! ✿ Love Is Cinta ✿ !

facebook twitter instagram
  • Home
  • Author
    • RESEPI
    • TUTORIAL
    • TRAVEL
  • TRAVEL
  • TUTORIAL
  • TIPS/KESIHATAN
  • RESEPI

RESEPI

TRAVEL

TIPS

Nampaknya drama yang kini semakin meletop bersiaran di TV3 merupakan kisah yang diadaptasikan dari novel  'Kau, Aku, Kita’ karya Orkid Edyliyne telah mendapat sambutan hangat. Siapa sangka gandingan baru lakonan Syarul Ridzwan bersama Janna Nick, diarahkan oleh sutradara Azman Yahya dibawah syarikat produkti JS Pictures Sdn Bhd telah membuka mata Mek Cah untuk setia menonton drama ini tepat pada waktunya setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam eksklusif di slot Lestary saluran TV3.

Tonton Online Kau Aku Kita

Tonton Online Kau Aku Kita

SINOPSIS DRAMA KAU AKU KITA
Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Iman Firdaus coming to u next week ! @syarulridzwan @adelinetsen @iseyfazlisham @tunkuhanis @hafidz.roshdi #kauakukita #jspictures #sayangketatsendatpadat
A video posted by Janna Nick (@jannanick) on Oct 23, 2015 at 9:57am PDT

Tonton Online Kau Aku Kita2

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?


Tonton Kau Aku Kita

Jangan lupa tengok tau, Mek Cah kasi 5 bintang sama seperti 'Filem Polis Evo Terbaik 2015!'. Opsss! terpegun dengan kecantikan Janna Nick yang ala korea tu. Comel sangat kan, tak perlu makeup tebal sebab kulitnya dah cantik. Syabas JS Pictures Sdn Bhd kerana berjaya menerbitkan drama Kau Aku Kita yang cukup mencuit hati ini lebih-lebih lagi menggunakan dialek Klate. Terbaik boh!
2:47 PM 2 kata-kata indah...
SINOPSIS FILEM PILOT CAFE | Keterujaan untuk menonton filem Pilot Cafe semakin membuak-buak apabila pelakon kegemaran Fahrin Ahmad memegang watak utama dalam filem tersebut. 


Disebabkan jalan cerita yang menarik sudah tentu ramai yang ingin menonton filem Pilot Cafe ini. Tetapi paling leceh perlu tonton di pawagam. Jadi macam mana pula dengan mereka yang tidak mempunyai masa menonton filem kegemaran di pawagam disebabkan sibuk dengan waktu kerja dan perlukan kos untuk dapat tiket wayang?.


SINOPSIS FILEM PILOT CAFE

   

Pilot Cafe Full Movie Download | Pilot Cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reeza (Fahrin Ahmad) jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kekacakan yang dimilikinya, Ameer menggunakan peluang itu sebaiknya untuk menjadi seorang playboy dan kaki perempuan. 

Sharmila (Neelofa), seorang gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Penampilan Sharmila sangat mempesonakan dan menambat hatinya. Malah, Ameer juga tidak bertepuk sebelah tangan. Sharmila turut jatuh hati pada dirinya. 

Perasaan tanpa batasan menyebabkan Ameer dan Sharmila terlanjur hingga Sharmila disahkan mengandung. Mengetahui Sharmila telah hamil, Ameer berprasangka mungkin anak itu bukan benih dirinya. Memandangkan penampilan Sharmila yang sentiasa memikat selera lelaki. Selepas Ameer enggan mengaku anak tersebut bukan dari darinya, Sharmila pergi membawa diri. Ketika itu dia berjumpa dengan Dr Khaleed (Eizlan Yusof), akhirnya Sharmila dan Dr Khaleed berkahwin. 

Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya, Haris (Keith Foo). Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe. 

Di Pilot Cafe itu, Ameer menemui cinta hatinya. Maya (Izara Aishah), seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid (Remy Ishak). Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Pada awalnya, Rashid memujuk Maya agar menggugurkan kandungan tersebut namun Maya enggan. Bagi Maya telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Dosa berzina, apatah lagi bila memikirkan dia bakal menanggung dosa menggugurkan anak.

Sudah jemu memujuk Maya, Rashid bertindak melarikan diri dari kampung itu. Dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takut untuk berterus terang dengan keluarganya, dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, Maya membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur. 

Sekali lagi Maya ditimpa musibah. Pemandu teksi yang menghantarnya ke Kuala Lumpur cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia merancang untuk menjual Maya dan bakal menjadikan Maya pekerja di kelab malam. Maya segera menghidu niat jahat lelaki itu. Lantas Maya melarikan diri sekuat hati.

Hayunan kaki Maya melangkah jauh hingga ke Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Tanpa disedari, dirinya telah jatuh cinta pada Maya. Namun, perasaan Ameer ditolak lembut oleh Maya. Baginya, cintanya masih tersisa pada Rashid. Ameer kecewa namun menghormati permintaan Maya.
12:15 AM 15 kata-kata indah...
Assalamualaikum Cinta

Sinopsis Isteri Separuh Masa | Drama terbaik dari gabungan Emma Maembong dan Aiman Hakim Redza yang membuatkan ramai yang telah jatuh dengan drama ini. Kerana watak yang dibawakan oleh Emma Maembong selalu sahaja comel maka ramai lah jejaka diluar sana jatuh hati dengan Emma. Ahakss, tetapi Aiman Hakim Redza apa kurangnya kacak dan berlagak namun ada juga la part yang baik hati. 


Sinopsis Isteri Separuh Masa :

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?


Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.


Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Jangan lupa tengok tau! pasti tak menyesal punya. Rupanya Emma Maembong comel gilosss dengan watak berhijab, kan molek gituh. Kihkih teruskan berjuang sebagai gadis muslimah. Nah lanje 'Fesyen cara pemakaian selendang'. semoga berjaya!. Mihmih

8:45 AM 3 kata-kata indah...
Assalamualaikum Cinta.

Sinopsis Suamiku Encik Sotong| Muka ni masih tersenyum-senyum melihat telatah Shaarnaz Ahmad di dalam drama Suamiku Encik Sotong. Shaarnaz yang membawa watak sebagai lelaki lembut telah mencuit hati penonton, mesti ramai yang tercari-cari episod drama Suamiku Encik Sotong. 



Sinopsis : 

Suamiku Encik Sotong mengisahkan, hubungan Farish (Sharnaaz Ahmad) dan Erica (Amyra Rosli) yang punyai personaliti berbeza dan sering bertengkar ekoran paksaan keluarga untuk mereka berkahwin selama 3 tahun agar dapat mewarisi harta peninggalan arwah neneknya. Sepanjang perkahwinan, mereka tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri, malah Erica telah jatuh cinta kepada sepupunya, Izhan (lakonan Amar Baharin), manakala Farish terlah jatuh cinta dengan rakan kolejnya, Dhia (Hanis Zalikha). Plot perjalanan drama yang punyai unsur komedi, mesej yang ringan dan cermat ini diteruskan dengan babak penantian mereka agar kontrak perkahwinan tersebut dapat dihabiskan.



Sinopsis Suamiku Encik Sotong | Jangan lupa tengok tau! pasti tak menyesal. Rupanya abang Jebat pun mampu membawakan watak lembut, opsss siapa sangka kan.  :)
8:37 AM 21 kata-kata indah...
Sinopsis Drama Yes Boss TV3 - Yes Boss ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad jam 6 petang bermula 15 Februari di TV3. Yes Boss merupakan adaptasi novel terlaris tulisan Areila Sahimi. 


Antara barisan pelakon : Aryana (Emma Maembong), Ilham (Fahrin Ahmad), Shamsiah (Noorkhiriah), Opah (Norlia Ghani), Dato Maarof (Eizlan Yusof), Datin Rokiah (Jasmin Hamid), Mellina (Aishah Ilias), Udin (Aidil Aziz), Harun (Shamsul Ghaw2), Midah (Wan Maimunah), Sakinah (Cha Cha Maembong), Jeffry (Hisham Hamid), Amanda (Shella Faeiz) dan ramai lagi. Yes Boss diterbitkan oleh Zeel Production.

Sinopsis Yes, Boss :

Oleh kerana tidak serasi bekerja di Pizza Hut, Aryana mencuba pula di McDonald’s. Tidak sesuai di McDonald’s berpindah pula ke Jaya Jusco. Akhirnya setiap tempat tu pun paling lama bertahan adalah selama 2 bulan sahaja. Bukannya dia terdesak sangat. Dia merupakan graduan universiti, tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temuduga pegawai kerajaan.


Menggunakan orang dalam dengan bantuan mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan sebagai seorang setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof iaitu Ilham merupakan kasanova yang mempunyai ‘simpanan’ edisi model keliling pinggang.


Selain menjalankan tugas rasminya sebagai seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tidak rasmi’ seorang setiausaha. Kena 'cover line' untuk bosnya setiap kali bosnya curi tulang, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan YES BOSS! Pening kepala Aryana melayani setiap kerenah bossnya itu. Aryana terpaksa bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan akhirnya hubungan mereka semakin rapat.


Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bossnya sendiri tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bossnya itu.

Bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Pada masa itu barulah dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang boss memerlukan setiausaha, dia terpaksa berdepan dengan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.


Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sudah terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? Nantikan drama Yes Boss Sabtu ini di TV3.

Review : jalan cerita yang boleh tahan, dah lama tak menonton drama melayu yang mempunyai unsur cinta, maklumlah busy dengan kerja.  hoho drama ini diselitkan dengan babak yang kelakar. memang tak boring bila menonton. si fahrin yang kacak, gelagat comel emma membuatkan mek cah tak puas tengok cerita ini. layan di tonton pun okay. Yess, Boss. memang terbaik.

Selamat menonton.♥

9:54 PM 20 kata-kata indah...
Salam cinta.


terpengaruh dengan adik dengan cerita cinta walaupun dah lama tak layan drama macam ni. baru nak insaf tak nak tengok drama waktu maghrib. hukss okay drama ini juga hot tau "Tonton online Sebenarnya Saya Isteri Dia", & "Tonton online Setia Hujung Nyawa Episod 1-28". Pelakon utama iaitu Zara Zya berjaya membawa watak dengan baik. suka dengan imej pelakon wanita yang bertudung buat drama ni macam tersengeh-sengeh sorang diri bila tengok. walaupun kekadang terlepas menonton maka mek cah layan di tonton.my. wink!


Love You Mr. Arrogant ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 25 September 2013. Drama arahan Eoon Suhaini ini merupakan drama adaptasi dari novel "Love You Mr. Arrogant" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Aliesha Kirana. Teraju utama untuk drama ini ialah Zara Zya dan Azlee Khairi.


Pelakon Utama
  1. Zara Zya sebagai Zaara Amirah
  2. Azlee Khairi sebagai Zafrel Irham
  3. Hanez Suraya sebagai Sherry
  4. Keith Foo sebagai Hadry
  5. Anzalna Nasir sebagai Fariza
Sinopsis:

Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.


Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.


Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.


Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.

Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.


Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.


Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya.

INFO : http://www.tv3.com.my/shows/drama/Love_You_Mr_Arrogant_1380254041.html
SINOPSIS : http://ms.wikipedia.org/wiki/Love_You_Mr._Arrogant
GAMBAR : http://www.rotikaya.com/love-you-mr-arrogant-ganti-cinta-jannah-mulai-hari-ini/03-love-you-mr-arrogant-ganti-cinta-jannah-mulai-hari-ini-rotikaya/#top


9:00 AM 11 kata-kata indah...
Older Posts

TUAN TANAH

Hi there! I’m Hazanis, the 30 years old. I hope you enjoy your visit to my
website. Much love! ♥
Untuk sponsorship, advertorial, jemputan event, review produk dan hal berkaitan boleh hubungi hazanis di :
hazanis88@gmail.com


Love Is Cinta Dot Blogspot

Follow Us

Popular Posts

  • Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie Download
  • Tips bercuti ke Bandung
  • Review Produk Citra Mulia Kosmetik
  • BE Nuffnang Ke-27, 28 & 29 : Nike, Physiogel, Maggi Kari
  • Koleksi SMS Ucapan Hari Raya
  • SENARAI NAMA ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN BERSAMA MAKSUD

TRAVELOG


HAT YAI, THAILAND (2019)
Tips Bercuti Ke Hat Yai, Thailand

SABAH (2017)
Percutian ke Sabah Serta Tempat Menarik Boleh Dilawati 

BANDUNG (2014 & 2015)
Tips bercuti ke Bandung
Bandung : Tangkuban Parahu
Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence
Bandung : Strawberry land, Floating Market, De' Ranch
Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung!
Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence

BALI (2014)
I Love Bali
Bali : Day 1
Bali : Day 2
Percutian bajet ke Bali

VIETNAM (2014)
Tips bercuti ke Vietnam Ho Chi Minh
Percutian ke Ho chi Minh, Vietnam - Day 1

KUALA TERENGGANU (2013)
Kuala Terengganu - Sumai Hotel
Tempat menarik : Kuala Terengganu

Followers

My Ping in TotalPing.com

Created with by ThemeXpose