RESEPI

TRAVEL

TIPS

Tahniah! Anis Dan Azia Sah Menjadi Isteri Dan Bakal Ibu

by - 5:37 PM

Assalamualaikum Cinta.

Biasanya kalau episod kawan bertunang dan kahwin pasti laju-laju update di blog. Maklum lah ingin berkongsi kegembiraan bersama rakan blog. Eceh! tak syok la pula kan selalu skema bercerita pasal fesyen berselendang dan kisah travel je. Mihmih


Disebabkan masa yang agak terhad menghadap blog kesayangan sebab itu episod manis BFF Mek Cah tidak sempat dikongsikan disini. Tak pe, kalau mereka dapat baby comel pasti cepat-cepat Mek Cah update blog tentang berita gembira tersebut.

Anis Zahirah dan Zikri (01.08.14) 


Kalau tak silap tarikh pernikahan mereka 1 Ogos 2014, sebelum ini Anis dah bertunang dalam tempoh beberapa bulan. Macam tak percaya je anis bakal berkahwin, sebab anis jenis cool dan tidak banyak bercerita tentang cinta. Tup top dah nak kahwin, so tumpang gembira sahaja. Kalau dulu-dulu suka photoshoot 'Outing Ria Ria Raya sekarang perlu dielakkan sebab masing-masing dah besar. Hihi 

Paling menggembirakan hati bila anis ada beritahu berita gembira yang dia bakal bergelar ibu. Patut la dalam Facebook selalu je upload gambar baby dan mengidam itu lah, ini lah. Hehehe rupanya dah ada isi, tak sabar melihat perut Anis membesar. Olololo comelnya! 


Berita gembira dikongsi menerusi whatsapp dan Mek Cah rasa yang lain ramai yang belum tahu. kalau sebelum ni asyik dating je dengan Anis sekarang dah jarang sebab anis dah ada En. suami, lagipun dah berpindah mengikut suami ke Kerteh dan kerja pun dekat Kerteh. Jadi sekarang kami jarang keluar bersama rindu pula kenangan bersama 'Jalan-jalan dengan Cik ted' , tetapi kadang-kadang ada la juga whatsapp bertanya khabar. 

Nurul Azia dan Nadzim (11.10.14)


Yang ni kawan masa diploma UITM Machang, tapi masa ni kami tak rapat sangat cuma bertegur macam tu je. Yelarkan, Azia ni orang popular dalam fakulti kami sebab cantik dan pandai lagi-lagi orang key-el. KIhkih Mek Cah lak hanyalah pelajar biasa yang tak banyak cakap dan lebih suka berkawan dengan orang terdekat je.


Tapi bila sambung degree di UITM Puncak perdana kami mula rapat sebab kelas sekali dan setiap kali ada group assighment pasti kami bersama. Keluar buat research sama-sama [Anak raja sedang menanti di Istana Seri Menanti], jalan sama-sama. Yang paling best naik bas dan monorail ke Times Square. Hikss Azia dan Nadzim pasangan yang cool sebab tak de sangat bab gaduh-gaduh kira percintaan mereka tiada tekanan sangat. Kalau tak silap di artikel ini 'Dia yang bernama 'Markonah Meletop' dan 'Kembara di Melaka Bandaraya Bersejarah' ada gambar mereka bercinta. Masa belajar dahulu, Mek Cah je yang duk pong pang pong pang nak kahwin terus lepas habis belajar, si Azia relak je cakap aku lambat lagi. Tengok-tengok sekarang dah lain, tiba-tiba kahwin dan bakal jadi ibu juga. Ini tidak adil kedua BFF Mek Cah dah nak jadi ibu tapi diriku masih begini tetap menanti putera idaman hati. Insyaallah jodoh pasti bertemu.


Selepas tamat belajar Mek Cah balik kelantan dan cuba cari kerja di kelantan. Jarang-jarang sekali ke Key-el untuk derakss dan jumpa juga Azia. So untuk pernikahan Azia pada 28 Oktober 2014  mek cah sanggup tempah tiket flight awal semata-mata nak tengok Azia kahwin. Alhamdulillah semuanya selamat, sempat menyaksikan episod akad nikah dan bersanding. Awak kita rindu nak jalan sama-sama 'Pelajar UITM Puncak Perdana yang sesat di Pasar Karat' lagi.


Lebih gembira beberapa minggu lepas Mek Cah dapat berita Azia bakal bergelar ibu. Berita ini pun di beritahu sendiri oleh Azia melalui whatsapp. OMG! tahniah Azia dan masa itu juga terkeluar airmata. Rasa gembira, sedih semuanya bercampur. Okay! masa untuk kejar status sebagai isteri dan ibu juga. Krikk

Apa pun, Mek Cah gembira dengan perkahwinan kedua-dua BFF Anis dan Azia. Mek Cah doakan semoga hubungan mereka bersama pasangan berkekalan hingga akhir hayat, dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Amin

You May Also Like

13 kata-kata indah...

  1. jodoh tiada siapa yg tahu kan ,itu semua kerja Allah , sebagai hambaNya ,bersabarlah ,insya allah tak lama lagi dtglah jodoh mek Cah ..aamiin:)

    ReplyDelete
  2. wah wah ramai nyo saem2 nikoh dah. mek cah bila lagi??? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu nikoh xtahu lagi. Lekkk luh. Hehe (^-^)//

      Delete
  3. rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rinduuu awop gopp. Awop kawin wajib jemput tuh. Insyaallah saya usaha gih.. ;)

      Delete
  4. Assalam..

    akak doakan semoga mek cah cepat2 mengikut jejak langkah kawan2 yg lain..amin2 :)

    ReplyDelete
  5. tahniah utk dua sahabat baik hazanis tuh...

    ReplyDelete
  6. Selamat Pengantin Baru kepada mempelai... semoga bahagia sehingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  7. tahun depan kita dua lak kan sasa,, hehee

    ReplyDelete
  8. http://anaalthafunnisamisshieda.blogspot.com/


    wah. nice blog awak. saya lebih suka blog awk. :) jemput singgah ke blog sy

    ReplyDelete
  9. maaf lah yee..tadi sy tecopy artikel nie..igtkan artis kawin..pelik je x ada org tengok..chek2 rupanya kawan tuan tanah,,hatisedih

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥