Assalamualaikum cinta. :)
Setelah Anna Althafunnisa (Oki Setiana Dewi), Mas Azzam (Kholidi Asadil Alam) Telah Melawat Kelantan... Kini Kerajaan Kelantan Membawakan Seorang Lagi Pelakon Ketika Cinta Bertasbih, Ayatul Husna (Meyda Safira) Yang Akan Bergandingan Bersama Ustaz Azhar Idrus, Heliza Helmi Bersama Pengacara Amin Idris... Jangan Lupa 1 Disember 2012 Ini Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan Dalam Program Bual Bicara Selebriti.
Kalau dahulu pemilik blog sempat meluangkan masa mengikuti program bual bicara selebriti yang terdahulu "Kisah kami di Bicara Selebriti 2012" tapi kemungkinan untuk bual bicara 1 disember ini tidak berkesempatan kerana berada di bumi Shah Alam. Insyaallah lain kali ada lagi.
Ustaz Azhar Idrus tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan ikon pendakwah muda atau lebih dikenali sebagai Ustaz Youtube. Terkenal dengan penyampaian kuliah bersahaja dan mampu menarik hadirin terutama anak muda dari pelbagai latar belakang.
Panel kedua, Meyda Safira bukanlah asing bagi rakyat Malaysia khususnya para peminat filem Ketika Cinta Bertasbih yang memegang watak Ayatul Husna. Selepas kemunculan Oki Setiana Dewi (Anna Althafunnisa) dan Kholidi Asadil Alam (Abdullah Khairul Azzam) di pentas Bicara Selebriti, kini didatangkan pula Meyda Safira.
Heliza Helmi sebagai panelis ketiga mula muncul di persada seni menerusi Akademi Fantasia .Seterusnya muncul dalam layar perak dan siri-siri drama TV dan host untuk banyak program di kaca televisyen. Juga merupakan seorang model muslimah.
Lagi info tentang program ini "http://kalkulus2102.blogspot.com/2012/11/bicara-selebriti-ust-azhar-vs-meyda.html " Kepada adik kakok, abe-abe, mok cik pok cik, tuan puan, dato datin hok duk berdekatan stadium klate silo lah singgoh ke program ni. Insyaallah banyak manfaatnya disamping menambahkan ilmu. Peace. @.@v