RESEPI

TRAVEL

TIPS

Diet selebriti Fazura: Owh!! Patut la cantik!!

by - 11:36 PM


Assalamualaikum buat blogger dan pengunjung blog Love is Cinta...:)

Hari ini aku nak kongsikan sedikit amalan diet fazura yang memang namanya dikenali dalam dunia artis...wajahnya yang lembut dan cantik boleh mencairkan si jejaka yang memandangnya..Lolzzz aku yang perempuan pun suka tengok dia apatah lagi kaum adam kan....:P

ayu betul fazura bila berhijab
tadi masa menjamu selera dengan rakan sebilik tetiba aku ternampak sebuah majalah lama iaitu edisi 15 OKT 2007 lagi..Oh seyesss lama giler majalah tu...tahun 2007 tu jugak merupakan sejarah perkenalan aku dan dia...tapi aku lebih lama kot sebab tarikhnya 24 Februari 2007..hikhok...Oh majalah remaja tu merupakan milik rakan sebilik aku terus aku minta untuk dipinjam...bila dibelek-belek satu persatu terjumpa satu ruangan yang sangat menarik untuk dikongsikan dengan gadis diluar sana..Meh jom terjah rahsia dari Fazura untuk kekal cantik...=___=*

Fazura amal diet seimbang....


minum air secukupnya setiap hari, kalau boleh 8 gelas sehari... ia akan membuang toksin berlebihan di dalam badan serta menjadikan kulit lebih sihat...


memperbanyakkan buah-buahan terutama sebelum makan...sekiranya tidak sempat menjamah makanan berat, fazura tidak akan mengamalkan makan makanan ringan sebaliknya mengisi perut dengan buah-buahan..buah-buahan kegemarannya adalah epal mahupun pear...

dia tidak meninggalkan makan semata-mata untuk berdiet...namun dia akan makan malam sebelum jam 8 malam...sekiranya lapar pada tengah malam, fazura akan minum koko panas mahupun susu sebagai mengalas perutnya....

sayur-sayuran adalah menu utamanya ketika makan...dia akan memperbanyakkan sayur-sayuran dan mengurangkan daging merah...fazura lebih suka makan ikan berbanding daging...


dia mengamalkan senaman ringan setiap hari dan sekiranya mempunyai kelapangan, dia akan berjoging mahupun mengikut video senaman di rumahnya...

suplement perlu untuk menambah tenaga mahupun memperbaiki tisu-tisu yang rosak akibat cuaca mahupun solekan...kerjayanya yang sentiasa sibuk menjadikan fazura benar-benar memerlukan vitamin B Kompleks, vitamin C dan Vitamin E....




yeah!!....banyak jugak kan amalan yang dikongsikan dari fazura nie...hoho mari lah kita sama-sama mengamalkan cara hidup yang sihat...k...bye...salam!!...=)

You May Also Like

11 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥