! ✿ Love Is Cinta ✿ !

facebook twitter instagram
  • Home
  • Author
    • RESEPI
    • TUTORIAL
    • TRAVEL
  • TRAVEL
  • TUTORIAL
  • TIPS/KESIHATAN
  • RESEPI

RESEPI

TRAVEL

TIPS

SINOPSIS FILEM PILOT CAFE | Keterujaan untuk menonton filem Pilot Cafe semakin membuak-buak apabila pelakon kegemaran Fahrin Ahmad memegang watak utama dalam filem tersebut. 


Disebabkan jalan cerita yang menarik sudah tentu ramai yang ingin menonton filem Pilot Cafe ini. Tetapi paling leceh perlu tonton di pawagam. Jadi macam mana pula dengan mereka yang tidak mempunyai masa menonton filem kegemaran di pawagam disebabkan sibuk dengan waktu kerja dan perlukan kos untuk dapat tiket wayang?.


SINOPSIS FILEM PILOT CAFE

   

Pilot Cafe Full Movie Download | Pilot Cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reeza (Fahrin Ahmad) jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kekacakan yang dimilikinya, Ameer menggunakan peluang itu sebaiknya untuk menjadi seorang playboy dan kaki perempuan. 

Sharmila (Neelofa), seorang gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Penampilan Sharmila sangat mempesonakan dan menambat hatinya. Malah, Ameer juga tidak bertepuk sebelah tangan. Sharmila turut jatuh hati pada dirinya. 

Perasaan tanpa batasan menyebabkan Ameer dan Sharmila terlanjur hingga Sharmila disahkan mengandung. Mengetahui Sharmila telah hamil, Ameer berprasangka mungkin anak itu bukan benih dirinya. Memandangkan penampilan Sharmila yang sentiasa memikat selera lelaki. Selepas Ameer enggan mengaku anak tersebut bukan dari darinya, Sharmila pergi membawa diri. Ketika itu dia berjumpa dengan Dr Khaleed (Eizlan Yusof), akhirnya Sharmila dan Dr Khaleed berkahwin. 

Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya, Haris (Keith Foo). Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe. 

Di Pilot Cafe itu, Ameer menemui cinta hatinya. Maya (Izara Aishah), seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid (Remy Ishak). Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Pada awalnya, Rashid memujuk Maya agar menggugurkan kandungan tersebut namun Maya enggan. Bagi Maya telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Dosa berzina, apatah lagi bila memikirkan dia bakal menanggung dosa menggugurkan anak.

Sudah jemu memujuk Maya, Rashid bertindak melarikan diri dari kampung itu. Dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takut untuk berterus terang dengan keluarganya, dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, Maya membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur. 

Sekali lagi Maya ditimpa musibah. Pemandu teksi yang menghantarnya ke Kuala Lumpur cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia merancang untuk menjual Maya dan bakal menjadikan Maya pekerja di kelab malam. Maya segera menghidu niat jahat lelaki itu. Lantas Maya melarikan diri sekuat hati.

Hayunan kaki Maya melangkah jauh hingga ke Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Tanpa disedari, dirinya telah jatuh cinta pada Maya. Namun, perasaan Ameer ditolak lembut oleh Maya. Baginya, cintanya masih tersisa pada Rashid. Ameer kecewa namun menghormati permintaan Maya.
12:15 AM 15 kata-kata indah...
Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie Download | Assalamualaikum cinta, dah lama rasanya tak layan filem cinta lebih-lebih lagi kat pawagam. Kalau zaman belajar ada juga kesempatan untuk ke pawagam namun kini sangat berlainan sebab asyik sibuk dengan kerja. Fuh!!! penatnya, dengar cerita filem Suamiku Encik Perfect 10 lakonan mantap Lisa Surihani dan Aaron Aziz sangat menyentuh hati mereka yang menonton. Apa lagi cuba la google tonton online filem Suamiku Encik Perfect 10 akhirnya membuahkan hasil. Tadaaaaaaa! yang belum lagi tonton filem Suamiku Encik Perfect 10 boleh la layan filem ini di DailyMotion.  Oh ya! yang terkini filem Polis Evo sudah boleh tonton online di artikel ini 'Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie' dan paling terkini 'J Revolusi Full Movie Download'. Boleh la korang tengok weekend ni. :P

Tak nak cerita panjang-panjang! Mek Cah kasi 4 bintang! Mihmih. Lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani memang tidak pernah mengecewakan. Rindu lakonan Lisa Surihani di dalam filem 'Istanbul Aku Datang 2012 Full Movie Download'. Chomel sangat tau! . Okay drma terbaru yang memang memberikan kesan dalam jiwa korang ialah 'Drama Camelia TV3', wajib korang tengok!


Tonton Online :- Suamiku Encik Perfect 10!  



Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10! 

Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie Download | Suamiku Encik Perfect 10 mengisahkan pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial.

Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.


Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan.

Azura Hanim, seorang model dan juga tunangan Zarief Danial selama tiga tahun menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Azura yang selama ini gemar mengelak dari berbicara tentang perkahwinan tiba-tiba sahaja meminta untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Zarief Danial akhirnya mengambil keputusan drastik dengan memutuskan pertunangannya bersama Azura demi cintanya terhadap Aleeya Azmeen.



Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie Download | Aleeya Azmeen menjadi keliru tetapi mengakui Zarief Danial mempunyai ciri-ciri lelaki ‘perfect 10’ yang diidaminya selama ini. Namun, Aleeya perlu memilih di antara tanggungjawabnya terhadap Syed Muzaffar ataupun cintanya pada Zarief Danial.

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang diharapkan selama ini?



Tonton Online :- Suamiku Encik Perfect 10! 

Papaii 
5:38 PM 14 kata-kata indah...
Assalamualaikum.

sekarang kurang sempat layan movie dan drama bagai. masa itu emas, balik kerja terus rehatkan diri. hari tu terbaca entri dari blog MekOnie terus buka link dan bersemangat untuk tonton Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. tup topp line wifi pula yang buat hal, kecewa sangat tau. -.-'

Tapi semalam abang ipar beli CD Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, *pastikan yang original. lolz* , so terus satu family tengok. eh! abah pun join sekali disebabkan ada Ustaz Azhar Idrus. lama jugak tunggu scene UAI keluar. haaaa bersemangat semuanya. okay nak tahu best ke tidak tonton sendiri di sini. 


Pengarah: Pierre AndreSyarikat Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Genre: Islamik, Komedi
Pelakon: Kumpulan Shiro


Sinopsis : 

Filem ini mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia seringkali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah. 

Review : mek cah bagi 3 bintang. sebabnya? tengok lah sendiri. mungkin jalan cerita dan watak UAI perlu diperbanyakkan lagi. tak salah ambil UAI jadi pelakon utama movie ni. errr part 1 Marhalah tu yang lawak. 


#Selamat menonton. Papai

8:42 AM 16 kata-kata indah...
Invitation to NN Premiere Screening of KL Zombi terpaksa dilepaskan kerana masih di kampung halaman tercinta. dapat 2 tiket free, kalau masa invitation tu masih di Kuala Lumpur memang sah-sah hazanis pergi je. Maafkan blog ini kerana tidak hadir. hari tu gatal tangan join contest untuk menang tiket filem KL Zombi, tak sangka pulak terpilih. mesti lawak giler movie ni sebab ada abang kit kat aka zizan razak. Apa pun nanti nak cuba nasib lagi for the next contest. thanks Nuffnang. Last tengok movie dengan si dia di penang iaitu filem "Mael Lambong".

Date: 22nd August 2013 (Thursday)
Time: 9.00PM
Venue: Cathay Cineplex e@Curve

Filem KL Zombie menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.


Sinopsis Filem KL Zombie

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.


5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. Virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. 


lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke Sarawak dan ke seluruh Malaysia. Dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis – seorang kaki teori konspirasi – mencadangkan mereka berpindah ke Putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.


filem KL Zombie sememangnya merupakan filem yang harus ditonton jika anda ingin menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam industri filem kita.

Info : 
http://wowberita.org/sinopsis-filem-kl-zombie
http://blog.nuffnang.com.my/2013/08/16/nuffnang-premiere-screening-kl-zombi/

p/s: Rasa terkilan tak dapat hadir. mesti best geng blogger tengok ramai-ramai lepas tu exclusive sebab filem ni keluar 29 ogos 2013. haaa special gituww. last event bersama nuffnang kat sini "Majlis pelancaran innershine camu camu bersama izara aisya". sorry Nuffnang. T.T
12:00 PM 10 kata-kata indah...
Older Posts

TUAN TANAH

Hi there! I’m Hazanis, the 30 years old. I hope you enjoy your visit to my
website. Much love! ♥
Untuk sponsorship, advertorial, jemputan event, review produk dan hal berkaitan boleh hubungi hazanis di :
hazanis88@gmail.com


Love Is Cinta Dot Blogspot

Follow Us

Popular Posts

  • Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie Download
  • Tips bercuti ke Bandung
  • Review Produk Citra Mulia Kosmetik
  • BE Nuffnang Ke-27, 28 & 29 : Nike, Physiogel, Maggi Kari
  • Koleksi SMS Ucapan Hari Raya
  • SENARAI NAMA ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN BERSAMA MAKSUD

TRAVELOG


HAT YAI, THAILAND (2019)
Tips Bercuti Ke Hat Yai, Thailand

SABAH (2017)
Percutian ke Sabah Serta Tempat Menarik Boleh Dilawati 

BANDUNG (2014 & 2015)
Tips bercuti ke Bandung
Bandung : Tangkuban Parahu
Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence
Bandung : Strawberry land, Floating Market, De' Ranch
Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung!
Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence

BALI (2014)
I Love Bali
Bali : Day 1
Bali : Day 2
Percutian bajet ke Bali

VIETNAM (2014)
Tips bercuti ke Vietnam Ho Chi Minh
Percutian ke Ho chi Minh, Vietnam - Day 1

KUALA TERENGGANU (2013)
Kuala Terengganu - Sumai Hotel
Tempat menarik : Kuala Terengganu

Followers

My Ping in TotalPing.com

Created with by ThemeXpose