Doaku di usia 23 tahun. Amin

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam. Alhamdulillah, syukur kepada Mu Ya Allah. Tuhan yang mencipta langit dan bumi, bintang dan matahari dan seluruh alam semesta. Alhamdulillah, syukur Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.

Ya Rahman..syukur dengan pemberian Mu Ya Allah..Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapan Mu. Kalau bukan kepada Mu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merindui Mu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan Kaabah Mu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba Mu ini... pimpinlah hati hamba Mu ini... pimpinlah langkah hamba Mu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali Mu. Terimalah permohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal Alamin.

"Ya Allah, semakin jauh langkah umurku meniti hari. Ku pohon hidayahMu moga dihari lahirku ini kau berkatilah umurku dan izinkan lah aku semakin dekat dengan redhaMu."

nota kecil : terima kasih buat sahabat yang masih mengingati hari lahir mek cah. Rakan-rakan di facebook, twitter & blog serta sahabat di alam nyata. terima kasih banyak-banyak. so hari jadi ke- 23 merupakan kali pertama terkena pram dari roomates terutamanta ju, zulfa & cik bee. Pasti akan menjadi kenangan buat selamanya. Lozz semakin wangi sebab terkena bedak. hehe nak hadiah dari INI boleh. :P


--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

63 ulasan:

  1. moga panjang umur dan murah rezki ^_^

    BalasPadam
  2. paly pun penah kene pram ngan kekwn serumah sewa. isi2 pram tu baek jgn tahu tp paly berterima kasih dan brsyukur jgk..amin untk kite semua dan seluruh umah Islam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe pram yang biasa xpe. jgn yg bertelur sudah. btw thnks. :)

      Padam
  3. entri khas untuk blogger comeyyyy ni..!! ^_^

    http://coretanharapan.blogspot.com/2012/12/happy-birthday-my-love-pattzi.html

    happy bday si comey :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ololo sweetnya. thnks farah. terharu sero. hum. :'(

      Padam
  4. happy belated bday si cantek! may Allah bless you always dear :)

    BalasPadam
  5. sannah helwa ya ukhti ,,semoga panjang umer dan dimurahkan rezeki :')

    BalasPadam
  6. happy birthday...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

    teruskan blog taw...sebab ada je peminat rahsia nak baca..hehehe

    xoxo ANISA

    BalasPadam
  7. amin.... selamat hari lahir ye awak...

    BalasPadam
  8. semoga dipermudahkan khidupan seharian..Selamat Hari Lahir

    BalasPadam
  9. sweet 23 mek cah. semoga sentiasa diberkati. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 23 dah boleh kawin kan pun ni. hehe tq chic na. :)

      Padam
  10. Hapy birtday.. ^_^. semoga dimuarahkan rezeki selepas ini

    BalasPadam
  11. besday mek cah ari ni ka? ohh...happy besday mek cah! saeng il chukka haeyo! :D moga dpnjangkan umur dlm kbaikan, dlmpahkan rzeki yg halal, tbah n sbar hdapi dgaan hdup n berjaya di dunia n di akhirat. may Allah swt bless u :)

    BalasPadam
  12. Selamat hari jadi syg.. semoga Allah berkati hidup anda.. teruskan hidup dan jgn pernah gostan! Prasangka perkara biasa, tiada yg mustahil..

    *Gambar anda yg di snap dlm kereta tu nampak Klise. hehe
    apa2pun, anda mempunyai tahap karismatik yg tinggi.

    BalasPadam
  13. Happy Birthday Hazanis..ceria-ceria selalu..smoga terus success dalam dunia blog.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih hanif. insyaallah. amin. :)

      Padam
  14. selamat hari lahir si comel..

    BalasPadam
  15. slmt hri jadi =)=)..god bless always

    BalasPadam
  16. Selamat hari lahir Mek Cah a.k.a Hazanis,
    Semoga hidup mek cah sentiasa dirahmati Allah :)

    BalasPadam
  17. Happy belated birthday. May ALLAH bless you :)

    BalasPadam
  18. kebetulan jumpe blog awak.. anyway, slmt hari jadi.. may god bless u..

    *awak comel la..:)

    BalasPadam
  19. hepy besday dear.... =)
    semoga apa yg di impikan menjadi kenyataan k..

    BalasPadam
  20. Selamat Hari Jadi Mek Cah :)
    semoga panjang umur dan diberkati Allah.

    rupenyer mek cah, lagi tua 3thn dari sye.. hai KAK ! :P

    BalasPadam
  21. Happy Birthday kak hazanis. May Allah always bless you. Semoga kak hazanis dipanjangkan umur, sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat! ;)

    BalasPadam
  22. happy bufday, may Allah bless you, aamiin :D

    BalasPadam
  23. Happy Birthday mekcah. Semoga diberkati Allah sentiasa, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  24. selamat hari lahir mek cah :)
    semoga cepat kawen hehe :D

    BalasPadam
  25. Happy bufday my dear.lebiu ♥♥

    BalasPadam
  26. Happy bufday my dear.lebiu ♥♥

    BalasPadam
  27. wo. wo. wo. happy birthday mekcah.

    BalasPadam
  28. epy belated birthday dik... semoga impian nya dimakbulkan insyallah...

    BalasPadam
  29. Salam perkenalan..Selamat hari jadi hazanis..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..bhagia dunia dan akhirat..Amin..

    BalasPadam
  30. Hepy bezday mek cah.. cantik kek cup tu....
    Dah komen ni... mana bunga!heee

    BalasPadam
  31. selamat hari lahir dear :)
    smga pjg umor....

    BalasPadam
  32. hb akak.. ekyn aminnn kan doa2 akak tu :)

    BalasPadam
  33. mek cah slmt hari lahir..moga sentiasa dlm lindunganNya,nok hadiah hr jadi dop =)

    BalasPadam
  34. selamat hari lahir mek chah.
    make cupcake sore jadi gemok.
    wat mari sikit terr..huhu

    BalasPadam
  35. Hepi besday Hazanis...moga tercapai ape yg dicita2kan & dirahmati Allah selalu...;)

    BalasPadam
  36. mek cah!!sorry lmbt wish..happy bornday deh :)
    btw, boleh dop msg ko nuru?? no ilang sbb fon ilang:(

    BalasPadam
  37. awoppppppppppppppppppppppppppppppppp,semoga hari-hari mendatang terus menjadi lebih bermakna dalam hidup awopppp,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki awop :D

    BalasPadam
  38. selamat hari lahir awak cantik... :)

    BalasPadam
  39. hai si cantik...hepy belated besday yer dik

    BalasPadam
  40. hepyy belated bday mekcah! kita beza umur 1 thun jer rupanya. :)

    BalasPadam
  41. happy belated birthday mek cah,hehehe comel kek =)

    BalasPadam
  42. happy belated besday mekcah.
    jom lepak lepak kb mall nak?

    ajak la nuru ko.
    kalo cuti la.

    muko supo lape belas.
    hahah

    BalasPadam
  43. happy belated birthday..salam kenal dtg dari blog nick.
    sudi2lah terjah blog saya..

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...