! ✿ Love Is Cinta ✿ !

facebook twitter instagram
  • Home
  • Author
    • RESEPI
    • TUTORIAL
    • TRAVEL
  • TRAVEL
  • TUTORIAL
  • TIPS/KESIHATAN
  • RESEPI

RESEPI

TRAVEL

TIPS

Nampaknya drama yang kini semakin meletop bersiaran di TV3 merupakan kisah yang diadaptasikan dari novel  'Kau, Aku, Kita’ karya Orkid Edyliyne telah mendapat sambutan hangat. Siapa sangka gandingan baru lakonan Syarul Ridzwan bersama Janna Nick, diarahkan oleh sutradara Azman Yahya dibawah syarikat produkti JS Pictures Sdn Bhd telah membuka mata Mek Cah untuk setia menonton drama ini tepat pada waktunya setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam eksklusif di slot Lestary saluran TV3.

Tonton Online Kau Aku Kita

Tonton Online Kau Aku Kita

SINOPSIS DRAMA KAU AKU KITA
Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Iman Firdaus coming to u next week ! @syarulridzwan @adelinetsen @iseyfazlisham @tunkuhanis @hafidz.roshdi #kauakukita #jspictures #sayangketatsendatpadat
A video posted by Janna Nick (@jannanick) on Oct 23, 2015 at 9:57am PDT

Tonton Online Kau Aku Kita2

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?


Tonton Kau Aku Kita

Jangan lupa tengok tau, Mek Cah kasi 5 bintang sama seperti 'Filem Polis Evo Terbaik 2015!'. Opsss! terpegun dengan kecantikan Janna Nick yang ala korea tu. Comel sangat kan, tak perlu makeup tebal sebab kulitnya dah cantik. Syabas JS Pictures Sdn Bhd kerana berjaya menerbitkan drama Kau Aku Kita yang cukup mencuit hati ini lebih-lebih lagi menggunakan dialek Klate. Terbaik boh!
2:47 PM 2 kata-kata indah...
SINOPSIS FILEM PILOT CAFE | Keterujaan untuk menonton filem Pilot Cafe semakin membuak-buak apabila pelakon kegemaran Fahrin Ahmad memegang watak utama dalam filem tersebut. 


Disebabkan jalan cerita yang menarik sudah tentu ramai yang ingin menonton filem Pilot Cafe ini. Tetapi paling leceh perlu tonton di pawagam. Jadi macam mana pula dengan mereka yang tidak mempunyai masa menonton filem kegemaran di pawagam disebabkan sibuk dengan waktu kerja dan perlukan kos untuk dapat tiket wayang?.


SINOPSIS FILEM PILOT CAFE

   

Pilot Cafe Full Movie Download | Pilot Cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reeza (Fahrin Ahmad) jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kekacakan yang dimilikinya, Ameer menggunakan peluang itu sebaiknya untuk menjadi seorang playboy dan kaki perempuan. 

Sharmila (Neelofa), seorang gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Penampilan Sharmila sangat mempesonakan dan menambat hatinya. Malah, Ameer juga tidak bertepuk sebelah tangan. Sharmila turut jatuh hati pada dirinya. 

Perasaan tanpa batasan menyebabkan Ameer dan Sharmila terlanjur hingga Sharmila disahkan mengandung. Mengetahui Sharmila telah hamil, Ameer berprasangka mungkin anak itu bukan benih dirinya. Memandangkan penampilan Sharmila yang sentiasa memikat selera lelaki. Selepas Ameer enggan mengaku anak tersebut bukan dari darinya, Sharmila pergi membawa diri. Ketika itu dia berjumpa dengan Dr Khaleed (Eizlan Yusof), akhirnya Sharmila dan Dr Khaleed berkahwin. 

Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya, Haris (Keith Foo). Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe. 

Di Pilot Cafe itu, Ameer menemui cinta hatinya. Maya (Izara Aishah), seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid (Remy Ishak). Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Pada awalnya, Rashid memujuk Maya agar menggugurkan kandungan tersebut namun Maya enggan. Bagi Maya telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Dosa berzina, apatah lagi bila memikirkan dia bakal menanggung dosa menggugurkan anak.

Sudah jemu memujuk Maya, Rashid bertindak melarikan diri dari kampung itu. Dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takut untuk berterus terang dengan keluarganya, dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, Maya membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur. 

Sekali lagi Maya ditimpa musibah. Pemandu teksi yang menghantarnya ke Kuala Lumpur cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia merancang untuk menjual Maya dan bakal menjadikan Maya pekerja di kelab malam. Maya segera menghidu niat jahat lelaki itu. Lantas Maya melarikan diri sekuat hati.

Hayunan kaki Maya melangkah jauh hingga ke Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Tanpa disedari, dirinya telah jatuh cinta pada Maya. Namun, perasaan Ameer ditolak lembut oleh Maya. Baginya, cintanya masih tersisa pada Rashid. Ameer kecewa namun menghormati permintaan Maya.
12:15 AM 15 kata-kata indah...
Assalamualaikum Cinta

Sinopsis Isteri Separuh Masa | Drama terbaik dari gabungan Emma Maembong dan Aiman Hakim Redza yang membuatkan ramai yang telah jatuh dengan drama ini. Kerana watak yang dibawakan oleh Emma Maembong selalu sahaja comel maka ramai lah jejaka diluar sana jatuh hati dengan Emma. Ahakss, tetapi Aiman Hakim Redza apa kurangnya kacak dan berlagak namun ada juga la part yang baik hati. 


Sinopsis Isteri Separuh Masa :

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?


Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.


Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Jangan lupa tengok tau! pasti tak menyesal punya. Rupanya Emma Maembong comel gilosss dengan watak berhijab, kan molek gituh. Kihkih teruskan berjuang sebagai gadis muslimah. Nah lanje 'Fesyen cara pemakaian selendang'. semoga berjaya!. Mihmih

8:45 AM 3 kata-kata indah...
Assalamualaikum Cinta.

Sinopsis Suamiku Encik Sotong| Muka ni masih tersenyum-senyum melihat telatah Shaarnaz Ahmad di dalam drama Suamiku Encik Sotong. Shaarnaz yang membawa watak sebagai lelaki lembut telah mencuit hati penonton, mesti ramai yang tercari-cari episod drama Suamiku Encik Sotong. 



Sinopsis : 

Suamiku Encik Sotong mengisahkan, hubungan Farish (Sharnaaz Ahmad) dan Erica (Amyra Rosli) yang punyai personaliti berbeza dan sering bertengkar ekoran paksaan keluarga untuk mereka berkahwin selama 3 tahun agar dapat mewarisi harta peninggalan arwah neneknya. Sepanjang perkahwinan, mereka tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri, malah Erica telah jatuh cinta kepada sepupunya, Izhan (lakonan Amar Baharin), manakala Farish terlah jatuh cinta dengan rakan kolejnya, Dhia (Hanis Zalikha). Plot perjalanan drama yang punyai unsur komedi, mesej yang ringan dan cermat ini diteruskan dengan babak penantian mereka agar kontrak perkahwinan tersebut dapat dihabiskan.



Sinopsis Suamiku Encik Sotong | Jangan lupa tengok tau! pasti tak menyesal. Rupanya abang Jebat pun mampu membawakan watak lembut, opsss siapa sangka kan.  :)
8:37 AM 21 kata-kata indah...
Sinopsis Drama Yes Boss TV3 - Yes Boss ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad jam 6 petang bermula 15 Februari di TV3. Yes Boss merupakan adaptasi novel terlaris tulisan Areila Sahimi. 


Antara barisan pelakon : Aryana (Emma Maembong), Ilham (Fahrin Ahmad), Shamsiah (Noorkhiriah), Opah (Norlia Ghani), Dato Maarof (Eizlan Yusof), Datin Rokiah (Jasmin Hamid), Mellina (Aishah Ilias), Udin (Aidil Aziz), Harun (Shamsul Ghaw2), Midah (Wan Maimunah), Sakinah (Cha Cha Maembong), Jeffry (Hisham Hamid), Amanda (Shella Faeiz) dan ramai lagi. Yes Boss diterbitkan oleh Zeel Production.

Sinopsis Yes, Boss :

Oleh kerana tidak serasi bekerja di Pizza Hut, Aryana mencuba pula di McDonald’s. Tidak sesuai di McDonald’s berpindah pula ke Jaya Jusco. Akhirnya setiap tempat tu pun paling lama bertahan adalah selama 2 bulan sahaja. Bukannya dia terdesak sangat. Dia merupakan graduan universiti, tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temuduga pegawai kerajaan.


Menggunakan orang dalam dengan bantuan mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan sebagai seorang setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof iaitu Ilham merupakan kasanova yang mempunyai ‘simpanan’ edisi model keliling pinggang.


Selain menjalankan tugas rasminya sebagai seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tidak rasmi’ seorang setiausaha. Kena 'cover line' untuk bosnya setiap kali bosnya curi tulang, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan YES BOSS! Pening kepala Aryana melayani setiap kerenah bossnya itu. Aryana terpaksa bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan akhirnya hubungan mereka semakin rapat.


Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bossnya sendiri tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bossnya itu.

Bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Pada masa itu barulah dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang boss memerlukan setiausaha, dia terpaksa berdepan dengan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.


Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sudah terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? Nantikan drama Yes Boss Sabtu ini di TV3.

Review : jalan cerita yang boleh tahan, dah lama tak menonton drama melayu yang mempunyai unsur cinta, maklumlah busy dengan kerja.  hoho drama ini diselitkan dengan babak yang kelakar. memang tak boring bila menonton. si fahrin yang kacak, gelagat comel emma membuatkan mek cah tak puas tengok cerita ini. layan di tonton pun okay. Yess, Boss. memang terbaik.

Selamat menonton.♥

9:54 PM 20 kata-kata indah...
Salam cinta.


terpengaruh dengan adik dengan cerita cinta walaupun dah lama tak layan drama macam ni. baru nak insaf tak nak tengok drama waktu maghrib. hukss okay drama ini juga hot tau "Tonton online Sebenarnya Saya Isteri Dia", & "Tonton online Setia Hujung Nyawa Episod 1-28". Pelakon utama iaitu Zara Zya berjaya membawa watak dengan baik. suka dengan imej pelakon wanita yang bertudung buat drama ni macam tersengeh-sengeh sorang diri bila tengok. walaupun kekadang terlepas menonton maka mek cah layan di tonton.my. wink!


Love You Mr. Arrogant ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 25 September 2013. Drama arahan Eoon Suhaini ini merupakan drama adaptasi dari novel "Love You Mr. Arrogant" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Aliesha Kirana. Teraju utama untuk drama ini ialah Zara Zya dan Azlee Khairi.


Pelakon Utama
  1. Zara Zya sebagai Zaara Amirah
  2. Azlee Khairi sebagai Zafrel Irham
  3. Hanez Suraya sebagai Sherry
  4. Keith Foo sebagai Hadry
  5. Anzalna Nasir sebagai Fariza
Sinopsis:

Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.


Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.


Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.


Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.

Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.


Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.


Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya.

INFO : http://www.tv3.com.my/shows/drama/Love_You_Mr_Arrogant_1380254041.html
SINOPSIS : http://ms.wikipedia.org/wiki/Love_You_Mr._Arrogant
GAMBAR : http://www.rotikaya.com/love-you-mr-arrogant-ganti-cinta-jannah-mulai-hari-ini/03-love-you-mr-arrogant-ganti-cinta-jannah-mulai-hari-ini-rotikaya/#top


9:00 AM 11 kata-kata indah...
Assalamualaikum cinta.♥

Entah mengapa sekarang dah mula berminat dengan cerita sweet antara husband and wife. tambahan pula berkahwin secara paksa akhirnya jatuh cinta. *mood nak kawin, Ohoiiii*.♥

credit : Pak cik Google
Kalau dulu sedang hangat Drama Setia Hujung Nyawa di TV3 sampaikan pelakon utama Amar Asyraf meletop popular. hikss teringat entri ini "Amar Asyraf makin popular dalam Setia Hujung Nyawa". Opss zaman gilakan Amar Asyraf. so sekarang Izzue Islam pula yang meletop popular kerana drama terbaru di TV3. Kalah kak ton tauu!! . so untuk yang ketinggalan menyaksikan drama ini boleh la menonton seperti biasa di :


Download Sebenarnya Saya Isteri Dia  : KEPALABERGETAR
Tonton online di : TONTON.MY

Untuk sinopsis penuh di sini "Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia di TV3". Permulaan cerita yang agak membosankan tapi akhirnya jatuh cinta jugak dengan drama ini. 


Teruskan menonton ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 29 Mac 2013 di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari laman sesawang www.tv3.com.my, Facebook & Twitter TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini. 

Yang penting drama ini mampu memberikan pengajaran buat kita semua. Yang baik kita jadikan tauladan yang tak berapa nak baik kita jadikan sebagai sempadan. ♥

Selamat menonton.♥


1:43 AM 20 kata-kata indah...
Assalamualaikum cinta.♥

Setelah demam drama "Setia Hujung Nyawa" berakhir maka tercari-cari drama yang boleh mengisi masa lapang mek cah. duduk rumah goyang kaki depan TV, so haruskan dramanya meletop suapaya ianya berbaloi. Lolzz diharap daram yang akan datang ini bakal meletop mengalahkan "Drama Setia Hujung Nyawa di TV3". hehe rindu dengan Amar Asyraf, gara-gara fanatik tercipta entri ini "Amar Asyraf makin popular dalam Setia Hujung Nyawa" & "Tonton online Setia Hujung Nyawa Episod 1-28". 


Sememangnya perkahwinan itu sesuatu yang indah, apatah lagi jika disulami dengan sikap jujur, tanggungjawab dan saling menyayangi. Namun, bagi Syafa Aqira dan Firash Arshad yang ‘terpaksa’ berkahwin demi menjaga maruah keluarga, pelbagai dugaan menanti mereka berdua sebelum mengenali cinta dan mengecapi kebahagiaan.

Menyusuli ‘Hanya Pada Mu’, slot drama TV3 Zehra mempersembahkan sebuah drama bersiri yang diadaptasikan daripada novel popular ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ nukilan Zura Asyfar bermula 29 Mac 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam.


Drama bersiri 13 episod terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular tanahair seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi. 


Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia di TV3

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. 

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. 


Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. 

Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. 

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. 

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. 

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. 

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. 

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul. 

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya? 


Teruskan menonton ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 29 Mac 2013 di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari laman sesawang www.tv3.com.my, Facebook & Twitter TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini. 

sumber : TV3 

Nota kecil : Belum pernah lagi "Tonton Online Sehangat Asmara Episod 1-33". sedih rumah tiada astro dan line internet yang macam siput sedut. Mihmih sila komen sikit pasal drama tu, sehebat "Drama Setia Hujung Nyawa di TV3" & "Drama Adam Dan Hawa" kah?. 

9:00 AM 25 kata-kata indah...
Assalamualaikum cinta.♥

Setelah berakhirnya drama Adam Dan Hawa dan telah mendapat tempat di hati penonton maka sehangat asmara ekslusif hanya di Mustika HD 134 di adaptasi dari novel karya Aisya Sofea pula telah bersiaran menggantikan drama Adam Dan Hawa. sejujurnya, drama cinta lebih mendapat tempat dihati penonton lebih-lebih lagi kepada kaum hawa. begitu pula dengan blog love is cinta ini haruslah berkongsi kisah cinta yang ada masa kini. 


Jom tonton online drama ni di blog sifu "E-MAJALAH2U". terlalu banyak maklumat drama dan movie terkini yang dikongsi oleh bro ""E-MAJALAH2U"" untuk kita semua. Mudah bukan, cuma melawat blog "ceritamaster" korang dapat menyaksikan drama terkini seperti "Drama Adam Dan Hawa", "Strawberi Cinta 2012 Full Movie Download", dan banyak lagi.


Drama bersiri sebanyak 33 episod ini dibintangi pelakon utama yang hebat iaitu Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena

Sinopsis Drama Sehangat Asmara

Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di luar negara tanpa restu keluarga.


Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.


Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?

tonton online : E-MAJALAH2U

Nota kecil: semua gambar ni credit to pak cik Google. Selamat menonton. "bibir tidak perlu berkata bila hati dah bersuara".♥

10:22 AM 13 kata-kata indah...
Assalamualaikum cinta.♥

Mood "Setia Hujung Nyawa" sentiasa ada. Hari Isnin sentiasa dinantikan semata-mata nak tengok drama ni. Tapi kalau terlepas berusaha jugak nak tengok episod yang sebelumnya. Janji puas hati melihat telatah Zain dengan Ersalina. Yang pasti tak sabar nak tengok mereka bahagia bersama.♥





Kepada peminat "Setia Hujung Nyawa" yang terlepas menyaksikan episod yang sebelumnya boleh la ke blog "ceritamaster.com" yang menjanjikan episod yang berlalu sentiasa diupdate sehingga lah ke episod akhir. Dalam ceritamaster.com terdapat banyak lagi movie, drama yang boleh korang tengok. Kalau yang dah boring sangat boleh la layang cerita kat sini.Untuk sinopsis terjah la entri ini "Drama Setia Hujung Nyawa di TV3". Manakala untuk dengar lagu sweet OST
Setia Hujung Nyawa Akasia boleh la ke sini "Last Minute - Maafkan Aku (Setia Hujung Nyawa)".


TONTON.MY juga menyediakan episod yang lepas kepada anda. Nak tengok drama lain pun ada. Tapi korang kena la register dulu tau baru la boleh tengok semua siaran yang ada dalam TV3. Untuk yang nak tengok live pula boleh iaitu ke sini "http://live.tonton.com.my/livetv/". Kat sini macam-macam ada, tapi ASTRO tak de la kan, yang ada cuma TV3, 8TV, NTV7 & TV9. Yeah! senang kan, tak perlu beli TV kat kolej, cuma kena ada line internet yang laju je. hehe

Tonton online di : TONTON.MY
Amar Asyraf Fan Club: AmarLovers

"Tidak ada insan suci yang yang tidak mempunyai masa lampau, Tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan"

Selamat menonton! Thanks for reading.

Nota kecil : Apa yang lebih hebat daripada drama "setia hujung nyawa" ialah benda INI . Mesti korang akan rasa seram sejuk je.♥

5:36 PM 41 kata-kata indah...
Drama setia hujung nyawa telah mengisi Slot Akasia TV3 mulai 24 Disember 2012 menggantikan drama Cinta Itu Milikku yang baru sahaja berakhir. Antara pelakon yang membintangi drama 28 episod ini ialah Nellydia Senrose, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Drama ini merupakan adaptasi dari novel tulisan Fatin Nabila. 



Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA:

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.



Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.



Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.



Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?



pengarahnya ialah Rosyam Nor. Banyak pengajaran yang tersirat kita akan dapat dari drama ini. memang terbaik lah drama ni. Pelakon hebat membuatkan lebih teruja untuk menonton. *hensem hero dalam drama ni* .Lolz saksikan drama ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan Setia Hujung Nyawa boleh menontonnya di www.tonton.com.my. Lagi informasi di "http://www.budiey.com/sinopsis-drama-bersiri-setia-hujung-nyawa/". selamat menonton!



6:00 PM 46 kata-kata indah...
Older Posts

TUAN TANAH

Hi there! I’m Hazanis, the 30 years old. I hope you enjoy your visit to my
website. Much love! ♥
Untuk sponsorship, advertorial, jemputan event, review produk dan hal berkaitan boleh hubungi hazanis di :
hazanis88@gmail.com


Love Is Cinta Dot Blogspot

Follow Us

Popular Posts

  • Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie Download
  • Tips bercuti ke Bandung
  • Review Produk Citra Mulia Kosmetik
  • BE Nuffnang Ke-27, 28 & 29 : Nike, Physiogel, Maggi Kari
  • Koleksi SMS Ucapan Hari Raya
  • SENARAI NAMA ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN BERSAMA MAKSUD

TRAVELOG


HAT YAI, THAILAND (2019)
Tips Bercuti Ke Hat Yai, Thailand

SABAH (2017)
Percutian ke Sabah Serta Tempat Menarik Boleh Dilawati 

BANDUNG (2014 & 2015)
Tips bercuti ke Bandung
Bandung : Tangkuban Parahu
Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence
Bandung : Strawberry land, Floating Market, De' Ranch
Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung!
Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence

BALI (2014)
I Love Bali
Bali : Day 1
Bali : Day 2
Percutian bajet ke Bali

VIETNAM (2014)
Tips bercuti ke Vietnam Ho Chi Minh
Percutian ke Ho chi Minh, Vietnam - Day 1

KUALA TERENGGANU (2013)
Kuala Terengganu - Sumai Hotel
Tempat menarik : Kuala Terengganu

Followers

My Ping in TotalPing.com

Created with by ThemeXpose