RESEPI

TRAVEL

TIPS

Drama Adam Dan Hawa

by - 3:24 PM


Assalamualaikum cinta. :)

*Motif entri ini nak berkongsi link untuk download full episod drama adam dan hawa sahaja.* Lol, Kegilaan terhadap drama dan hawa bermula apabila housemates selalu tengok drama ni. Haishh jeles jugak, so terus download episod adam dan hawa dari episod 1 sehingga lah yang terkini. hoho tinggal di kolej mana ada ASTRO so terpaksa berjaga malam-malam untuk download drama ni. Lepas download terus tengok ramai-ramai dengan housemates.


Barisan para pelakon drama adam dan hawa astro ialah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD). 

SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA


Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.


Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan yang berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga. Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya. Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

Apa yang akan terjadi seterusnya?


Komen : Lakonan mantap Aaron Aziz menjadi kegilaan gadis diluar sana lagi-lagi housemates mek cah sendiri. Asyik sebut am jer, bila sebut Johan terus tak nak. ekeke Senyuman Am (Aaron Aziz) membuatkan ramai yang jatuh hati. hikss kalau ada peluang tengok la yer. Cinta mereka sangat sweet. ^^Apa yang akan terjadi seterusnya tonton la sendiri okay. Yang pasti korang semua makin teruja untuk mengetahu kisah pencintaan adam dan hawa ni. kadang-kadang telatah adam dan hawa akan membuat korang tersenyum sendiri. Nah! link untuk korang download semua episod adam dan hawa. kat situ la mek cah selalu download. 
Thanks for reading.


You May Also Like

25 kata-kata indah...

  1. salam akak tomey...
    nk cepat tau ending dye..hehe
    bce jew novel kn sng..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm adik comey.
      hehe memang teruja nk thu ending dia.
      dah baca novel tp lg best tgk drama. bru real. hikss..:))

      Delete
    2. mmg btul2 real la..
      hehe...lagipun ad Aaron Aziz kn?hihi*gedik skit

      =P

      Delete
  2. KAK BUI DGN HUBBY X PERNAH LAGI MISS EPISOD DRAMA NI DEKAT ASTRO..KALAU BACA NOVEL LAGI BEST,MELELEH2 AIR MATA..^_^

    ERON AJIS,I LAP U..HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweetnya kak bui tgk drma ni dgn hubby. mesti lg romantik. hikss..:P

      Delete
  3. mcm sy dok tgk kat malaymoviefull. sbb x dak astro. sy dh tgk smpai episod 31. n now, sy stop for a while sbb nak seat for stpm. hee~ pas stpm, sy nak smbung balik tgk.

    bg sy, lakonan aaron aziz ngan nadiya nisaa' mmg mntOp! love them! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mantap kan lakonan mereka. pandai aaron bawa watak adam. ^^

      selamat menduduki stpm tau.:)

      Delete
  4. sy tgk cita ni tp no feeling...geram sngt tgk pmpn tu y tebal ego,.,,last2 x nak tgk da...haha..

    ReplyDelete
  5. hamboi , adam wt peace n hawa plak nk siku adam?
    sweetnye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweet kan. wife aaroon pun sebijik macam ain. ^^

      Delete
  6. heheh samelah,,dulu tak layan, tp classmate pakat negok cite ni terus ketagih,hehehe

    ReplyDelete
  7. umah xde astro beyond..nk download mls..hahahah..lgpon heroin cm xbest jee kaku semacam..hahahah..tp xpelah..abam aaron ttp dihaty! hahahah

    ReplyDelete
  8. drama kegilaan saya sekarang ni. tak saba nak tunggu sampai habis.

    ReplyDelete
  9. umah jaa tadak astro...huwaa...kena tggu en.suami download jer la...huhu....

    ReplyDelete
  10. nanti dah ending awak update kat sini ye ! saye x sempat nk tgk lg. hihi.

    ReplyDelete
  11. ramai org cakap2 pasal ni..akak x tgk pun..hoho....

    ReplyDelete
  12. hahaha... awak pun dah berjangkit dah??hehehehehe

    ReplyDelete
  13. kite minat citer love rain... hehe..btw, hope u follow me back.

    ReplyDelete
  14. Sy tak pernah miss lagi tengok...siap tengok yg ulangan punya...kekeke...i lov aaron eh !am sebenarnya...

    ReplyDelete
  15. remy dah tak terfollow adam dan hawa nie......
    tapi cerita dia memang best!!!!

    ReplyDelete
  16. sis tak tgk satu episod pun lagi. tak nak tgk.nnt ketagih nak tgk..boleh gitu..hehe

    ReplyDelete
  17. best ke drama ni??xpenah tgok lagi.:(

    ReplyDelete
  18. watak aaron ajis memang buat hati rasa syahdu je...awrr..nak laki macam tu!!!!

    ReplyDelete
  19. smpai melekat kat kerusi..tengok adam hawa..terbaek..:)

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥