RESEPI

TRAVEL

TIPS

Imbasan 2013

by - 10:30 AM

Assalamualaikum cinta.

Tahun 2013 telah meninggalkan kita. namun memori suka dan duka sepanjang tahun 2013 tetap dalam ingatan. Happy new year dan selamat datang 2014, semoga tahun 2014 ini memberikan 1001 kegembiraan buat pemilik blog Love is Cinta dan rakan-rakan semua. Now! Imbasan memori 2013 yang menjadi kenangan suka dan duka sepanjang 2013 berlangsung. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk merasai nikmat indah hidup yang sebenar.:')

-FRIENDSHIP- 


Alhamdulillah, persahabatan memberi kita peluang untuk kenal erti kasih sayang. sahabat yang sejati mewarnai setiap hari-hari kita. perkenalan dengan Mek Onie owner blog "letopkeypad", membuatkan life mek cah di zaman belajar UITM Puncak Perdana tidak sunyi. hadirnya mereka semua memberi semangat dan menceriakan hari-hari Mek cah. hari terakhir sebelum meninggalkan bumi Puncak Perdana. Last dating "IKEA : Dating bersama blogger mek onie".


sahabat zaman kanak-kanak selamat mendirikan rumahtangga. tahniah kawan! kawan tepi rumah, kadang-kadang rasa tergugat sebab kebanyakan kawan dah kawin. so tergedix jugak rasa nak kawin. lolzz tahniah jugak sebab bakal bergelar ibu. :P

-GRADUATE FROM UITM PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM-

Alhamdulillah telah tamat belajar dalam bidang ijazah pengurusan rekod! akhirnya dah berjaya habiskan pengajian yang selama ini terasa amat membebankan.:')




Memori "Konvokesyen UITM dan Kesayangan" tetap dalam ingatan. terima kasih kawan kerana hadir dalam hidup ini. penat lelah dapat kita harungi bersama. terima kasih ex-housemates kerana sudi datang bagi bunga. hikss

-AUNTY LANG-


Mak Lang, nama yang telah sebati dalam keluarga ini. dapat anak buah yang comel pluss bambam menceriakan hari-hari mek cah. tanpa ummi Muhammad Afif Al-Fateh mek cah menjaga bambam sampai lah ke umur 9 bulan. Alhamdulillah sudah ada pengalaman jaga anak sendiri nanti. siapakah bakal pak lang afif?opss

-OWN BUSINESS "HAZANIS FASHION"-


sebelum ini tiada cita-cita langsung untuk membuat online shop. disebabkan tiada kerja selepas tamat belajar, aktiviti suka-suka menjadi sumber pendapatan kepada mek cah. alhamdulillah dengan rezeki berniaga. syukur. Bukti "Hazanis Fashion" berjaya "Cara Pakai Selendang dari Hazanis", "Baju Kurung Peplum Dari Blog Hazanis Part-5" dan banyak lagi. :')

sempat promote :


photoshoot for hazanis fashion collection

-TRAVEL, HOLIDAY-


Sumber pendapatan dari berniaga memberi peluang untuk mek cah terbang ke banyak tempat dalam tahun ini. contohnya Labuan, kota kinabalu, kuala lumpur, bandung, Penang, Langkawi. Alhamdulillah, alhamdulillah dapat menikmati keindahan ciptaan Allah. disaat mek cah  tidak punyai pekerjaan tetap Allah bagi rezeki dalam berniaga. syukur sangat peluang ini digunakan untuk terbang contohnya "Percutian ke Bandung : Day 1 (Strawberry land, Floating Market, De' Ranch" dan "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu)"


Kenangan di Batu Feringgi, Penang


Promosi tambang murah AirAsia !!, semuanya mampu. insyaallah entri di sabah akan di update nanti termasuk juga dengan percutian singkat di Langkawi.

-EVENT BLOGGER-


Latest event dapat kenal ramai blogger hebat seperti Farid, Farisya, Nabila, dan banyak lagi! terima kasih SUMAI HOTEL kerana ketemukan kami dalam event ini. 


terjumpa Nora Danish dalam satu event khas untuk media. berkesemptan menemuramah beliau secara lebih dekat. "Blogger dan Media Dijemput : Duta Fruitale, Nora Danish ke Melaka untuk Sesi Bertemu Peminat".


Majlis pelancaran Innershine Camu Camu bersama Izara Aisya sebagai duta terbaru innershine menemukan mek cah dengan pemilik Beautifulnara yang terkenal menceritakan tentang gosip artis . okay! dia memang blogger otai!

-GADGET-


Rezeki berniaga juga mek cah berpeluang membeli "Nikon Coolpix L820 dalam gengaman" dan Samsung Galaxy Tab 3. Alhamdulillah. Next gadget??:P

Sekian imbasan tahun 2013. Yang pasti tahun ini 2014 mek cah ingin menjadi lebih baik dari semalam. semoga kekecewaan yang lepas tidak akan berulang, semoga kegembiraan mewarnai tahun ini. insyaallah :)

#Semoga Tahun Baru lebih istimewa dari tahun sebelumnya. Papai.


You May Also Like

23 kata-kata indah...

  1. nak tanye, pakai bedak ape ye? putihnye muka. hehe

    ReplyDelete
  2. mek cah comeeelll ~ hihi. smoga 2014 mnjadi thun yg lbih baik ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisyah comel. semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. untuk kita semua.:)

      Delete
  3. Alhamdulillah atas rezeki yg diberikan. hebat bisnes awak. sampai boleh fly luar negara tu. boleh beli gadget2 mahal .


    semoga terus sukses .

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki hafiz. tq support blog ni.:)

      Delete
  4. Alhamdulillah..melimpah rezeki mekcah tahun 2013..harap 2014 pun sama jugak..jom support ifah meniaga kat blog..jemput singgah tau :') mana tau ada rezeki boleh melancong banyak tmpat, tgk keindahan ciptaan Allah hasil berniaga gak...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin. semoga awak pun success selalu.:)

      Delete
  5. alhamdulillah mek cah, good girl ever n ever yawww,hik....gambar hok first tu nok suko sebab time tu dop paka crowning teeth lagi,muahahaha...happy gop dapat kenal mek cah ,muah! ^_^

    ReplyDelete
  6. Seronoknya.. Banyaknya rezeki blogging!! moga sukses selalu.. :)

    ReplyDelete
  7. cantiknya hazanis ni.. suka tengok muka dia..

    ReplyDelete
  8. seronok juga kan pgalaman 2013 hazanis :) dlm kngan smuanya lg2 jmpa abg nara haihhh ^_~

    ReplyDelete
  9. banyak benda yang hazanis lalui..banyak kenangan 2013..semoga 2014 lebih bermakna lagi..kalau dapat jumpe lagi bagus..waa kenapa nad tak tau hazanis study kat shah alam puncak perdana..sobsob..kalau tak boleh hangout..

    ReplyDelete
  10. tahniah kak!!!
    semoga berjaya didunia dan diakhirat :)

    ReplyDelete
  11. semua Cantik2..Good luck dik :)

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥