Kisah di Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum cinta.
Entah kenapa sekarang malas sangat nak update kisah peribadi. Zaman dulu-dulu suka sangat share gambar kesana kemari. setiap kali kuar outing mesti nak snap dan share dalam blog or facebook "hazanis blogspot". sekarang mood malas ni dah datang bila rasa dah tua. eleh! tapi itu semua tetap dalam kenangan. kenangan i love photography masih kekal dalam diri. terjah sini " I Love Photography" untuk lihat zaman hazanis masa muda mudi remaja dulu. Lollzz kat situ banyak kot list kenangan bersama rakan talent & photog. rindu.;)
Okay sekarang, untuk raya memang biasa-biasa je. 5 hari sebelum raya baru dapat buat persiapan. nasib baik sempat belikan mak sepasang jubah liplap lip lapp, belanja abah kemeja dan wallet, belanja abang baju raya dan selipar raya, belanja adik diela baju raya dan selipar. alhamdulillah tahun ni rasa berbakti sangat sebab semuanya hazanis dapat settlelan dalam masa 5 hari. kuih raya memang wajib buat. tak percaya lihat entri ini "Resepi Biskut Raya 2013". dengan tanggungjawab sebagai owner "Hazanis Fashion" memang berat. lagi-lagi nak raya, permintaan untuk baju dan jubah meningkat. memang rezeki dibulan ramadhan. sebab tu dapat belanja family baju raya. hikss sekarang pun dapat duit raya dari Nuffnang kerana BE Nuffnang ke-9 : RHB Debit Mass Usage masih running di blog ini. Alhamdulillah.
Sehari sebelum raya masih sibuk siapkan biskut raya. entah kenapa hari tu hazanis tengok abah lain macam je. nampak sangat kurang sihat, dah la selalu batuk-batuk, makan pun kurang, berjaga tengah malam. bayangkan abah selalu bangun pukul 2 pagi , sahur seorang diri dan terus pergi masjid. mesti la masa sahur tu makan tak berapa nak selera kan. so tengok kat abah pun memang makin kurus dan kurang makan. so hari tu tiba-tiba abah jatuh, terkejut tapi abah masih boleh bangun dan berdegil nak ke masjid. okay fine! mak bagi abah pergi masjid tapi jangan dengan moto takut apa-apa yang terjadi. so abah pergi jalan kaki memandangkan masjid dekat je dari rumah. after abah balik solat zohor tiba-tiba abah jatuh pengsan. terus mak buatkan abah air milo dan bagi abah makan biskut raya yang hazanis tengah buat. lepas terus bawa abah ke bilik kecemasan klinik wakaf bharu. nasib baik tak ada apa-apa kata doktor,. bimbang gak takut abah kena tahan dan kami sekeluarga beraya di hospital. alhamdulillah abah kembali pulih, dan rasa takut telah hilang. hukss takut jugak kehilangan abah. Alhamdulillah dapat beraya bersama.:')
sambutan raya tahun ni berlainan sikit sebab tahun ni hazanis dapat sediakan duit raya untuk sepupu dan anak murid mak & abah (abah & mak mengajar mengaji). hehe rasa macam dah dewasa , dan patut kawin dah. lolzz alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri walaupun sekarang nis belum kerja. sekarang cuma bergantung dengan business "Hazanis Fashion" je. Tapi bersyukur. :')
Raya ke-2, dengan adanya henset Samsung Galaxy S Advance membuatkan hati ni malas nak usung ke sana kemari "Nikon Coolpix L820". so nikon ni tolak tepi, just guna bila nak shoot koleksi untuk "Hazanis Fashion". lagi satu dah aktif di instagram "hazanis blogspot". senang nak upload gambor. :P
lupa nak bagi tahu entri ni "Koleksi SMS Ucapan Selamat Hari Raya 2013" membuatkan hazanis terkejut satt sebab page view mencecah 20k lebih sehari sebelum raya. belum pernah dapat page view macam ni. paling kurang pun 8k. Alhamdulillah berkat reader yang nak cari koleksi sms yang sesuai untuk kenalan mereka.
Konon-kononnya sweet dengan adik, padahal selalu je main tarik tudung sebab gaduh. lolzz bila si diela ni balik berat badan hazanis akan bertambah sebab selalu ikut dia makan. kalau dia balik Unisza, bab makan selalu je hazanis abaikan. hikss nak diet dan busy. mihmih lega sebab ramai tanya kenapa makin kurus? jawabnya sebab puasa. teheee mari mengimbau aidilfitri tahun lepas punya "Aidilfitri 2012 : Part I" & "Aidilfitri 2012 Part II : Warisku Raya".
Raya ke-3 mood sempoi-sempoi, tak tahu nak pakai apa terus rembat jubah dari "Hazanis Fashion" sendiri. hikss untung tak perlu cari kat kedai . Alah jubah macam ini la "Fesyen jubah terkini hanya RM79 termasuk postage". shawl pulak dari wakaf che yeh RM10 sahaja, best pakai. Oh yer yang request cara pakai shawl macam ni maaf yer sebab belum sempat nak amik video bagai. maklumlah nis ni pemalu. muahaha sorry tau. yang penting senang je buat shawl jadi macam ni. picha nampak menyedihkan sebab menunggu tetamu yang masih belum sampai. lozz ini hasilnya.
itu sahaja kisah hari raya hazanis yang dapat dikongsi. mungkin raya kali ni merupakan raya terakhir sebagai bujang. insyaallah tahun depan beraya bersama suami tercinta. Amin muahahaha gedik tuh. dengarkan ucapan selamat hari raya khas dari mek cah dan bakal suami. Lolzz
Blog love is cinta di beri nama,
Pemilik diberi gelaran hazanis kerana cinta ,
Ingin ku ucapkan selamat hari raya,
Buat dirimu sekeluarga,
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin."
Thanks for reading. xoxo.
37 kata-kata indah...
wahh! lawa-lawa baju raya hazanis! dah la orgnya dah lawa..awhhh!
ReplyDeletexboleh nk lawa datin fiqah lagi.:P
Deletecntiknya awak..comel je tgk..
ReplyDeletedalam gambr je awak.:)
Deletetak pernah tak comey.
ReplyDeletegrm
xleh nok lawe kak lya lagi tuh.
Deletemuka sama je adik beradik :)
ReplyDeleteinner tudung je sama.:)
Deleteinner beli kat mana?cantik sgt..
Deletecantik.. keep posting..
ReplyDeletehttp://novaleeza.blogspot.com
pnt akak komen tak kuar rupeneyr... pyh intenet opis akak nih...
ReplyDeletejeles tgk baju anis yg cantik2 tuh, bdn selim sume kene...
semoga abah anis cpt sihat... org tua biasalah mana nk duk rehat lg2 time raya...msti nk ke masjid jgk
Selamat hari raya hazanis... comenya die...
ReplyDeleteMek Cah nak kahwin dah ?? :O
ReplyDeleteselamat hari raya :)
ReplyDeleteselamat hari raya! wahh alhamdulillah rezeki byk taun ni kan.. terasa lebih bermakna bila semua kita buat walaupun penat.. sekali setaun jer
ReplyDeletesayang kak cah comey ketat-ketat!
ReplyDeleteheeeeee
Sweetnya di hari raya
ReplyDeleteSweetnya kamu adik beradik ☺☺
ReplyDeletecantiknya baju2 dia hehe
ReplyDeleteslamat hari raya sis. dua2 comel. akak n adik. :)
ReplyDeletewewittt comey lote;)
ReplyDeletenak ucap selamat hari raye jugoppp ke cik comey lote nim.
selamat hari raya.
ReplyDeletemacam-macam pesen muka yek. haha..
maintain cute je keknis ni sorang nie..
ReplyDeleteamboi! main rembat je baju kat hazanis fashion..
eh, samela kite ihiks..sbb tak sempat nak beli baju raya..
akak comey supo skalo! smga bisnes koho maju n mrah rezki!
ReplyDeleteselamat hari raya mekcah ! omey omey nyooo ^^
ReplyDeleteselamat hari raya. kakak dan adik nampak comel dua-dua. :)
ReplyDeletecantik2 je baju...bisnes hanis mkin maju ek..:)
ReplyDeletemek cah comey sgt...slmt hari rya mek cah..<3
ReplyDeletecomelnya!
ReplyDeleteMacam dah tua sangat pulak kan
ReplyDeletehihihi
btw, comel sangat!!!
Cantik sungguh la hazanis ni... wahhhhhhh... :3
ReplyDeleteomeinya haniz~
ReplyDeletehazanis mmg sentiasa cumelll...suke tengok..^^
ReplyDeletedah lama tak singgah sini. hehehe..
ReplyDeleteHappy Eid Mek Cah, comelnyer Mekkkkk ! :3
eceh siap berpantun lg tu. hihi. selamat hari raya =) btw lawa beg! <3
ReplyDeletebest .....cerita awak:-)
ReplyDeletebest .......cerita awak:-)
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥