Assalamualaikum cinta.
tiba-tiba terasa malu kerana dah seminggu blog love is cinta sunyi tanpa entri terkini. untuk makluman korang, nis dah kekeringan idea untuk update entri baru. memandangkan masa pun tidak mengizinkan dengan sibuk jaga anak saudara, perniagaan di "hazanis fashion", maka kasih dan sayang untuk blog ini pun berkurang. tapi rindu tetap ada untuk update entri baru seperti dulu.
Perkataan utama untuk entri kali ini "Terima kasih blogger Hafiz Hafizol!!"
motif entri kali ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih untuk blogger terencem malaya iaitu Hafiz Hafizol, kerana entri beliau blog ini mampu mengekalkan jumlah kunjungan ke blog ini. hukss takut juga sekiranya traffic blog menurun. alhamdulillah dengan wujudnya entri dari hafiz hafizol masih meraih visitor.
namun rasa tak layak berada di entri ini "15 BLOGGER PALING CANTIK DI MALAYSIA". terfikir beribu-ribu kali kenapa dan mengapa blog hazanis tersenarai sedangkan diriku hanya insan biasa berbanding blogger yang lain. haishhh berbanding fatin liyana, fatin suhana, nisa kay, yuyu zulaika, irine nadia, hanis zalika, lysaa, dan lain lain memang jauh berbeza seperti langit dan bumi.
Apa yang penting Fatin Liyana menjadi yang teristimewa dalam blog ini. wujudnya entri ini "Fatin Liyana : Gambar pilihan paling comel", "Fatin Liyana - minaztv@youtube", "Close up bersama Fatin Liyana" , "Fatin Liyana : You are beautiful" & " FATIN LIYANA : NASI LEMAK KOPI O TV9" menjadi bukti hazanis peminat beliau. eceh! #sempat lagi promote. Lolzz#
sekarang hanya mampu cakap hafiz hafizol mungkin tersilap letak nama hazanis sebagai salah seorang blogger paling cantik di malaysia. tak mampu nak capai ke tahap itu, terasa bagaikan langit dan bumi dengan blogger yang lain. dengan kecantikan, pendidikan yang tinggi, style, pangkat, mampu membezakan hazanis dengan mereka. jauh panggang dari api. kerana merekamemiliki semuanya berbanding dengan hazanis yang hanya biasa-biasa sahaja.
apa pun terima kasih hafiz hafizol kerana memberi peluang gambar hazanis tertempek dalam entri itu. terharu, dan terima kasih blogger mek onie kerana memberitahu tentang entri tersebut. :)
apa pun selamat berblog dan terima kasih semua. terjah blog mereka sebagai sokongan untuk sahabat blogger kita. semoga terus maju dan success selalu. xoxo.


























