Konvokesyen UITM dan Kesayangan

Assalamualaikum cinta.

Alhamdulillah, kini mek cah telah tersedar bahawa kini Berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana muda pengurusan rekod. Setelah 2 tahun berpahit manis untuk mendapatkan segulung ijazah akhirnya ianya telah menjadi milik mek cah. Hadiah ini ditujukan buat keluarga, sahabat dan kekasih hati yang banyak mendorong supaya mek cah bertahan dalam pengajian ini. Tanpa mereka semua mek cah tak akan sampai ke tahap ini. Sujud syukur buat sang pencipta. Alhamdulillah, alhamdulillah. 



21 hb 5, 2013 merupakan hari yang paling bermaknanya walaupun pada mulanya hati ini terasa keberatan untuk menghadirkan diri dalam majlis Konvokesyen ini. Namun kerana sokongan si dia hati ini terus bersetuju untuk berada disana. So akhirnya, ku tersenyum gembira. 



hanya mereka yang hadir menceriakan majlis ini kerana kedua ibu bapa mek cah tidak dapat hadir. merekalah pengganti dan penyeri majlis ini, tanpa mereka siapa lah mek cah ketika ini. memang terharu dengan kedatangan ex-housemates mek cah masa UITM Puncak Perdana, sehingga kini kami masih berhubung. dengan sejambak bunga beserta bear memang cun habis hadiah dari mereka. terima kasih tau! Kenangan bersama mereka boleh terjah entri ini "Makan durian di tepi jalan...Betul-betul holliooy" & "Gara-gara Battleship".


Ya Allah ,mek cah bersyukur dengan kehadiran beliau dalam hidup mek cah. doakan kami supaya cepat-cepat kawin. memang perancangan dah ada cuma masalah kewangan yang belum kukuh belum mampu menyatukan kami. kehadiran beliau ketika konvokesyen diploma sebelum ini sangat menyentuh hati mek cah. alhamdulillah, untuk kali ini si dia dapat hadir juga. ehem! mek cah jarang bercerita tentang cinta kami kerana takut nanti visitor blog ini lari. ihikss gara-gara menyampah. tapi kalau nak tahu entri apa tentang dia terjah sini "Kisah Setia City Mall dan Mr. H" & "Berkahwin masa belajar...Oh no!".


bergambar bersama markonah dan akak emy memang tak sempat, kejap je menghilang, so ni je gambar yang sempat dirakam. boleh mengimbau memori bersama mereka disini "Bukit Cerakah dan Shah Alam drift", "Kisah Budak Rekod:Lawatan ke Arkib Negara Malaysia" & "Anak raja sedang menanti di Istana Seri Menanti". Yang pasti kenangan itu pasti menjadi kisah yang tak akan dilupakan.


kawan ketika diploma pemgurusan maklumat uitm machang menyatukan kami berjumpa semua. kalau dulu kami satu kos sekarang kami dah berbeza untuk degree. yang penting mereka semua ohsem lah!



terima kasih mak long kerana walaupun dalam keuzuran tapi tetap mampu datang ke majlis ini. selama mengambil jubah sebelum konvo mek cah stay rumah mak long di klang. alhamdulillah hari-hari makan banyak sebab kena paksa makan. =.='


idea ju membuatkan gambar ini kelihatan funny and sweet. rindunya kepada mereka. rindu melayan karenah mereka sebagai senior. tapi kami dah macam kawan, tiada istilah kakak dan adik cuma anggapan kami semua sebaya. eceh! selamat study yer korang!



Dan yang terakhir, ucapan ribuan terima kasih buat mereka yang hadir. dan ribuan maaf sekiranya ada yang tak sempat bergambar. Opss nantikan entri special buat si dia sebagai hadiah penghargaan kerana sudi ke majlis konvokesyen mek cah. 

Thanks for reading.

p/s: saat manis ini telah dirakam dari Nikon L820 . Komen buat kamera ni okay la. nak tahu entri tu terjah sini "Nikon Coolpix L820 dalam gengaman". 


--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

46 ulasan:

  1. dah berpunya rupanya. By the way congratulations for your graduaition!! pasni cari kerja cepat2. bolehlah kahwin

    BalasPadam
  2. tahniah anis! mai ada praktikal n thesis skrg..insyALLAH sebulan g hbis..mmg ngah saat2 kritikal nk hbis kn thesis ni n viva..insyALLAH hujung thun ni konvo..aminnn...:)

    BalasPadam
  3. tahniah, sudah menjadi Alumni :) kita geng!!

    BalasPadam
  4. Tahniah mek cah...kawen nati jgn lupe jmput ter insyaallah xlama dah tu ;-)

    BalasPadam
  5. tahniah awak!!! amin amin. kita doakan awak selamat pengantin baru! eh ;)

    BalasPadam
  6. Tahniah mek cah, tumpang gmbire. Hee

    BalasPadam
  7. tahniah, kak sayang..
    I'm happy for you..
    seriously.. :)

    BalasPadam
  8. TAHNIAH NIS...
    nanti menempuh alam keje lak

    BalasPadam
  9. wahh...setelah sekian lamanya tak blogwalking sini, mek cha konvo dah..TAHNIAH!!!^_^

    BalasPadam
  10. wahhh tahniah2.. syoknyaaa 2tahun je degree... huaaaaaaaaa... jeles nyaaaa, apapun cantik sungguh hazanis.. merah maknyah gitu.. aaaauuummmm

    BalasPadam
  11. taniah mek cah...selamat maju jaya dan semoga cepat kahwin..:D

    BalasPadam
  12. wah mek cah pun konvo juga..ni last day konvo kan..akk ari 1st aritu..hehe..
    Tahniah..:)

    BalasPadam
  13. Tahniah mek cah!!! Nak taye ckit, mek cah amik degree 2 thun je ea, kalau tambah ngn diploma totally 5 tahun la ea?

    BalasPadam
  14. hehee ;) untungg la sis dah hbis blajar. jelesss ! haha. hana bwu je sem 2. :)

    BalasPadam
  15. lamaaa ke kita tak masuk blog mek cah ni??? template dah bertukar. alih2 dah konvo... adessss x sabar nya kita nak convo ujung tahun ni... jelesss lah. =)

    BalasPadam
  16. wahhhhhhhhdah grade ruponyo kak nisah kito...huhuhu...xsabar nak abis cepat ngaji...laaaa bakpo xoyak grade nyo??kalu dok kito g shah alam bawa teddy bear besar ko dio....

    BalasPadam
  17. CONGRATESSSSSS mek cah :)) smoga bhgia dunia akhirat ye ^^

    BalasPadam
  18. tahniah...terkenang zaman konvo dulu2..sonoknya..

    BalasPadam
  19. best nye konvo.. tahniah mek cah.. ^_^

    BalasPadam
  20. tahniah kak..dah grad dah pun..arap2 dapat ikut jejak akak pulak.

    BalasPadam
  21. tahniah awoppppppppppppppppppppppppppppp :D

    BalasPadam
  22. dah boleh kahwin dahh. :)

    BalasPadam
  23. tahniahh akk ^^
    goodluck utk kerja nantii :D

    BalasPadam
  24. tahniah mek cah ;)
    lamo molek xsinggah blog. comey sgt blog mek cah. kiupp mace tue dio nim :)
    tahniah skali lg deh. semoga sentiasa berjaya dan dimurahkan rezeki. nanti nikoh, jemput retep deh.

    hihi :D

    BalasPadam
  25. tahniah mek cah!! seronok nye tengok akak dah grad..siap plan kawen gtu..hahaa..btw, barakallah & almost congrate atas gelaran graduasi product by UiTM..semoga dapat keje terus ye & disamping tu majukan bisnes ok..

    BalasPadam
  26. Akak. Tahniah ! ^^
    Nanti cepat2 dapat kerja , then cepat2 kawen. hehe
    Moga Allah permudahkan urusan. amiin..

    and , you're one of them :

    http://addinaisyah.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html

    BalasPadam
  27. tahniah dear . hensem pakwe hehe

    BalasPadam
  28. tahniah... kita dulu x sempat nak merasa dewan cantik tu... hehee

    BalasPadam
  29. Tahniahhhhhh ! Mieya pon baru konvo hari tu. Eh kiranya awak ni senior mieya la. Hihi. Sbb mieya tengah sambung ijazah pengurusan rekod jugak dkt puncak perdana hihi :D

    BalasPadam
  30. Congrats...btw u look so adorable..:-)

    BalasPadam
  31. taniah kak anis. lama tak dgr khabar

    BalasPadam
  32. even pakai jubah tu, sis still nampak comel ! tahniah Mek Cah . Hope cepat2 kawin =)

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...