Review Filem Polis Evo Terbaik 2015!

Sebelum ini Mek Cah pernah berkongsi 'Sinopsis Filem Polis EVO' dan kisah keterujaan untuk menonton filem Polis Evo kini impian tersebut tercapai tau!. Yeayyy, terima kasih En Suami sebab layankan sahaja karenah isterimu ini. Oh ya! yang terkini filem Polis Evo sudah boleh tonton online di artikel ini 'Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie'. Rugi tau kalau korang tak tengok. :P

review polis evo

Sekarang dah canggih sikit, tiket menonton wayang boleh dibuat menerusi online menerusi https://www.tgv.com.my/ . Cuma bayar secara online banking ataupun guna card credit. Contohnya macam ni :

booking online tiket wayang

Mek Cah bukan lah kaki wayang dan bukan suka sangat ke pawagam, tetapi disebabkan ramai kata Polis Evo ni best terus ajak suami ke sana. Tak nak tunggu online streaming seperti 'Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie'. Lambat tau!

Kitorang menonton filem Polis Evo ni di Mesra Mall, Kemaman jam 8.30 malam. Jadi sempat la kami solat maghrib dulu di rumah sebelum bergerak ke sana. Masa sampai tu korang tunjukkan sahaja booking nombor kepada staff disana dan terus masuk dalam. Wow senangnya tak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Mihmih

filem polis evo

polis evo

Antara nilai pengajaran yang terdapat dalam filem Polis Evo ini ialah :
  • Bertanggungjawab  
  • Hormat-menghormati                 
  • Hormat dan patuh kepada ibubapa
  • Hormat kepada orang yang lebih tua
  • Hormat kepada raja dan negara
  • Patuh kepada ketepatan masa
  • Menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa
  • Menghargai tenaga kerja                       
  • Kasih-sayang
  • Sayang kepada nyawa
  • Cinta kepada Negara
  • Cinta kepada keamanan dan keharmonian
  • Keadilan                  
  • Keberanian
  • Berani kerana benar
  • Persaudaraan
  • Tanggungjawab bersama

pelakon polis evo

Semua perkara diatas adalah nilai pengajaran yang tiada tolak bandingannya. Susah tau nak dapatkan filem seperti ini seperti sekarang. Walaupun keganasan dan jenayah dipamerkan dalam filem melayu Polis Evo ini namun terlalu banyak nilai positif yang dapat dilihat menerusi filem ini. Paling best kemesraan antara keluarga Zizan Razak dan nilai persahabatan walaupun pada mulanya Zizan Razak dan Shaheizy Sam bermusuhan kerana berlainan pendapat. Si Nora Danish pula sentiasa comel dengan wataknya. Cun tau!

review filem polis evo
Hasrat menonton filem Polis Evo tercapai
Inilah wajah kepuasan hati setelah menonton filem Polis Evo. Sungguh tidak mengecewakan tau. Apa-apa pun korang pasti enjoy melihat filem Polis Evo ini dan pasti tidak akan menyesal. Cepat lah kepanggung berhampiran kawasan anda sekarang!.

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

3 ulasan:

  1. mesti best ni kan. tp kalau ajak bf liz hem dia tak mo tgk ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang lelaki suka tgk cite mat salleh je kan :(

      Padam
  2. Huhu...smart2..ada FB x ke Instagram ada?

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...