Rindu

Assalamualaikum cinta. 



Mood dikampung masih tinggal lebih kurang 4 hari lagi. Selama seminggu mek cah tidak online facebook dan blog kesayangan Love is cinta. Memang teramat rindu, bimbang sekiranya tiada lagi sahabat blogger yang akan singgah di blog ini. Itu yang paling merunsingkan hati. Opss rindu blog Love is cinta dapat mengalahkan rindu kepada facebook. Rupanya hidup tanpa facebook hidup lebih tenang dan bahagia. Tapi blog?? Mek cah rindu segalanya, rindu nak stalk blog yang selalu mek cah terjah dalam diam. Muehehehe rindu untuk blogwalking, rindu nak tegur rakan-rakan blogger. Semuanya rindu lah.





Maka, selama 30 minit di cyber café terus mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa rindu untuk sahabat semua. Walaupun belum pernah bersua muka tapi rasa rindu nak baca blog orang lain memang sentiasa meronta-ronta. Hehe tapi apakan daya kerana sifat kedekut dan sifat berjimat cermat mek cah dengan terminated broadband maka bila pulang kekampung memang tak dapat online la kan.tapi lantak lah janji mek cah dapat menguji kerinduan ini terhadap korang semua. Ehem bila difikirkan balik rugi tak guna pakej murah INI. humm Ucapan salam aidiladha buat sahabat semua dan semoga ucapan ini belum terlambat. 

Terima kasih sudi baca.

Nota kecil : Berat badan dah naik. semakin stress ni. Sob sob . Nak badan cantik macam gadis INI memang tak la kan. T_T

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

13 Tips Untuk Kekal Bercinta



Assalamualaikum cinta. =)

hoorey, hoorey dengan kegembiraan untuk tarikh 23.10.2012 kerana masa untuk pulang ke kampung telah tiba. Semoga perjalanan aku sentiasa dilindungi oleh-Nya. Amin. Opss lupakan rasa kegembiraan itu sekarang kerana fokus untuk yang bernama cinta pulop. Kalau dulu untuk yang frust bercinta perlu ikuti tips ini "8 Cara nak buat bekas kekasih anda menyesal!!". Poyo! lagak seorang pakar cinta kan. Lolzz. so sekarang untuk kekalkan sesebuah hubungan itu. semoga tips ini dapat membantu remaja yang sedang hangat bercinta supaya hubungan yang dibina kekal selamanya terutamanya kekal ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat. Insyaallah dengan berdoa pasti ALLAH akan membantu hambanya.


1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.


5. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

6. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

7. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.


8. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

9. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

10. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

11. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.


12. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.

13. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.


Thanks for reading. 

Nota kecil : Bila bersama orang yang tersayang sudah tentu perlu ada rumah dan apartment idaman hati. so untuk itu alangkah indahnya pemilik blog dapat INI. Itu cita-cita dan impian hati. Amin. :)


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Safina Exclusive by Adrenaline

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah sedikit lega kerana dapat menolong syikin iaitu kenalan baru dari mukabuku dan blog. eceh! so entri yang ini berkaitan dengan entri "Garden Lifestyle Store & Cafe". untuk lebih memahami sila la baca entri itu sampai habis & cuba lah tengok benda INI juga. :)


Entri ini juga pelengkap kepada entri ini "Busana pengantin dan tunang". Untuk pengetahuan korang semua koleksi dari ADRENALINE sangat lah sesuai untuk dibuat sebagai tudung pertunangan ataupun perkahwinan. sangat cantik dan sopan, sedangkan aku sendiri telah jatuh hati dengan koleksi dari adrenaline ini. hanya menunggu masa untuk pakai jer dihari bahagia nanti. Opss berangan. =.='

Safina Exclusive by Adrenaline RM69 (exclusive Beads and Postage)
Beads (by request only): Plus RM20
Postage (Pos Laju): Peninsular (RM6 Below 500g) / Sabah & Sarawak (RM9 Below 500g)

Descriptions:
• Measurement : ± 2.0m x 0.3m 
• Material : Demonte Chiffon Italy (Very soft, comfortable and suitable for everyday use)
• Washing Instruction: Best dry clean but this shawl can hand washed quickly using mild soap.

Order:
Email : adrenaline.malaysia@gmail.com
Facebook : Direct message to www.facebook.com/AdrenalineMalaysia


Safina Exclusive (Purple)


Safina Exclusive by Adrenaline (Safina with beads)


Safina Exclusive (White)


Safina Exclusive (Peach)


Safina Exclusive (Grey)


Safina Exclusive (Black)

Dah jatuh hati? Order la sini..
Email : adrenaline.malaysia@gmail.com
Facebook : Direct message to www.facebook.com/AdrenalineMalaysia

Zaman kini terlalu banyak muncul fesyen dan gaya tudung yang semakin digayakan oleh para gadis di luar sana. Sama ada material tudung yang digunakan daripada jenis lycra, bawal, turban dan sebagainya. so terpulang kepada tahap keselesaan si pemakai bila menggayakannya. supaya kelihatan trendy  dan sopan maka tudung dari ADRENALINE sangat sesuai untuk para wanita diluar sana. sesuai digayakan di pejabat, kuliah, bersantai dan juga sesuai digayakan pada hari bersejarah dengan menambah sedikit kretiviti dalam mengayakan tudung tersebut. Yang penting selesa dipakai, aurat terjaga dan sentiasa menghargai diri.:)

Thanks for reading dan selamat membeli belah dengan bijak. 



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Untuk Dia 'The Red Warriors'

Assalamualaikum.

Berkobar-kobar kerana malam ini akan berlangsungnya Perlawanan akhir di antara Angkatan Tentera Malaysia ATM VS Kelantan bagi merebut Piala yang berprestij dalam arena bola sepak negara yang akan disiarkan secara langsung di RTM TV1 (8.40 malam) dan Astro Arena (8.00 mlm).


Buat kali ketiga dalam sejarah penganjuran Piala Malaysia, juara Liga Super melakukan perhitungan dengan juara Liga Perdana di Stadium Shah Alam, malam ini.Kedua-dua pasukan mempunyai misi tersendiri dalam mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama yang akan berlangsung. Namun pemilik blog adalah asal dari kelantan maka dengan itu sepenuh hati 100% menyokong The Red Warriors... Walaupun bukan gila bola harus dan wajib menyokong negeri sendiri. Pewwit!!


ingat pesan tok guru supaya solat dahulu sebelum tonton bola. "mengerjakan ibadat solat suatu kewajipan walau di padang sekali pun. kita kena menjaga disiplin kita dengan Allah S.W.T bersesuaian dengan sifat kita sebagai seorang hambanya." - Main-main jugo smaye jange lupo boh!. :)


Dengar lagu ni dulu sek kito. baru semangat sikit. InsyaALLAH kemenengan male ni berpihak ko sek kito. Hidup The red worriors!!. :)

so untuk tontonan secara live streaming di internet sila layari laman web yang menyediakan aplikasi video langsung perlawanan akhir Piala Malaysia di url seperti berikut:

UrlLaman Web/Blog : 

Portal Rasmi TV1 Streaming:

Live Streaming News (TRC TV):


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Garden Lifestyle Store & Cafe


Assalamualaikum cinta. :)

Alhamdulillah jumaat yang dinanti-nantikan. permulaan untuk cuti hari minggu. Fuh memang sentiasa dinantikan dan selasa ni tak sabar nak fly ke Kelantan (naik bas je pun..Lolzz) untuk menyambut Aidiladha bersama keluarga tercinta. Motif entri ini ialah kisah aku dan syikin. Pada mulanya aku membahasakan syikin sebagai kakak kerana masa tu tak tahu umur kami sebaya. Grrrr~~


Perkenalan melalui blog dan facebook membuatkan kami bertemu. Haishhh kalau nak tahu masa mula-mula aku buat blog selalu jer stalk blog syikin sebab blognya tersangat lah menarik. hehe nak tahu apa yang menariknya terjah la sendiri "http://september-89.blogspot.com/" dan cuba lah jadi stalker macam aku ni ha. Lagi satu suka dengan life beliau yang selalu jer terbang kesini kemari. Vietnam, Perth pun dia dah pergi. menarik sangat. Pewiit!!


Hati makin teruja bila syikin tiba-tiba inbox aku di facebook katanya ingin membuat permintaan untuk aku jadi model tudung sekejap untuk koleksi ADRENALINE  memang tak sangka kerana orang yang aku kagum dan minat tiba-tiba inbox. terus kata setuju dan hati ni memang tak sabar nak jumpa syikin. Kebetulan hari 'RABU' aku tak de kelas. hikss bila dah jumpa kami jadi satu geng sebab syikin tersangat lah peramah dan sporting. dah macam kakak dan adik walaupun kami sebaya. muehehe


Lokasi kami ialah :

Garden Café Mid Valley
Lot F-001, First Floor, Mid Valley Megamall
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
T: +603-2282 0271


Teriyaki chicken chop RM18.90. 

Kami juga order Vanilla Shake RM11.90 dan Ice Blended Chocolate RM 11.90. Menyesal cuba menu teriyaki chicken chop, lebih baik aku makan benda INI lagi mantap!. sebab perut aku tak dapat terima masakan macam ni. maklum lah orang akmpung, lagi best kalau dapat makan nasik goreng kampung yang berharga RM3.50 tu. Addess tapi alhamdulillah sebab hari tu syikin yang belanja tanda terima kasih sebab tolong dia. :)


Total semua makan sekali dengan tax dan service charge ialah RM71.45. Alahai kalau makan kat puncak seminggu pun tak habis RM 70 tu. Emm nasib baik la ni kali pertama, so hari ini dengan meronta-ronta nak la jugak cuba sekali masakan kat sini kan.

Shoot tudung pun dekat sini. nasib baik masa tu tak ramai sangat orang. Nanti aku update koleksi dari ADRENALINE eh. Kalau yang jenis tak sabar sila la "LIKE" dan terus terjah page ADRENALINE  Yang pasti kisah aku dan ADRENALINE akan ku update kemudian. :P



Funpage ADRENALINE : http://www.facebook.com/AdrenalineMalaysia?fref=ts

Yang pasti aku puas hati datang sini kerana design cafe sangat lah buat aku jatuh hati. untuk shoot pun sesuai sebab tu kami pilih tempat ni. Opss sambil makan, sambil shoot. terbaik lah!. Alahmdulillah semuanya berjalan dengan lancar, yang pasti bekerjasama dengan syikin tak de la stress sangat lagipun perempuan sama perempuan so tak malu untuk posing. Lolzz

chau! thanks for reading. 

p/s: Garden Café Mid Valley dah jadi seperti barang idaman aku. 
KLIK SINI untuk lebih lanjut. LOVE. <3



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kim Jae Joong : Kegilaan


Assalamualaikum cinta. :)

Entri gila-gila kerana hati terasa gembira sangat kerana kelas petang ini dibatalkan. ehem sampaikan tak boleh di ucapkan dengan kata-kata. eh ada ke macam tu eh? Poyo, kenapa dengan Kim Jae Joong? kenapa juga dengan kegilaan tu? Kedua-dua ini berkaitan kerana sekali pandang Kim Jae Joong ni hati dah terjatuh.Lolz. Muahaha Opss harus disembunyikan kata jatuh hati kerana dia hanyalah selebriti yang digilai ramai gadis di luar sana. itu normal! tapi yang paling best movie yang aku tengok ialah "Lie to me". Memang best. 


Eh yang part jatuh hati tu ditujukan khas buat housemate aku yang memang gila sangat dengan Kim Jae Joong ni. Terus terlintas siapakah gerangan Jae Joong ni?kacak sangat kah? masa tu belum tengok semua pichanya di google. Kegilaanya shima aka housemate aku terserlah kerana di meja studynya tertampal poster Kim Jae Joong (memang banyak giler). Fuh memang minat gila dan dekat screen desktopnya pula ada wallpaper Kim Jae Joong! siapa tak terfikir kan kenapa la si shima ni minat sangat dengan mamat ni. 


Ada satu ketika tu shima baru pulang dari bilik study dan terus nangis. so aku tanya la kenapa? terus dia jawab dia ternampak ada girl lain yang guna picha Kim Jae Joong letak di screen desktop laptopnya. Mana tak berang kan. haaaaaaaaaaa kisah tu lucu sangat.wahai shima, normal la tu Kim Jae Joong kan ramai peminat so kena la awak berkongsi Kim Jae Joong awak tu dengan orang lain. hiksss


Lihat betapa popularnya Kim Jae Joong kerana namanya tersenarai di wiki. Fullamak bukan calang-calang orang tu. http://wiki.d-addicts.com/Kim_Jaejoong. :)

Name: 김재중 / Kim Jae Joong
Also known as: 영웅재중 / Hero Jaejoong (Young Woong Jaejoong)
Japanese name: ジェジュン / Jejung
Chinese name: 英雄在中 / Ying Xiong Zai Zhong
Profession: Singer, actor and composer
Birthdate: 1986-Jan-26
Birthplace: Gongju, Chungnam, South Korea
Height: 180cm
Weight: 63kg
Star sign: Aquarius
Talent agency: C-JeS Entertainment


so aku tak nak kata apa, cuma yang boleh habak kat sini Kim Jae Joong memang hensem. hahaha dan kalau hari-hari mek cah tengok picha Kim Jae Joong di meja study shima hari-hari tak pe kan. hikss siapa suruh tempek gambarnya besor-besor, kan Kim Jae Joong duk main kenyit mata dengan aku dah, hari-hari pulak tu. Hikss gurauan semata-mata . Buat pelengkap syarat kerana dah 2 hari tak update blog. Lolzz.. :P

Picha credit to pak cik google. Thanks for readings walaupun entri sedikit gedik. sowie. 

Nota kecil : Tapi bukankah kebanyakan orang korea suka buat pembedahan plastik untuk kelihatan lebih kacak dan cantik. Muahaha siapa boleh jawab??. Tapi lagak Kim Jae Joong sangat kretif dan cool. Wiwiwit seperti kes INI. >.<'



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Fesyen : Cara pemakaian tudung bawal


Assalamualaikum cinta. =)

Mood update blog telah datang. Oh inilah masa untuk berkongsi dengan korang semua tentang gaya ringkas untuk digayakan di hari raya aidiladha yang bakal menjelang tiba. Pemilik wajah digambar ini ialah Datin Norjuma iaitu bekas pengacara popular rancangan Nona. Siapa tak kenal memang kena poke ni. Yelar tudung Aidijuma kan semakin popular sekarang. Fuh! Eh! jom tengok "cara pakai selendang dari hazanis" pula. 

Pelbagai fesyen tudung sudah semakin popular dikalangan remaja masa kini. Salah satunya ialah Tudung Aidijuma yang merupakan tudung rekaan Datin Norjuma. Lawati Fanpage rasmi Tudung Aidijuma iaitu milik Datin Norjuma sendiri. so sama-sama lah kita menyokong industri perniagaan ini. Erk??=.='


so fesyen ini juga sangat sesuai untuk ke kuliah bagi remaja, cuma style yang 1st tu tidak menutupi dada . Ehem so terpulang kepada kretiviti korang semua untuk melabuhkan tudung ke paras bawah dada. Mungkin itu lebih cantik dan lebih sopan. lebih menarik tentang Norjuma boleh ke entri ini "Tribal chic by Aidijuma". Selamat berfesyen dan selamat menyambut Aidiladha yang bakal menjelang tiba. Jom amalkan minum Perla coffee untuk dapatkan kulit yang cantik dan berseri-seri . Terjah entri review dari pemilik blog sendiri "Review : Perla Coffee". harga istimewa untuk korang.

Thanks for reading.

nota ringkas : datin sangat comel. mesti sesuai jadi duta INI kan. yelar, orang kaya semuanya mampu. hehe pergh! datin mempunyai pakej yang lengkap. cantik gilerss. >.<


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cameron Highlands : Yummy! strawberry.


Assalamualaikum cinta. :)

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update blog walaupun setelah seminggu kisah ini berlalu. Oh terpaksa bersabar dan kuatkan hati untuk godek-godek blog kerana minggu yang terlalu busy. Lolzz busy la sangat kan. hoho padahal busy tentang kegilaan terhadap download movie. Perghh memang layan habis dengan housemates sampaikan facebook dan blog disisihkan. Bhahaha ini ciri-ciri blogger yang tak betul. Boo poyo!


Kisah Cameron Highlands ingin dikongsi kerana inilah kali pertama aku menjejakkan kaki kesini. Fulammak! itu pun bernasib baik kerana ada yang sudi bawakan. Bertolak dari Penang ke Cameron Highlands mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. sampai tengahari dan petang tu jugak bertolak ke MERBOK untuk jumpa kawan dan bermalam disana!. Memang rushing tapi puas hati. ehem walaupun tak kenal jalan untuk kesana tapi dengan berpandukan GPS maka kami selamat sampai di sana. Alhamdulillah dapat jugak merasa makan strawberry disana dalam keadaan sejuk. werk! 


Alhamdulillah bila sampai sana berkesempatan melawat ladang cactus, ros, bunga, strawberry, teh dan pasar Cameron Highlands. nanti kita update satu-satu erk. so entri ini akan bersambung lagi. untuk kali ini aku memilih strawberry sebagai pembuka kisah Cameron Highlands. Oh aci tak?:P sempat beli buah strawberry untuk anak-anak di 3E07. Nanti kempunan tunggu ibunya balik tanpa buah strawberry di tangan. hehe *(anak-anak=housemates).:P


Tidak dilepaskan peluang merasai strawberry yang fresh dari ladang dan dicelup chocolate. Fuh! memang sedap. 3 cucuk berharga RM5. kira ok la tu kan. Alamak memeleh la pulak air liur ni bila teringatkan kelazatannya. Tapi kalau makan hari-hari boleh bankrup macam ni. Lolzz =.='


memetik ayat daripada google aka wikipedia

"Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf." 

Memang menarik dan tertarik Cameron Highlands. Insyaalah sekiranya diberi kesempatan ingin mek cah bawa mak dan abah kesini untuk cuti-cuti bersama keluarga. So doakan mek cah cepat dapat kerja dan beli kereta. nanti senang la nak bawa ma dan abah jalan-jalan. hehe

Bersambung. 


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Fashion play : Forever Love



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Perkahwinan Liyana Hisham (Host Safiyya TV9)

Assalamualaikum cinta. =)

Selamat pengantin baru buat Liyana Hisham dan pasangannya Beyta. Semoga ucapan ini belum terlewat. Pasangan ini telah selamat menjadi pasangan suami isteri pada 24 Ogos 2012 yang lalu bersamaan hari Jumaat, majlis akad nikah tersebut diadakan di Masjid Negara. Manakala, pada 26 Ogos 2012 telah dilangsungkan majlis resepsi perkahwinan Liyana Hisham dan Beyta Ferizi bertempat di Hadramawt Palace, Jalan Bukit Bintang.


Dulu, pernah terdetik di hati siapakah Liyana Hisham yang menjadi salah satu keywords dalam blog ini. Rupanya pengacara Safiyya TV9 tapi setahu mek cah belum pernah lagi buat entri mengenai Liyana Hisham ni. *oh abaikan, mungkin rezeki pelawat ke sini. Lolz*. Memang mek cah sangat meminati beliau kerana imejnya yang bersederhana tetapi cantik tapi tidak tahu pula nama pengacara rancangan Safiyya TV9 ialah Liyana Hisham. 


Belum kenal lagi siap Liyana Hisham?? Lihat sini "Kepada remaja perempuan yang ingin kelihatan anggun dan menukar ketrampilan diri mengikut peredaran masa, Safiyya adalah program yang paling sesuai. Siapa kata mereka yang bertudung tidak boleh berfesyen? Safiyya yang dihoskan oleh Liyana Kamal Hisham akan membawa anda semua meninjau pelbagai fesyen terkini mengikut trend semasa. Lebih menarik, Safiyya kali ini lebih agresif apabila Liyana turut mencuba aktiviti lasak seperti luncur ais, scuba dan para gliding. Tentunya program ini akan menjadi program mingguan anda kerana Safiyya sendiri membawa maksud “best friend” atau kawan baik. Safiyya bukan sahaja menampilkan trend pemakaian terkini, malahn turut memaparkan isu-isu kemasyarakatan seperti “Pasanganku Pengkid”, “Cinta Suami Orang” dan banyak lagi isu-isu yang sering diperdengarkan masa kini." sumber TV9


Sangat cantik kan Liyana Hisham ni. Busana pengantin yang dipakainya menarik perhatian dan sangat sesuai dengannya. Fuh! kepada bakal pengantin boleh jadikan busananya sebagai sumber inspirasi untuk dipakai di hari bahagia anda..Lollz lihat entri ini "Busana pengantin dan tunang".


Sama cantik sama padan. AHa! Jodoh yang telah ditetapkan dari Nya. sama la seperti pasangan ini "Perkahwinan Irma Hasmie Dan Redza Belah Lelaki", "Selamat Pengantin baru buat IRINE NADIA MARCELLO + AMIRUL.." & "Selamat pengantin baru buat Nurulbadiah Lai dan pasangan".


Majalah Ispirasi perkahwinan terbaik untuk semua. edisi JUN telah berlalu tapi nak masukkan jugak picha ni. Oh semua picha tersebut di ambil dari "Liyana Hisham Page". Semoga perkahwinan mereka kekal dan bahagia until jannah. Eh cun kan liyana ni, ehem sesuai sangat jadi model untuk duta INI. =.='

Sumber yang lain terjah sini :

Thanks for reading. 


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

IKEA : Mini explorace


Assalamualaikum cinta.

Hari sabtu lepas bersama ina keluar ke stesen bas seksyen 17, shah alam untuk tukar tiket balik kampung. Tup tOp alang-alang dah keluar maka dengan itu kami nekad untuk ambil kesempatan ini untuk melencong ke tempat lain. Misi kami ialah Keey-el!!. Lolzz kami menjadi himlirr seketika. ahakss perjalan kami ialah :


Puncak Perdana-> Seksyen 2-> seksyen 17->
seksyen 2-> Pasar seni-> Damansara (IKEA)->
Damansara (IKEA)-> setia jaya->seksyen 2-> Puncak Perdana.


Fuh memang letih dan pening turun naik bas tapi hati gembiro kerana dapat pengalaman baru. Selama 3 semester di uitm puncak perdana baru tahu cara ke IKEA @ THE CURVE dengan menggunakan perkhidmatan awam iaitu bas. Hukss selama ni pergi dengan kereta je kan tapi kali ni mengambil risiko untuk mencuba perkara baru. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun agak rushing untuk balik ke kolej. :P


Bila selamat sampai terus kitorang tuju ke arah yang paling utama. Tentulah surau ! sebelum nak jalan-jalan haruslah menunaikan solat terlebih dahulu takut terlepas kerana ralik'. lOLZZ


Lepas solat terus jalan-jalan di The curve dan ternampak lah benda yang cute ni. kalau dulu pergi The curve hanya lah duk diam-diam dan perhatikan orang lalu lalang. "The Curve : hanya ini yang mampu.". Ini adalah pendrive yang sangat cute terdiri daripada design DSLR, Angrybird, dan bla bla. sangat chomel, so si ina rembat 1 yang design DSLR tu untuk harga rm49-8GB. :P


Bergaya dengan sudu cap IKEA memang awesome. Lolzz tapi memang best datang kat sini sebab tak habis duit. kalau pergi Times Square sudah pasti RM100 melayang entah kemana tapi kat sini selamat je duit tu sebab hanya bergambor, shopping tidak. :P


Ini ialah bebulu dari IKEA untuk dijadikan sebagai alas kaki ataupun permaidani. memang sangat cantik tapi sedikit geli bila dipegang. Muehehe Kisah IKEA yang lain boleh terjah sini "IKEA : Perkara normal".:)


Ini ialah ina aka junior mek cah. huhu haruslah berterima kasih buat ina kerana sudi jadi jurugambor dihari tersebut. tanpa dia memang tidak akan wujud picha ni semua. wiwit!! 


Bunga dari IKEA pun hendak dipegangnya. setiap kali ke sini memang dah pasti gila gambar. Dah tak de kerja lain kan. Nasib baik la orang tak ramai sangat so sifat malu hilang disitu. ahakss Tapi untung sekiranya gila gambar dan dapat menang duit RM5000. Alah macam yang INI.


hye makan budak kata harimau kat belakang tu. ihikss kami berkawan rapat so mek cah selamat disitu. macam best je dia baring dekat cadar yang ohsem dari IKEA tu. Oh jelesss sedikit. 


Berlagak ala-ala berada di hotel 5 bintang tapi ini IKEA je. Tapi kalau diberitahu berada dihotel yang bertentangan dengan KLCC korang percaya ke tidak?. Lolzz


setelah letih bergambar haruslah bergegas pulang ke kolej. Oh turun naik bas dah menjadi perkara normal. yang penting belajar perkara baru. Alhamdulillah dah pandai berdikari. so buat kawan-kawan blog nak ajak mek cah 'derak' buliss la inbox deh. Bhahahahha POYO!.:)

Thanks for reading.

P/S: ehem mek cah tahu diri ini semakin gemok. sadiss betul! tapi untuk hiburkan diri jom tengok dan layan video INI . =.='


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...