RESEPI

TRAVEL

TIPS

Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan, Kota Baru Kelantan

by - 8:00 PM

Assalamualaikum cinta.


Dah lama tidak berkongsi diari hidup mek cah lebih-lebih lagi berkenaan tempat makan yang menarik. Bila sebut mengenai makanan terus perut berbunyi. Memang tak dinafikan, menjadi seorang penggangur memerlukan makanan yang secukupnya di rumah. Maka proses menternak lemak akan berlaku di mana-mana sahaja tidak kira tempat tu murah ke mahal.


Memandangkan mek cah merupakan orang Kelantan asli maka budu menjadi kewajipan di dalam setiap hidangan makanan. Nak tahu rahsia budu jom tengok entri ini "Budu??...Ada rahsia yang tersendiri". So Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan menjadi pilihan utama untuk menjamu selera memandangkan harganya tersangat la murah. Sekali lagi murah ok! So dapat berjimat seperti benda INI. Tiada tandingannya dengan tempat lain.


Restoran ini menjadi tumpuan para pengunjung untuk merasai nasi ulam ulaman yang sememangnya menjadi hidangan istimewa masyarakat kelantan. Kedudukan yang strategic membolehkan semua pengunjung merasai makanan disini.


Memandangkan mek cah hanya berdua dengan adik maka hidangan yang dipilih sedikit sahaja takut nanti membazir pulak. System layan diri membolehkan para pengunjung memilih jenis makanan yang hendak di makan. Service cepat dan mudah, yang penting sedap.



So kami just mengambil 2 nasi putih, kepala ikan keli goreng, setongkol ikan patin masak lemak cili padi, ulam-ulaman, ikan bakar dan yang paling pasti budu. Hikss air yang menjadi pilihan ialah air bandung satu jug. (tu pun tak habis).

Nak tahu total semua? Opss jangan terkejut kerana hanya RM13 korang boleh makan sepuas-puasnya. Rasa nak pergi lagi lah esok. Lolzz


Lepas makan, memang la kenyang . dah bayar masa pusing satu kraftangan ni. Banyak yang menarik. Dah kenyang tapi aksi gambar ni menunjukkan mek cah masih lapar. Eh betul ke?:P


Ditemani dan selalu dating dengan adik dapat mengisi kesunyian bila berada di rumah. Plan jalan-jalan bila selesai pos barang customer. Opss jangan tak tahu yang mek cah sekarang aktif dengan page “Hazanis Fashion”. Jemput singgah untuk koleksi fesyen terkini. Mak aihh sempat lagi. 


Ok, mek cah rasa adik mek cah berlagak ayu dan mek cah pula berlagak comel. Mahunya jap lagi dihentam para tutt. Oh tidak! Berbaju kurung sekarang lebih selesa. Terutamanya kain dari lycra. Eceh! teringat memori memakai baju kurung ni semasa shoot santai di entri ini "Rasydan Ishak Photography". :)


Yezzza, moh kita pulang moh. Balik lewat mak marah kan. Kesian baby afif tiada teman untuk bermain. Kononnya kat rumah duk main tepuk amai-amai dengan afif. Eh!


Alhamdulillah rezeki kami hari tu. So kepada kawan-kawan blogger dan facebook dari Kelantan mungkin dah banyak kali datang ke sini. Mesti berpuas hati dengan hidangannya kan. So kepada yang bakal berkunjung ke Kelantan jangan lepaskan peluang untuk kesini. Cuti-cuti Malaysia. 

Thanks for reading.


You May Also Like

39 kata-kata indah...

  1. perghh...sedapnya..teringat dulu masa pg kelantan..best sgt2,..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnati datang sini jgn lupa bagitahu eh. nis bawakan.:)

      Delete
  2. kat sini mmg best pun.. dah macam kat umah jer, amik yang tu amik yang ni, pegi makan, haha

    ReplyDelete
  3. saya pernah makan kat sini..hehe.mmg sedap pun dan yang paling best bleh ambk lauk sendiri(bleh pilih yg besar2) dan mmg murah.bila tgk lauk2 tue rasa lapar la plak :)

    ReplyDelete
  4. wei laaaa,rindunyo ke mek cahhhhhhhhhhhhhh <3

    ReplyDelete
  5. mek cah dgn adik sama cunnnnnnnnnnnneeesss!!
    adeh. tetiba xsabar balik kg. nak melahap kt nasi ulam cikgu nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nina nak dtg sini bgthu. mek cah nak join sekali.:)

      Delete
  6. sedap kn?ely mkn skali je situ.xsempt nk gi byk kali.huhu sedap sungguh budu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat kat ikan keli. huwaaa lapar doh la.

      Delete
  7. Sedap lak tengok gambar makan-makan ni :)

    ReplyDelete
  8. akak, tgok ni..https://www.facebook.com/ladolce.adirah
    fake ea?

    ReplyDelete
  9. klu tgk lauk pauk mmg terliur n trus lapar le jwbnya ...

    ReplyDelete
  10. yang mana satu kakak, yang mana satu adik ni..

    ReplyDelete
  11. bagus sekali dan penulisnya cantik juga :)

    ReplyDelete
  12. adik nampak mcm kakak la hihihi :p

    ReplyDelete
  13. memang besttttt.... anis da bnyk kali dtg sinii.. hehee

    ReplyDelete
  14. sedaknyo kak....aso lapa tibo2 tgk budu...huhu...

    ReplyDelete
  15. hazanis orang mana ya?

    ReplyDelete
  16. SUDAH BERTUKAR LA BACKGROUND BLOG DIA,I LIKEEEEEEEEEEEEEEEE <3

    ReplyDelete
  17. SUBHANALLAH.. cantik lagi Tuan blog ni dari blog.. :P hehe

    ReplyDelete
  18. fatin xpernah pegi pun.. nati nak ajak mak bila dpt pencen,hee.. akak dah pergi juara ikan bakar?

    ReplyDelete
  19. salam

    Kampung kraftangan? alaaa ada juga lalu area sana tapi tak pernah makan kat sana. Nampaknya kena try ni .. nampak sedap semacam je tu. hehe

    ReplyDelete
  20. wah..bestnya..laukpun menyelerakan...anyway"s cantik header anis..^^

    ReplyDelete
  21. Salam, blogwalking

    Sedapnye makanan tue, and nice pic! ;)

    Boleh jengah ke blog saya http://www.enrichinglivestogether.com

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥