Theme song : you - nur jannah allia


Assalamualaikum L.O.V.E...=)


Lagu tema blog ini ialah "you - nur jannah allia"..Mek cah terdetik membuat entri mengenai lagu ni disebabkan ramai sangat yang tanya mek cah siapakah pemilik suara merdu ini..jadi mek cah pun tak kenal sangat siapakah penyanyinya..So tadi ter'google" nur jannah alia dan seterusnya baru lah mek cah tahu siapa beliau...ehem nak tahu siapa beliau terjah la ke sini "http://awansamudera.blogspot.com/2011/10/nur-janah-allia-you.html"...Fuh! godek punya godek dapat tahu funpage nur jannah alia, terus mek cah LIKE!, untuk ke funpage nur jannah allia KLIK SINI..sebelum ni tak ambil tahu pun siapakah penyanyi untuk lagu tema blog ni...Eceh! main bedal je kan mek cah nie...Opss sambil baca entri dan lirik lagu dari you - nur jannah allia boleh la layan lagunya sekali kan...Romantik gituww..Lolzzz


Inilah wajah pemilik suara bagi lagu you - nur jannah allia...Cantik dan cara pemakaiannya nampak seperti muslimah sejati..Mungkin namanya akan naik dan dikenali tak lama lagi..Ehem punya kelebihan dari segi paras rupa, suara dan bla bla merupakan pakej lengkap buat nur jannah allia..Ewah macam pakej lengkap yang ni la "KLIK SINI"...Awesome bukan..=P

Lirik lagu you - nur jannah allia 

you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you


how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do 

KLIK SINI untuk download lagu yang best dan penuh makna ini..=)
Thanks for reading....Chau!!...


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Aidilfitri 2012 Part III : Kekasihku Raya



Assalamualaikum L.O.V.E...=)

Kekasihku raya?raya dengan kekasih ke??ke gewe??ke pakwe??ke tunang??ke ke ke ...Lollzzz berapa banyak ke lah...Muahaha..ter'over la pulop tajuk entri ni..Okey melalu entri ini "Aidilfitri 2012 : Part I" & "Aidilfitri 2012 Part II : Warisku Raya" korang akan faham keseluruhan entri yang mek cah buat ini...Kisah raya ke-2 bersama kawan-kawan zaman Sekolah Kebangsaan Kampung Delima tidak akan di lupakan..sebenarnya mek cah terkejut dengan kedatangan mereka ke rumah mek cah.... bila dapat mesej "salam, tok buat rumoh terbuko ko?hehehe", itulah mesej dari kawan mek cah zaman SKKD dulu....Opsss datang jah rumoh mek cah lagipun bosan jugak raya ke-2 ni, tetamu pun tak dop sangat...


Assalamualaikum, jemput la naik...Fuh bila dah naik besar-besar weh pok-pok nih..tingi po galoh, mek cah jugok hok pendek tok tingi-tinggi..Ehem orang lelaki biasa la tu kan tinggi..huhu yang duk tengah-tengah tu nama dia fendi, bukan fendi dikir klate hok sohor tu deh...masa zaman sekolah dulu dia pengawas paling cute skali mugo dio paling kecik..hehe kecik-kecik dio pun tinggi dio lagi dari mek cah ni...yang berbaju biru lak namanya anis zahirah ore comey kampung Perupok...Ewah! sekarang dah kerja sebagai optometris...fuyyoii dah la comey kijo pun sedak..hiksss


dari kiri Faizal, sabri, mat duwe, fendi, farhan, Irfan,..semua mereka sedang belajar dan ada yang dah habis belajar..untung la kan....sabri hok paling lawok sini..memey kecek nge dio duk suko sokmo..Lolzz selepas sesi bergambar di rumah mek cah kami semua membuat rombongan ke rumah rakan-rakan yang lain iaitu rumah tikah dan nona, kebetulan rumah mereka buat makan-makan sedikit..so rezeki kami datang masa tu...:)


singgah beraya dirumah anis jap, makan dan minum lepas tu terus blah sebab kitorang nak ke rumah fashihah lak....Owyeah!, dapat jumpa fashihah setelah sekian lama tak jumpa..Alhamdulillah rezeki lagi sebab rumah fashihah buat nasi dagang...tapi mek cah dan anis tak makan pun...sep laki memey make...patut la besar..hoho


bergambar bersama tuan rumah memang wajib..si fashihah nampak sedikit malu bilo sek laki terjah rumoh dio..huhu nasib baik la si fashihah ni tak dok lemoh jantung..hewhew terjah blog fashihah tau "http://ayunisafiyyah.blogspot.com/....anis kekal cantik menawan membuatkan hati ku tertawan..muahaha nyanyi la pulop..


sebelum berpisah dan berpecah memey wojik tak dok sunat untuk klik, klik....yang berdiri bertudung biru muda tu ialah bibi sahana..bibi pun dah kerja dan terkenal dengan wajahnya yang macam baby dan putih sepok...kalau lelaki tengok pasti cair..hikss yang belakang berbaju merah putih belang ialah faiz dan masa dalam gambar ni dia masih single dan sekarang sudah menjadi suami orang di hari raya ke-5...Tahniah buat faiz..selamat pengantin baru..Tamat sudah entri kali ini...Fuh letih..T.T

Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,
Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan, 

Thanks for reading..

p/s: hanya yang terbaik dari MAS!!, apa yang terbaik??KLIK SINI tau..Promosi, promosi, murah, murah!!..Yeah!!


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Wordless Wednesday #25 : Budak SPM


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Aidilfitri 2012 Part II : Warisku Raya


Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Mood raya telah hilang tapi semua kisah raya belum 90% dikongsi di blog kesayangan ni...berbekalkan keazaman untuk mengotakan janji maka dengan gigihnya mek cah menaip dikala semua orang dalam rumah ni tidur nyenyak..Lolzzz Kerana janji harus ditepati dengan janji di sini "Aidilfitri 2012 : Part I"...Oh masih belum baca entri Part I?? sila lah terjah sekarang, baru lah faham akan entri yang ini....hiksss kalau tak silap kisah ini hari raya ke-5, mek cah pakai baju sama di hari raya pertama...hoho macam SINI...Booooooo Boooo, picha pun klasik sebab jejak kasih kam....muahahaha..=.='


*Pipi tembam + bolat + kusam dan ado blako lah!!........Arghhh raya! makan banyak*...molep benar la tuh..Tsskkkkk....T.T...humm kami berkenalan dimuka buku dan blog..lepas tu bertukar telefon gara-gara rumah wan nur ni berdekatan dengan rumah atuk mek cah...dah bertukar telepon lupa la pulak nak calling dan bersms....dengan itu mek cah terus lupa....Lozzz dengan itu wan nur telah berhubung dengan adik kesayangan mek cah iaitu dhilah....sebab itu lah wan nur sampai ke rumah mek cah...eh eh faham tak?muehehe


sedang enak mek cah tidur selepas pulang beraya di rantau panjang tiba-tiba datang adik mek cah cakap wan nur datang..eh eh eh dengan pening kepala siapa wan nur???jemput la naik...cium pipi muah muah!!...lepas pung pang pung pang rupanya mek cah boleh ingt balik siapa dia...Oh awop, hehehe rancak berbual rupanya kami saudara belah atuk mek cah..yeah!!,ore bunut susu, Pasir Mas...eh  nanti kita derak KL deh wan nur....Yang penting rumah wan dekat jer dengan rumah atuk mek cah, lain kali kami boleh dating lagi..wan nur study di UM Kuala Lumpur jer, nanti senang la nak jumpa...sila lah terjah blog wan ni "http://cikwanbulat.blogspot.com/" dan jangan lupa follow sekali tau.....hidup sep blogger...muehehe
Opsss Unlike Cigarettes di SINI, untuk kebaikan bersama...=.= 
Jom terbang ke blog wan nur dengan cara INI...Ewah!!



Thanks for reading...


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Gambar Majlis Perkahwinan Ustaz Don dan Husna


Assalamualaikum L.O.V.E..=)

seperti yang kita semua tahu bahawasanya PENCERAMAH popular iaitu Don Daniyal Don Biyajid, 28, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don selamat dinikahkan dengan gadis sama negeri dengannya iaitu Husna Mohd Zahry, 24, ...Opsss sejulung tahniah buat pasangan ini... Artmosphere Photography adalah jurugambar rasmi bagi majlis Perkahwinan Ustaz Don dan Husna...Semua gambar beliau sangat meletop..sila lah terjah page beliau untuk picha yang lebih awesome...^^
Ustaz Don berkata “Bagi saya mana-mana pasangan yang ingin bercinta lama atau sebaliknya itu adalah subjektif, seperti juga nabi kita tidak pernah meletakkan sesuatu sebaliknya nabi telah meletakkan landasan kepada kita.

“Sebagai contohnya bergantung kepada kita untuk gunakan keretapi bagaimana, ekspres atau keretapi wap, jika terbabas atau sebaliknya itu adalah pada diri kita sendiri.


“Ia adalah bergantung atas kecerdikan kita sendiri, itu subjektif, namun kepada pasangan muda apa yang saya boleh nasihatkan ialah sememangnya kita melakukan kesalahan dan begitu juga orang tua, tidak boleh lari masalah.

“Namun kita masih boleh perbaiki diri kita dan tidak berterusan melakukan kesalahan itu, sebagai orang Islam dan mempunyai iman kita perlu perbaiki,” ..Tajam benor kata-kata Ustaz Don kan...ehem renung-renungkan dan selamat beramal..:P



Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "- Ar-Rum : Ayat 21 


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..


Tema ‘Garden Fairytale’ pilihan keluarga pengantin perempuan..sangat cantik bukan...hehe kelihatan pengantin perempuan sangat jelita..semuanya simple tapi cantik..:)


Berita sepenuhnya disini Ustaz Don: Kami sama seperti pasangan lain , Detik manis Ustaz Don-Husna...Terjah picha yang lebih menarik pun disini " Artmosphere Photography"...KLIK SINI juga untuk berkasih sayang....hehehe..=P


p/s: Jom lihat SINI untuk berbuat amal...^^

Thanks for reading...

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Aidilfitri 2012 : Part I



Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Syawal di sambut dengan sederhana..baju raya hanya sehelai sahaja...untuk raya ke-2 dan seterusnya mek cah rembat jer apa yang ada dengan kitar semula dress dan baju raya yang lepas-lepas...Alhamdulillah mek cah dapat berjimat disitu....untuk pengetahuan korang semua aidilfitri mek cah tak de lah meletop sangat..biasa-biasa sahaja, rakan-rakan yang hadir boleh dikira dengan jari tapi seronok sebab tetamu makin bertambah dari raya sebelumnya..yang paling mek cah terkejut dengan kedatangan kenalan mek cah di mukabuku dan blog akhirnya membawa penemuan baru iaitu dia lah saudara mek cah...eh nantikan entri tentang beliau...hiksss


picha bersama sepupu belah abah, baru darjah 6 tapi ketinggian mek cah hampir sama dengan beliau...hukss jarang dapat bergambar bersama aisyah ni..kehadiran rakan-rakan dari zaman sekolah rendah turut membuatkan mek cah happy...celoteh mereka semua membuatkan mek cah gelak sampai tak hingat dunia..Loolzzz tunggu entri seterusnya...aahakss


Layan picha mek cah dulu ....muka bulat gotam dan baju raya simple sahaja dari First Lady...Lolzz mek cah sedang mencari mood update blog setelah sekian lama bercuti gara-gara happy beraya bersama kakak, adik, ma , abah, abang dan abang ipar tercinta....opss raya tahun ini beraya bersama abang ipar dan dapat duit raya darinya..meouwww!!


suka suki ambil gambar dikala maghrib..sebab tu picha jadi gelap dan tak cukup cahaya..nasib baik ada photoscap dan xiuxiu menjadikan picha ni sedikit cerah...>.<

bersambung............


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Close up bersama Fatin Liyana



Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Opsss mek cah merupakan peminat tegar Fatin Liyana aka blog Honeykoyuki..kisah mengenali Fatin Liyana ni bermula 1 1/2 tahun yang lepas setelah blog Honeykoyuki diperkenalkan oleh kawan mek cah iaitu Markonah meletop kalau tak silap..hehe selepas pada itu setiap kali Fatin Liyana up entri baru sudah tentu mek cah akan baca entri beliau..hoho sebab itu lah kebanyakan entri di blog ini ada menceritakan tentang Fatin Liyana dan telah menjadi top 5 post dah pun...Eh kelassss kau fatin..muehehehe

kalau tak percaya singgah la ke entri yang ini "Fatin Liyana : Sup cair pun selera", "Fatin Liyana : You are beautiful", "FATIN LIYANA : NASI LEMAK KOPI O TV9", & "Fatin Liyana dalam Malaysia Hari Ini (MHI) 2012", ....memang betul-betul hebat la Fatin Liyana kan...lupa pulak nak tanya macam mana dengan raya korang?best tak??...untuk menjadikan raya korang lebih meriah KLIK SINI untuk menang duit raya RM100,000..Opss mana tahu rezeki korang, kalau dah menang jangan lupa habak na..:P

Close up bersama Fatin Liyana menjadi tajuk berita di Utusan Malaysia..siapa yang ketinggalan tentang berita ini boleh la terjah ke Utusan Malaysia...fatin liyana juga ada berkongsi cerita mengenai idea beliau membuat blog..katanya "Pada mulanya, saya sekadar mahu menulis diari tentang kehidupan sebagai pelajar di Bandung, Indonesia tetapi apabila menyedari tulisan tangan saya agak buruk, niat untuk menulis diari terpaksa dilupakan. Bagaimanapun, salah seorang sahabat karib saya mencadangkan agar saya menulis blog dan terciptalah blog yang bernama 'honeykoyuki'."


Jom ikuti beberapa diolag Fatin Liyana dengan wartawan Utusan Malaysia..
Arkib : 18/08/2012 

Perangai pelik yang tidak diketahui pengikut-pengikut blog…

Baik buku, drama atau filem saya lebih cenderung membaca atau menontonnya sekiranya mengandungi genre misteri, teori konspirasi atau kisah pembunuhan tapi yang paling penting, ia adalah berdasarkan kisah sebenar. Sebabnya, jika saya berasa sangsi tentang kes tersebut saya akan terus membuat carian di Google hingga ke akar umbinya. Apabila mula membuat carian di Internet, saya boleh leka hingga dua atau tiga hari dan hanya akan berhenti, setelah berasa puas dengan maklumat yang diperolehi.

Apakah cita-cita Fatin semasa kecil?

Percaya tak, semenjak kecil saya sebenarnya tidak mempunyai cita-cita. Kalau orang tanya mengenai cita-cita, saya akan berikan macam-macam jawapan. Selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya berada dalam dilema kerana tidak tahu nak buat apa pada masa hadapan. Ada kalanya, saya terfikir untuk bekerja sahaja di kedai perkakas milik ibu sahaja. Ketika berada di matrikulasi barulah saya yakin bidang perubatan itu sebenarnya telah ditakdirkan untuk saya. Sebenarnya, semasa di matrukulasi saya tidak suka mata pelajaran biologi tetapi disebabkan guru yang mengajar itu sangat garang, saya jadi pelajar yang rajin. Lama-kelamaan, saya jatuh cinta dengannya!

Persiapan Syawal Fatin?

Sebenarnya, sudah tiga tahun berturut-turut pakaian raya saya abah yang belikan. Maknanya, sudah tiga tahun juga pakaian raya saya sedondon dengan ibu. Kesibukan menghadiri kuliah membuatkan saya kesuntukan masa untuk membuat persiapan hari raya. Melihatkan keadaan itu, abah dengan rela hati membelikan pakaian saya. Apabila makin dewasa ini, saya menjadi tidak kisah tenang persiapan raya. Apa yang ada, saya akan pakai sahaja. Tapi semenjak blog 'honeykoyuki' dikenali ramai, selalu juga pakaian raya saya mendapat tajaan. Bagaimanapun pada Syawal kali ini, saya begitu teruja untuk membuat kuih raya sendiri memandangkan pada tahun lalu, saya langsung tidak 'enjoy' beraya kerana dibebani dengan tugasan.

Ucapan untuk pengikut-pengikut blog Fatin…

Buat pengikut-pengikut blog 'honeykoyuki', saya ingin mengucapkan selamat hari raya. Di kesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada penulisan saya selama ini yang melukakan hati mana-mana pihak. Selamat hari raya! Berhati-hati ketika memandu, ingatlah orang tersayang… ;)

sumber:

Amacam?ke mek cah sorang minat Fatin Liyana ni..Lolzzz tapi kebanyakan keyword search dalam blog ini adalah "Fatin Liyana"...maknanya Fatin Liyana mempunyai peminat yang ramai..Fuh kalah artis tu..wiwiwitt..:P

Thanks for reading...

p/s::Jom pi holiday!!..ya beda beduuuuuuu!!...=)


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Krisis menjelang raya : Alah biasa la tu...


Assalamualaikum L.O.V.E...=)


Alhamdulillah hari raya disambut dengan gembira....untuk hari raya pertama ingatkan kakak kesayangan beraya di rumah keluarga abang ipar...tapi sedikit lega bangun-bangun je di pagi raya kelibat kakak tersayang dan abang ipar..ingatkan malam raya dah balik rumah keluarga abang ipar..maknanya kakak kesayangan dan abang ipar beraya di rumah ini..so tak der la sunyi sangat..yang paling gembira untuk kakak ialah dapat hadiah istimewa dari suami tercinta, ni yang membuatkan mek cah sedkit jelesss nih..T.T

Dapat hadiah galaxy tab samsung sempena hari lahir beliau, untung la kan...hoho *mek cah tumpang gembira + jelesss*..katanya hadiah hari jadi sebab kakak kesayangan buta IT...opsss cikgu/ustazah pun buta IT??...itu mek cah mengakuinya...hehehe kakak kureng bab gadget ni..berlainan pulak dengan mek cah suka sangat dengan benda-benda nih..muehhehehe


okey!, kembali kepada topik yang asal..kalau dah kawin dan dah anak tentu bila tiba je musim perayaan sudah tentu laki bini sedikit bergaduh tentang pilihan nak balik raya..masing-masing berdegil nak beraya di kampung mereka sendiri...eh macam kakak mek cah la tahun ni merupakan tahun pertama beraya bersama suami...itu pun suaminya yatim piatu tetapi masih mempunyai adik beradik yang lain...jadi sudah tentu walaupun raya masih kena balik ke kampung sendiri kan...so itu memang pening kepala untuk membuat pilihan..nasib baik satu negeri tapi kalau lain-lain negeri macam mana lak??perkara ini lah yang selalu je menjadi masalah kepada pasangan yang dah berkahwin...Lolzzz

so pandai-pandai lah tu setiap pasangan untuk pilih rumah mana untuk pulang beraya...senang-senang kawin je dengan orang sekampung kalau nak lebih okey kawin je yang duk sebelah rumah kita..wakakaka, itu jalan terakhir supaya kedua-dua belah pihak tak bergaduh dan terasa hati...*kelakor dialog picha tu*...selamat beraya dan selamat menjaga hati pasangan masing-masing....Taqaballahu Minna wa Minkum!..>.<

Thanks for reading...


p/s: sedang kita bergembira ingatlah mereka yang sedang berduka..bersederhanalah dan jangan membazir..hehe Pada bulan yang mulia ini, KLIK SINI untuk tolong rakyat Malaysia dapatkan bekalan air bersih..Alhamdulillah...:)



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Salam Aidilfitri 2012

Bismillahirrahmanirrahim….. 


Ucapan khas buat rakan-rakan sepermainan di Tadika kemas Kg Delima, rakan-rakan hok nakal sama-sama di Sekolah Rendah Kg Delima Kelantan, rakan-rakan di Sekolah Menengah Kebangsan Wakaf Bharu, Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas terutamanya budak kejuruteraan mekanikal, sahabat di UiTM Machang, sahabat di UiTM Puncak Perdana Shah Alam, rakan-rakan seperjuangan di dunia blog dan facebook serta yang mengenali insan yang begitu kerdil ini… 


Lidah kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabai, Hati kadang-kadang berprasangka, Sikap kadang-kadang menyakitkan..Maafkan segala kesilapan sepanjang terjalinnya persahabatan.. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Hanisah Hasbullah/Love Pattzi/mek cah/ hazanis..:P 

Raya nanti datangla rumah..itu pun kalau tahu jalan datang dan pulang..kuikui

p/s: Ayuh tampil cantik di hari raya nanti dengan KLIK SINI untuk dapatkan cara mengayakan hijab/shawl…pasti anda bakal sangat mempersonakan di hari raya nanti dengan gaya terkini..Bergaya- bergaya jugak tapi aurat perlu di jaga..Insyaallah…good luck ladies….Opsss KLIK SINI juga untuk dapatkan E-KAD yang chumil buat yang tersayang..>.<


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya


Assalamualaikum L.O.V.E..:)

Ucapan sms selamat Hari Raya menarik dan chomel untuk di kongsi..Kalau tak sempat hantar kad raya hantar sms raya pun jadi lah kan....sekurang-kurangnya sms pengganti diri sebagai tanda ingatan kita kepada orang yang tersayang di hari yang mulia itu...Apa lagi sms la sekarang..


“Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jua lah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..” 

"Ramadhan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di aidilfitri, Seikhlas hati menyusun jari, memohon dimaaf kekhilafan diri, 'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin' .."

"Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Semoga gembira di hari yang mulia ini,Salah dan silap harap dimaaf,Selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin."


"cahaya ramadhan berlalu pergi, menyambut tibanya aidilfitri, Ampun maaf segala peri, Semoga ikatan kekal dihati. Selamat Hari Raya Maaf zahir batin. "

"Gemersik takbir mengundang hiba,Salam diutus tanda ingatan,Syawal dinanti menjelang tiba,Salam diutus pohon kemaafan.Maaf zahir dan batin."

"Satu Syawal menjelang tiba,Takbir bergema mengegarkan jiwa,Sekiranya ada salah dan dosa,Ampun dipinta dihari mulia.Selamat hari raya maaf zahir dan batin.."

"Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”."


“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..” 

"Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.., Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. Mohon diberi kemaafan. Salam Aidilfitri” 

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin” 

"Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Iftar : Blogger Kelantan



Assalamualaikum L.O.V.E..=) 

Akibat rasa bersalah pada tahap kritikal terhadap jiji dengan entri mek cah yang ini "Iftar : 15 Ramadhan" maka dengan rasa tak malu mek cah menyuarakan hasrat di hati untuk mengadakan iftar bersama geng blogger klate…tak ramai pun tak pe janji ada, sekurang-kurangnya boleh bersua muka dan berkenalan antara satu sama lain…Ewah!, lagipun jarang sekali geng blogger klate buat gathering macam ni kan…so sekurang-kurangnya kalau buat gathering dapat mengeratkan silaturrahim sesama blogger …Asyik duk balas komen dalam blog apa salahnya kita bersua muka di luar blog kan..ekekeke 

Cadangan mek cah diterima pakai oleh jiji maka selepas buat mesyuarat tergempak di facebook maka tarikh 13 ogos 2012 menjadi pilihan.…..Alhamdulillah dekat 14 orang jugak yang dapat hadir..memey sporting blako lah sep sep nih…^^
Akibat picha terlalu banyak sangat gara-gara semua suka bergambor maka mek cah terpaksa combine picha tu semua menjadi satu….Fuh !!, tak larat nak upload semua sebab dah la line broadbnad slow macam siput tuttt ini kan pula nak upload semua picha yang hampir 60 keping nih…memang tak la kan..T.T 

Sesi takruf, makan-makan dan sesi dengor tip blogging dari jiji, ahakss tips untuk nuffnang pun ado…yang penting jangan putus asa…yang paling nok suko jiji ado oyak "mulo-mulo tuh sero nok nyepak jah nuffnang tapi bila sabar akhirnya buat blog ni membuahkan hasil, yang penting buat baik lah dengan sep dio"…lebih kurang macam tu lah jiji terangkan…korek-korek sikit rahsio buat blog..wakakaka bila la pihak nuffnang nak bagi BE nie...sabor-sabor...Opsss yeah! jiji belanja semua tu ..Alhamdulillah….semoga muroh rezeki jiji….hiksss amin.. insyaALLAH akan ketemu lagi kita semua di next gathering…yang penting kena ada yang bersuara…mek cah on je.. :P 

nak tengok entri yang panjang dan gambar comey-comey boleh la ke blog SYAZWAN..masuk blog dio gak po duk dale kapal terbey doh doh sero...haha memang mantop habis entri dia...mek cah bagi 5 bintang..hiksss chau!! 

...mereka yang hadir...

Thanks for reading.. 

p/s:: Ingat nak cuba rembat BlackBerry Curve 9320..sedang promosi sekarang , tak percaya KLIK SINI..rasa-rasa okey tak??Minta-mintalah murah rezeki mek cah bulan poso nih..eh maaf la mek cah darak sikit..henset 110i jah guna..nok jugok raso henset mahal sikit..mueheheehe mood raya dah datang opss jom hantar e-kad raya kepada orang yang tersayang disini...KLIK SINI..^^

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Biskut Raya 2012

Assalamualaikum L.O.V.E..:)

Lelaki mesti tak baca entri ini..hanya tahu makan je kan??buat nya tidak....Lolzz Semua dah mula busy, kan dah nak raya mana tak nya duk goyang kaki kat rumah je..semangat nak raya harus lah buat persiapan kan...macam mek cah tugas sebagai anak dara ewah!, anak dara gituw..Opsss tugas mek cah adalah buat biskut raya..hoho memang setiap kali raya mek cah yang buat tanpa bantuan siapa-siapa pun...Mak sibuk dengan mengasuh sepupu mek cah, memasak dan merebut pahala di bulan ramadhan lai..hehe jadi tugas buat biskut mek cah yang ambik alih....Kebiasaannya mula buat biskut raya masa 7 hari sebelum nak raya...jadi masa tu lah mek cah mula buat..buat awal-awal takut habis lak kan..

Ini lah biskut pilihan mek cah tahun ini....Alhamdulillah setakaat ni resepi yang mek cah ambil dari pak cik Google smeuanya boleh dipercayai....kira lulus dah biskut yang mek cah buat tu..*Angkat bakul sendiri*..Lolzzz

Biskut Suji Kristal *kegemaran Mek cah*


Biskut tart nenas gulung *kegemaran Mek cah*


Biskut mini donut *kegemaran abang Mek cah*


Biskut kacang tanah *kegemaran abah Mek cah*..:)


Popia nestum madu *kegemaran Mak Mek cah*..:)


Biskut Almond london *kegemaran kakak Mek cah*


Itu sahaja yang mek cah boleh tunjuk..semua picha mek cah cilok dari Google kesayangan...hewhew mana tak sayang semua resepi mek cah rembat dari Google..ianya banyak membantu.,ewah! dan tak semua tu mek cah dah buat...semuanya nampak menyelerakan!!..yang dah buat hanya Biskut mini donut, Biskut tart nenas gulung, popia nestum madu dan biskut Nestum rangup...kalau nak cuba search lah resepi di google..hehe itu sahaja, selamat berpuasa dan selamat hari raya..eh eh saja bagi ucapan raya awal sebab takut tak sempat..:'(

Thanks for reading..

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Dato' Siti Nurhaliza : Dulu lain sekarang lain

Assalamualaikum L.O.V.E..=)


Semangat tak tidur lepas sahur tadi gara-gara nak godek-godek facebook dan buat biskut raya...hehe alhamdulillah biskut nestum rangup dah pun siap...esok resepi lain pulak...Oh "1 hari, 1 resepi", okey kan?..:P

kembali kepada topik asal, sedang enak berfacebook tiba-tiba mek cah ternampak satu picha yang menarik perhatian mek cah untuk melihatnya..Eh ini gambar Dato' Siti Nurhaliza , ololo chomel nya beliau masa muda remaja dahulu...tapi sekarang pun masih anggun bergaya....dah la picha ni masa beliau belajar bawa motor, tapi sekarang mesti dah lain mesti dah tak pandang motor sebab dah ada kereta mewah kan..:P

Jom ikuti kisah siapa Dato' Siti Nurhaliza yang sebenar..:)

Siti lahir pada 11 Januari 1979 di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, sebagai anak keempat dalam lapan adik-beradik kelahiran Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik, yang mana adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Saerah juga bekerja sebagai penyanyi.Datuknya ialah seorang pemain biola yang terkenal, manakala ibunya seorang penyanyi irama etnik yang terkenal juga. Siti Nurhaliza merupakan penyanyi utama kumpulan 'Family Group',yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik. 

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri.Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.


Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa.

Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.


Fuh jutawan tu...kesimpulannya, manusia boleh berubah sama ada berubah kepada menjadi baik, kaya, ataupun sebaliknya....betul lah kata sesetengah pihak dulu lain dan sekarang lain..Apa yang penting kelainan yang dibawakan leh Dato' Siti Nurhaliza telah mengubah nasib keluarga dan masa depan beliau ..Tahniah Dato' Siti Nurhaliza...Thanks for reading..>.<

p/s : Ehem tapi mek cah bukan peminat fanatik Dato' Siti Nurhaliza..ok bye!!..eh bila eh Dato akan bergelar pangkat INI??



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Edisi raya : Ho ho ho balik kampung!


Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah tinggal lebih kurang 1 minggu lebih lagi umat islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri…Oh yer, pada masa ini lah ramai yang berada di perantauan akan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut hari yang mulia dengan orang yang tersayang…menangis weh raya di perantauan…

Alhamdulillah buat masa ini mek cah tak pernah merasai lagi beraya di perantauan…Untuk degree di Shah Alam pula mek cah bernasib baik sebab tak pernah menyambut ramadhan tanpa keluarga disisi…hehe untung badan..:P


Jom kita semua pulang ke kampung…ini kereta mek cah boleh muat ramai orang..kalau nak tumpang sila bayor RM50 setiap seorang…al-maklumlah dekat nak raya ni tiket tak dop..jadi tak leh nok milih sangat la terrr…*hanya bergurau dikala sumbak*..huhu kebiasaannya pun harga tiket akan meningkat naik bila menjelangnya raya..so bagi yang nak pulang ke kampung tak kira lah dengan kereta ke, bas, flight, train dan bla bla berhati-hati di jalan raya naaa..*eh kapal terbang pun ada atas jalan raya eh*..Lolzz….ingat lah orang yang tersayang..yang nak balik dengan bas sila beli tiket awal-awal….kan tak pasal-pasal beraya di stesen bas…wakakaks… :P


Kepada yang balik ke kampung dengan flight boleh la KLIK SINI untuk tengok harga tiket..mungkin ada yang tengah promosi….kot-kot lah ada rezeki korang dapat murah…kepada pengguna jalan raya sila lah berhati-hati di jalan raya..bak kata iklan tv "pandu cermat jiwa selamat" dan "ingat lah orang yang tersayang"

OPss sila baca doa dulu yer sebelum memulakan perjalan..Jom amalkan doa sebelum menaiki kenderaan terlebih dahulu....Insyaallah perjalan kita akan dilindungi olehnya..


Jangan laju-laju bawa kereta, berhenti bila rasa letih atau mengantuk, service kereta dulu sebelum bergerak jauh..chewah !, macam dalam picha kat atas tuh, kereta dah berada dalam keadaan selamat…ewah !..bohong sahaja, kereta mainan..bhahaha..=.=v 


Motif entri ini ?saja nak menunjuk mek cah dan rakan-rakan dah nak pulang kekampung…Lolzz jangan percaya sebab kami semua dah lama kat kampung.. picha ini bertarikh 13.04.12 !!..baru nak godek-godek dan letak dalam blog..kenangan di i-city bersama housemates 3D08..Jom balik kampong !...Peace..=.=v

Thanks for reading..

p/s::dah tengok iklan raya petronas??memang awesome!..KLIK SINI nak tengok..Alahai kesiannya yang beraya di perantauan..:'(

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Shila Hamzah : ingin kekal dengan imej bertudung


Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Sejak akhir-akhir ini ramai pula artis yang tampil bertudung dan berubah...Ewah, hari itu terbaca satu berita di akhbar Sinar Harian mengenai selebriti terkenal Shila Hamzah, yang popular dengan lagu Patah Seribu telah bertudung...Mengikut akhbar tersebut Shila Hamzah mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung...Bila tengok picha ini wah cantiknya shila...Ohsem betuii..=.=v


Sekarang bila tengok Shila Hamzah ni makin ayu dan cantik bila mengenakan hijab..Menurut beliau “Ayahnya selalu berpesan kepadanya bahawa hidup ini adalah satu perjalanan...Solat itu penting bagi seorang Islam dan pelbagai ujian yang bakal beliau akan tempoh..."  Eh ingat tu Shila pesan ayah..:P

Shila juga turut berhasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri..Malah beliau turut ingin memperbaiki hubungannya dengan manusia dan juga dengan ALLAH,”...Alhamdulillah, kita doakan yang terbaik untuk Shila okeyh..^^


Actually, Sebelum ini mek cah ada membuat entri mengenai selebriti yang berhijrah iaitu Yatt Hamzah, Ana Raffali, Irma Hasmie...semua tu mek cah suka dengan perubah mereka...kalau rajin boleh la terjah ke entri ini...semuanya mengenai mereka...antaranya  "Ya ALLAH cantiknya bila Yatt Hamzah bertudung", "Gambar Perkahwinan Ana Raffali, Ahmad Aznaim", "Gambar Majlis Perkahwinan Irma Hasmie Dan Redza Belah Lelaki" , "Majlis Pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah"...

Apa kata korang terjah berita penuh mengenai penghijrahan Shila Hamzah di sini...http://www.sinarharian.com.my/hiburan/shila-hamzah-mahu-kekal-bertudung-1.74329...Alhamdulillah seronok bila dengor ramai artis yang berubah....Shila Hamzah makin cantik dan manis bila bertudung..Komen anda??hiksss...:P

Thanks for reading..

p/s:: semua picha mek cah cekau dari Google..ingin mencari tempat yang murah dan sesuai untuk berbuka puasa..Jom ushar sini..KLIK SINI!, sementara promosi..fuh!, semuanya nampak menyelerakan...Dugaan bulan puasa..bhahahaha..=.='

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...