Blogger dan Media Dijemput : Duta Fruitale, Nora Danish ke Melaka untuk Sesi Bertemu Peminat Sempena Pertandingan Transformasi Fruitale FairWhite UV



Fruitale, rangkaian penjagaan diri sabun buku dan krim mandian dengan ekstrak buah-buahan semulajadi dengan bangganya memperkenalkan pelakon terkemuka Nora Danish sebagai Duta Fruitale ke Melaka untuk sesi bertemu peminat dan memperkenalkan pertandingan Transformasi Fruitale FairWhite UV. 

Nora Danish yang sinonim dengan watak Puteri dari siri TV berjudul Puteri dan kini bergelar bintang terkenal dalam filem terbarunya iaitu ‘Mencari Cinta’ akan berkongsi tips kecantikan, membuat aksi Gyiyomi, sesi beramah mesra dan bergambar bersama peminat dan menasihati wanita kini bagaimana mereka boleh menyerlah dengan Fruitale FairWhite UV. 


Fruitale juga akan memperkenalkan Pertandingan Transformasi FairWhite UV dan penyertaan masih dibuka dan menawarkan hadiah berjumlah sebanyak RM7,000. 

Kami ingin menjemput wartawan & jurugambar daripada pihak media anda untuk sesi menemu ramah bersama Nora Danish dan wakil Fruitale, Cik Angeline Sim mengenai: 

» Objektif Pertandingan Transformasi Fruitale FairWhite UV 
» Sambutan orang ramai terhadap pertandingan ini 
» Pelantikan Nora sebagai Duta Fruitale 
» Petua kecantikan menggunakan buah-buahan yang dipraktikkan oleh Nora Danish 
» Perkembangan terbaru karier seni Nora Danish 

Butir-butir majlis:- 

Tarikh Sabtu, 22 Jun 2013 
Masa 12:00 petang – 1:00 petang 
Tempat MYDIN Wholesale Hypermarket MITC, MELAKA No.12, Mydin Mall MITC, Hang Tuah Jaya Ayer Keroh, 75450 Melaka 

Aturcara:-

11:30am Pendaftaran Media 
12:00pm – 12:30pm 
  • Memperkenalkan Nora Danish sebagai Duta Fruitale 
  • Aksi Gyiyomi bersama Nora Danish 
  • Permainan dan sesi menemu ramah bersama Nora Danish 
12:30pm – 1:00pm 
  • Wawancara bersama Nora Danish (Media & Bloggers)
  • [*atas permintaan] 
1:00 pm 
  • Sesi bertemu peminat dan sesi autograf bersama Nora Danish 
  • Upacara tamat 
Kami akan menghubungi pihak anda untuk mengesahkan kehadiran. Jika anda ingin menemu ramah dengan Nora Danish atau kakitangan Fruitale, jangan keberatan menghubungi kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu. Terima kasih.

Jemputan dikeluarkan bagi pihak Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd oleh About Communication Sdn Bhd 

Untuk mengesahkan kehadiran atau pertanyaan media, sila hubungi Alvin Woon (016.668.4010), Qistina Azizan (017.500.7172) atau di talian 03.8075.6000 atau emel kepada rsvp@aboutcom.com.my



--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

4 ulasan:

  1. waaa sounds interesting. blogger pun cam wartawan dah hehe.

    BalasPadam
  2. Wait...maydin mall mitc? dekat je nie... orait...

    BalasPadam
  3. Ala... masa yang tak sesuai. Mieya kerja.. huhu

    BalasPadam
  4. blogger, jom join!

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/wang-tunai-rm5000-untuk-blogger.html

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...