Assalamualaikum cinta.
Mood dikampung masih tinggal lebih kurang 4 hari lagi. Selama seminggu mek cah tidak online facebook dan blog kesayangan Love is cinta. Memang teramat rindu, bimbang sekiranya tiada lagi sahabat blogger yang akan singgah di blog ini. Itu yang paling merunsingkan hati. Opss rindu blog Love is cinta dapat mengalahkan rindu kepada facebook. Rupanya hidup tanpa facebook hidup lebih tenang dan bahagia. Tapi blog?? Mek cah rindu segalanya, rindu nak stalk blog yang selalu mek cah terjah dalam diam. Muehehehe rindu untuk blogwalking, rindu nak tegur rakan-rakan blogger. Semuanya rindu lah.
Maka, selama 30 minit di cyber café terus mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa rindu untuk sahabat semua. Walaupun belum pernah bersua muka tapi rasa rindu nak baca blog orang lain memang sentiasa meronta-ronta. Hehe tapi apakan daya kerana sifat kedekut dan sifat berjimat cermat mek cah dengan terminated broadband maka bila pulang kekampung memang tak dapat online la kan.tapi lantak lah janji mek cah dapat menguji kerinduan ini terhadap korang semua. Ehem bila difikirkan balik rugi tak guna pakej murah INI. humm Ucapan salam aidiladha buat sahabat semua dan semoga ucapan ini belum terlambat.
Terima kasih sudi baca.
Nota kecil : Berat badan dah naik. semakin stress ni. Sob sob . Nak badan cantik macam gadis INI memang tak la kan. T_T