Majlis Pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah


Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Alhamdulillah... Tahniah! Pelakon yang manis dan cantik bertudung iaitu Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman. 


Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya tadi kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat (29 Jun 2012).


Irma Hasmie menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.


Pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.


Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.


Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

15 ulasan:

  1. wah.. terasa nak kawen jugak. ewah!

    BalasPadam
  2. hensem la husbend die.waaaaa :DD

    BalasPadam
  3. Lawanya Irma hasmie..sopan dan ayu je..moga berbahagia hingga ke akhir hyat

    BalasPadam
  4. @kura

    cepat kawin kura...xsabar nk makan nasi minyak kawan blogger ni..;P

    BalasPadam
  5. @~uǝǝʇɐɟ

    aah hensem kan..sama cantik, sama kacak....ohsem kan..:)

    BalasPadam
  6. nkoh2 la mekcah.meh nok gi kecek kiro ngn abah

    BalasPadam
  7. @JIJI YU

    huhu...jiji tlg lah....xbrani nk g oyk ko abah mek cah nk nikosss...

    BalasPadam
  8. alahai bestnya tgok org kawin. Alhamdulillah. sepadan diorang.

    BalasPadam
  9. mie nak kawen gak laa . jom kak anis ! sanding sama sama . hihi :P

    BalasPadam
  10. semoga mereka ni berbahgia hinggalah ke anak cucu.. amin.. salam perkenalan daripada saya.. :)

    BalasPadam
  11. hensomnyeeeee suami die heheheheh ^^

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..dah sampai jodoh nya seperti yg tertulis di dalam loh mahfuz..:)

    BalasPadam
  13. buleh jadi wrtwan doh cik hazanis kite ni. ehehe ^^

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...