Majlis Pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah


Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Alhamdulillah... Tahniah! Pelakon yang manis dan cantik bertudung iaitu Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman. 


Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya tadi kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat (29 Jun 2012).


Irma Hasmie menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.


Pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.


Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.


Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Adobe Photoshop Lightroom vs xiuxiu

Assalamualaikum L.O.V.E...:)

Entah kenapa sekarang ini mek cah dah kekangan idea untuk up entri baru...hoho topik apa untuk dibincang dan dikongsi pun tak tahu...semua tu dah hilang ke laut gara-gara terpaksa fokus dengan assignment yang wajib dihantar dalam beberapa hari lagi.....so, tiba-tiba terlintas di benak fikiran mek cah untuk buat entri tentang perbezaan menggunakan software XIUXIU dengan  Adobe Photoshop Lightroom..kedua-dua software ini sangat menarik bagi mek cah kerana style editing yang berbeza....kalau korang masih ingat entri sotware XIUXIU boleh lah melihat perbezaannya kan...tapi bagi yang tak ingat dan belum baca lagi entri ni terjah la segera..Muehehehe--> Gambar sebelum dan selepas...Yoww!!..^^


picha di atas menunjukkan gambar yang telah di edit menggunakan software Adobe Photoshop Lightroom..hoho mek cah tak tahu pun pakai software ni....yang picha diatas pun kawan mek cah yang tolong editkan....terima kasih yer awak....tapi rasanya gambar ini bukan mek cah..terlalu over sangat style edit tu....Opsss itulah seni kan..wakakaka *tetiba merasakan entri ini  menjadi karangan budak darjah 1*....T__T


yang ini pulak picha yang diedit menggunakan XIUXIU..oh entah kenapa mek cah lebih suka guna sotware ini sebab ianya simple dan kita cuma main klik, klik jer....Ahaksss senang kerja dan senang citer...:)

tapi...........mek cah tak pandai sangat nak membincang software apa yang lebih baik tapi bagi yang dah pro tentu sukakan  Adobe Photoshop Lightroom kan??mek cah belum cuba pun lagi guna software tu.....yang tetap menjadi pilihan hati ialah XIUXIU sebab setiap kali hendak menggunakan software ni mek cah akan terbang ke KOREA...oH seronoknya dapat jumpa jea joong....Lolzzz....*pengaruh dari housemate mek cah punya pasal*...:P


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Wordless Tuesday #20 : Aumm...Yummy!!



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Edisi kembar 3..



Assalamualaikum L.O.V.E....=)

semalam, sebelum melelapkan mata tetiba mek cah ter fikir dan berfikir seterusnya terus berfikir...hoho *ayat belit po gapo*..=__=' seingat mek cah, ma kesayangan tak pernah melahirkan anak kembar..maknanya mek cah tak de la adik beradik kembar nih....ingat nak terus jer call ma tanya 'ma, ore ado adik beradik kembar ko??'..haha memang itu lah soalan yang dah lama mek cah nak tanya kat ma mek cah nie..tapi apa kan daya busy memanjang..... so niat untuk bertanya terpaksa ditunda dulu..eceh!!, compom ler ma mek cah akan jawab 'mun tok soh duk wat ngiga gitu lah, mun mano ado adik beradik kembar..ma lahirkan mun sore jah hop muka pesen smeweh gituh'.....iyo iyo rasa-rasanya itu lah jawapan paling tepat yang ma mek cah bagi...Okey, jawapan diterima...tapi yang peliknya dari mana datang nya mereka yang mirip mek cah nie??

meh lihat meh!!...tolong mek cah bagi jawapan..^^


ni ha Hanna hazanis....penemuan pertama kembar mek cah....dilaporkan oleh blog jiji ...okey mek cah menerima kembar mek cah ni dengan perasaan yang positif..tak nak fikir yang bukan-bukan..


pemilik profile ini iaitu Shifa Nurina..Haiyya picha itu rasanya mek cah letak dalam blog jer kot...mungkin si kembar mek cah ni ambil picha tu semua dalam blog kesayang nie...Okey! mek cah tak marah..tapi hati-hati tau kalau guna picha mek cah, jangan sampai buat macam-macam...=__= 

si shifa ini terkantaoi masa mek cah online tetiba keluar notification yang si shifa nurina subscribe facebook mek cah..eh eh eh itu macam picha mek cah..terus mek cah klik ke profile dia..hoho memang betul...okey mek cah tahu tujuan awak baik kan...*saje nak sedapkan hati*..


ini pula namanya Zahara Mansor...penemuan paling terkini....owh kembar mek cah jugak..hoiyyeh sukanya ada ramai adik beradik...tak der la mek cah rasa sunyi sangat..Lolzzz akaun facebook ini terkantoi bila dia add kawan blog mek cah..terus dengan selaju-lajunya puan zoey melaporkan kepada mek cah..terima kasih zoey diatas kerjasama anda...phew..

sebagai kesimpulannya, sumpah mek cah tak marah dengan kewujudan fake akaun tu sebab belum ada lagi yang kembar-kembar mek cah ini buat hal...ataupun yang membuatkan mek cah nak marah kerana diorang tak pernah lagi gangu mek cah...so mek cah kena terima la risiko bila menjadi seorang blogger dan mungkin diorang tu peminat Blog Love is Cinta..wakakaka poyo punya statement...*statemant berani mati*..chesss!!...

ehem salah mek cah jugak upload picha tu semua...buat kembar-kembar mek cah jaga lah tatasusila anda semua eh.....jangan sampai mek cah naik angin terus sound awop-awop semua...hehe sebab mek cah tengok sekarang awak semua di tahap baik lagi...Peace..=__=v

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Diet selebriti Fazura: Owh!! Patut la cantik!!


Assalamualaikum buat blogger dan pengunjung blog Love is Cinta...:)

Hari ini aku nak kongsikan sedikit amalan diet fazura yang memang namanya dikenali dalam dunia artis...wajahnya yang lembut dan cantik boleh mencairkan si jejaka yang memandangnya..Lolzzz aku yang perempuan pun suka tengok dia apatah lagi kaum adam kan....:P

ayu betul fazura bila berhijab
tadi masa menjamu selera dengan rakan sebilik tetiba aku ternampak sebuah majalah lama iaitu edisi 15 OKT 2007 lagi..Oh seyesss lama giler majalah tu...tahun 2007 tu jugak merupakan sejarah perkenalan aku dan dia...tapi aku lebih lama kot sebab tarikhnya 24 Februari 2007..hikhok...Oh majalah remaja tu merupakan milik rakan sebilik aku terus aku minta untuk dipinjam...bila dibelek-belek satu persatu terjumpa satu ruangan yang sangat menarik untuk dikongsikan dengan gadis diluar sana..Meh jom terjah rahsia dari Fazura untuk kekal cantik...=___=*

Fazura amal diet seimbang....


minum air secukupnya setiap hari, kalau boleh 8 gelas sehari... ia akan membuang toksin berlebihan di dalam badan serta menjadikan kulit lebih sihat...


memperbanyakkan buah-buahan terutama sebelum makan...sekiranya tidak sempat menjamah makanan berat, fazura tidak akan mengamalkan makan makanan ringan sebaliknya mengisi perut dengan buah-buahan..buah-buahan kegemarannya adalah epal mahupun pear...

dia tidak meninggalkan makan semata-mata untuk berdiet...namun dia akan makan malam sebelum jam 8 malam...sekiranya lapar pada tengah malam, fazura akan minum koko panas mahupun susu sebagai mengalas perutnya....

sayur-sayuran adalah menu utamanya ketika makan...dia akan memperbanyakkan sayur-sayuran dan mengurangkan daging merah...fazura lebih suka makan ikan berbanding daging...


dia mengamalkan senaman ringan setiap hari dan sekiranya mempunyai kelapangan, dia akan berjoging mahupun mengikut video senaman di rumahnya...

suplement perlu untuk menambah tenaga mahupun memperbaiki tisu-tisu yang rosak akibat cuaca mahupun solekan...kerjayanya yang sentiasa sibuk menjadikan fazura benar-benar memerlukan vitamin B Kompleks, vitamin C dan Vitamin E....




yeah!!....banyak jugak kan amalan yang dikongsikan dari fazura nie...hoho mari lah kita sama-sama mengamalkan cara hidup yang sihat...k...bye...salam!!...=)


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Ragam si gadis di pinggiran Sungai Kelantan..


Assalamualaikum L.O.V.E..:)

Hoyyeah!!..tinggal beberapa minggu lagi nak cuti..hoho mek cah dah tak tahan dengan tahap kesibukan di semester 5 nie...kadang-kadang rasa diri mek cah ni begitu lemah jer nak menghadapi semua nie...tapi bila fikirkan balik mek cah perlu bertahan dan bersabar dalam menghadapi semua nie...yang penting sekali mek cah kena ingat pesan ma mek cah..'belajar rajin-rajin, tok soh main kok lain'..hum ingat ma...itu lah jawapan mek cah bila ma pesan macam tu...ma Oh ma...rindu..T__T


masa ni la teringat kenangan di kelantan....oh kenangan derak dengan adik kesayangan...psssttt 'abah pinje keto metar nok gi tesco'..hehe padahal melencong ke tempat lain....balik rumah waktu maghrib tapi bila mek cah tak balik lagi masa isyak tentu abah akan col tanya 'nisah duk mano'..itulah soalan abah mek cah..okey!!..adakah itu maknanya abah tengah risaukan mek cah dan adik kesayangan??hiksss yang sebenornya abah risaukan kereta hijau dia tu..hehe macam la mek cah tak tahu..:P


meh mek cah kongsi sedikit picha masa mek cah melencong di tempat lain..kebetulan tesco berdekatan dengan pinggiran sungai kelantan jadi mek cah dan adik singgah sekejap untuk melepak...eh melepak la sangat..Lolzzz nawaitu sebenor nak click, click ler tuw....ehem-ehem faham-faham jelar..:P


inilah adik kesayang mek cah...hoho seorang yang manja dan cepat merajuk..eh eh sama la tu kan..tapi yang penting mek cah sayang dia....walaupun kadang-kadang mek cah ada ter marah dia tapi mek cah bukan sengaja..apa yang mek cah buat tu bersebab...kalau dulu dia kenal seorang lelaki tu mek cah tak suka....tengok-tengok lelaki itu bukan lah seorang yang baik..naluri mek cah ni kadang-kdang betui jugak..keh keh lain kali dengar nasihat kakak mu ini..:P


sejujurnya novel di tangan mek cah itu hanyalah sebagai perhiasan bilo bergambor....sumpah mek cah tak baca pun lagi novel tu...Lolzzz dulu boleh dikatakan mek cah peminat novel cinta tapi sekarang minat mek cah dah lain...ehem minat menulis blog, walaupun penulisan mek cah ni merapu tapi mek cah tak kisah janji mek cah dapat puaskan hati ini..muahahaaha


tempat ni lawa sangat..menjadi lokasi untuk beriadah dan dating bagi pasangan kekasih..hehe bagi photographer lak menjadikan lokasi ini untuk shoot model-model dia...haksss memey kawasan ini cun sangat....unik!!...so buat mereka yang duk klate tapi tak pernah sampai sini rugi lah anda....bila shopping kat tesco tu singgah la sini dulu...Meow!! ngepeng metar....Muehehehe k bye..salam..^^

p/s::yang sebenornya gambar ni bertarikh 26 April 2012 lagi..ni baru mek cah sempat godek-godek dan upload..hehe rasanya picha ni dah basi kot....eh jom makan kenyang-kenyang di SINI. Makanan free tu. :P

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

8 Cara nak buat bekas kekasih anda menyesal!!



1. Untuk menyakitkan hati bila bf atau gf anda minta break, anda cakap kat dia camne "Dah lama saya tunggu peluang ne. Terima kasih banyak-banyak la memudahkan kerja saya." Lepas tu lompat-lompat la sikit nak tunjuk anda gembira (padahal dalam hati sedih giler)


2. Pulangkan semua gambar-gambar ex anda. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note kat situ "p/s :Awak yang mana satu eh ? sorry la,saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya."
3. Bila nampak ex anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki lain, sapa lah mereka dan cakap "Eh,awak bukan bf/gf aku nombor 5 ke? lama tak jumpa!". Kalau nak buat dia bengang lagi, cari sorang budak yang nampak rock pastu tegur diorang "Jah, adik kau mintak duit nak makan kat aku. Kau tak kesian ke kat dia?". 

4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple anda pakai selekeh je. Pakai la pakaian kemas nak bagi nampak anda berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau anda pandai menggayakannya boleh nampak kacak jugak. Mesti dia menyesal meninggalkan anda.
5. Bila nampak dia online kt FB , Twitter terus post status atau gambar-gambar saat anda bahagia bersama kawan-kawan. Untuk menunjukkan anda boleh hidup bahagia tanpa dia.Kalau la dia dah remove anda, cuba tag gambar anda tengah bahagia tu kat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.
6. Biasanya, selepas clash ex anda akan cuba anggap anda sebagai kawan la konon. Cakap je dekat dia "Saya dah ada sejuta kawan,tak ada awak lebih bahagia hidup saya." Mesti dia bengang.
7. Kalau anda masih belajar lagi, masa ne la nak tunjuk tanpa dia pun anda boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap "Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ne, boleh saya tumpangkan."
8. Anda cari je orang lain yang lebih baik,hensem,cantik,romantik daripada ex bf/gf anda. Kalau dia ternampak saat anda bahagia mesti dia jealous. Padan muka sebab dulu tak appreciate. Dushh!



itu lah dia serba sedikit yang mek cah boleh kongsi dengan korang semua.....terima kasih buat pemilik blog NICKNASHRAM sebab izinkan mek cah untuk copy dia punya entri...hewhew sekali sekala copy entri orang best jugak..lagipun entri ini sangat bermanfaat buat remaja diluar sana yang tengah frust gewe..Meoww!!..renung-renungkan dan selamat beramal..^^

Bercinta memang mudah..
Untuk dicintai juga memang mudah..
Tapi untuk dicintai orang yang kita cintai, 
itulah yang sukar diperolehi......................Ibarat cinta INI.:)

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kalau nak shopping singgah la sini..^^



Assalamualaikum L.O..V.E.=)

Hari minggu merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh pelajar seperti mek cah...Oh tidak sanggup rasanya berada dalam tekanan..setiap hari ada jer kerja yang kena buat dan hantar....dalam pada masa itu jugak kesabaran itu amat penting bagi mek cah...setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan mek cah berharap setiap perkara yang mek cah lakukan ada ganjaran untuk suatu hari nanti..hehe insyaALLAH..:)


Oh yer, hari tu mek cah ada terima tawaran untuk jadi model untuk KZNabihah Boutique...so mek cah terima jer tawaran tu sebab mahukan pengalaman....tawaran kali ini dah kali ke-2 mek cah shoot untuk  KZNabihah Boutique ....so memang mek cah percaya dengan kak bihah nie....shoot kali-1 KLIK SINI aka Behind the Scene studio photoshoot for KZNabihah Boutique..chaiyOk!!



kalau korang nak shopping dan cuci mata boleh la terjah ker blogshoop KZNabihah yer..yang penting koleksinya comey-comey belako...Jadi mek cah juga berpuas hati bila menggayakan koleksinya...rasa bertuah pun hadow..biar pun tak dapat memilikinya...nak beli tapi sayangkan duit sebab dah akhir semester..terpaksa berjimat...payment yang mek cah dapat pun untuk disimpan untuk digunakan raya tahun nie..hehe


Actually mek cah nak ucapkan berbanyak terima kasih buat Dak Teropong Studio sebab memberi banyak kerjasama dengan mek cah..hoho sejujurnya mek cah tak pandai nak pose macam model lain, jadi mek cah sokmo kaku jer..untuk mendapatkan sesuatu pose boleh tahan gak la terpaksa ulang beberapa kali....nasib baik photog cool jer, mek cah pulop yang mengelabah....terima kasih sebab faham dengan kerenah mek cah!..tunjuk ajar ku sifu!!


yang makeup tu semua ribuan terima kasih buat akak amy sebab makeup kan mek cah....yang menjadi kelemahan mek cah bila pakai make up ialah cepat berpeluh atas hidung...menci!!...nasib baik kak amy pun sabar dengan sikap ngada-ngada mek cah....tapi perkara tu memang tak boleh dielakkan sebab dah semula jadi..hoho siapa yang mempunyai sindrom macam mek cah??sila angkat kaki...hoho betapa terseksanya..T__T


bila make up mek cah nak makeup simple-simple jer...tak suka make-up tebal..mula-mula shoot untuk kznabihah memang tebal betui make up tapi kali ke-2 mek cah minta kebenaran untuk di makeup biasa-biasa jer..hehe akhirnya mek cah selesa dengan make up kali ini..^^


lagi tak percaya mek cah dapat jumpa ANNYS AMYRA yang selama ni mek cah kenal dalam facebook jer...hoho dah jumpa kat luar terkecek BUDU dengan dia..hehe memey comey sangat anyss nie....sporting pun ado...smula-smula kito jupo lagi deh..^^


credit to:
photographer Ammar Kadir - http://www.facebook.com/AreMar91
Owner KZNabihah- 



setinggi penghargaan buat Owner KZNabihah yang sentiasa gojess.yang sebenarnya mek cah lagi tua dari bihah tapi entah kenapa mek cah sokmo terr panggil bihah akak..hehe okey jer kan....tak kan itu salah kot..okey sila lah terjah page kak bihah sekarang....mana tahu kot-kot ada jugak yang korang berkenang...:P

p/s::terima kasih buat si DIA kerana sudi temankan mek cah...Oh ONIE ilove u!!Muax!!


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kerinduan Style Lama!!



Assalamualaikum L.O.V.E...=)

Pejam pelik pejam celik mek cah dah nak final exam...tinggal seminggu je lagi untuk submit semua assignment...Ya Allah bukan main terseksa jiwa dan raga untuk menyiapkan semua tu..masa dah makin suntuk, tekanan pun banyak...hohoho dengan blog kesayangan ni pun tak sempat bermanja, bersms dengan ehem-ehem pun jadi kureng!!..itu tak per, pelajaran di utamakan...Lollzz *misi menyedapkan hati*


Oleh itu, mek cah teringat akan wajah blog mek cah yang lama...so bagi blogger yang dah lama mengikuti perkembangan blog ni mesti tahu kan style blog mek cah macam mana...tapi bagi yang masih baru mesti tak tahu langsung kan wajah blog mek cah masa dulu-dulu...Muehehehe *gelak jahat!!*


so nak tanya pendapat korang la yang mana lagi okey??template dulu ataupun sekarang??jujur tau...*tak mau tipu-tipu*..:P


eh korang nak tiket free tak??TV9 mempersembahkan Gig Triple Play, konsert rock dari 3 band terkenal Bunkface, Nidji dan Hujan! Tentukan setlist mereka, dapatkan tiket percuma, beli tiket dan info selanjutnya di sini!-->KLIK SINI!!...


Sejujurnya mek cah tak minat dengan ini semua...sekadar utnuk berkongsi dengan mereka-mereka yang diluar sana yang sangat fanatik dengan kumpulan tersebut..okeyh!!..mek cah memang tak boleh berada dalam keadaan yang sesak..menci!!..so ini sekadar perkongsian untuk tiket free..siapa cepat dia dapat!!Good Luck!!...k.bye..salam!!..=='

p/s::
update laju-laju, sampai pokok sena, 
apa yang laju sangat tu??, mek cah ada test la!!...:P

hohoho entri terpaksa ditamatkan..sebab mek cah ada test malam nie...wish me good luck...Chau!!...^^


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Wordless Tuesday #19 : MEK SKEMA....=__='



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Gambar sebelum dan selepas...Yoww!!


Assalamualaikum buat semua blogger dan sahabat semua...^^

style editing yang paling mek cah suka..over tak??=_='

untuk entri kali ni mek cah tak tahu nak update apa...so tetiba teringat gambar mek cah di IKEA yang di edit menggunakan software XIUXIU ..menggunakan software nie memey seronok..tak rumit sangat..nanti korang boleh download software tu di sini eh..tapi sebelum tu korang kena bayar tau....sorang 20$, hehe aci tak??....bayar di SINI!!..kalau anda ikhlas boleh la klik tapi kalau malas tak payah la sebab tak kan dapat pahala punya..yang penting buat semua tu dengan ikhlas baru la sempurna ibadah kita tu kan..lebih-lebih lagi bila tolong mek cah menabung untuk kawin....:P

lain-lain editing!!

untuk download software ni korang semua kena terbang ke korea tau....yeah!!..jom terbang sama-sama-->XIUXIU...untuk lebih detail dia punya cara menggunakannya korang boleh la terjah ke blog sifu mek cah..cara nak guna xiuxiu software...mudah untuk difahami..so sila la KLIK SINI  & SINI.

Original picha...no editing!!

Lepas tengok picha yang original nie korang boleh la nilai sendiri the power of editing...muehehehe tapi bila dah edit tu jangan la pulop over sangat kan...tapi software ni automatik akan jadi style gambar yang berlainan bila kita pilih dia punya theme...so memang senang la kan..pandai-pandai korang la tu nak explore macam mano sebab software ni dalam bahasa chino...Lolzzz

p/s:::semoga berjaya..chaiyok!!..k.bye.salam...^^


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Menternak lemak dengan burger saiz super @ Burger YB!!


Assalamualaikum L.O.V.E..=)

credit : uncle google...
Alhamdulillah hari tu mek cah berpeluang menikmati kenikmatan Burger YB di seksyen 7 shah alam...biasanya mek cah dengar nama burger yang unik tu dari kawan-kawan jer tapi hari tu mek cah berpeluang menikmatinya...Oh sila jangan jelesss yer..:P

sebelum makan..
credit : kamera merah mek cah..^^
bagi mek cah burger ni sangat mengenyangkan...ehem boleh makan ramai-ramai ataupun secara berjemaah..tapi untuk membeli burger ni memerlukan banyak kesabaran sebab ramai sangat orang...hoho untuk mendapatkan burger ni mek cah dan kawan-kawan terpaksa menunggu 1 jam okey....muehehehe akhirnya berjaya jugak mendapatkannya....


selepas makan..
credit : kamera merah mek cah..^^
burger ni pun pernah masuk dalam Kosmo.....Berita penuh di SINI....

Sekiranya mereka yang tinggal berhampiran shah alam boleh la singgah di seksyen 7 untuk menikmati burger unik ni....di Kompleks Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor...Opsss burger ni terdapat dalam banyak saiz tau....^^

credit : uncle google...
p/s:gambar ada yang terpaksa cilok dari pak cik google...hoho tak sempat nak snap banyak hari tu disebabkan teruja tengok burger yang besor tu..:)

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

'Dakota Rose' Gadis Cantik Yang Kelihatan Betul-Betul Seperti Patung...Dakota Rose


Assalamualaikum L.O.V.E..:)



dah lama rasanya tak update blog...hoho *kononnya la kan..poyo*.....dengan kesibukan sejak akhir-akhir ni menyebabkan masa mek cah dengan blog kesayangan pun macam tak der sangat....hari ini iaitu jumaat bersamaan 8 june 2012 ada benda yang membuatkan mek cah rasa sedih..itu biar lah rahsia...Opsss rasa nak pergi bercuti jer untuk hilangkan segala masalah yang melanda dalam diri ini..nak tahu kat mana?*biar lah rahsia lagi..:P

....nanti boleh la tengok tips untuk travel sekali kan '10 perkara yang perlu anda lakukan sebelum pergi melancong'..hiksss


untuk itu, hilangkan stress dengan tengok wanita cantik pun okey jugak..ngeee gatai molep mek cah..*gurau jer*...okey dah hilang sikit sedih nie..^^


siapakah Dakota Rose??Beliau pun ada blog tau..jom terjah kotakoti.com...


Gadis berusia 16 tahun ini sangat mirip sekali dengan boneka Barbie, kemiripanya yang luar biasa ini mengakibatkan Dakota Rose sangat terkenal di berbagai negara seperti Jepun dan China dimana dia telah di beritakan di berbagai media di sana. 

via http://palingseru.com...

yang boleh mek cah cakap kat sini ohsem betul perempuan nie....indah betul  ciptaan-nya...tapi cuba bayangkan kalau...errrr dia pakai tudung, mesti lagi, lagi dan lagi ohsem kan...perfect, hanya mengagumi ciptaan-Nya... ..hehehe

p/s::lelaki tak boleh tengok lama-lama tau...huhu lain pulak jadinya..:P 

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...