RESEPI

TRAVEL

TIPS

Budu??...Ada rahsia yang tersendiri..^^

by - 1:15 PM


Budu cerahkan kulit dan antipenuaan

RAUT wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun. Apabila ditanya rahsia awet mudanya, graduan dalam bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, beliau pada mulanya menggunakan produk kecantikan terkenal.

Budu cerahkan kulit dan anti penuaan...^^
“Namun kini saya beralih kepada makan budu setiap kali makan tengah hari dan makan malam,” katanya. Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.


Kosmo...^^

“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik. “Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

Budu enak dimakan dengan ulam-ulaman...^^
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu.

Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.

Produk kosmetik budu Sirim terbahagi kepada tiga iaitu pembersih dan penyegar, krim kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau Budu Ketereh.

“Walaupun hanya satu peratus ekstrak budu digunakan sebagai bahan asas kosmetik tetapi ia berkesan kerana komponen itu sudah cukup untuk memberi khasiat kepada pemakainya.

“Malah kami kini mengkaji potensi tempe sebagai produk kosmetik,” katanya. Hamidah berharap produk BK akan mendapat sambutan daripada pengguna kelak sebaik sahaja Sirim bertemu syarikat yang berminat untuk mengedarkannya. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Info tentang budu?
  • Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand.
  • Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Nak tahu info selebihnya tentang B.U.D.U??Picit sini..^^
http://pelangi6767.blogspot.com/2011/07/budu-oh-budu.html
http://www.masviona.com/2009/05/budu-petua-cantik.html

p/s:::Addusss, tliur wesss kecek pasal budu nih........cerok perut-perut doh...make nge ike kukus sedak jugak...ikan bakar cicoh budu lagi sedak....


K…Bai!!...Salam..^^

You May Also Like

11 kata-kata indah...

  1. betul ke ni? hehe..x pernh dpt makan budu tp x taw la suka ke x klu dpt..=)

    ReplyDelete
  2. lepas ni kena buat stok la ye =)

    ReplyDelete
  3. IS xmakam budu... alamak (^___^)

    ReplyDelete
  4. sukaaa ikan biliss...kreeuuukkk...kreuukkkk
    hehehehhe.....

    ReplyDelete
  5. sebenarnya tu la yg ain nak cakap..nape muka ain kekal bereri2 sampai sekarang..ehek! juz kidding!

    Inilah jawapan sebenarnya ain tak hupdate belog selama 2 minggu.(entry bergambar).

    ReplyDelete
  6. sebenarnya tu la yg ain nak cakap..nape muka ain kekal bereri2 sampai sekarang..ehek! juz kidding!

    Inilah jawapan sebenarnya ain tak hupdate belog selama 2 minggu.(entry bergambar).

    ReplyDelete
  7. budu memang sedap!! hehehe :D

    ReplyDelete
  8. Ada terbaca kat paper ritu, urmmmm.

    Gua tak reti makan budu, tapi reti makan nasi kerabu :D

    ReplyDelete
  9. budu mmg sedakkkk...terbaikk ^^

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥