Menangis dalam mimpi

Assalamualaikum. 

Sudah lama mek cah tidak bermimpi tentang perkara yangmenyedihkan. tapi entah kenapa semalam termimpi pasal ma. hum mungkin mek cah sangat merindui ma sampaikan termimpi dalam tidur. Tapi mimpi kali ni memang betul-betul membuatkan mek cah menangis dan terus menangis. Ya Allah mek cah tak nak kehilangan ma. Kau panjangkan lah umur ibuku ya allah. 


Dalam mimpi tu mek cah sedang berpelukan dengan kakak mek cah yang namanya hamizah. disitu kami saling menangis mengenangkan ma yang pergi meninggalkan kami. Ya allah kau jauhkan lah mimpi ini menjadi kenyataan. Aku belum bersedia untuk menerimanya kerana aku belum cukup berbakti lagi untuk ibuku. Berikan aku kesempatan untuk berbakti kepadanya. Ya Allah, aku tak sanggup mengecewakan kedua ibubapaku,berikanlah kesempatan kepada mereka untuk melihat aku berjaya. Kurniakan kedua ibubapaku kesihatan yang baik-baik ya Allah. Aku sayang mereka. Amin Jadi aku tidak mampu menangung kesedihan sekiranya kau memanggil ibuku pergi kepada mu.Ya allah berikan aku kesempatan untuk membahagiakan ibuku. T.T 

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa-dosa kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya,Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillalamin. ..." 

Rassulullah SAW pernah bersabda : 
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... 

Hadith Nabi SAW : 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari". 

p/s: Sayangilah kedua ibubapa kita semasa mereka masih hidup. berbaktilah kepada mereka walaupun sebesar zarah. Doakan kebahagiakan mereka. Ya ALLAH rindunya. nak balik. :'( 



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Fatin Liyana - minaztv@youtube

Assalamualaikum cinta. ^^

Godek-godek keywords dalam blog ni memang terkejut. Asyik Fatin Liyana iaitu pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com yang menjadi carta keywords tertinggi ke blog ini. Disitu telah kelihatan betapa ramainya peminat Fatin Liyana Asri. So bila dikesempatan line internet laju maka terbuka lah youtube dan secara automatiknya terjumpa lah video Fatin Liyana dalam minaztv@youtube. *Bahasa melayu yang makin tersasar, abaikan tatabahasa yang tak betul itu*. :P


Jom tengok Fatin Liyana. Eh! suka style fatin!. Semakin menutup aurat di mata mek cah. Oh apa pula pendapat korang tentang Fatin Liyana??. Mesti ramai yang meminatinya kan. Lagi satu suka dengan kata-kata Fatin Liyana "walaupun suka berfesyen, JANGAN lupa sembahyang jugak taw" . pesanan begitu ringkas, tetapi penuh bermakna kan. :)




'minazTV bertuah kerana telah diberi peluang oleh Fatin untuk menemuramah beliau di kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan. Banyak tips dan info menarik Dr. Blogger ni kongsikan. Kami terjah handbag kesayangan beliau!!! yayyyyyy! Thank you sooo much Fatin. All the best and lot's love from us.' by Minaztv






Thanks for reading.



p/s: Personaliti itu penting supaya setiap orang punya identiti yang tersendiri. Kiranya personaliti Fatin Liyana mendapat tempat di hati sahabat blogger.FL jadi model untuk kempen INI pun ok. Renung-renungkan dan selamat beramal. :P



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Diana Amir Rahsiakan Pertunangan

Assalamualaikum cinta. ^^

Dah lama tak bergosip. hehe kali ni bila dengar Diana Amir dah bertunang terus terlintas difikiran siapakah jejaka yang bertuah yang berjaya menawan hati Diana Amir itu? Mungkin mek cah orang yang paling lambat dapat tahu berita ni. Dan mungkin juga ada yang belum tahu berita ni kan. So siapakah tunangan Diana Amir itu. Tunangannya yang dikenali dengan nama Sir Habib merupakan petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah


majlis pertunangan Diana dan Habib telah diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Diana Amir berkata kepada wartawan Mstar Online:-

"Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih. Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah. Sebenarnya tada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia (Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk keluarga kedua-dua belah pihak sahaja."
so Diana Amir rahsiakan pertunangan kerana Mengikut Syariat Islam. itu yang terbaik kan tapi lastly orang lain dapat tahu jugak. Maklum la selebriti katakan. hehe Tahniah untuk Diana Amir dan tunangannya. Semoga majlis perkahwinan diadakan secepat yang mungkin. Tak elok lama-lama bertunang. Ewah! menyibuk je mek cah ni kan. :P

Berita sepenuhnya:

Thanks for reading.

Nota kecil: Diana Amir lebih cantik dari artis HOT INI kan?:P


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Beli belah dengan Cermat di Zalora Malaysia


Dengan perkembangan teknologi pada masa sekarang anda munkin hairan dengan hanya carian perkataan di laman web boleh menyenangkan kerja kita. Tidak lagi kita hairan dengan kemudahan internet ini kita dapat menyenangkan kerja kita bukan sahaja di tempat kerja tetapi dalam kehidupan seharian kita.


Pada zaman siber ini dengan hanya beberapa klik pada tetikus anda, anda boleh memperolehi maklumat serta kemudahan yang tidak terhingga. Perniagaan internet merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang iaitu melakukan urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna melalui Internet. Di Malaysia, aktiviti perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat sambutan yang hebat.


Yang paling istimewa antara semua adalah kemudahan membeli belah tanpa membuang masa anda dalam kesesakan lalu lintas untuk pergi ke pusat membeli belah. Kebanyakan wanita mungkin tertanya- tanya, kenapa ada segelintir lelaki tidak suka pergi membeli-belah? Ini adalah kerana kesesakan yang terlampau dan penantian membeli dan memilih barang yang disukai mengambil masa yang lama. Kebanyakkan lelaki suka membe-libelah dengan selesa dan senang mereka tanpa merasai rasa penat dan kebosanan.



Selain itu, membeli- belah tanpa perancangan dan berbelanja tanpa berfikir merupakan amalan yang tidak baik dan merisaukan pihak lelaki. Perancangan untuk membeli-belah boleh monolong dalan usaha berjimat cermat untuk masa kelak dengan hanya membeli barang keperluan sahaja. Dengan pilihan yang banyak kita mudah terpengaruh untuk membeli tanpa perbandingan harga dan perancangan secukupnya. Ini menyebabkan kita berbelanja tanpa berwas-was untuk masa kelak.


Tetapi dengan adanya laman web Zalaora Malaysia sekarang, masalah ini dapat diselesaikan tanpa rasa susah hati. Kita boleh melakukan pembelian kita di laman web dengan memilih saiz dan warna serta pilih barangan yang dihendaki daripada 400 jenama di satu tempat. Anda tidak pelu lagi mencari masa dan mebuang tenaga untuk singgah di kedai- kedai untuk memilih satu barang. Zalora merupakan destinasi bagi fesyen di Zalora Malaysia masa terkini dan sedang membangun untuk memberi kita keselesaan untuk membeli belah pada bila-bila masa.


Zalora Malaysia merupakan “fashion latest Destination” yang memberikan kita pelbagai intensif untuk mendapat diskaun yang boleh digunakan untuk berjimat. Dengan masalah kenaikan harga barangan sememangnya begitu ketara bagaikan bangkai gajah tidak dapat ditutupi nyirunya lagi terutama di Bandar, kita tidak perlu risau untuk berjimat cermat kerana dengan pembelian secara online membolehkan kita berjimat tanpa berbelanja dengan banyak.

Sebagai pengguna, kita perlu memiliki sifat-sifat pengguna yang bijak untuk berupaya mengharungi kehidupan sebegini dan menjadi pembeli yang cermat. Dengan adanya Zalora, kemunkininan ini boleh menjadi realiti untuk membawa rakyat Malaysia ke cara menjadi pembeli yang cermat dengan perkembangan teknologi. Marilah kita mencuba cara yang alternative dan menyenangkan kerja kita dengan pengalaman yang baru.

By Kathy, Writer at Zalora Malaysia. She likes messing around and jamming around with the flow of life and living every moment of it as how it is.

Untuk maklumat lanjut, layari:


Thanks for reading.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Ezwan Othman Photography

Assalamualaikum cinta.

Alhamdulillah mood untuk update blog sentiasa ada walaupun buat-buat busy. grrrrr hari minggu harus la mempunyai masa yang berkualiti bersama kawan-kawan sekeliling. Minggu lepas ke Times Square dengan miera tetapi semalam baru je keluar dengan markonah, emy dan nur. Ceritera di Times Square untuk minggu lepas boleh la terjah sini "Times Square #1: Dating dan shopping". :)

So untuk entri yang ni berkaitan dengan entri yang ini "Insyaallah semester akhir". Dua nama photographer ini bersahabat baik. Kalau dulu bercerita tentang Rasydan tapi untuk sekarang bercerita gambar yang telah di snap oleh Ezwan Othman. wiwit!! kami outing suka-suki sahaja. :)


Lokasi untuk klik-klik adalah Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa. Ini lah kali ke-2 mek cah sampai ke sini. Di pagi jumaat kelihatan ramai ibu bapa yang membawa keluarga mereka bersantai di taman ini. Fuh! memang seronok la diorang. ehem tuan tanah suka 'tepek' picha besar-besar sebab mau kasi reader puas hati dengan kualiti blog ni. Andai ada yang menyampah sila tekan butan X sekarang. :P


Artis jemputan utama ialah Anis Zahirah. Namanya dah memang meletop tengok la tuannya kan. sangat cantik dan ayu gitu. wiwit! ini sahabat mek cah zaman sekolah tadika lagi. muehehe so memang hobi bergambor ni dah menjadi hobi bersama. Ehem!


Semua gambar di sini milik Ezwan Othman. di edit oleh 'mek cass'. muehehe dengan pertolongan 'photoscape dan xiuxiu" jer. Apa itu XIUXIU?? Boleh la terjah sini "Adobe Photoshop Lightroom vs xiuxiu" & "Gambar sebelum dan selepas...Yoww!!". ^^


Picha ni paling mek cah suka! meletop! pluss dengan warna merah! memang menarik perhatian dan mastura kelihatan gojess. muehehe thumb up mas!. :) so kitorang copy gambar selepas shoot. si mastura bawa laptop untuk memudahkan sesi men'copy' berjalan lancar. so tak payah la kami susahkan wan untuk email semua gambar tu kan. :P 


pipi dah bolat! nasib baik ada inner cotton yang membuatkan bentuk muka mek cah kelihatan bujur. so kepada gadis nak dapatkan tips inner cotton jadi muncung sila lah terjah sini "Tips Inner shawl kelihatan muncung". Opsss sempat lagi iklan entri yang lepas. :P

so motif sebenar entri ini saje nak tunjuk hasil gambar dari Ezwan Othman. memang berpuas hati dengan photographer wan ni. alah memang senang nak berkomunikasi dengan wan sebab orangnya begitu sporting dan baik. hiksss senang lah nak bekerjasama. huhu cepat-cepat ushar Ezwan di facebook "Ezwan Othman".Terima kasih wan untuk gambar ni semua.:)

Thanks for reading.

p/s: tuan blog sudah jatuh hati dengan benda ni. Humm tido tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu. Lolzzz kenapakah??huksss KLIK SINI..:'(


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Lie to me : Korean Drama


Assalamualaikum cinta..:)

Salam hari jumaat buat sahabat facebook, blog, twitter dan stalker. Chewah! agak-agak ada ke stalker mek cah? Muehehe. Niat utama entri kali ni adalah kerana mek cah dah jatuh hati. Bila hati dah tertaut, facebook dan blog ditolak tepi secara automatiknya terus dimadukan. lagi-lagi twitter memang mek cah tak aktif langsung. kalau dulu hari-hari je up entri baru tetapi sekarang dah lain. :'( 


hai peminat korean drama, hye hye! kita satu geng lah. Entah kenapa sejak memenjak ni mek cah dah jatuh hati dengan korean drama . ini gara-gara housemates punya pasal. Diorang punya external hardisk penuh dengan movies. Alahai mek cah tumpang sekaki. So facebook pun dah tak aktif sangat.


Fuii,  korean drama  'Lie to me' membuatkan mek cah tak tidur malam. Memang cari nahas betul! kelas pukul 10 pagi tapi malam tu mek cah tidur pukul 5.45 pagi. haishh tinggal beberapa jam lagi untuk tidur. Nasib baik la tengah cuti-cuti malaysia masa tu. ehem! masuk kelas lewat 30 minit kes bangun lambat. nasib baik la lecturer tu ok. dan nasib baik jugak la markonah yang kejutkan dengan col kalau tak memang ke petang la mek cah tido. Huksss
Synopsis: 

'Gong Ah Jung, a level 5 Ministry of Culture official, gets entangled in a web of lies when she mistakenly lies that she’s married to Hyun Ki Joon, a hotel manager from an affluent family. Their relationship is further complicated when Ki Joon’s ex-fiancée and a close friend of his brother’s, Oh Yoon Joo, reappears in his life'.


Masa mula-mula tengok hero dalam drama ni tak hensem sangat pun. Tapi bila lama-lama tengok memang hensem la jugak. Opss terkantoii disitu. Kalau pakwe baca entri ni tentu sakit hati. Muehehe kes puji orang lain. Lolzz kalau heroin tak usah duk cakap la, cun giler. Memang mek cah dah lama minat dia. Gigi dia lawa, rambut dia lawa, dan semua lawa lah. hewhew


'Love just come to me as a lie. Then the lie becomes love' – Gong Ah Yong

'Then we learn that sometimes, inside the lie, there hides a truth that is more passionate than the reality' – Hyun Ki Jun

apa yang menarik tajuk  korean drama  ni pun dah ada dalam wikipedia , kiranya memang meletop jugak la tv series ni. Tak percaya? sila lah terjah sini http://en.wikipedia.org/wiki/Lie_to_Me_(2011_TV_series)

Thanks for reading.

p/s: agak-agak tv series ni boleh lawan tak dengan benda INI. :P


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Rasydan Ishak Photography


Assalamualaikum cinta..=)

Malam ni hati berbunga-bunga untuk update blog. Tadi tido sekejap lepas tu bangun balik, mandi-mandi dan solat lepas tu terus menghadap leptop kesayangan ini. Terima kasih duhai laptop kerana banyak berjasa. Olololo, tanpamu pasti mek cah kesunyian. Ihsan dari mak kesayangan untuk beli laptop ini banyak membantu mek cah menyiapkan asignment. Alhamdulillah, terharu. :'(

Kisah 3 hari sebelum datang ke Puncak Perdana untuk memulakan semester baru setelah sekian lama bercuti menjadi kenangan terindah yang tak dapat di lupakan kerana banyak kenangan terukir bersama mastura, anis zahirah, ezwan dan rasydan. Janji hanya untuk keluar bersama dengan mastura dan anis zahirah akhirnya membuatkan 1 sesi test lens baru berlaku setelah berjumpa kawan mastura iaitu ezwan. Kebetulan masa tu mastura ingin berjumpa ezwan untuk copy gambar yang beliau shoot dengan ewan sebelum ni. Jadi secara kebetulan ewan membawa rashdan untuk menemaninya. Dan secara kebetulan juga Rashdan baru je beli lens baru. Jadi kami iaitu mastura, anis zahirah dan mek cah menjadi mangsa untuk kajian. Lolzzz Maka untuk ini mek cah khas update tentang Rasydan Ishak ataupun DanPhotography. Lain kali mek cah update tentang picha mastura, anis zahirah dan mek cah bersama. Sabor tau.:P


Lokasi Berdekatan Padang Bas , Tesco kelantan. Memang benda ni tak dirancang jadi pakai baju pun yang tak dirancang. Ore klate kata "tok jangok'. Muehehe biarlah janji kami dah set untuk shoot suka suki. shoot bukan untuk stress lagipun photog Rasydan ni tak der lah bekeng sangat. Ditambah pula dengan ezwan yang banyak memberi tunjuk ajar untuk posing jadi kerjanya menjadi mudah. Memang selesa bekerjasama dengan mereka. 


Inilah mastura, posing mengalahkan model professional. Ewah! . Mesti korang dah kenal beliau kan?? tak kenal boleh la godek-godek entri lama mek cah. Hikk..:P fuh!! dalam pukul 6 petang lebih kitorang pun blah! tapi ada lagi disebabkan kami semua mahukan gambar yang shoot pada hari tu maka 1 perjanjian telah dibuat untuk copy gambar tu semua keesokan harinya. Maka dengan itu 1 shoot yang dirancang iaitu hari jumaat di Taman Tengku Anis, Kota Baru. 


Inilah hasilnya untuk hari ke-2. Pakai biasa-biasa sahaja. tiadanya nak gojesss sangat. Bersederhana itu lebih baik. Muehehehe sesi ini berlangsung kejap jer sebab orang lelaki perlu solat jumaat kan. Fuii benda wajib perlu la ditunaikkan. Oh ya nanti mek cah update gambar yang lain eh. 


Iklan sekejap!Jom tengok INI. .Memang awesome lah.so Tujuan entri ini ditulis adalah untuk promote kawan mek cah yang bernama Rasydan Ishak dan Ezwan Othman ni. sekiranya korang memerlukan khidmat photographer untuk hari bahagia korang boleh la gunakan perkhidmatan mereka. yang penting mereka sporting dan friendly. Opss yang picha atas ni ialah photog Ezwan. Apa lagi terjah lah mereka. mana la tahu korang boleh jadi talent mereka semua. :P


Thanks for reading.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Times Square #1: Dating dan shopping

Assalamualaikum cinta.

Minggu pertama di bumi Shah Alam memang tak sah kalau tak keluar dengan kawan-kawan. Untuk menghilangkan segala keboringan yang melanda satu temujanji di buat bersama Miera, dan Mastura. Pada mulanya niat di hati nak ke Mid Valley akhirnya keputusan Times Square menjadi pilihan untuk bersantai bersama kawan-kawan. Mid Valley tidak menjadi kesukaan kerana barang-barangnya agak la mahal berbanding Times Square. Niat ke Mid untuk berjumpa si blogger comel Yuyu Zulaika tetapi akhirnya yuyu ada hal la pulak. Itu pun mek cah terbaca post dari funpage yuyu. Sedih tak dapat jumpa dengan yuyu. Whot whot. :(


Sampai di Times Square dalam pukul 11 pagi macam tu. Tapi sebelum tu mek cah, Miera dan housemates ke Lowyat utuk beli barang sikit. Akhirnya mek cah berpecah dengan housemates kerana diorang semua tak nak ke Times Square. Jadi mek cah dengan miera jelar ke sana untuk jumpa Mastura dan rakan-rakannya. Mastura bawa kawannya yang bernama atin dan epa. Alhmadulillah jadi satu geng. Muehehe 'gila shopping'!!. 


ini lah atin dan  Miera yang mek cah kenal melalui facebook je. Akhirnya kami berjumpa di alam yang nyata. Muehehe rupanya mek cah paling tua dalam kalangan ini. Atin pelajar UPSI sekali dengan mas dan miera lak pelajar UITM shah alam. Ini kali kedua mek cah jumpa dengan miera. Opss


Nama je mek cah paling tua tapi bila berada dalam kalangan mereka mek cah kelihatan seperti paling muda. Ciss 'mood koya' disitu. Lozzz mek cah tengok miera macam ada mix arab pun ada. kan kan?:P


Tak sah kalau tak de picha SS. ALa yang ehem ehem tu la. Beli tudung baru so pada hari tu jugak mek cah pakai. Oh selepas solat tukar tukar memang rajin bebenor la kan.. kikiki


Entah kenapa picha mas kali ini tak de sangat. Tu la siapa suruh berpecah dengan mek cah masa beli barang tu. hiksss ni kitorang makan-makan di Mcd, perut lapor sangat so isi dulu la kan sebelum habiskan tenaga untuk tawaff satu Times Square tu. :P


Kalau dah perempuan dan tambah lagi gila gambar. setiap kedai nak snap snap. Macam la kedai tu bapak kita yang punya kan. ekekeke dari kiri atin, mek cah, mas dan epa. Opss miera tukang amik gambor.:P


Niat di hati nak cuci mata je di sana tapi akhirnya mek cah tewas dengan nafsu!. Nasib baik barangnya tak der la sampai beratus-ratus hinggit. Lolzz bila tengok 'buy 1 free 1'. Meleleh terus, dah la wedges tu dah lama mek cah berkenan. Jadi miera ambik satu dan mek cah ambik satu. Yang hitam itu mek cah punya dan yang coklat tu miera punya. "padahal dah berlambak warna hitam'. T.T


Menunggu masa untuk balik. Tapi sebelum tu ushar mamat dulu lah kat bawah-bawah ni. Muahaha gurau je. Tak de maknanya buat kerja tak berfaedah ni. Dah jom balik, dengan geng mas pun mek cah berpecah disitu. mereka pulang ke UPSI mek cah dan miera lak pulang ke UITM. hye ladies jom tengok INI. Wajib tau! Ewah! lain kali kita jumpa lagi. InsyaALLAH. 

miera : 

Atin : 


Mastura :

Thanks for reading.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Busana pengantin dan tunang


Assalamualaikum cinta..^^

Masa yang diperuntukkan untuk update pun semakin kurang, bukan tak rindu, dan bukan tak sayang kepada blog ini tapi entah kenapa minggu pertama di UITM Puncak Perdana membuatkan mek cah begitu busy sangat. Nak kata mek cah aktif berpersatuan tak jugak, nak kata mek cah orang kuat UITM pun memang jauh sekali. Apa yang busy sangat tu kan. Lolzz

Alhamdulillah mek cah bersyukur sangat-sangat walaupun mek cah tak update blog seperti selalu tetapi ada jugak yang sudi ke blog yang tak seberapa ini. Terima kasih rakan blog, facebook, twitter dan berjuta ribuan terima kasih buat stalker tegar blog mek cah ni. Muehehe sowie sangat-sangat tau untuk yang pemberi komen di entri ini "Insyaallah semester akhir". Memang mek cah tak sempat nak balas satu-satu tapi yang penting mek cah terharu ramai juga yang memberi sokongan untuk mek cah. Alhamdulillah.


Owh! kembali kepada topik asal. Untuk semester akhir ini boleh la ushar baju tunang dan baju pengantin. Mak aiiih! gedik nak kawin ke??keje pun belum lagi. Idok ler, tujuan mek cah buat entri ini kerana carian baju tunang menjadi pilihan buat pengunjung yang masuk ke blog ini. Setahu mek cah belum ada lagi yang mek cah update tentang Baju tunang. Tetapi baju untuk raya ada la "Radiusite : Pesona Syawal". Dikesempatan ini mencari idea buat bakal pengantin baru dan tunangan orang. Insyaallah, diharap perkongsian ini dapat memberi idea dan pilihan buat pengantin untuk mencari baju yang sesuai di hari bahagia mereka dengan mengekalkan ciri-ciri muslimah. Jangan lupa terjah entri ini juga "Photobooh untuk majlis perkahwinan". Mana tahu mampu membantu pasangan yang bakal raja sehari nanti. 


'Gaun labuh menyingkap kelainan susunan langkah pengayaan si dara. Ilham berbeza berikan keyakinan ketika melangkah. Jadikan dua warna pilihan yang lembut ini sebagai warna pilihan busana anda.' 


'Sentuhan istimewa wazira zainal tidak pernah mengecewakan. Ilham kreatif si pereka menaikkan seri si pemakai. Busana pengantin ala dress pasti memukau tatkala melangkah ke mahligai kasih impian . Kemasan batu ferquiez sungguh istimewa. Rona 'Dusty Pink' pilihan mempelai masa kini.'


'Febrik sifon dan dutches satin sememangnya sesuai di ilhamkan menjadi gaun yang cantik di pakai dihari persandingan. Aksesori diletakkan dibahagian tengah busana menjadi pelengkap gaya yang cantik dan sesuai di pakai oleh raja sehari di hari bahagia nanti.'

'Rona ungun tampak cantik dan berani untuk digayakan di majlis persandingan. Potongan jenis gaun panjang ini sesuai digayakan oleh bakal pengantin yang bertudung. Gabungan renda perancis dan sifon membuatkan busana ini tampak mewah dan menarik . Ditambah pula dengan jimeki penuh di bahagian dada dan hujung kain.'

Ehem!, semuanya sangat cantik bukan!. Nak kawin tapi masih belajar so ushar dulu pun jadi la kan. Tapi yang penting bersederhana dalam semua perkara. itu yang paling penting.Jom amalkan minum Perla coffee untuk dapatkan kulit yang cantik dan berseri-seri di hari bahagia korang nanti. Terjah entri review dari pemilik blog sendiri "Review : Perla Coffee". harga istimewa untuk korang.

Thanks for reading.

p/s: Buat bakal pengantin selamat pengantin baru dan semoga berbahagia untuk selamanya.  Oh dapat hadiah  INI boleh jadi hadiah terhebat dalam sebuah perkahwinan kan. :)


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Insyaallah semester akhir



Asssalamualaikum Cinta..=)

Alhamdulillah buka semester baru ni sedar tak sedar dah semester akhir untuk ijazah  sarjana muda pengurusan rekod. Macam tak percaya je, kalau dulu belajar di UITM Machang, Kelantan untuk diploma selama 3 tahun tapi sekarang sedang berada di bumi Shah Alam untuk ijazah. Walaupun pada mulanya memang menangis dan tak mau datang sini tapi akhirnya dah nak habis belajar pun. Insyaallah semoga semester ini tiada masalah timbul mengenai subjek. Fuh takut jugak kalau ada tersekat 1 or 2 subjek. memang menangis tak berlagu la kan.:(

Percaya atau tidak bulan 12 ini mek cah berumur 23 tahun. Makin tua, dan tua.
Allah permudahkan segalanya mengenai kolej. biasanya bagi pelajar semester akhir perlu membuat rayuan terlebih dahulu dan terpaksa menumpang dirumah kawan. Tapi lain pula dengan mek cah, bersyukur sangat-sangat dengan nikmat yang Allah bagi. permohonan kolej berjaya. so tak perlu la mek cah menumpang dirumah kawan-kawan yang lain dulu. Bila difikirkan balik itu semua disebabkan berkat doa ma abah mek cah. result pun kira ok walaupun tak dekan. kupon yang berjumlah 20 lebih keatas mungkin menjadi faktor utama mek cah dapat kolej. Alhamdulillah terima kasih housemates kerana sudi berkongsi kupon tu..:)

Semoga di akhir semester ini Allah permudahkan segalanya. Amin

SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati 


Thanks for reading.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Candid 1# : Friendship



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Filem Salam Cinta

Assalamualaikum cinta..:)


Filem salam cinta merupakan filem yang menjadi pilihan aku kerana mempunyai ciri-ciri keislaman. Yang penting filem ini dapat memberi impak yang positif dalam hidup kita semua. Insyaallah, jom layan sinopsis tentang filem ini.^^

Pengarah 
Azhari Zain

Lakonan
Kamal Adli, Diana Amir, Mon Ryanti, Abdul Razak Ahmad, Fyza Kadir, Kay Maria

Mengisahkan mengenai AMIRUL, seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berpoya – poya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal – hal agama.

SHUIB merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz. Amirul yang pada mulanya ralat untuk menerima tawaran tersebut akhirnya terpaksa bersetuju selepas diyakinkan oleh Shuib namun Amirul mendesak mahukan khidmat nasihat seorang ustaz bagi membantunya menyelami watak tersebut dengan berjaya. 


Ditakdirkan, Amirul berjumpa dengan HAJI RAHMAN, seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata. NADIA, kekasih hati Amirul yang mana juga merupakan seorang pelakon terkenal mula berasa benggang dengan perubahan Amirul yang secara tiba – tiba. Amirul malah menghilangkan diri dan mula hidup bersama keluarga Haji Rahman. 


Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan LAILA, anak Haji Rahman. Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia bagaikan badai ombak yang memusnahkan semuanya. Dapatkan Amirul mengecap bahagia cinta bersama Laila? Adakah misi Amirul mendalami Islam hanya demi lakonan atau hatinya betul – betul telah berubah?

Tarikh Tayangan – 6 September 2012


Berita baik untuk pengguna ASTRO!. Jom KLIK SINI, khabarnya boleh menang IPAD..


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Outing riang ria raya



Assalamualaikum cinta..^^

Kisah kami keluar bersama kian berlalu. Tiada peruntukan masa yang banyak untuk upload picha kami bersama. Fuii setiap gambar ini hampir mencecah 2.5MB. Terpaksa mencari alternatif lain dengan kecilkan gambar ini. Kalau tak 2 hari 3 malam memang tak siap la upload gambar ni semua. Line broadband maxis kejap biru kejap hijau.ngee Nasib baik la aku ni tak mudah patah semangat. Tarikh gambar ini ialah 13 hb 8, 2012. selepas shoot kami terus ke KBMALL ada majlis IFTAR bersama geng blogger kelantan. Terjah kalau sudi "Iftar: Blogger kelantan". Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan baik walaupun dah lama tak posing depan DSLR. hoho memang agak kekok sedikit. :(


Lokasi kami untuk outing ialah Pantai Geting, Kelantan. Aalah bersebelahan je dengan pantai sri 7. Nak tahu kat mana pantai sri 7 baca la entri INI. Gadis berkurung merah itu ialah Mastura, aku kenal mas melalui facebook dan blog. Dan akhirnya kami menjadi satu geng dan masa cuti semester ini kami selalu keluar bersama. Insyaallah esok keluar lagi dengan mas. Kalau korang nak tahu mas bakal berkerjaya sebagai guru kaunseling. Hebat bukan, juga merupakan seorang blogger. Sila terjah blognya kalau sudi "masturarama2.blogspot.com".


Yang berbaju biru lak anis zahirah namanya. Dah banyak kali kot kisah aku dan anis ada dalam blog ni. Dulu selalu je keluar photoshoot dengan anis ni. kalau sudi singgah la ke entri yang ini "Outing suka-suki || Pantai Sri 7" & "Photoshoot Ombak Rindu". Anis juga merupak seorang blogger "http://bilehatikecilkuberbicara.blogspot". Jom ushar si anis omey-omey ni.:P


Ini pulak lokasi Taman Tengku Anis, Pantai Geting Tumpat kelantan. Lokasi ni merupakan kali pertama aku ke sini. hoho nama je orang tumpat tapi sampai ke sini pun belum lagi. Lolzz picha disini mek cah pernah update entri ringkas di entri ini "Koleksi SMS Ucapan Hari Raya" & "Salam Aidilfitri 2012 ". semuanya tentang raya!.


Apa yang pelik kami tidak berpakat tau untuk pakai baju kurung. hehe sampai-sampai je "eh sama la baju kita, tapi warna je lain'. punya la semangat nak shoot tema raya. alih-alih shoot biasa-biasa jer sebab kekurangan wardrobe. Kalau ada pelita lagi best!


Yang tinggi sekali duk depan, yang sedang-sedang duk tengah. Aik! yang kecik duk belakang!. awat terbalik nih, sepatutnya yang kecik duk depan la kan. hoho sistem apa ni? kalau dulu-dulu zaman sekolah yang paling kecik duk depan. hehe mek cah la tu yang kecik. ngeee


Duduk bersipuh ala-ala gadis melayu terakhir. lozzz agak-agak masuk gadis melayu confirm mas dan anis dapat. opss aku tolong vote je. peace!


Payung besar gedabak! kepunyaan si photog. Nasib baik photong yang ni sporting. payung cap panasonic menjadi mangsa untuk kami berebut!. Aish, yang paling gagah dimenangi oleh mek cah. Muahaha


Memang penat posing dalam bulan puasa. oh memang dahaga sangat. nasib baik ketahanan badan ni kuat. eceh! memang dah tak larat, so posing sambil duduk pun jadi lah kan. Semua picha ni tak di edit tau! Original punya ma!, cuma tambah watermark hazanis je. hehe lepas shoot terus bergegas ke KBMALL untuk berbuka. Aumm!

Cerdit to photog : 

Mastura:

Anis zahirah :

Thanks for reading.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...