Tonton Online Sehangat Asmara Episod 1-33

Assalamualaikum cinta.

Setelah berakhirnya drama Adam Dan Hawa dan telah mendapat tempat di hati penonton maka sehangat asmara ekslusif hanya di Mustika HD 134 di adaptasi dari novel karya Aisya Sofea pula telah bersiaran menggantikan drama Adam Dan Hawasejujurnya, drama cinta lebih mendapat tempat dihati penonton lebih-lebih lagi kepada kaum hawa. begitu pula dengan blog love is cinta ini haruslah berkongsi kisah cinta yang ada masa kini. Anda suka benda INI??.


Jom tonton online drama ni di blog sifu "ceritamaster". terlalu banyak maklumat drama dan movie terkini yang dikongsi oleh bro "ceritamaster" untuk kita semua. Mudah bukan, cuma melawat blog "ceritamaster" korang dapat menyaksikan drama terkini seperti "Drama Adam Dan Hawa", "Strawberi Cinta 2012 Full Movie Download", dan banyak lagi.


Drama bersiri sebanyak 33 episod ini dibintangi pelakon utama yang hebat iaitu Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena

Sinopsis Drama Sehangat Asmara

Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di luar negara tanpa restu keluarga.


Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.


Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?

tonton online : ceritamaster

Nota kecil: semua gambar ni credit to pak cik Google. Selamat menonton. "bibir tidak perlu berkata bila hati dah bersuara".


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Jerat Valentine’s Day


29/01/2013 7:01pm

PUTRAJAYA — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan turun padang bersama kira-kira 250 sukarelawan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagi menjayakan Kempen Jerat Valentine Day di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Bukit Bintang dan Masjid India, Sabtu ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, program itu bertujuan mendedahkan sukarelawan kepada aktiviti bersemuka dengan masyarakat dalam membina kesedaran bagi membanteras gejala sosial.

Menurutnya, cara ini dapat membina keyakinan, keberanian, daya bertindak serta kesepaduan gerak kerja kalangan sukarelawan, membanteras gejala sosial di samping membina kemahiran berkomunikasi dan interaksi mereka dengan kumpulan sasar.


Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2005 memutuskan bahawa roh perayaan Valentine’s Day dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Katanya, menjelang hari yang disebut Velentine’s Day pastinya gejala maksiat dan zina menjadi-jadi terutama di kalangan remaja dan belia sekitar pusat bandar raya.— BERNAMA

Artikel Penuh: 


Surah Al-Isra :36

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabkan" 

Hadis Rasulullah SAW:

"Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu".

Firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 85:

"Barang siapa yang mencari agama lain selain agama islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi". 

Nota kecil: Daripada sambut Valentine’s Day baik tengok benda INI. Ada faedah sikit. ganjaran pun dapat. Memang tak rugi. hoho. :P



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Jatuh cinta

Assalamualaikum cinta.

Fuh! akhirnya lega kerana dapat juga publish entry setelah 4 hari sepi tanpa berita. Kawan blogger yang komen pun tak sempat dibalas. Apatah lagi nak berkunjung semula ke blog korang. Maafkan mek cah tau. Disebabkan berada dikampung dan terputus sumber internet maka mek cah berkorban dengan membeli Simpack Maxis Broadband SKMM untuk memudahkan mek cah update blog, berfacebook, blogwalking dan bla bla. *sila terharu dengan pengorbanan itu okay*. Lolz


Dah namanya cintakan dunia blog maka semuanya harus berkorban la kan. Eceh! macam mana dengan setia hujung nyawa? makin best tak? Kat rumah tak boleh nak tengok tv sangat masa maghrib ni, so kadang-kadang terlepas la jugak scene yang sweet tu. Yeah! peminat amar asyraf aka zain min ho disini "Amar Asyraf makin popular dalam Setia Hujung Nyawa".


Tsunami peplum semakin menjadi-jadi, "Baju kurung peplum dari MinimaLace Boutique & "Busana pengantin edisi peplum" alangkan indahnya diri ini dah betul-betul ada kerja tetap jadi boleh la bergaya lebih kan, duit pun adow. hewhew Part peplum harus lah hati ini makin teruja sebab suka akan design yang membuatkan dahku lebih kurus, walaupun hakikatnya berat badan yang semakin bertambah selalu membuatkan diri ini stress. Poyo! bak kata si dia "koya gemuk teh!, 10 kali kato gemok , jadi betul-betul gemok lah". akhirnya mampu mendiamkan diri dan terima diri ini seadanya. syukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi. ^^

Thanks for reading.

Nota kecil : Motif entri "Jatuh hati" apa kaitannya dengan entri ini?sejujurnya semuanya berkaitan jatuh hati dengan peplum, blog, setia hujung nyawa dan semua yang berkaitan dengan keindahan hidup ini. Samalah seperti jatuh hati dengan benda yang ohsem INI.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Baju kurung peplum dari MinimaLace Boutique

Assalamualaikum cinta.

Oh tidak! kali ini dah jatuh hati dengan koleksi Baju kurung peplum dari MinimaLace Boutique. Mulai hari ini perlu menabung untuk mendapatkan baju tersebut, seyess mek cah cakap semuanya cantik-cantik. Koleksinya setarap dengan Minaz Boutique di entri ini "Minaz boutique : Tampil elegen ke majlis walimatulurus". sama-sama cantik dan menawan lagipun baju kurung peplum telah menjadi kegilaan remaja dan wanita sekarang, maklum la barang yang cantik dan berkualiti semua orang suka benda INI. Eh! siapa yang dah ada untung la. so 
Terjah entri ini untuk koleksi tudung raya lak "Tudung raya 2013" dan "tutorial pakai selendang dari hazanis sendiri". 





High Quality Georgette Chiffon

untuk bakal pengantin baru juga boleh terjah sini "Busana pengantin edisi peplum ", pelbagai jenis design peplum yang sesuai untuk digayakan dihari pertunangan dan perkahwinan korang. semuanya cantik-cantik. Lagipun semua ni merupakan fesyen terkini dan semua yang berkaitan peplum makin meletop. sedangkan mek cah sendiri sukakanya.




Material : High Quality Chiffon + Full Bridal Lace.



Gambar ni merupakan MinimaLace measurement chart untuk rujukan buat pelanggan. so sebelum membeli korang boleh tengok chart ini dan boleh pilih size yang paling sesuai untuk korang. tak de lah korang akan tersilap masa membeli nanti. 


Model yang menggayakan koleksi dari MinimaLace Boutique cantik sangat. sesuai dengan baju kurung peplum ini. Bagi pemilik blog sendiri sudah tentu koleksi ini mampu digayakan dihari pertunangan ataupun kenduri perkahwinan. sangat simple dan cantik.





Material yang digunakan pun sangat berkualiti dan berbaloi lah dengan harga yang ditawarkan. dalam hati ada cita-cita nak buat baju raya. Amacam meletop tak? kepada yang dah berkenan boleh la terjah dan LIKE sekarang.mana tahu boleh grab satu untuk koleksi peribadi. Opsss jom tengok SINI juga.


Email : minimalace@yahoo.com


Thanks for reading.xoxo.

p/s: mohon pengunjung ke entri untuk koleksi hari raya 2013. Insyaallah, pasti suka. "baju raya 2013" & "Baju Raya dan Fesyen Muslimah terkini 2013.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tips mendapatkan dan mengekalkan BE nuffnang

Hai cinta.

Hari tu terdetik dihati untuk hantar tiket kepada
nuffnang bertanyakan cara untuk kekalkan BE/CPUV yang tengah berjalan. Maknanya untuk kekalkan BE melekat lebih lama dalam blog. Dan seterusnya mendapatkan BE yang lebih banyak. Ini dia jawapan dari pihak Nuffnang. Diharap dengan perkongsian ini mampu membantu kawan-kawan blogger dalam dunia blogging.




Selamat pagi, Hanisah!

Terima kasih kerana menulis kepada kami.

Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPUV. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :



Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.
 
Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.
 
Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Semoga berjaya dan selamat berblogging! :)

Cheers,
Laura Lee
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd
www.nuffnang.com.my

Nota kecil : Amacam? dah dapat info tentang nuffnang? Diharap entri ini mampu memberi sedikit info kepada kita semua dan memanfaatkan dalam dunia blogging. xoxo.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Program Finishing School di Pusat Latihan UiTM Kg. Gajah, Perak

Assalamualaikum cinta.♥

Alhamdulillah akhirnya kembali setelah 3 hari menyepi. Eceh! macam la ada yang rindukan pemilik blog ini kan. terpaksa berjauhan dengan "Drama Setia Hujung Nyawa di TV3" bagaikan berjauhan dengan kekasih hati. Lolzz macam mana dengan episod semalam?best tak? terpaksa buka tonton.my untuk lihat episod yang lepas "Tonton online Setia Hujung Nyawa".


Selepas wujudnya entri ini sebelum ke sana "Aku akan pergi", maka wujudlah entri sekarang ini. Eh! ayat terbelit! ini semua poyo! werk.:P kisah di Pusat Latihan UiTM bertempat di Jalan Kg. Gajah, Tanjung Tualang, Perak ingin dikongsi walaupun infonya tidak lah seberapa. 




Tajuk : Program Finishing School
Tempat : Dewan Bestari 1 - 4 & Cendekia 1 - 4
Anjuran : Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana
Lokasi : Pusat Latihan UiTM bertempat di Jalan Kg. Gajah, Tanjung Tualang, Perak
 Bilangan Peserta : 193 orang



sepanjang aktiviti berlangsung sepanjang itu jugak la hati ini gelisah nak balik. memang tak suka dengan program yang macam ni. Antara aktiviti yang dijalankan ialah public speaking, create own resume, sukaneka, mock interview dan bermacam lagi aktiviti yang memeningkan kepala ni. semua ini memerlukan daya tahan yang kuat. Malu weh nok kecek depe saeng guno bahaso ore putih ni. wakakaka risiko tetap risiko.


Hari terakhir disana baru sempat nak bergambar, sebab sebelum ni semuanya risau tentang aktiviti yang bakal menguji kita punya level confident. bagaimana nak buangkan sifat malu dalam diri dan bla bla. nasib baik la group 3 semuanya sporting. 



Macam budak-budak sekolah bila ada yang student yang lewat datang ke perhimpunan pagi didenda. wajah mereka kat dalam gambar ni merupakan pelajar yang lewat. sebagai denda mereka kena buat gaya oppa gangnam style. BooOo. :P





hari ke-3 iaitu sebelum balik baru sempat nak bergambar. baru rasa happy. ini lah roomates mek cah masa kat sana. kebetulan haslina memang satu kelas dengan mek cah, so tersangat lah selesa bila bersama beliau. Tapi line maxis memang teruk kat sana, tak boleh nak call sana and sms pun. Nak mesej dengan ehem ehem pun susah. so kan best kalau ada benda INI.:)




Akhirnya dapat juga memegang sijil program finishing school. tamat sudah segala gemuruh gementar, takut, malu, malas dan semuanya lah. sekurang-kurangnya kami masih berpeluang memperbaiki diri terutamanya dapat mempraktikkan apa yang belajar masa interview nanti. 

Thanks for reading.




SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Aku akan pergi

Assalamualaikum cinta.

Selamat tinggal kekasihku blog Love is Cinta, hazanis & Nuffnang. Apa kaitannya Nuffnang dengan blog ini? hehe saja nak menyeru nama nuffnang sebab dah tak boleh blogwalking untuk sementara waktu. Tapi diharap BE/CPUV kekal maintain. Mek cah akan pergi, pergi meninggalkan blog ini. Buat seketika, rasa sedih, pilu dan sebak di dalam hati. Bagaimanakan hidup mek cah nanti tanpa kesayangan disisi. teman-teman blogger dan teman yang selalu memberi semangat untuk diri ini. Ya Allah, rasa sayang untuk tinggalkan semua ini walau hanya seketika.


Pergi meninggal blog ini buat sementara waktu kerana Finishing School Programme di Pusat Latihan UiTM, Kampung Sungai Gajah, Perak dari 21-23 hb 1, 2013. walaupun 3 hari tapi hati ini berat untuk pergi. T.T

hanya kesabaran yang perlu dalam diri, kalau benda ini tak wajib tak mahunya mek cah ikut semua ni. Semoga ianya berjalan dengan lancar sebagai penamat degree untuk selamat 2 tahun "Insyaallah semester akhir". InsyaALLAH semoga ianya berjalan dengan lancar. Amin selamat tinggal semua untuk 3 hari. Insyaallah akan mek cah kembali lagi. xoxo.

Nota kecil : Tak sabar nak kerja, nak merasai pengalaman INI. semoga rezeki sentiasa ada. Insyaallah.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tonton online Setia Hujung Nyawa Episod 1-28

Assalamualaikum cinta.

Mood "Setia Hujung Nyawa" sentiasa ada. Hari Isnin sentiasa dinantikan semata-mata nak tengok drama ni. Tapi kalau terlepas berusaha jugak nak tengok episod yang sebelumnya. Janji puas hati melihat telatah Zain dengan Ersalina. Yang pasti tak sabar nak tengok mereka bahagia bersama.





Kepada peminat "Setia Hujung Nyawa" yang terlepas menyaksikan episod yang sebelumnya boleh la ke blog "ceritamaster.com" yang menjanjikan episod yang berlalu sentiasa diupdate sehingga lah ke episod akhir. Dalam ceritamaster.com terdapat banyak lagi movie, drama yang boleh korang tengok. Kalau yang dah boring sangat boleh la layang cerita kat sini.Untuk sinopsis terjah la entri ini "Drama Setia Hujung Nyawa di TV3". Manakala untuk dengar lagu sweet OST
Setia Hujung Nyawa Akasia boleh la ke sini "Last Minute - Maafkan Aku (Setia Hujung Nyawa)".


TONTON.MY juga menyediakan episod yang lepas kepada anda. Nak tengok drama lain pun ada. Tapi korang kena la register dulu tau baru la boleh tengok semua siaran yang ada dalam TV3. Untuk yang nak tengok live pula boleh iaitu ke sini "http://live.tonton.com.my/livetv/". Kat sini macam-macam ada, tapi ASTRO tak de la kan, yang ada cuma TV3, 8TV, NTV7 & TV9. Yeah! senang kan, tak perlu beli TV kat kolej, cuma kena ada line internet yang laju je. hehe


Tonton online Setia Hujung Nyawa Episod 1-28 : ceritamaster.com
Tonton online di : TONTON.MY
Amar Asyraf Fan Club: AmarLovers

"Tidak ada insan suci yang yang tidak mempunyai masa lampau, Tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan"

Selamat menonton! Thanks for reading.

Nota kecil : Apa yang lebih hebat daripada drama "setia hujung nyawa" ialah benda INI . Mesti korang akan rasa seram sejuk je.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Penampilan terbaru dari Siti Nurhaliza

Assalamualaikum cinta.

Semua pihak gembira dengan penampilan terbaru Siti Nurhaliza. Yang pasti penampilan terbaru memukau mata yang melihatnya. Perubahan tidak perlu secara drastik namun ianya memerlukan masa dan waktu. Akhirnya. Alhamdulillah.
Wartawan Sinar Harian

15 Januari 2013
Siti tampil bertudung sempena hari lahir

PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza kini tampil lebih manis dengan imej bertudungnya. Penampilan baru pelantun Falling in Love itu menerima reaksi positif daripada peminatnya menerusi laman mikro Twitter sejak Jumaat lalu.
 
Siti memuat naik gambarnya bertudung pada hari lahirnya, Jumaat lalu. Pada majlis resepsi penjaga gol kebangsaan Ahad lalu, Siti Nurhaliza tampil anggun dengan bertudung.
 
Pengurusnya, Rozi juga mengesahkan perkara itu.
"Bertudung ya..Dulu berselendang," katanya kepada Sinar Harian Online.


Memetik laporan media tempatan sebelum ini yang mengatakan Siti Nurhaliza berkata sudah tiba masanya untuk menunaikan janji untuk berhijab penuh.

“Alhamdulillah, pada hari jadi saya ke-34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat, saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh.

“Saya yakin apa yang baik itu akan diterima, malah ramai yang gembira dan mendoakan,” katanya.

Perubahan imej Siti Nurhaliza itu dikatakan mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.



Nota kecil : tidak semestinya yang tidak bertudung selamanya tidak bertudung, mungkin perubahan akan berlaku setelah mendapat hidayah begitu juga yang terjadi pada Siti Nurhaliza. Mungkin selepas ini Siti Nurhaliza bertudung labuh pulak macam Heliza Helmi kan "Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi hijab". siapa tahu. hehe Tahniah. penuh style macam benda INI juga. 



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tribal chic by Aidijuma

Assalamualaikum cinta.♥

Nama AIDIJUMA kian popular dengan cetusan idea Datin Norjuma sendiri. Ramai remaja wanita tergilakan koleksi dari "tudung AIDIJUMA" terutamanya yang meminati bawal. Arena baru dalam dunia fesyen dan hijab, yang pasti si pemakai akan kelihat comel macam Datin Norjuma. Eh!




  1. scarf aidijuma boleh dipakai berlapis-lapis. Ronanya serasi!
  2. scarf aidijuma persis halter top, unik! serlahkan juga dengan gaya bertudung corak geometrik.
  3. warna dan corak yang menawan pada skarf pasti boost the look up dengan jaket kulit stadded.
  4. Ombre daripada satu warna to the next is done tastefully dengan hijab Aidijuma.
  5. kemeja polos disuai padan dengan skarf Aidijuma bercorak geometri dan tribal.



See! see! see! cantik kan!. sangat sesuai untuk remaja wanita sekarang. Jom singgah ke entri ini untuk penggayaan tudung bawal dari Datin Norjuma sendiri "Fesyen : Cara pemakaian tudung bawal". Untuk penggayaan shawal labuh pula boleh terjah sini "Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi hijab" dan tengok wajah cute Heliza helmi. Semoga tudung Aidijuma terus maju!


Kunjungi tudung Aidijuma di :


Thanks for reading.

 
Nota kecil : Penggayaan tudung AIDIJUMA ada je dimana-mana. Hebat macam benda INI!. Nampak sangat makin popular kan walaupun banyak lagi fesyen tudung yang lain keluar. Macam mek cah sendiri dah tak sesuai pakai tudung bawal sebab tak sesuai dengan bentuk muka. So cinta terpaksa beralih arah dengan shawl je. Tak perlu gosok bagai!.♥


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Busana pengantin edisi peplum

Assalamualaikum cinta.

Tahun 2013 adakah tahun untuk kita semua yang masih bujang untuk berkahwin? Ada yang dah habis belajar? Boleh dah memulakan langkah dengan mencari baju atau busana pengantin yang sesuai digayakan di hari bahagia korang. Kalau tak nak kawin lagi pun, ushar dulu pun jadi dah kan. 
Jangan lupa terjah entri ini juga "Photobooh untuk majlis perkahwinan". Mana tahu mampu membantu pasangan yang bakal raja sehari nanti. Opss jom kawin! ada benda INI baru best!. Lolzz. 





Peplum semakin popular dan terkenal setelah wujudnya banyak peplum dresses sampaikan baju pengantin juga boleh ditransformasikan sebagai peplum wedding dresses. sememangnya ianya menarik dan telah menjadi trend zaman sekarang. Kalau yang bertunang pun mesti nak yang style peplum kan. Dan mungkin design busana pengantin di entri ini "Busana pengantin dan tunang" telah ketinggalan dengan fesyen terkini. Tapi yang pasti semuanya cantik!





Gambar baju kurung peplum ini sangat cantik dan sesuai digayakan di majlis pertunangan malah mampu dipakai dihari perkahwinan. walaupun kelihatan simple namun ianya sangat cantik bukan. Design ini lebih kurang dengan koleksi di Minaz boutique dengan entri sebelum ini "Minaz boutique : Tampil elegen ke majlis walimatul". Keduanya cantik, kalau nak kawin atau tunang pasti bakal pengantin pening kepala untuk memilih baju sesuai untuk dipakai dihari bahagia. Lebih lengkap sekiranya pasangan tersebut ada INI.

 
Peplum sememangnya cantik dan membuatkan seseorang itu lebih bergaya, kurus dan tinggi! Tapi yang paling penting semasa memilih atau membeli peplum pastikan ianya tidak terlalu ketat dibahagian dada. Oh sungguh tak selesa kalau ketat dibahagian tu kan. *harap para gadis sahaja membaca entri ini*. Lolz Jom dapatkan produk Emilay untuk kulit sihat "Review: Emilay Whitening Softgel". Insyaallah memberi feedback yang positive okay. murah sahaja RM40 termasuk postage. :)



seyess! yang design ni cantik tapi lebih cantik kalau berwarna putih. Sebelum membuat entri ini terlebih dahulu mek cah telah membuat research dan terjumpa entri yang menarik tentang PEPLUM dari sahabat baru dalam dunia blogger iaitu yuhaisya. so terjah entri beliau berkaitan peplum di sini tau http://yuhaisya.blogspot.com/2013/01/peplum.html.

Thanks for reading.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-3 dan ke-4



Assalamualaikum cinta.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Berpantun bagi pembuka entri dan perasaan yang tengah berbunga-bunga. 2 BE dari Nuffnang di tahun 2013 sedang menari-nari di blog ini .kalau ternampak please jangan tengok je tapi sila lah klik untuk dapatkan info. Hikss Alhamdulillah terima kasih kepada pihak advertiser kerana sudi jadikan blog ini sebagai salah satu medan pengiklanan walaupun mek cah tahu jarang orang nak klik. *Ayat pujuk suruh klik iklan mek cah*.



Apa pun BE Nuffnang ke-3 berkisarkan tentang Nilai Uni-A Day in Life. Untuk BE Nuffnang ke-4 berkisarkan tentang CIMBMalaysia. Dengan CIMB anda berpeluang memenangi RM500,000. LIKE CIMBMalaysia untuk keterangan lanjut.!

Alhamdulillah , telah dapat 4 BE nuffnang. semoga ianya bertahan dengan lebih lama.Yeah!Lagi kisah mek cah bersama Nuffnang kesayangan disini.


Terima kasih buat pengunjung Blog Love is Cinta dan rakan-rakan blogger yang selalu singgah ke blog ini.Terima kasih juga buat Nuffnang dengan BE yang diberi. sangat terharu dan semangat untuk berblog semakin bertambah. Eceh! Muah untuk Nuffnang.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Resepsi Apek Dan Leuniey Di Hotel The Royale Bintang dari G.i Photoshoot

Assalamualaikum cinta.

Telah berlangsung majlis resepsi terakhir perkahwinan Apek dan Leuniey di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza yang tampil dengan imej baru. 




Majlis tersebut yang bertemakan ala Inggeris dan dihadiri oleh ratusan rakan dan saudara kedua-dua mempelai. lebih informasi boleh la terjah ke blog sahabat blogger kita iaitu CTHONEY di "http://cthoney.blogspot.com/2013/01/resepsi-khairul-fahmi-che-matapex-dan.html".







Sangat cantik gambar dari G.i Photoshoot. Tahniah untuk hasil kerja mereka. Jom tengok entri lain dimana gambar perkawinan dan resepsi yang sebelumnya di "Gambar resepsi perkahwinan Khairul fahmi dan leuniey dari Azura Couture" & "5 Gambar Majlis Perkahwinan Apek dan Leuniey". 


terjah entri ini untuk gambar comel siti bertudung "5 Gambar Comel Siti Nurhaliza Bertudung Sempena Hari Lahir Ke-34". Sangat cantik dan mungkin selepas ini fesyen Dato' Siti Nurhaliza bakal menjadi ikutan remaja kita sekarang.


Maklumat tentang G.i Photoshoot:
Location: 9-1 , Jalan PUJ 3/10 , Taman Puncak Jalil , Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan
Phone: 016-322 2948
Email: giphotoshoot@gmail.com
Website: http://www.giphotoshoot.blogspot.com/
Facebook : G.i Photoshoot

Thanks for reading.

 

Nota kecil : Kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan ataupun perlukan khidmat photographer boleh la gunakan service diorang. Yang pasti mek cah suka dengan hasil kerja mereka. Cantik!. Opss! tengok INI yang gila glamour.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...