Menangis dalam mimpi

Assalamualaikum. 

Sudah lama mek cah tidak bermimpi tentang perkara yangmenyedihkan. tapi entah kenapa semalam termimpi pasal ma. hum mungkin mek cah sangat merindui ma sampaikan termimpi dalam tidur. Tapi mimpi kali ni memang betul-betul membuatkan mek cah menangis dan terus menangis. Ya Allah mek cah tak nak kehilangan ma. Kau panjangkan lah umur ibuku ya allah. 


Dalam mimpi tu mek cah sedang berpelukan dengan kakak mek cah yang namanya hamizah. disitu kami saling menangis mengenangkan ma yang pergi meninggalkan kami. Ya allah kau jauhkan lah mimpi ini menjadi kenyataan. Aku belum bersedia untuk menerimanya kerana aku belum cukup berbakti lagi untuk ibuku. Berikan aku kesempatan untuk berbakti kepadanya. Ya Allah, aku tak sanggup mengecewakan kedua ibubapaku,berikanlah kesempatan kepada mereka untuk melihat aku berjaya. Kurniakan kedua ibubapaku kesihatan yang baik-baik ya Allah. Aku sayang mereka. Amin Jadi aku tidak mampu menangung kesedihan sekiranya kau memanggil ibuku pergi kepada mu.Ya allah berikan aku kesempatan untuk membahagiakan ibuku. T.T 

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa-dosa kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya,Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillalamin. ..." 

Rassulullah SAW pernah bersabda : 
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... 

Hadith Nabi SAW : 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari". 

p/s: Sayangilah kedua ibubapa kita semasa mereka masih hidup. berbaktilah kepada mereka walaupun sebesar zarah. Doakan kebahagiakan mereka. Ya ALLAH rindunya. nak balik. :'( 



--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

25 ulasan:

  1. doakan moga semuanya baik2 saja...sy pn ada gak mimpi mcm tu...terus mengalir air mata :')

    BalasPadam
  2. orang cakap kalo mimpi org tu meninggal, insyallah...umurnya panjang...doakan yg baik2 je ye utk ma...(",)

    BalasPadam
  3. @Hati Ku Terusik
    Belum bersedia sekiranya itu akan terjadi..hum memang menangis...semoga semuanya baik-baik..hum

    BalasPadam
  4. @Siti Asiah
    semoga apa yang akak cakap tu betul. insyallah allah telah tetapkan yg terbaik utk hambanya..lega..:)

    BalasPadam
  5. Insyaallah, takda apa yg berlaku. Banyakkan berdoa :)

    BalasPadam
  6. kalau rindu doakan kesejahteraan untuk mereka,inshaAllah lega hati awop...

    BalasPadam
  7. kebanyakan mimpi mimpi hok buruk ni, realitynya, benda baik.

    :).

    ada sorang sahabat nabi yang arif dalam tafsiran mimpi.wan pon dah lupa dah nama dia.

    banyak tafsiran mimpi kat internet.
    tapi tak tahu betul ke tak.

    BalasPadam
  8. don't be sad :)

    pernah jugak mimpi mcm tu,
    tapi kalau tak silap orang kata kalau kita mimpi seseorg tu meninggal dunia maknanya dia panjang umur ..

    wallahualam ..

    BalasPadam
  9. selalu kami suami isteri memang doa kat ibubapa gak setiap kali lepas solat..kalau mimpi kan mak tu maksudnya ibu kita tengah merindui kita..tapi tak tahu lah betul ke tidak....

    BalasPadam
  10. saya faham perasaan awak... sabar tau.. sama2 lah kita doakan agar ma akan dipanjang umur..amin..

    BalasPadam
  11. mimpi tu mainan tidur...smuge sume baik2 jer

    BalasPadam
  12. wawa jugak pernah mimpi cmtu..sampai nanges teresak-esak.. semoga semuanya baik ye dear..sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa kita..

    p/s: if nak order BE yg trial pack pun boleh.. :)

    BalasPadam
  13. Didoakan semoga semua baik-baik saja... InsyaAllah, mek cah.. :)

    BalasPadam
  14. untung mak dapat anak macam awk :P


    BalasPadam
  15. insya' allah xde pe nye.. mainan tdo je tu.. doa bebanyak je la ek..
    pape pon.. wallahu'alam.. (^_^)

    BalasPadam
  16. kite pn penah
    pastu nangis terbawak bawak smpi bgn tido.

    BalasPadam
  17. Pernah mengalami perkara yang sama. sedar2 je tengok mata basah.

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...