Video Perkahwinan Maria Elena dan Asfirdaus

Assalamualaikum cinta.

Tersenyum sorang-sorang bila melihat perkahwinan Maria Elena blogger terkenal dan Asfirdaus. Jelas terpancar kegembiraan di raut wajah mereka berdua. Jom saksikan gambar dan video perkahwinan mereka disini, hasil kerja dari photographer hebat menambahkan seri video dan gambar di hari bahagia mereka. Tahniah diucapkan. ^^


photo by Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography

Happy Wedding to a wonderful couple!
May love always all around you forever. 




setelah terhasilnya entri ini, nampaknya memang ramai peminat setia Maria Elena. menjadi top entri di blog ini. sila lah terjah kalau yang belum terjah tau "10 Gambar Perkahwinan Maria Elena dan Asfirdaus dari Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography", "Majlis pernikahan Maria Elena dan Asfirdaus" & "Video sweet : Maria Elena dan Asfirdaus".



Video ke-2 ni ada blogger kegemaran siapa lagi kalau bukan Faatin Liyana Asri. Gila tak minat, hoho. so kena tengok sampai habis tau video ni. Lolz kejap je kot. Kalau tak minat mana mungkin terciptanya enti ini "Fatin Liyana : You are beautiful" kan. Kakak ipar blogger dan diri sendiri pun blogger. keduanya terkenal, memang ngam sangat la kan. Lagi syok kalau mereka jadi duta INI kan. hewhew

Thanks for reading.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Beraksi di The Mines Sri Kembangan


Assalamualaikum cinta. :)

Kali pertama menjejakkan kaki setelah lama mengidam nak ke sana. Alhamdulillah akhirnya sampai juga dan dapat melihat keistimewaan yang terdapat di The Mines, Seri Kembangan. Part yang paling istimewa bangunan The Mines yang dibina ada tasik/sungai dalam tu. *haishh betul ke idok ni*. Tak pe, nanti korang Google eh The Mines ni rupanya macam mana. ^^



Malah disediakan perkhidmatan bot untuk para pengunjung untuk merasai bersiar-siar dengan bot didalam ataupun di luar The Mines so korang boleh je pusing-pusing sekitar resort The Mines. Kalau korang pergi sana boleh la tengok-tengok pakej yang mereka sediakan. 


hari tu tak sempat nak naik bot sebab perkhidmatan tergendala sebab hujan lebat sangat. huhu lagipun agak mahal kot pakej untuk pusing-pusing The Mine Resort..So alang-alang dah sampai pusing-pusing 1 mall dan mek cah boleh komen yang memang best lah The Mines, Seri Kembangan ni. semua golongan boleh datang sini sebab kemudahan banyak yang disediakan.


Yang paling penting terdapat dress, dan barangan lain yang dijual dengan harga yang berpatutan. Makanan pun boleh tahan sedap dan harganya pun boleh tahan la. Kebetulan ke sana masa bersempena krismas dimana terdapat satu pokok krismas yang dibina besar sangat + pink gituw.:)

Di The Mines, Seri Kembangan ni banyak pilihan dress, skirt, serta fesyen terkini. Dulu pernah ke IKEA di entri "IKEA : Mini explorace", tapi hanya untuk bergambar tapi tak sesuai untuk shopping. hehe yang pasti the mines, ikea, time square , the curve sama hebat dimata mek cah.
  1. IKEA : Perkara normal
  2. The Curve : hanya ini yang mampu
  3. Berdating di IKEA & the Curve - Part 2
  4. Berdating di IKEA & the Curve - Part 1
  5. Times Square #1: Dating dan shopping


Alang-alang dah sampai posing sampai penat dan nasib baik nafsu untuk membeli masih bertahan. hikss simpan duit nak ke Time Squares pulop lepas di The Mines. Bersnap dalam keletihan, tapi tetap bersemangat nak ke TS selepas tu. hehe kaki berjalan, badan yang seksa. *poyo punya ayat*. Alhamdulillah dah merasa ke sana sekarang kedestinasi lain pula. ^^

Thanks for reading.

Nota kecil: Picha selain picha mek cah credit untuk Google tau *terpaksa cilok*, masa hari tu tak sempat nak snap. hehe sempat snap tuan di je. Lolzz suka tengok barang-barang kat TM terutamanya dress tapi tak boleh lawan benda 
INI lagi. =.='


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tips penggunaan maskara yang betul

Assalamualaikum cinta. :)

Haish mood nak cantik hari ini, so entri pun tentang make up gitu. hehe dah lama rasanya tak berkongsi tips dengan korang semua. Last tips ialah "untuk seorang isteri dan bakal isteri". Nampak sangat mood kawin dah ada dalam diri ni. Yelar sejak akhir-akhir ni suka sangat berkongsi kisah perkahwinan mereka yang telah bergelar suami isteri. Addess 


so kepada korang yang suka make up kecuali lelaki la kan boleh la tengok tips ni. Terjumpa tips ni dalam pamplets Avon, sangat berguna untuk kita semua walaupun tuan blog sendiri kurang pandai pakai maskara ni. Tapi pastikan maskara yang berkualiti dan tidak mudah comot tau. :P

Gunakan pelentik bulu mata
Untuk kesan dramatic, panaskan pelentik bulu mata dengan pengering rambut selama 3-5 saat sebelum menggunakannya. Pastikan ia tidak terlalu panas, lentikkan bulu mata sebelum dan selepas sapuan mascara.

 
Sapukan secara pantas
Pastikan sapuan dilakukan berulangkali secara pantas sebelum lapisan pertama kering agar ia tidak mengumpal.

Jangan mengepam!
Mengepam mascarakeluar masuk dari tiub membolehkan udara masuk dan mngeringkan mascara secepat mungkin.
 
Pastikan ia kering
Tunggu sehingga 5 saat agar mascara kering sebelum mengerdip mata. Kerdipan dengan mascara yang basah akan mengotorkan mekap anda. 
 
Nota kecil : Yeah selamat men'jangok'kan diri la deh. hehe  sesekali berlawa-lawa apa salahnya kan asalkan tidak berlebih-lebihan sudah.:)

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

5 Gambar Majlis Perkahwinan Apek dan Leuniey


Assalamualaikum cinta. :)

Berita baik haruslah dikhabarkan untuk sahabat semua lagi-lagi berita perkahwinan si retis dan artis kita ni. Yelar, tengok mereka kawin hati pun makin teruja untuk berkahwin. cuma masa je yang menentukan, tapi hati rasa sedih sebab umur dah meningkat tapi kerja pun belum dapat lagi. *nak kawin macam mana?*. =.='



Akhirnya, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi (Apek) telah melangsungkan perkahwinannya dengan Leuniey pada 28.12.12 di Pasir Pekan, Tumpat, Kota bahru, Kelantan pada pukul 10 pagi tadi. Malah khabar gembira tersebut sudah diketahui oleh media, orang ramai serta peminat arena bola sepak. Ejah sokong sep klate boh *Untuk Dia 'The Red Warriors'*.:P

Bagaimanapun, difahamkan Mereka tidak bertunang tetapi terus melangsungkan pernikahan sahaja. Selain itu, akan diadakan juga majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember, diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.


Teruja bila tengok artis dan retis kawin sebab banyak fesyen busana kawin yang boleh di ushar "Busana pengantin dan tunang". Lolzz lagi mereka yang telah berkahwin ialah "Majlis pernikahan Maria Elena dan Asfirdaus", "Selamat Pengantin baru buat IRINE NADIA MARCELLO + AMIRUL.", "Selamat pengantin baru buat Nurulbadiah Lai dan pasangan", "Perkahwinan Liyana Hisham (Host Safiyya TV9)", "Majlis Persandingan Farid Kamil dan Diana Danielle Daripada BlissCandid Photography" dan banyak lagi. cuba lah ushar entri lama-lama ya.:P


Selamat pengantin baru untuk pasangan ini. semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin 

Thanks for reading.

Nota kecil: sila Google untuk lagi berita tentang gambar dan perkahwinan mereka. semua picha credit to Google. Mungkinkah pada masa akan datang nanti mereka bakal menjadi model untuk jenama INI pula setelah menjadi model SimplySiti. *Oh banyak kemungkinan*. :P


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Strawberi Cinta 2012 Full Movie Download


Assalamualaikum cinta. :)

Alhamdulillah baru berkesempatan untuk online selepas seminggu pulang ke kampung. hoho makin best bila pantai timur dilanda banjir tapi nasib baik rumah tuan blog terselamat dari banjir. hye salam rindu.:P

selepas entri ini "Istanbul Aku Datang 2012 Full Movie Download", nampaknya ada juga yang terpaksa terjah ke blog ini untuk download movie Istanbul aku datang. ceritanya memang menarik. tapi untuk kali ini berkongsi pula untuk movie Strawberi Cinta. Yang ni mek cah tak boleh nak komen best ke tidak, tapi yang pasti proses men'download' movie ni sedang berjalan. ekeke. terjumpa benda INI pun best. rugi kalau tak tengok. :)

Filem terbaru terbitan Metrowalth Productions bertajuk Strawberi Cinta mula ditayangkan di pawagam pada 6 Disember yang lalu. Antara pelakon yang membintangi filem Strawberi Cinta ialah Yana Samsudin, Pierre Andre, dan Diana Amir. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menonton filem ini di pawagam, boleh download Strawberi Cinta 2012 full movie di sini: 

Sinopsis :

"Filem Strawberi Cinta mengisahkan perjalanan seorang pelancong Jepun bernama Ichigo (Yana Samsudin) yang datang melawat Malaysia bersama rombongan pelancong senegaranya yang lain melalui sebuah pakej pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours dan bertemu dengan Hakimi (Pierre Andre) seorang pemandu pelancong.

Apabila berada di Malaysia dia berasa tertarik dengan kepelbagaian budaya serta agama penduduk Malaysia dan berasa kagum dengan keharmonian yang dikecapi Malaysia selama ini. Pada masa yang sama Ichigo mengupah penyiasat untuk mencari ibu kandungnya.


 Apabila Ichigo melihat beberapa tempat yang dilawatinya, dia segera akan teringat kenangan bersama ibunya dahulu. Hakimie sebagai pemandu pelancong dapat mengesan bahawa tujuan Ichigo lain dengan pelancong-pelancong yang pernah dia jumpa. Ichigo pula merahsiakan tentang tujuannya yang sebenar di Malaysia. Sehinggalah satu kejadian yang menimpa Ichigo dan di situlah segalanya terbongkar.

Apakah kejadian dan sebab yang membuatkan Ichigo datang ke Malaysia? Siapakah Shafiqa (Diana Amir) yang membuatkan Ichigo tertanya-tanya?"

Nota kecil : Yana samsudin sangat sesuai membawa watak gadis jepun. sangat comel dan pastinya layak jadi model  INI pun ada. siapa setuju.:P


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Buat Duit Dengan Exabytes


Assalamualaikum cinta.

Entry kali ini mengenai cara dapatkan duit dengan hanya meletakkan iklan exabytes. Opss hanya untuk mereka yang mempunyai blog sahaja. Mek cah ada sewakan ruang iklan blog Love is cinta kepada pihak exabytes bermula 16/11/12 yang lepas. pengalaman bersama exabytes baru mencecah 1 bulan lebih. Tapi alhamdulillah cek pertama mek cah dah sampai yang berjumlah RM55. Walaupun sikit tapi berbaloi kot. hehe. *tapi cek berada kat kampung sebab mek cah bagi alamat kampung so tunggu mek cah balik kampung baru dapat lihat cek tu*.=)

credit to blog :

Syarat-syarat minimum untuk menyertai pengiklanan exabytes yang rujuk >sini< ialah:
1. Trafik blog anda mestilah mempunyai minimum 350 unique visitor sehari.
2. Hantar bukti screenshot trafik unique visitor kepada marketing@exabytes.com.my.
3. Traffik utama blog mestilah dari Malaysia.
4. Cek akan dihantar ke alamat rumah anda selepas 6 minggu meletakkan banner iklan di blog.

Bagaimana nak APPLY EXABYTES?
1) Print screen UV sebulan yang lalu. ( boleh ambil dari Nuffnang Analytics )
2) Emailkan UV tersebut ke marketing@exabytes.com.my
3) Tunggu balasan email dari EXABYTES.
4) Lengkapkan invoice yang di'attach' dalam email tersebut.Pastikan anda melengkapkan dengan betul.
5) Email kembali kepada EXABYTES invoice yang telah lengkap.
6) Tunggu email yang berikan anda 'banner script' dari EXABYTES.
7) Bila da dapat banner,boleh la pasangkan selama 3 bulan ye.
8) Lepas tu,email kembali kepada EXABYTES untuk inform yang korang da letakkan banner script pada blog korang!.
9) Biarkan banner selama 3 bulan..itu perjanjiannya.


PENTING!!!.
Segala email (selepas confirmation) kepada pihak exabytes,kamu hendaklah sertakan sekali kod kamu.Email kali pertama tak perlu lah,cuma email kali kedua dan seterusnya..kamu akan diberikan satu KOD contoh macam ini --> [123D 456789E 0123F] 100 Blogger Ads Programme...sila letakkan KOD ini pada (subject) di email kamu tu!.

INFORMASI dari pihak NUFFNANG :: 
STATUS Gliterati tidak akan hilang walaupun guna EXABYTES. *oh bila la nak dapat BE/CPUV baru dari nuffnang ni*. :(

untuk lebih faham boleh juga ke sini:  

Nota kecil : buat research dulu dan dapatkan banyak info, so tak de la korang rasa teragak-agak menggunakannya. Macam mek cah dapat RM55 lepas bayar broadband pun jadi la kan. tapi,  beruntungnya mek cah kalau dapat benda INI. Bahagianya hidup. Lolzz.=)

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

10 Gambar Perkahwinan Maria Elena dan Asfirdaus dari Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography


Assalamualaikum cinta. :)

Layan gambar perkawinan Maria Elena dan pasangnnya Asfirdaus memang membuatkan orang yang masih bujang tak sabar nak kawin. kelihatan dan terpancar wajah kegembiraan mereka, penuh rasa cinta.


Untuk lihat banyak lagi gambar dah video mereka terjah la entri sebelum ini "Majlis pernikahan Maria Elena dan Asfirdaus"& "Video sweet : Maria Elena dan Asfirdaus". Alahai berita perkahwianna Maria Elena blogger terkenal mengalahkan artis kan. hehe kepada blogger yang lain mesti tak sabar nak mengikuti perkembangan tentang Maria ELena ni. :)



“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)



Busana pengantin yang dipakai sangat sesuai dengan Maria Elena. penuh dengan ciri muslimah. tengok sini untuk "busana pengantin & tunang". Mek cah pun dah jatuh hati. =)



Ayuh terjah page Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography untuk melihat banyak lagi gambar yang menarik. so kepada sesiapa yang bakal berkahwin ataupun memerlukan khidmat photographer boleh la ushar page ni. mana tahu berkenan dan teringin menggunakan service diorang.


Nota kecil : Yeah!, aksi maria sentiasa pelik tapi comel. mereka sangat hebat, tapi jom tengok apa yang lebih hebat dari mereka DISINI. Yang pasti ianya berbaloi. Jangan lupa bagi sokongan untuk page Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography dan LIKE kalau korang suka hasil kerja mereka.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Minggu terakhir


Assalamualaikum cinta.

salam sayang & salam rindu untuk rakan-rakan semua termasuk lah stalker blog ini. tanpa korang semua memang tiada penghuni dan pengunjung blog ini. *otak dah pening sebab banyak sangat assignment, entri pun entah apa-apa*. :(

Kuatkan hati, kuatkan semangat, cuma tinggal beberapa hari je lagi untuk mek cah habis minggu belajar. bulan 1 tahun depan untuk final exam. so untuk minggu ni kejap kena hantar assgmnt, kejap kena buat report, kejap kena present, kejap tu dan kejap ni!. hoho *berapa kali kejap la kan*. kalau dulu bermula semester satu di entri ini "Insyaallah semester akhir". Kejap je masa berlalu, memang tak dinafikan memang sayang untuk meninggalkan dunia sebagai seoang pelajar tapi apakan daya persekitaran dan keadaan yang memaksa. insyaalah beberapa bulan lagi bermula lah alam baru bagi mek cah.

so untuk menghadapi semua tu, minggu yang "kalut aka lorak" dan tak cukup tidur memang wajib dilalui. semoga ALLAH permudahkan segala urusan mek cah. Jadual exam pun dah keluar, haishh memang terketar-ketar nak melaluinya. bimbang juga kalau ada yang tersekat. mudah-mudahan semuanya okay. Amin. :)


tetap cool, tetap bersemangat walaupun diri ni dah tak terurus, baju tak usah duk cakap la tak sempat nak lipat. Opss kan best ada bibik kat kolej ni. muehehe. Nak jadi pangkat INI boleh. hehe. :)

Thanks for reading & salam rindu. xoxo.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Majlis pernikahan Maria Elena dan Asfirdaus

Assalamualaikum cinta.

Bila sebut je pasal kawin memang terus bersemangat mengalahkan orang yang nak kawin. tak perlu nak merapu & merabai terus je ke point yang seterusnya iaitu Majlis pernikahan Maria Elena dan Asfirdaus telah pun berlangsung dengan jayanya. Bila tengok blogger retis kawin terus bersemangat, terus nak share dengan korang hari bahagia mereka. Menjadi blogger haruslah tahu tentang kisah-kisah blogger yang lain kan. lagi-lagi retis macam Maria Elena ni. kalau nak bagi hadiah pun kena bagi yang lebih kurang macam INI. :P


Layan picha untuk bagi semangat untuk mereka yang belum kawin supaya terus je kawin. Ahakss kalau yang dah kwin tu beruntung la kan.  duit banyak boleh la buat majlis kawin yang mewah macam Maria Elena ni. *hanya dalam mimpi*.:)


Antara blogger yang dah telah berkahwin ialah irine nadia marcello "Selamat Pengantin baru buat IRINE NADIA MARCELLO + AMIRUL.", kak nurul "Selamat pengantin baru buat Nurulbadiah Lai dan pasangan". kedua-dua blogger tersebut sekarang hidup bahagia bersama orang yang mereka cintai. irine dan akak nurul bakal bergelar ibu, tak sabar nak tengok baby yang bakal lahir tu. mesti comel macam mereka.:)


Doa Untuk Pengantin:

Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Amin ya Yabbal Alamin ~




entri ini membuktikan kisah cinta mereka "Video sweet : Maria Elena dan Asfirdaus". Video teaser perkahwinan mereka, tak sabar nak tunggu yang full punya. hai kak maria, jangan lupa upload video yang dijanjikan hari tu yer. :P


Gambar semua kebanyakan di cilok dari page "Maria Elena Is Greek Helen" dan facebook "Najahtul Iylia" iaitu kawan baik Fatin Liyana Asri. So credit untuk mereka. sangat comel dan sesuai jadi duta INI. sungguh bergaya mereka berdua kan. Bestnya guna instagram, cantik gambar. Lagi cerita tentang Maria elena di blog ini tau "http://coretanharapan.blogspot.com/2012/12/barakallah-maria-elena-asfirdaus.html".^^

Thanks for reading.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kisah Setia City Mall

Assalamualaikum cinta. :)

Seribu kemaafan dihulur buat sahabat blogger, facebook dan twitter sekalian kerana lambat bebenor untuk update entri tentang sambutan hari lahir mek cah. *ada ke orang nak baca??Ayat sedih*. Mula-mula ingatkan memang dah tak sambut, lagipun mek cah tak harap semua tu. so terima kasih buat rakan-rakan sekali yang memberi ucapan selamat hari lahir untuk mek cah sama ada di blog, facebook dan di alam nyata. hehe Opss entri ini masih dalam ingatan "Doaku di usia 23 tahun. Amin". Alhamdulillah.


ucapan beribu terima kasih buat farah alias kerana membuat entri khas "Happy Birthday My Love Pattzi" untuk mek cah sempena kelahiran ke-23. hikss terjah blog beliau tau "http://coretanharapan.blogspot.com" kerana blognya tersangat lah awesome. pemiliknya iras Nisa Kay pun ada. suka header farah!!.


Seterusnya, please tekan button X terus andai kata entri ini meyakitkan mata anda yang melihat. kali ni mek cah tak nak segan silu ingin memberi ribuan terima kash buat Mr. H kerana sudi datang ke Shah alam semata-mata menyambut birthday mek cah. *walaupun sambut lambat*.Grrrr~~ thanks tau!. tiba-tiba terus terharu. T.T walaupun hari tersebut tersangat lah banyak halangan untuk berjumpa. pagi ada academic visit di UNISEL dan petangnya pulak ada TEST untuk subjek ARC. Fuh memang halangan tapi berkat kesabaran kami dapat berjumpa jugak.:)

Demi kasih la konon dari Penang ke shah alam untuk mek cah. hoho terimo kasih awop. muehehe setelah sekian lama tak jumpa, iaitu last jumpa aidiladha yang lepas "Raya korban saya". hoho lama kan dah tak jumpa, gewe jarok jauh memey gini. Lolzz. first jumpa hari tu terus dia bagi satu beg yang ada jenama "SAMSUNG". terus terkedu, ingat kan dapat la jugak hadiah INI. Addeesss rupanya cupcake yang tersangat comel memang tak sangka kreatif jugak pak cik nih. dengan reaksi bersahaja ucapan terima kasih diberi. tiada reaksi terkejut ke apa. hoho *masa tu tengah stress dengan assignment, bila jumpa rasa nak marah-marah je*. kesian dia. T.T


Lepas tu terus kitorang gerak ke Setia City Mall yang terletak di Bandar Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam. Jalan-jalan terus cari lokasi untuk makan. hoho tak de la pulak tempat yang sesuai so kitorang pun lepak dekat playground bersebelahan Mall, ada taman gitu. tiba-tiba hujan la pulak. terus ambil keputusan berkhemah di bawah playground kanak-kanak tu. makan dan makan tapi satu je. Ahakss romantik pulak rasa tiba-tiba. Lolzz orang tengok kami pun pelik. hoho ada ke patut makan cupcake bawa playground. haha


lepas makan terus berambus dan balik kolej. mek cah pulang ke puncak perdana dan Mr. H pulang ke rumah sepupunya di putrajaya. Insyaallah nanti jumpa lagi. :P kesimpulannya, sabar jelar dengan cinta jarak jauh ni. hoho *tok kato gitu, nok kato gano lagi kea.huks* teringat la pulak akan entri ini "Berkahwin masa belajar...Oh no!!!". :))

"Dalam berkasih, tak perlu cari yang sempurna. Cukup sekadar hidup bahagia. Hadir dirinya sebagai pelengkap jiwa. Redha Illahi tunjang utama."
sekian. 
 *maaf sekiranya anda rasa entri ini agak gedik*. T__T



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

5 Gambar Resepsi Perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle


Assalamualaikum cinta. :)

Tak habis-habis cerita tentang kawin, tunang dan bla bla. Dah nampak disitu tuan blog dah gatal nak kawin. Lollz . Dengan tarikh 12 Disember 2012 ramai yang kata tersangat lah cantik tarikh tu. ya, memang tak dinafikan, tarikh tersebut tak dapat di ulang kembali.



So ramai yang memilih tarikh 12 Disember 2012 sebagai hari bahagia mereka. Salah satunya Farid Kamil & Diana Danielle. Kali ini Resepsi Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle berkonsepkan tradisional warna keemasan ini berlangsung di Darulaman Park Lake Park di Jitra, Kedah turut di banjiri dengan peminat yang hadir.tengok SINI apa yang lebih menarik dari perkahwinan mereka.:P




Baca entri ini untuk ikuti kisah cinta dan perkahwinan mereka "Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle" , "Gambar Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle" & "Majlis Persandingan Farid Kamil dan Diana Danielle". :) Jemput singgah blog ROTIKAYA untuk lebih informasi dan gambar menarik. picha credit to : ROTIKAYA

Thanks for reading.

Nota kecil : Meniti hari sebagai seorang pelajar bakal berakhir. Tak sabar rasanya untuk bebas dari masalah tentang pelajaran. semakin cepat masa berlalu, semakin bertambah usia mek cah. Dah semakin dekat juga jodoh mek cah. hehe dah tak boleh berlagak macam budak-budak. cuba menjadi seorang yang dewasa. Yang penting benda INI sentiasa di hati. =)



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...