Assalamualaikum.
Sudah lama mek cah tidak bermimpi tentang perkara yangmenyedihkan. tapi entah kenapa semalam termimpi pasal ma. hum mungkin mek cah sangat merindui ma sampaikan termimpi dalam tidur. Tapi mimpi kali ni memang betul-betul membuatkan mek cah menangis dan terus menangis. Ya Allah mek cah tak nak kehilangan ma. Kau panjangkan lah umur ibuku ya allah.
Dalam mimpi tu mek cah sedang berpelukan dengan kakak mek cah yang namanya hamizah. disitu kami saling menangis mengenangkan ma yang pergi meninggalkan kami. Ya allah kau jauhkan lah mimpi ini menjadi kenyataan. Aku belum bersedia untuk menerimanya kerana aku belum cukup berbakti lagi untuk ibuku. Berikan aku kesempatan untuk berbakti kepadanya. Ya Allah, aku tak sanggup mengecewakan kedua ibubapaku,berikanlah kesempatan kepada mereka untuk melihat aku berjaya. Kurniakan kedua ibubapaku kesihatan yang baik-baik ya Allah. Aku sayang mereka. Amin Jadi aku tidak mampu menangung kesedihan sekiranya kau memanggil ibuku pergi kepada mu.Ya allah berikan aku kesempatan untuk membahagiakan ibuku. T.T
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa-dosa kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya,Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillalamin. ..."
Rassulullah SAW pernah bersabda :
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Hadith Nabi SAW :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari".
p/s: Sayangilah kedua ibubapa kita semasa mereka masih hidup. berbaktilah kepada mereka walaupun sebesar zarah. Doakan kebahagiakan mereka. Ya ALLAH rindunya. nak balik. :'(