Jerat Valentine’s Day
29/01/2013 7:01pm
PUTRAJAYA — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan turun padang bersama kira-kira 250 sukarelawan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagi menjayakan Kempen Jerat Valentine Day di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Bukit Bintang dan Masjid India, Sabtu ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, program itu bertujuan mendedahkan sukarelawan kepada aktiviti bersemuka dengan masyarakat dalam membina kesedaran bagi membanteras gejala sosial.
Menurutnya, cara ini dapat membina keyakinan, keberanian, daya bertindak serta kesepaduan gerak kerja kalangan sukarelawan, membanteras gejala sosial di samping membina kemahiran berkomunikasi dan interaksi mereka dengan kumpulan sasar.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2005 memutuskan bahawa roh perayaan Valentine’s Day dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Katanya, menjelang hari yang disebut Velentine’s Day pastinya gejala maksiat dan zina menjadi-jadi terutama di kalangan remaja dan belia sekitar pusat bandar raya.— BERNAMA
Artikel Penuh:
Surah Al-Isra :36
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabkan"
Hadis Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu".
Firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 85:
"Barang siapa yang mencari agama lain selain agama islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".
Nota kecil: Daripada sambut Valentine’s Day baik tengok benda INI. Ada faedah sikit. ganjaran pun dapat. Memang tak rugi. hoho. :P
15 kata-kata indah...
hurm.. setakat ni belum lagi akak celebrate valentine day.. tapi time ni lah harga teddy bear, coklat, bunga ros naik harga... hehe
ReplyDeletealhamdulillah setakat ni xpernah celebrate. hehe tu la pasal, :))
DeleteBagus pon buat macam nie, Sekurang-kurangnya akan berkurang gejala pergaulan bebas.
ReplyDeletebetul tu awak.:)
Deleteitulah tandanya akhir zaman, perayaan agama lain diagung-agungkan..
ReplyDeletena'uzubillah...
alhamdulillah ayu pon xpnah smbt valentine2 bgai ni..tido kt umah ag syiook
ReplyDeletesyiookk habis.=)
Deletejangan disambut lah valentine day ni.. hmmmm
ReplyDeletebetul tu sis. jgn sambut n haram hukumnya.
DeleteAda lagi ke yang sambut Valentine nie kalau orang Islam lah.
ReplyDeleteada je fie. berlambak skrg ni. :)
Deletesinggah sini lawat. lama x singgah baca entri22 hazanis... ahha sibuk sikit...
ReplyDeletedulu masa mude remaja n jahil lg suke bebeno dpt bunge ke coklat dr pakwe tp skrg nih tidak lg.... tp kan mmg time2 nih la banyak aksi terlampau akan terjd.... ada sorang anak kwn akak lhr tarikh nih,senang nk ingat tarikh bday nyer
ReplyDeleteakak sendiri lupa yg 14hb tu hr valentine.. hahaha.. yg akak tau, 14hb rs nk smbung cuti..hikhik
ReplyDeleteeh..valentine day? umpama dah tak wujud dah hari 14 feb..huehue
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥