Petua Untuk Menjadi Isteri Yang Terbaik dan Mulia
Assalamualaikum cinta.
Kini tiba masanya berkongsi entri mengenai alam perkahwinan walaupun masanya belum tiba untuk mek cah bergelar sebagai isteri. hoho namun untuk menambah kan ilmu supaya alam rumahtangga nanti sekurang-kurangnya tahu serba sidikit macam mana mahu mengatasi masalah dalam hidup berkeluarga. Baca ini juga " untuk seorang isteri dan bakal isteri" & "Tips perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus".
1. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.
3. Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
4. Seharusnya seorang isteri sekurang-kurangnya, mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
♥ Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna
2. Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping sahaja. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
4. Seharusnya seorang isteri sekurang-kurangnya, mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
♥ Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna
12 kata-kata indah...
Good tips ☺☺
ReplyDeleteamboi mek cha..hehe..ni yg xsabar nak kawin ni..hehe
ReplyDeleteterima kaseh mekcah. smoga kte smua mnjadi isteri solehah nnti. amin :))))
ReplyDeleteehem2 mek cah nikoh nati jgn lupo ajok ter
ReplyDeletenice share hazanis. btl tu awak, seorang isteri kna pandai masak. nt boleh tambat hati suami.kan3? hehe :)
ReplyDeletemekaseh mek cha ~ hee :D wah da nk kawin ke ni.. msti da ready hehe :D
ReplyDeletemudah-mudahan boleh jadi isteri yang terbaik buat suami ekekke..tp memasak ni kena latih lagi lah muahaha
ReplyDeleteNice sharing.. Tq dear..
ReplyDeleteSetuju dengan tips yg diberi..menyimpan lebih baik dari berbelanja benda yg x penting
ReplyDeletehuhu..xsabar nak tengok kak nikoh..jgn lupa jemput taw!!!
ReplyDeleteawopppp,bangak sikit kawen deh.....dop soba :P
ReplyDeleteBetul2..klu berkawin ni kena buat bnyk persiapan..bila dh kwin tanggujawp 2 besar..:)
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥