Aku bukan perampas okey!!

Assalamualaikum L.O.V.E….:) 

Oh tengok tajuk pun macam euwww gituw kan mek cah nie seperti perampas…poyo betul…….hello!!aku bukan perampas apatah lagi suka merampas GF orang…Iyo la sangat!! GF tu maknonya untuk perempuan…walawaweii tak kan aku suka kat perempuan kot…Ahaksssss ngak mungkin tok!!..mek cah suka lelaki iaitu 100% lelaki..muehehe


Tajuk yang mek cah gunakan itu hanya lah sebagai pemanis blog ini…yang sejujurnya mek cah suka dating dengan GF orang…eh eh kenal pun melalui alam maya iaitu facebook….hoho tak salahkan benda yang mek cah buat nie….bukan nya mek cah merampas makwe orang..Cuma dating sikit jer..tak kan itu pun ada orang nak jeles….Agagagaga sekurang-kurangnya dapat menambahkan kenalan kan…:P 

Kadang-kadang persahabatan boleh terjalin melaui banyak cara…kadang-kadang kita tak sedar sekarang kita baik dengan seseorang itu..masa tu la cakap BFF apa la…tapi masa akan datang?? Adakah sama dengan yang berlaku sekarang??...hoho pengalaman mek cah mengajar mek cah untuk lebih berhati-hati untuk berkawan..bila fikir-fikir balik berkawan tu biar beribu, BFF biar satu *tapi susah nak jumpa*..begitu jugak dengan bernama Cinta memang confirm satu la kan takkan nak pasang banyak kot….euwww!! Apasal pulak minah nie…..mengapakah jiwang sangat??rilek-rilek sekali skala mek cah nak jiwang sikit pun tak boleh ke?Lolzzz 

Meh tengok makwe siapa yang mek cah culik..hiksss makwe kawan mek cah jugak tu….sowieee ambo pinje metar deh gewe demo…..jange maroh terrr.. 


Perkenalan dengan Amanina buat pertama kali membuatkan perkenalan kami kekal sampai sekarang… walaupun tak rapat sangat, tapi bila mek cah tetap usha nina dekat facebook….selepas berjumpa kami masih contact satu sama lain…. 

Thanks nina sudi dating dengan akak…hikhok……semoga perkenalan kita sentiasa berpanjangan..Amin



p/s::nina sangat comel la…kenangan di Times Square pada 25 hb 3,2012 akan akak ingat sampai bila-bila…..Opsss satu lagi sowie akak baru upload picha nie..jangan marah tau…^^


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Hebat sangat ke kampung aku?



Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Alhamdulillah esok dah nak balik kelantan.....masa mek cah menaip nie UiTM sekarang sedang bercuti selama 7 hari bersempena hari gawai....jadi ramai student dah balik sejak hari jumaat hari tu lagi..mek cah jer yang belum balik..stay kolej untuk siapkan encik asement yang berlambak *padahal tak buat pun, mood kat kg*..Huksssss


tapi bagi pelajar yang jauh ataupun lebih kurang dari sarawak, sabah dan sewaktu dengannya kebanyakannya tak balik sebab jauh sangat kan...Oh kesiannya diorang...*mekcah tumpang bersedih*..:P


Yeah!!...hari tu col ma, mek cah cakap cuti seminggu.. niat tak nak balik disebabkan banyak kerja...tapi bila bila dengar suara ma cakap *balik la* terus hati meronta-ronta nak balik...Lolzzz dasar mek cah yang manja kan..yang mekcah boleh cakap yang mek cah bersyukur sebab ada kampung dimana mek cah dibesarkan....bersyukurlah dengan apa yang kita ada walaupun bukan hidup dalam kemewahan..bila mek cah dapat belajar jauh mek cah rasa sedih..tak mau sambung belajar tapi disebabkan harapan ma dan abah mek cah ikut jer..yang penting mek cah gembira bila tengok ma dan abah mek cah bahagia...


bila kat kampung mek cah kena jaga hati abah mek cah...kalau korang semua nak tahu dulu-dulu abah mek cah tak suka dan memang tak bagi mek cah pakai seluar tambah-tambah kalau seluar jeans memang abah mek cah marah..Huh!! tapi apa yang abah mek cah larang tu ada betulnya..sebagai menghormati mek cah memang tak pakai jeans dekat kampung, tak nak abah terasa hati...sebab tu mek cah suka pakai dress yang labuh tu...humm tapi rasa bersalah sebab bila kat sini *shah alam* mek cah pakai jeans..memang rasa bersalah sangat sebab tu kat kampung mek cah pakai skirt jer tak pun seluar slack sebab tau mau abah marah..


yang boleh mek cah bagitahu bukan niat mek cah untuk berpura-pura ataupun apa tapi demi abah kesayangan mek cah tak nak sakiti hatinya.....cukup la mek cah pakai jeans kat sini tapi yang penting tak ketat dan pakai baju menutupi bontot kan..tapi dalam sebulan 3x jer kot pakai...humm jadi jangan salahkan mek cah..kalu kita hidup kat kampung kena la ikut cara kampung...adab tu penting..peace....jangan salahkan mek cah..T___T

ehemm so yang boleh mek cah terangkan kat sini, mereka yang berasal dari kampung seharusnya berbangga dan bersyukur sebab kita semua ada keunikan yang tersendiri...bak kata pepatah hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri..so jangan sesekali kita lupa asal usul kita..Eceh!!


sebagai kesimpulan kampung mek cah sangat hebat!! dan kampung korang pun lagi hebat!! berbangga la sebab kita semua ada kampung...Agagaga..=__='

p/s::meh tengok entry yang lepas tentang kampung mek cah *aku hanya gadis kampung*..ala-ala photoshoot gituw..^^


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Terima kasih nuffnang..


Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Hari tu ada hantar ticket dekat nuffnang..alhamdulillah terbalas...hehe so kat sini mek cah nak kongsi jawapan yang dibalas oleh pihak nuffnang....semoga tips yang diberikan dapat membantu kita semua...sekarang mek cah nak kekal dengan nuffnang walaupun earning lambat naik..T___T





Dear Hanisah,

Terima kasih kerana menulis kepada kami. :)

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh A!
dvertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.


Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Cheers,
Rachel Chia
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Selamat pengantin baru buat Nurulbadiah Lai dan pasangan...


Assalamualaikum L.O.V.E...=)

Wah bila sebut pasal kawin mek cah menjadi sangat teruja..hehehe lebih-lebih lagi kawin di usia muda...tapi bagi kak nurul dan pasangan kira okey dah tu berkahwin sekarang....oPss mek cah merupakan salah seorang peminat kak nurul..hehe tapi diluar sana pun ramai yang mengagumi kak nurul nie....dah la cantik bekerjaya pulak tu...Hohoho ohsem kan.....khabarnya kak nurul pun dah lama couple dengan pasangannya...Alhamdulillah sampai la kejinjang pelamin....


kali terakhir perkembangan kak nurul ialah tentang kesibukan dengan persiapan perkahwinannya..nak tahu kisah tersebut KLIK SINI...tapi tup tup kak nurul dah berkahwin pada tarikh 19 May 2012..itu pun tahu tentang perkahwinan kak nurul melalui blogger akak maera dan sharifazakiah..gambar asal dari blog sharifah zakiah tak boleh di cilok..so terpaksa usaha lebih iaitu tengok picha di funpage kak nurul iaitu Blog Because she is Nurulbadiah..hehehe dapat 1 keping pun jadi la kan...kak nurul memang cantik..itu tidak dapat dinafikan sejak dari dulu lagi...hehehe

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan  dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya  untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman  hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat  di hatinya untuk dicintai...

so sebab itulah adanya perkahwinan..yang penting halal..hewhew....di sini mek cah nak ucapkan tahniah buat kak nurul dan pasangan..semoga bahagia ke akhir hayat..InsyaALLAH....eh akak sesuai la jadi model INI. Dah lama tak tengok gambar terbaru dari akak. :P


Doa Untuk Pengantin:
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~

k.bai salam....^^



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Behind the Scene studio photoshoot for KZNabihah Boutique..



Assalamualaikum L.O.V.E...=)

Selamat hari khamis semua.....kejap jer masa berlaku kan, sekarang bulan Rejab lepas tu shaaban, Ramadhan dan lepas tu syawal.....hikhikhik bulan ramadhan la bulan yang dinanti-nantikan....teringat zaman kanak-kanak dulu...hampir setiap malam main bunga api/mercun konon-kononnya kasi meriah sikit...tapi??itu semua mendatangkan keburukan disebabkan perkara ini la berlakunya banyak kejadian yang tidak diingini berlaku...ehem faham-faham la kan...^^

Alahai nampok benor mek cah tak sabar nak raya kan...muehehe yang penting puasa dulu baru boleh raya.....sekarang ramai orang tengah borong baju raya tapi mek cah tok buat gapo pun lagi nie..ingat nak pakai baju raya tahun lepas..boleh save budget sikit...Lolzz!!


dah kita stop cerita pasal raya..nie mek cah nak kongsi cerita kisah sesi photoshoot hari itu...siapa masih belum kenal dengan nama KZNabihah Boutique??nama KZNabihah Boutique cukup terkenal dikalangan pengguna shopping online..ini kerana butik KZNabihah menjual pakaian, eksesori, bag, & sebagainya untuk wanita. butik ini juga menjual kelengkapan fesyen anda dari atas hingga ke kaki..so, Tak rugi shopping kat situ..Tambah-tambah nok rayo....=)


oh yer!!..terima kasih atin dan aimiey kerana sudi temankan akak ke studio Dak Teropong nie......eh korang boleh lihat tak seorang lelaki yang tak dikenali di belakang kami itu...ehem dialah dak teropong atau lebih dikenali Khairul....terima kasih khairul kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada mek cah untuk sertai photoshoot nie...sekurang-kurangnya mek cah dapat pengalaman dan $$ sikit...kira okey la tu kan....walaupun belum professional macam model lain...yelar mek cah nie tak cukup inci, rupa pun tok brapo nok adow....huksss


okey..ini aksi-aksi mereka yang kepuasan semasa menungu mek cah.....ehem kalau tak der diorang mek cah tak kan sampai sini....mereka semua sangat comel!!..^^


terasa gembira dihati bila dapat berjumpa dengan BFF fatin liyana...muehehe tolong jangan jelesss eh....sebenarnya mek cah tiba-tiba rasa tak nak join photoshoot nie tapi disebabkan sis bihah cakap datin pun adow...so apo lagi dengan gelentas nya mek cah nak join.....sebab boleh jumpa datin...asyik tengok kat FB jer....hehehe


bila rasa bosan kami gunakan tempat ini untuk buat aksi yang boleh dikatakan aksi kepuasan..memey tak der plan pun nak posing macam mano....tapi mereka pose dah mengalahkan model...hehe berbakat!!


1, 2, 3!!......aksi yang boleh dikatakan lucu..aummmm ini ada siapa la suh mek cah pakai topi yang besar gedabak itu...so mek cah try and error.....=__='

tu jer kisah pada hari itu......eh eh panjang ke pendek kisah mek cah nie??ahak hanya korang saje yang mampu menentukannya..:))

partner dak teropong->http://www.facebook.com/AreMar91
KZNabihah Boutique->http://www.kznabihah.com

k.bai salam...=)

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Wordless Tuesday #17 : Gemuruh hati...




SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Rahsia terbongkar??




Assalamualaikum L.O.V.E..=)


Yeah!! akhirnya dapat jugak melepaskan rindu dengan pakwe kesayangan iaitu Love is Cinta...hehehe inilah cinta hati saya.....eh eh apasal skema si 
mek cah nie.....Lolzzz

humm sebenarnya mek cah nak citer sikit tentang rahsia yang terbongkar tentang.......tettt rasa-rasa tentang apa eh??siapa dapat teka mek cah bagi 50$..nak tak??muehehe.....eh tak der la mek cah bergurau jer...rahsia nie terbongkar di UiTM Puncak Perdana tau...


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Puncak perdana ada tasik lah...hehe dah nak habis belajar baru mek cah sedari yang dekat sini ada tasik kecil....nasib baik tahu sebelum habis belajar kan..kalau tak tahu sampai habis belajar pun memang parOp la mek cah nie.....semuanya terbongkar bila si ina bawa mek cah ke sini....eh eh eh memang cantik la tempat nie...tak sangka la pulak ada tasik yang boleh buat mek cah jalan-jalan kat sini di waktu petang...nie tidak asyik duk kat bilik jer...asyik menghadap laptop jer memang tok rock la kea....Agagagagaga


so sekali sekala *eh betul ke ayat nie* jalan-jalan di waktu petang apa salahnya kan....hanya orang tertentu sahaja yang tahu tempat nie....jadi mek cah adalah antara orang yang bertuah...*baru 2x datang sini*....kantoii....lolzz


ini lah tasik yang mek cah katanya......tasik nie boleh dilihat untuk laluan ke Puncak Alam...ehem mek cah belum sampai lagi kesana..nama jer dekat dengan Puncak ALlam..uhukk... T___T

masa mek cah sampai di tasik nie kelihatan 3 orang pemuda sedang memancing ikan..huhu maknanya mereka semua dah biasa dengan tempat tu......mek cah rasa ramai student puncak ni belum tahu tentang tasik nie..hikhok..:P


kami hanya berdua...mendaki bukit memang best...terbaik lah....walaupun tak pakai sport shoes kami redah jer....Ohsem tak??wakakaka


lihat lah keindahan bumi ini...dari atas bukit dapat lihat tasik yang menhijau..dalam gambar tak nampak sangat....huhu makna kami tersangat berani kerana mendaki bukit tanpa bantuan dari pihak lain....yeah! sangat gagah perkasa kan mek cah..hehe



picha penutup...beraksi atas bukit pun jadi lah..tak der orang lagi best....Lolzzz kepada kepada pelajar puncak perdana yang membaca blog aku nie cuba la pergi sana..memang best sangat.....boleh tenangkan fikiran bila korang semua stress dengan assignment.....hikhiuu....k... bai salam...:P


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Anak raja sedang menanti di Istana Seri Menanti??


Assalamualaikum..=)

jangan kecoh jangan gaduh!!.....lama dah tak update blog tentang mek cah dan kawan-kawan....oPSSS hari tu anak raja sedang menanti kedatangan mek cah dan kawan-kawan di Istana Seri Menanti...Whoot, whoot, memang teruja benor bila bunyi anak raja....kalau adow bunyi kerabat diraja pun mek cah dah terketak-ketak...Lolzzz gedix punya budak kan??

tersangat teruja bila menunggu kedatangan anak raja...Lolzzz
Actually, hari tu merupakan kali pertama mek cah menjejakkan kaki di ISM tu...Fuyyoiiii teringin nak jumpa anak raja...kalau jumpa cucu raja pun jadi lah...wakakakaka

Blurr giler picha nie....sebelum bertolak makeup belum cair..bila dah sampai sana jadi hampeh la pulop....=P
eh eh yang sebenornya mek cah bergurau jer......begini ceritonya, hari tu group mek cah ada buat research di Istana Sri Menanti di negeri sembilan...untuk subjek Audio Visual...raja dah tak der, berpindah ke Istana lain...

wajah Istana Seri Menanti...
buleh kiro la subjek nie.....hok seronoknya dapat melihat istana yang dah lama dibina dan menjadi sejarah di Malaysia nie..bila bercerita tentang sejarah memang mek cah fail sebab mek cah buto sejarah...Agagagaga

Markonah pun hadow.....miowww kebanyakan dah kenal kan si markonah nie..:)
Tugas mek cah ada la jurufoto...mak aiihh action jor lebih....nak pegang benda tu pun terketar-ketar..inikan pula kena buat video bagai...memang lengah la mek cah nie...tapi alhamdulillah tugas mek cah ditukar-tukar dengan ima...cerita tentang ima dia la yang uruskan lawatan kami...eh lawatan ke??opss lantak lah..:P

hye ladiess!!
sesi lawatan sedang bermula tapi lebih afdal sekiranya kami posing dulu....hikhok.........perempuan hanya 4, lelaki 1 jer..haiyyaaa mesti malu si manzir tu.....kenapa la aku suka panggil dia manzir padahal nama dia Munzir....=__='

hye saya mek cah dan ima....sila la senyum kat kami....Muehehehe
yang boleh mek cah citer kat sini yang si ima ni tersangat baik...hohoho susah untuk dapat kawan macam dia...dah la bercakap dengan orang yang di sekelilngnya dengan lembut jer...lemah mek cah, ini lah ciri-ciri gadis hop bulih wat bini...^^

Bulat butir mato sebab tak tahan dah...mengantuk..:(
disini mek cah kelihatan tersangat gagah perkasa disebabkan berat mek cah dah naik......nie yang mek cah stress, nak diet tapi nafsu makan tu kuat...tapi tak per, janji sihat kan daripada kurus tapi ada penyakit...*saja nak sedapkan hati*

si manzir main chiku chak dengan kami tapi tak dilayan...hahahaha
si munzir menjadi driver kami....merupakan seorang pemandu yang berhemah..biar lambat asalkan selamat...fuyyooii kelas kau mnazir, kena hati-hati sebab bawa 4 anak dara..hoho.:P

tettt!!SS la tuw!!
Ini kali pertama mek cah bercerita tentang ima....entah la nisa selesa dengan dia sebab dia baik sangat.....satu group dengan dia pun tak stress sangat....hihowww..

my group for AV subject...
sebelum balik....ini lah kumpulan kami...dari kiri ima, markonah, mek cah, emy munzir....nasib baik ada pekerja yang lalu kat depan terus kami mintak tolong snap picha kitorang...yang berbaju kuning ditepi itu lah en dot dot xingat yang uruskan segala maklumat yang kami inginkan...LOlzzz nama pun xingat...Agagagaga


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Are You A Malaysian? Do You Use Twitter? Or Do You Use Facebook? Come Here ! SAYS Has Some Giveaway For You!



Assalamualaikum L.O.V.E..=)


Pernah dengar pasal SAYS tak??Hohoho kalau yang belum pernah dengar tu SAYS nie boleh buat duit tau...dengan 1 klik kita akan dapat RM0.20..Opsss nampak sikit jer kan?tapi bila dikumpul-kumpul akan jadi banyak tau.....InsyaALLAH yang penting kita rajin share di facebook, twitter dan blog...mintak la tolong kawan-kawan klik...hehehehe lepas dapat kumpul duit banyak boleh la belanja kawan-kawan anda...alang-alang berfacebook boleh la dapat duit sikit kan...ehem macam mekcah selalu share iklan SAYS di facebook....tapi mekcah tak paksa orang untuk klik...atas rezeki la tu kan...tapi sekarang alhamdulillah earning mekcah pun dah bertambah.....sikit lagi nak cashout...cuma kena sabor jer..T__T

Eh eh!!..korang belum daftar lagi SAYS??KLIK SINI untuk daftar..:))


Macam mana nak daftar ? 

1. Korang tekan create new account
2. Taip username (nama korang)
3. Then , connect with Facebook . 

untuk pengetahuan korang SAYS tengah MENYAMBUT ulangtahun yang ke-4 SAYS...so ada hadiah yang menarik disediakan untuk korang semua.....hadiahnya??wow...memang menarik....cuba la dulu, mana tahu rezeki korang.... 

Jom Ikut step ni :

1. Korang pergi ke LINK INI dulu .
2. Sekarang korang tengok , ada Grand Prizes dengan Consolation Prizes kan ?
3. Tick 5 hadiah daripada Grand Prizes yang korang harapkan , dan
4. Tick 5 juga hadiah daripada Consolation Prizes yang korang nak and harapkan..huhu
5. Tekan butang warna hijau iaitu Get Started..
6. Dah selesai pun ! Senang kan ? Kalau korang bernasib baik , mana tahu kan korang dapat Apple iPod Touch, ataupun Panasonic Lumix DMS-FZ40 ! Fuhh raya sakan la kan kalau dapat..:P

p/s::Alangkah indahnya kalau mek cah dapat Panasonic Lumix DMS-FZ40 tu....OPSSSS...T___T



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Wordless Wednesday #16 : Bila dah SS??



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Abang tidur luar, Ayang tidur dalam bilik..


ISTERI : abg ape kte mlm ni kte xpyh tdo sme2.. abg tdo lua, ayang tdo dlm blik..
SUAMI : knpe syg..


ISTERI : ha.. ayang ade 1 prmainan, ayang catatkn smue kburukan abg sbykmgkin dn abg pun catatkn tntg kburukan ayang sbyk mgkin!esok pg kte bace blik tntg ape yg kte dah tulis tu..

SUAMI : ok..

> > mlm tu si isteri senaraikan tntg kburukan suami die smpai xtdo.. suami die di ruang tamu pun x tdo...hgga ...ke pg wktu sarapan,,

ISTERI : ha, mcm mne, spe nk mulakn dlu???
SUAMI : ayang dlu mulakn..

ISTERI : ok abg dgr tau, (sambil mngeluarkn 2,3 helai kertas yg dicatat nya mlm td)..
ISTERI : abg x romentik... abg x pndai pujuk.. abg bla bla bla.. bla bla bla..
ok dah, skang abg plak..!

SUAMI : (die mngeluarkn 3,4 helai kertas yg kosong...) abg mntak maaf... takde ape yg abg dpt senaraikn tntg kburukan ayg.. sbb abg trima ayg seadanya.. dan sgala kburukan ayg abg sentiasa maafkn.. dn abg mntak maaf klau abg xsempurna di mata ayang...

si isteri trgamam dn air mata jatuh brlinangan,,, terus die peluk dan mmohon ampun pd suami nya.. die mnyesal,, krna tlh mlukakan hati suami nye.. die juga sedar dan brsyukur.. bhawa suami nya adalah insan yg terbaik yg tlh dianugerah kn untuk-Nya..


untuk sekadar perkongsian dan peringatan buat semua...mek cah sangat tersentuh bila membaca dialog diantara pasangan suami isteri diatas.....seharusnya si isteri sentiasa bersyukur dengan apa yang ALLAH S.W.T anugerahkan didalam mahligai istana mereka...bila hidup berumahtangga memang wajib si isteri menerima pasangan dengan seadanya...begitu juga sebaliknya....tutur kata juga perlu dijaga supaya masing-masing tidak terasa kecil hati...berkomunikasi lah secara hikmah dan bijaksana...Agaggaga...macam la mek cah nie ado pengalaman dok??eceh!nie semua belajar masa sekolah dulu..terima kasih ustazah..:)) sampai sekarang anak murid mu masih ingat...^^ sesungguhnya:


Rasulullah SAW bersabda: “Anda sampaikan kepada perempuan-perempuan yang anda jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami itu sama dengan pahala berperang dengan musuh- musuh Islam di medan peperangan, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.” (HR Al-Bazzar dan At-Thabrani).

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya." (HR An-Nasa’i)

renung-renungkan dan selamat beramal...=)
.......................................................................................................
.::PESANAN DARIPADA PENAJA::.
  1. Parenting bloggers! Dutch Lady Malaysia's 'Get Smart,Get Famous' finale is at 11am, 12 May at The Curve! #smartmoments->KLIK SINI
  2. Pregnancy & childbirth don't have to kill moms & babies. Save mothers, support #unicef4MOM->KLIK SINI
  3. Here is how to get sponsored to travel London during the Olympics->KLIK SINI
  4. Mat Kool Mat Kool, kawanku. Mari kita ikut Mat Kool! Main main selalu. Syoknya, syoknya ada Mat Kool!...Lolzzz ->KLIK SINI
  5. What makes your coffee? The smell of Nescafe in the morning and 2 spoonful of Coffeemate? ->KLIK SINI
  6. Cara untuk Feymes di Internet... Tapi molek ke caranya??---->KLIK SINI


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Saya sayang emak saya vs haram menyambut hari ibu...



Assalamulaikum L.O.V.E...=)

Bila buka facebook ramai yang duk buat status buat ibu-ibu mereka...hoho mek cah jer yang tak alert tentang nie...ada jugak suara-suara yang mengatakan menyambut hari ibu itu adalah haram....so untuk mendapatkan kepastian mek cah mencari jawapan dengan pak cik google kesayangan...segalanya dah terjawab....iaitu disini---->Hukum Meraikan Sambutan Hari Ibu...So, tak semestinya kita menyambut hari ibu pada tarikh itu jer tapi sambutannya untuk hari-hari..boleh gituw???so sekarang boleh la fikir dengan sendirinya...yer dok??:P

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata,“Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.” sumber-DAKWAH

Pihak JAKIM juga pada 15 Mei 2009 telah mengeluarkan khutbah jumaat berkaitan hari seorang ibu, pada pandangan dan pemahaman, umat islam perlu berhati-hati dan memastikan apa jua sambutan tidak melanggar hukum syariat....


di dalam islam, kita sebagai anak harus menghormati mereka yang lebih tua terutamanya ibu kita...syurga di bAwah tapak kaki ibu...mereka lah yang melahirkan dan membesarkankan kita...hOhohoh bila fikir-fikir balik besarnya pengorbanan mereka...touching nya.....ma!!nok kelik!!....T_____T

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24] 

Tanpa ibu siapalah kita semua ni, sehebat mana individu itu, kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.....


Doa buat ma dan abah....:'(

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka..Perindahlah ucapanku di depan mereka..
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka..

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku...jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka...dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku... Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaan-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu….

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, 
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih...

Amin Ya Rabbul Alamin..
Ayah… Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu…

p/s::sayang ma, sayang abah...sayang keduanya...

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

1st Giveaway By Iena Eliena


Assalamualaikum L.O.V.E...=)

hadiah sangat menarik tertarik dan debOom bOm!!

Alamak....dah lama rasanya tak join...hohoho malam nie godek-godek facebook dan blog tetiba ada komen dari si comel atin katanya tag aku untuk join satu GA nie...bila dah bukak blog miss iena terus berminat memandangkan dah lama rasanya tak join GA....so, sekarang kita belasah cukup-cukup na GA nie kasi lebam sikit...Lolzzzz lagipun miss iena sendiri yang jemput mek cah untuk join GA nie..:P

mari lah kawan-kawan sekalian alam  menyudikan diri dalam meyertai GA yang dianjurkan oleh Iena Eliena iaitu model femessss tau.....suka tengok picha beliau.....Opsss aktif dalam modelling lak tu...terbaik la akak..:P


clik banner untuk join...^^


Tarikh Tamat : 7 Jun 2012
Atau mungkin dipendekkan atau dipanjangkan
mengikut kesibukan cik iena
(^_~)

Tag:
http://daygcakapcakap.blogspot.com

semoga berjaya!!!.....k.....bye..salam...^^

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

FATIN LIYANA : NASI LEMAK KOPI O TV9


Assalamualaikum L.O.V.E..=)


Fufufufu...fafafafafa....hehehehehe...hoho....huhuhuhu 
memang tak der kerja kan...pendahuluan pun dah macam orang yang tengah dahagakan kasih sayang atau tak asing lagi tengah kebosanan...berat nanang la mek cah nie....Lolzzzz



entri mek cah hari nie adalah bertujuan untuk berkongsi video ataupun rakaman fatin liyana yang sememangnya sentiasa gojesss gituw dalam Nasi Lemak Kopi O di tv9....ini untuk mereka yang ketinggalan menyaksikan fatin yang omey, omey dalam kaca tv......Agagagaga kelas kau fatin..eh eh akak fatin la...Siapa sokong Fatin Liyana jadi model INI pulak. Tentu OHSEM kan.:P

kalau yang sebelum nie fatin keluar di tv3 iaitu malaysia hari ini.....belum tengok lagi??haiyyyoo ketinggalan la kamoO nie....dah dah klik Fatin Liyana dalam Malaysia Hari Ini (MHI) 2012 untuk tengok rakaman  fatin di dalam MHI...:P


apa yang penting blog honeykoyuki membuatkan hati mek cah terpaut untuk sentiasa mengikuti perkembangan fatin...hoho fanatik Woooooo......bukan mek cah sorang minat kat FL, tetapi ramai lagi gadis-gadis dan jejakan diluar sana yang sangat meminati si cantik Fatin Liyan....hehehehe

jom tengok video Fatin Liyana yang comel nie....O.H.S.E.M okeyh!!..^^


jangan lupa pause dulu lagu dalam blog mek cah nie...baru boleh dengar Fatin Liyana cakap apa....hehehe suara dia cute...se se se cute tuannya....:P

k.....bye..salam...^^


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Berkahwin masa belajar...Oh no!!!


Assalamualaikum L.O.V.E...=)

Hari nie mood gatal tetiba datang menerjah di kepala mek cah.....Ohoiiii isu kawin....bila sebut tentang nie mek cah suka.......tapi bila sebut pasal kawin jugak tetiba rasa alangkah bahagia dapat bersama dengan orang kita sayang dan paling penting apabila melihat ma dan abah gembira melihat anak dia si mek cah gembira.....tapi untuk kawin perlu la dengan orang yang kita cinta dan sayang....sejauh mana cinta dan sayang dalam hubungan itu, semesti pasangan tersebut yang merasainya......*itu kata zaman sekarang..tapi zaman dulu tak*...:P

ehem..kalau ma dan abah bagi kawin sekarang dengan pantasnya mek cah menjawab 'nok, nok'!!...hehehehehe memang gatal betul kan....tapi itu semuanya hanya bermimpi disebabkan persetujuan untuk berkawin dari ma hanya selepas aku habis belajar......maknanya 1 tahun lagi la erk???oh dah tak lama tu...Lolzzzz kalau dah bertahun-tahun couple lagi la keinginan untuk berkahwin cepat-cepat kan?hiksss dah 5 tahun lebih....walaupun banyak asam garam dalam perhubungan ni...huh!!

tapi rasa-rasa kalau kawin awal dan masa belajar lak tu apakah kesudahannya???adakah bahagia??...insyaALLAH dengan izinnya dan rasa cinta antara suami dan isteri tersebut.....contohnya kawan aku berkahwin masa belajar...gembira jer sentiasa, cuma tanggungjawab sebagai isteri tu kena jaga...makan minum suami, pakaian suami dan bla bla bla..hehehe dalam masa yang sama belajar untuk mendapatkan segulung ijazah ataupun diploma....itu sangat hebat bagi seorang isteri kerana memikul kedua tanggungjawab itu dalam masa yang sama......untung la si isteri itu kerana dalam masa yang sama mendapat ganjaran yang paling hebat dari ALLAH......sesungguhnya:


Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

kadang-kadang terdapat ibu-bapa yang tidak memahami tentang perasaan anak diorang  untuk berkahwin awal tapi dalam masa yang sama perkara yang mereka tegaskan adalah untuk melihat anaknya berjaya dahulu dan mempunyai kerjaya sendiri...so yang mana korang pilih??pilihan aku adalah untuk membahagiakan dan memenuhi cita-cita diorang baru la aku akan fikirkan tentang hidup aku.....InsyaALLAH...:)


Firman Allah: 
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32) 

*Tapi belum bersedia untuk INI".So, kepada mereka yang berkahwin awal elok benor la tu....boleh mengelakkan fitnah dan sebagainya...ehem mak cah nak kawin jugak tapi biar la tunggu habis belajor dulu.....ingin menggapai kerjaya sendiri dan membahagiakan ma dan abah..itu yang penting tapi.........hohohiii mek cah jelesss okey dengan yang nak kawin awal tu....tapi dalam waktu yang sama baca la yang nie dulu...berbaloiii okey....'5 TIPS CARA-CARA UNTUK BERKAHWIN AWAL'....


sebagai kesimpulannya:

"JIHAD terbesar bagi seorang wanita adalah menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Itulah sebab mengapa wanita itu perlu merindukan sebuah 'pernikahan', kerana 
dengan pernikahan, dia sudah menyempurnakan separuh agamanya. 
Dan seorang suami adalah kehormatan baginya, 
jalan untuk meraih JannahNya.."

renung-renungkan dan selamat beramal...:P

k.....bye..salam...^^

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kisah Budak Rekod:Lawatan ke Arkib Negara Malaysia...



Assalamualaikum L..O.V.E...=)


hari-hari ini hari ISNIN!!...semangat berkobar-kobar untuk hadir ke kelas multimedia disebabkan minggu lepas aku dah ponteng...itu pun gara-gara cuti pertengah semester...apo la MEK CAH nie buat UITM nie macam bapak dia punya kan...suka suki jer tambah cuti sendiri...Lolzzzz tapi tiba-tiba lak kelas MULTIMEDIA hari nie boleh batal...grrrrrrrr ALHAMDULILLAH tapi kalau tahu awal-awal sudah tentu aku sambung tidoO lepas subuh tadi..hukssssss..=_____='


hari tu ada lawatan....hoho lawatan......macam budak-budak sekoloh la pulop kam.....kalau cakap aku nie umur 15 tahun pun masih ada yang percaya...Alaihai   koya mudo la mek cah nie......Ngeeeeee 


okeyh...alkisah budak rekod...kursus yang aku ambik sangat-sangat membosankan......asyik-asyik arkib....asal sebut jer pengurusan rekod mesti ada arkib..arkib, arkib, arkib...!!!! Gua pun dah bosan mendengarnya.....T___T


ini la logo Arkib Negara Malaysia!!...damn salah seorang model ANM yang memang terkontrak selama 2 tahun...Agagagaga

Info:Fungsi Arkib Negara Malaysia

  1. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan Kerajaan mengenai pengurusan rekod awam yang sistematik dan berkesan.
  2. Mengesan, mengumpul menyimpan dan memelihara rekod dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara.
  3. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada jabatan-jabatan Kerajaan dan orang awam.
  4. Menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanahair.
  5. Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah dikalangan orang ramai.


tapi apo kan dayo ini memang kursus aku.....macam tak percaya langsung aku ambil kursus nie...alamak memang keno bertahan jolar.....tinggalll 1 semester la...chaiyooOk meksah!!...uhuksss tu jer mek cah nak citer......picha terakhir menunjukkan kitorang dah nak balik...Hoiyyyehhh!.....bye ..bye arkib tapi kitorang kena datang lagi....:P

k.....bye..salam...^^


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...