Tonton online Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalamualaikum cinta.

Entah mengapa sekarang dah mula berminat dengan cerita sweet antara husband and wife. tambahan pula berkahwin secara paksa akhirnya jatuh cinta. *mood nak kawin, Ohoiiii*.

credit : Pak cik Google
Kalau dulu sedang hangat Drama Setia Hujung Nyawa di TV3 sampaikan pelakon utama Amar Asyraf meletop popular. hikss teringat entri ini "Amar Asyraf makin popular dalam Setia Hujung Nyawa". Opss zaman gilakan Amar Asyraf. so sekarang Izzue Islam pula yang meletop popular kerana drama terbaru di TV3. Kalah kak ton tauu!! . so untuk yang ketinggalan menyaksikan drama ini boleh la menonton seperti biasa di :


Download Sebenarnya Saya Isteri Dia  : dramatvonline.net
Tonton online di : TONTON.MY

Untuk sinopsis penuh di sini "Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia di TV3". Permulaan cerita yang agak membosankan tapi akhirnya jatuh cinta jugak dengan drama ini. 


Teruskan menonton ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 29 Mac 2013 di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari laman sesawang www.tv3.com.my, Facebook & Twitter TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini. 

Apa lagi, jom layan drama ini dan INI, pasti mereka yang menonton tersenyum sorang-sorang melihat kerenah pelakon dalam drama ini iaitu Tizz Zakiyah dan Izzue Islam. Yang penting drama ini mampu memberikan pengajaran buat kita semua. Yang baik kita jadikan tauladan yang tak berapa nak baik kita jadikan sebagai sempadan. 

Selamat menonton.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Konvokesyen UITM dan Kesayangan

Assalamualaikum cinta.

Alhamdulillah, kini mek cah telah tersedar bahawa kini Berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana muda pengurusan rekod. Setelah 2 tahun berpahit manis untuk mendapatkan segulung ijazah akhirnya ianya telah menjadi milik mek cah. Hadiah ini ditujukan buat keluarga, sahabat dan kekasih hati yang banyak mendorong supaya mek cah bertahan dalam pengajian ini. Tanpa mereka semua mek cah tak akan sampai ke tahap ini. Sujud syukur buat sang pencipta. Alhamdulillah, alhamdulillah. 



21 hb 5, 2013 merupakan hari yang paling bermaknanya walaupun pada mulanya hati ini terasa keberatan untuk menghadirkan diri dalam majlis Konvokesyen ini. Namun kerana sokongan si dia hati ini terus bersetuju untuk berada disana. So akhirnya, ku tersenyum gembira. 



hanya mereka yang hadir menceriakan majlis ini kerana kedua ibu bapa mek cah tidak dapat hadir. merekalah pengganti dan penyeri majlis ini, tanpa mereka siapa lah mek cah ketika ini. memang terharu dengan kedatangan ex-housemates mek cah masa UITM Puncak Perdana, sehingga kini kami masih berhubung. dengan sejambak bunga beserta bear memang cun habis hadiah dari mereka. terima kasih tau! Kenangan bersama mereka boleh terjah entri ini "Makan durian di tepi jalan...Betul-betul holliooy" & "Gara-gara Battleship".


Ya Allah ,mek cah bersyukur dengan kehadiran beliau dalam hidup mek cah. doakan kami supaya cepat-cepat kawin. memang perancangan dah ada cuma masalah kewangan yang belum kukuh belum mampu menyatukan kami. kehadiran beliau ketika konvokesyen diploma sebelum ini sangat menyentuh hati mek cah. alhamdulillah, untuk kali ini si dia dapat hadir juga. ehem! mek cah jarang bercerita tentang cinta kami kerana takut nanti visitor blog ini lari. ihikss gara-gara menyampah. tapi kalau nak tahu entri apa tentang dia terjah sini "Kisah Setia City Mall dan Mr. H" & "Berkahwin masa belajar...Oh no!".


bergambar bersama markonah dan akak emy memang tak sempat, kejap je menghilang, so ni je gambar yang sempat dirakam. boleh mengimbau memori bersama mereka disini "Bukit Cerakah dan Shah Alam drift", "Kisah Budak Rekod:Lawatan ke Arkib Negara Malaysia" & "Anak raja sedang menanti di Istana Seri Menanti". Yang pasti kenangan itu pasti menjadi kisah yang tak akan dilupakan.


kawan ketika diploma pemgurusan maklumat uitm machang menyatukan kami berjumpa semua. kalau dulu kami satu kos sekarang kami dah berbeza untuk degree. yang penting mereka semua ohsem lah!



terima kasih mak long kerana walaupun dalam keuzuran tapi tetap mampu datang ke majlis ini. selama mengambil jubah sebelum konvo mek cah stay rumah mak long di klang. alhamdulillah hari-hari makan banyak sebab kena paksa makan. =.='


idea ju membuatkan gambar ini kelihatan funny and sweet. rindunya kepada mereka. rindu melayan karenah mereka sebagai senior. tapi kami dah macam kawan, tiada istilah kakak dan adik cuma anggapan kami semua sebaya. eceh! selamat study yer korang!



Dan yang terakhir, ucapan ribuan terima kasih buat mereka yang hadir. dan ribuan maaf sekiranya ada yang tak sempat bergambar. Opss nantikan entri special buat si dia sebagai hadiah penghargaan kerana sudi ke majlis konvokesyen mek cah. 

Thanks for reading.

p/s: saat manis ini telah dirakam dari Nikon L820 . Komen buat kamera ni okay la. nak tahu entri tu terjah sini "Nikon Coolpix L820 dalam gengaman". 


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Petua Untuk Menjadi Isteri Yang Terbaik dan Mulia

Assalamualaikum cinta.

Kini tiba masanya berkongsi entri mengenai alam perkahwinan walaupun masanya belum tiba untuk mek cah bergelar sebagai isteri. hoho namun untuk menambah kan ilmu supaya alam rumahtangga nanti sekurang-kurangnya tahu serba sidikit macam mana mahu mengatasi masalah dalam hidup berkeluarga. Baca ini juga " untuk seorang isteri dan bakal isteri" & "Tips perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus". 


1. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.

2. Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping sahaja. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

 
H A N I F & Z U R A
outdoor session
DM photography (DisplayMoment)| Domey Leo photo 0179297083

3. Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

4. Seharusnya seorang isteri sekurang-kurangnya, mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Mary Kay dan hadiah untuk blogger ke Hong Kong.


Hello Bloggers,


Berita baik untuk semua kerana Mary Kay sedang mencari blogger yang baik hati untuk menulis entri mengenai produk dan pertandingan yang telah dianjurkan sekarang. so ada hadiah istimewa untuk yang rajin itu. untuk pengetahuan korang Mary Kay sedang menganjurkan sebuah pertandingan kecantikkan dan ingin anda untuk menyebarkan maklumat tentang pertandingan tersebut. Mary Kay akan memberi anda produk bernilai RM108 dengan hanya menulis sebuah blog post pendek untuk menyebarkan maklumat. Boleh merujuk kepada Aaron di nigel@clinkstudio.com


Produk yang akan diberikan Mary Kay adalah seperti berikut :

Here is what you’ll get. It is worth at RM108
  • 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag
  • 1 x Nourishine Plus Lip Gloss
Selain itu, Mary Kay juga sedang mengajurkan pertandingan blog untuk mereka yang ingin menyertainya. Anda hanya perlu membuat temu-janji dengan pakar perunding kecantikkan Mary Kay , buat Make-over percuma dan blog tentang pengalaman sebelum dan selepas.

Hadiah Pertandingan berupa produk premium Mary Kay bernilai RM1000 untuk 10 orang. Selain itu, 2 orang akan dipilih untuk pergi ke Hong Kong untul menyaksikkan finale pertandingan tersebut secara percuma. Anda perlu menulis blog post itu dengan kretivity masing masing.

The Mary Kay® One Women Can™ Contest starts from 10 May 2013. For more information about contest entry and how to take part, visit www.makeovercontestmarykay.com or contact Mary Kay Malaysia head office at 03 77117555

xoxo



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Nikon Coolpix L820 dalam gengaman

Assalamualaikum cinta. 

Alhamdulillah mimpi ingin memiliki kamera ala-ala DSLR pun dah tercapai walaupun fungsinya lebih kurang kamera yang dulu “Saya hanya guna Kodak EasyShare C142”. Tapi design yang comel membuatkan mek cah tak tidur malam sama ada mahu beli ataupun tidak. 

Kali pertama ke kedai kamera yang terletak di aras bawah Billion, Kelantan terus jatuh hati. Namun masih mampu menahan nafsu membeli memandangkan mek cah masih menganggur dan mengharapkan sumber pendapatan dari "hazanis fashion". So ku pendamkan sahaja niat tersebut. 


Ehem! Kali ke-2 ke kedai tu bersama cinta hati, katanya kamera tu okay tapi berbaloi ke beli, better tunggu beli yang Nikon D3100 itu pun kalau ada duit lebih sikit. Okay, betul jugak kata pak cik tu. Terus diam dan jom balik. Kehkeh . kisah cinta hati disini “Kisah Setia City Mall dan Mr. H”. 

Kali ke-3 bersama adik, sebelum ni ada pendapat dari sahabat blogger dan facebook tentang kamera ni. Semuanya komen positif maka pendapat mereka mendorong mek cah untuk mendapatkan jugak kamera ni. So kali-3 terus grab sebab dah malu asyik singgah kedai tu tapi tak beli. 

16 MP CMOS | 30X ZOOM | FULL HD MOVIE

Hoho tadaaaa inilah hasilnya, melayang duit RM898. Selepas beli baru terfikir “ kan aku nak ke Kuala Lumpur bulan depan, so beli kat low yat pun murah sikit”. Aiyyaakk dah terbeli jadi redha jelar. Yang penting dapat color merah gitu. Apa pun Alhamdulillah. :) 

Best kalau jadikan Nikon L820 sebagai salah satu barang hantaran tapi lambat lagi lah. Masih mengumpul duit untuk kawin. Jom Survey kad kawin disini "Kad jemputan perkahwinan dah siap!" & entri baju pengantin "Baju pengantin 2013 & "Busana pengantin edisi peplum"

Tunggu kerja tetap la sekarang ni untuk kawin. Thanks for reading.

p/s: Nanti mek cah review mengenai Nikon L820. mana tahu dapat menolong korang memilih kamera yang sesuai untuk koleksi peribadi ataupun hadiah buat yang tersayang.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

MALAYSIA SALE: Prada, Gucci, Coach, Burberry!!


Assalamualaikum cinta.

Memandangkan umur semakin meningkat, nafsu untuk berfesyen semakin meningkat. mentang-mentang dah habis belajar kan. Opss dah nak jadi isteri orang pun. eceh! untuk kelihatan lebih dewasa mek cah sekarang lebih suka memakai handbag ala-ala mak cik gitu. Lantak la orang nak kata apa kan.


Amacam? ohsem tak barang berjenama tu semua. Bagi ku handbang ini lagi ohsem dari harga tu semua. mihmih to sold RM46 include postage. PM at "Hazanis Fashion".


Memandangkan Prada, Gucci, Coach, Burberry tengah buat sale, laju je mek cah cuci mata kat sini. jarang sekali ada sale sebegini. Meh sayang-sayang semua singgah SINI . tapi?? harganya tersangatlah mahal namun dijamin berkualiti. 7 keturunan pakai pun tak rosak. boleh gitu?Lolzz

so memang sesuai sangat lah untuk digayakan masa hari raya nanti disampingkan menggayakan koleksi dari "Hazanis Fashion". boleh terjah sini tau "Baju Raya 2013". Lagi satu, jom lihat fesyen tudung yang sesuai digayakan masa aidilfitri nanti "Cara Pakai Selendang", kalau nak tutorial berselendang labuh pun boleh terjah sini "Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi hijab". 

Thanks for reading.

p/s: kawal nafsu shopping, tapi kalau di Hazanis Fashion tak kawal pun tak pe kerana harganya tidak semahal Prada, Gucci, Coach, Burberry. Mihmih Tapi terjah SINI jugak kalau korang semua gilakan barang berjenama.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan, Kota Baru Kelantan

Assalamualaikum cinta.


Dah lama tidak berkongsi diari hidup mek cah lebih-lebih lagi berkenaan tempat makan yang menarik. Bila sebut mengenai makanan terus perut berbunyi. Memang tak dinafikan, menjadi seorang penggangur memerlukan makanan yang secukupnya di rumah. Maka proses menternak lemak akan berlaku di mana-mana sahaja tidak kira tempat tu murah ke mahal.


Memandangkan mek cah merupakan orang Kelantan asli maka budu menjadi kewajipan di dalam setiap hidangan makanan. Nak tahu rahsia budu jom tengok entri ini "Budu??...Ada rahsia yang tersendiri". So Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan menjadi pilihan utama untuk menjamu selera memandangkan harganya tersangat la murah. Sekali lagi murah ok! So dapat berjimat seperti benda INI. Tiada tandingannya dengan tempat lain.


Restoran ini menjadi tumpuan para pengunjung untuk merasai nasi ulam ulaman yang sememangnya menjadi hidangan istimewa masyarakat kelantan. Kedudukan yang strategic membolehkan semua pengunjung merasai makanan disini.


Memandangkan mek cah hanya berdua dengan adik maka hidangan yang dipilih sedikit sahaja takut nanti membazir pulak. System layan diri membolehkan para pengunjung memilih jenis makanan yang hendak di makan. Service cepat dan mudah, yang penting sedap.



So kami just mengambil 2 nasi putih, kepala ikan keli goreng, setongkol ikan patin masak lemak cili padi, ulam-ulaman, ikan bakar dan yang paling pasti budu. Hikss air yang menjadi pilihan ialah air bandung satu jug. (tu pun tak habis).

Nak tahu total semua? Opss jangan terkejut kerana hanya RM13 korang boleh makan sepuas-puasnya. Rasa nak pergi lagi lah esok. Lolzz


Lepas makan, memang la kenyang . dah bayar masa pusing satu kraftangan ni. Banyak yang menarik. Dah kenyang tapi aksi gambar ni menunjukkan mek cah masih lapar. Eh betul ke?:P


Ditemani dan selalu dating dengan adik dapat mengisi kesunyian bila berada di rumah. Plan jalan-jalan bila selesai pos barang customer. Opss jangan tak tahu yang mek cah sekarang aktif dengan page “Hazanis Fashion”. Jemput singgah untuk koleksi fesyen terkini. Mak aihh sempat lagi. 


Ok, mek cah rasa adik mek cah berlagak ayu dan mek cah pula berlagak comel. Mahunya jap lagi dihentam para tutt. Oh tidak! Berbaju kurung sekarang lebih selesa. Terutamanya kain dari lycra. Eceh! teringat memori memakai baju kurung ni semasa shoot santai di entri ini "Rasydan Ishak Photography". :)


Yezzza, moh kita pulang moh. Balik lewat mak marah kan. Kesian baby afif tiada teman untuk bermain. Kononnya kat rumah duk main tepuk amai-amai dengan afif. Eh!


Alhamdulillah rezeki kami hari tu. So kepada kawan-kawan blogger dan facebook dari Kelantan mungkin dah banyak kali datang ke sini. Mesti berpuas hati dengan hidangannya kan. So kepada yang bakal berkunjung ke Kelantan jangan lepaskan peluang untuk kesini. Cuti-cuti Malaysia. 

Thanks for reading.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...