RESEPI

TRAVEL

TIPS

Fatin Liyana : Sup cair pun selera

by - 1:05 AM


Oleh : NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar : FAIRUZ IZYANA YAAKUB 

SEJAK pulang dari Bandung, Indonesia kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, ini merupakan tahun kedua bagi penulis blog kesayangan ramai, Nur Fatin Liyana Asri (Fatin) berpuasa di tanah air.

Berkongsi pengalaman berpuasa di Indonesia, Fatin yang terkenal menerusi blogHoneykoyuki.blogspot berkata, keadaannya memang tidak semeriah Malaysia kerana tiada bazar Ramadan.


"Tahun lalu selepas pulang ke Malaysia dan menyambung latihan praktik di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), saya begitu teruja ke bazar Ramadan.

"Tinggal dalam kolej di PPUKM membuatkan saya hampir setiap petang ke bazar Ramadan yang terletak di Bandar Tasik Permaisuri. Walaupun terpaksa berjalan kaki agak jauh itulah keseronokan apabila menjelang waktu berbuka," ujarnya yang ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

Menceritakan pengalamannya berpuasa dengan pesakit dalam hospital, Fatin berkata, apa saja makanan yang disajikan untuk pesakit di wad semuanya membuka selera.

"Kalau waktu bulan tak puasa, tengok makanan pesakit di hospital memang tak selera. Tapi bulan puasa tengok sup cair pun dah tertelan air liur," katanya yang merupakan penggemar pulut kuning dan rendang daging untuk juadah berbuka.

Fatin yang kini memasuki tahun ke empat pengajiannya, berazam untuk mengurangkan aktiviti ke bazar Ramadan untuk tahun ini.

Malah dia juga berazam untuk tidak boros berbelanja pada makanan berbuka.

"Malam selepas solat Terawih saya akan belajar secara berkumpulan dan tidur memang lewat. Saya tidaklah berkata akan khatam al-Quran dalam bulan Ramadan ini tapi saya berkata pada diri sendiri akan membaca al-Quran setiap hari walaupun hanya satu muka surat.

"Malah sebelum masuk bulan puasa saya telah bersedia melatih diri dengan berpuasa sunat dan melibatkan diri dalam usrah.

"Puasa melatih diri menahan nafsu dan inilah masanya untuk membanyakkan sedekah," ujar Fatin yang mempunyai lebih 42,000 pengikut di laman blognya dengan paparan dilihat pelayar Internet berjumlah 12.7 juta sejak tahun 2009 lalu.

Sempena bulan Ramadan juga, Fatin mengambil kesempatan menulis pengisian berbentuk rohani di blognya.

Katanya penulisan sempena Ramadan ini sedikit berbeza agar ia dapat memberikan manfaat dan pahala buat yang mengamalkannya.

"Bukan saya mahu jadi terlalu alim, saya juga bukanlah alim sangat, tapi walau saya tak buat amalan sunat yang saya tulis di blog saya harap pembaca yang membaca informasi berbentuk keagamaan tersebut mengamalkannya.

"Saya juga ingin berpesan kepada semua pembaca blog saya agar tidak melakukan perkara yang sia-sia di bulan Ramadan ini," katanya yang mengehadkan aktivitiblogging sejak akhir-akhir ini kerana mahu memberi lebih tumpuan pada pelajaran.

Untuk sesi Selera Selebriti di bulan Ramadan, Fatin memilih menu kari kepala ikan salmon dan kambing panggang yang dimakan bersama nasi putih dan acar buah.

"Memang sedap dan menyelerakan! Cubalah," katanya.


Thanks for reading...Opsss copy & paste..siap!!..Lolzzz..

You May Also Like

19 kata-kata indah...

  1. Minat benar hanis ko fatin dih. hehe.

    ReplyDelete
  2. pergghhh... meleleh air liur gua.. ahakz...

    ReplyDelete
  3. peminat tegar fl kalu setaro ni..wat idola ko

    ReplyDelete
  4. Terima kasih singgah ya. Sejuk je mata tgk adik2 comel ni. Selamat menjalani ibadah puasa :)

    ReplyDelete
  5. hehehe lawak aaa kak patin ni. sup cair pon leh trliur ye :D

    ReplyDelete
  6. @JIJI YU
    xtegar sgt eh jiji..puah duk sajo..huhu

    ReplyDelete
  7. @Ummi Iman
    Selamat menjalani ibadah puasa jugak...:)

    ReplyDelete
  8. MINAT SY TAK??KEH..KEH..SYOK JADI BLOGGER FAMOUS NI

    ReplyDelete
  9. kak FL bca blog dy tk prnh bosan . best je :)

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥