. wah nice tips!
ReplyDeleteYUP LAGI MURAH UTK HOTEL.:)
Deletebestnyaaa
ReplyDeleteMEMANG BEST UNTUK SHOPPING.:)
Deletethank you mek cah share tips pergi ke sana!! next time pegi boleh dijadikan panduan :)
ReplyDeletehehe sama2 sis. :)
Deletebest nyer gi jenjalan ;) boleh buat panduan utk masa akan datang ;)
ReplyDeletehehe boleh je. nnti nk pegi singgah page mek cah.:)
Deletenice tipss..bila agaknya dapat pergi
ReplyDeletepasti boleh sis.:)
Deletetips menarik ni... best nye... huhuhu... boleh buat panduan nnt nak pergi... in sha allah nak pergi sekali...
ReplyDeletebawa anak2. mesti diorng suka.:)
DeleteBestnyaa.. oh mata wang boleh guna duit kita ye.. wahhhhh hope one day dapat pergi sana
ReplyDeletejom kita buat rombongan bloggers.:)
Deletenice tips dik.insyaAllah ado rezeki buleh kesana. =)
ReplyDeletebawa en husband best tuw.:P
Deletenice sharing . nanti boleh la kite ke sana . tq tq
ReplyDeleteur welcome :D
DeleteTQ for info...Pi early last year...mmg tak plan langsung...dengan mabuk pembawakan budak...hehhe...lagipula urusan kerja, kan.
ReplyDeleteHope dapat pi lagi, in sya Allah...
BTW, lawwo tulisan tuw...ehhehhe
hehe tu bukan tulisan nis. :D
DeleteOk.. bg tau tarikh then we go.. kita wt group g vietnam ..
ReplyDeletewahh..bawa monopod ke mana-mana ni aje ye..
ReplyDeleteSudah tentuuu. :)
DeleteSalam..tukar kt money changer mana ye? murah tu 1j VND = rm157 :)
ReplyDeletewasslm. dekat vietnam sis.:)
Deletebestnya jalan-jalan2....enjoy time dgn kwn sblm kawen nnt dh kawen susah sket nk cmtu lg hehe...ni dari pengalaman sndiri hehe
ReplyDeletehehe mmg betul. dah boleh rasa. :P
Deleteterima kasih atas tip in,sangat berguna...saya akan ke sana 29 nov ini
ReplyDeleteShukor
SELAMAT BERHOLIDAY :)
Deletesaya suka part tulis siap2 currency conversion tu.. hehee... comel jer...
ReplyDeletehehe yang tu idea kawan. :D
DeleteSalam sis..klu mlm bas still ada ag ke?drp airport nk h ke hotel..area 6km..htl dkt ng ben tanh market..still naik bas no yg sm ke?
ReplyDeletewasslm. kalau malam nis tak pasti lak :(
Deletesalam sis..dari le le hotel ke ben tanh market bape km ye..boleh jalan kaki ke..
ReplyDeletewasslm. boleh jln kaki je tp penat jugak. hehe :P
DeleteBetol lah.... naik bas 152 lagi jimat... tapi driver dia sepatah haram tak tau cakap English apa lagi bahasa kita....
ReplyDeletememang betul lebih jimat. kalau tak silap RM1 duit malaysia. :D
DeletePengalaman kene paw dek KASTAM vietnam ni smpi RM300 x dpt d lupakan...
ReplyDeletehumm kenapa yer?
DeleteSedih kene paw ngan kastam Vietnam
ReplyDeletethanks 4 the info..insyaAllah akan ke sana 1 May ini..
ReplyDeleteTerbaik! ;)
Deletenazri,kenapa kena paw
ReplyDeletenazri,kenapa kena paw
ReplyDeleteBagus tips ni.. sangat2 berguna.. boleh nanti refer sini.. salam kenal hazanis.. cantiknya awak...
ReplyDeleteTQ review ni...Love it..simple and to the point :)
ReplyDeleteAishah
Thanx for the info. Menarik sgt. Tak sabar nak gie.
ReplyDeleteSalam pembaca budiman, saya ingin berkongsi sekiranya anda memerlukan pakej pelancongan ke Ho Chi Minh ,serata Indonesia, Korea serta Guangzhou,China kami siap membantu anda merealisasikan percutian yang seronok
ReplyDelete0175367426 Nurul Insyirah
Facebook: melancong murah baloi
Instagram: melancong_murah_baloi
Emel: melancongmurahbaloi@gmail.com
sis ada pergi gudang kain tu tak?
ReplyDelete:)
Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej
ReplyDeletecuti bajet ke Ho Chi Minh Vietnam serendah RM499, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk
maklumat lanjut. Terima kasih!
tapi hotel jauh sikit dengan bent tanh market kan... rasanya hotel Xavier lbh dekat sikit kot
ReplyDeletemy next trip destination.. thanks for your information ya...
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥