Tips Inner shawl kelihatan muncung...Awak tanye, saya jawab..:)




Assalamualaikum sahabat semua...

entry kali aku nak buat secara ringkas dan padat...ahak...boleh tak???... Actually aku dapat beberapa soalan dari hamba ALLAH yang bertanyakan tips nak bagi inner shawl tu muncung......hoho hamba ALLAH tu semestinya perempuan kan...tak kan lelaki kot...ececece sebenarnya tips nie ramai yang dah tahu ok...so, yang dah tahu tu jangan lak marahkan aku sebab entry nie ketinggalan zaman ke apa....aku just nak tolong dan jawab kepada yang bertanya.....benda yang kita sepatutnya kongsi-kongsi la kan......tak kan nak makan sorang kot...OponcOt dah mula merabai + melalut = @*&^%$#@!......huishhh abaikan okey...=____=v


jom kembali kepada topik asal...so kepada yang bertanya nie la jawapan nye eh.....kalau nak detail lagi boleh ler terjah ke blog budak chomel Irine Nadia ....^^



nie la soalannya...humm ada lagi yang bertanya tapi aku tak ingat lak siapakah gerangan yang bertanya tu...so aku buat entry nie supaya mereka puashati dan sekurang-kurangnya aku dapat menjawab soalan mereka...ececece baik budak nie...Muahaha ayat puji diri sendiri, ape ke hey???


Yang aku boleh jawab soalan nie adalah korang tetaskan jer kat bahagian hujung inner tu...perhatikan jahitannya ok...cer tengok picha kat bawah nie...


*sumber: blog irine


1) sediakan inner shawl cotton ok...kalau gunakan jugak yang bukan jenis cotton   maafkan aku sekiranya tips aku bagi nie tak menjadi...Ahakkkk....AWAS!! jangan sesekali gunakan inner syiria yang lembut/licin tu sebab kalau tetas pun tak menjadi muncung......pastikan inner cotton ok!!..jangan nak mengada-ngada guna yang jenis licin..nanti kalau dah tetas pun still sama....bOlatt jadinya muka....Agagaga

*sumber: blog irine*

2) sekarang mulakan proses menetas..Opsss tersasur,ingat nie telur ke apa..Lolzzz korang tetas jer guna apa-apa yang korang suka...hahaha napok bebenor tak tahu nama yang untuk tetas inner cotton tu....ngeeee so pandai-pandai korang la nak tetas dengan apa...janji tak membahayakan diri korang..muahaha so tetas la inner cotton tu mengikut kesesaian muka korang..korang nak muncung banyak kena tetas banyak la.....lau macam aku yang bolat nie kena tetas banyok.....kantoiii !!.....masa korang tetas tu cuba la dulu sampai korang puas hati dengan tahap kemuncungan dia tu...

3) opsss dah siap tetas korang kena la matikan jahitan kat hujung yang korang tetas tu..nanti tak pasal-pasal inner cotton tu tercabut masa korang duk makan ke apa...nanti malu sihhh ...so,tak der pasal jangan cari pasal k...Lolzzzz terbelit sudah....




Taddaaaaaaaa!!...ini lah hasilnya...chewah !!....terpaksa cilok picha  Irine Nadia  sebab nak bagi korang nampak dia punya muncung tu...ni la hasil dari proses penetasan tadi...Opssss tersasur...proses tetaskan inner cotton lah...no no no, jangan salah faham okey!!..


tu jer...senang kan.....hoho cantik kan si budak irine nih....budak???yurp, aku lebih tua dari dia...hoho tua sangatnya aku...perghhhh....Bubuiii...^^

like kalau anda nak kawin ----> Ridzwan Rashid Photography ...
p/s::Anda suka makan, meh tengok sini------> pasti kenyang....


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Surat Terbuka Dari Seorang Pelajar Buat Datin Seri Rosmah Mansor. WAJIB BACA!!



Assalamualaikum Datin Seri.



Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?


Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.


Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Tulisan nama nabi Muhammad SAW terbalik!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali 
API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Gadis Melayu meminum arak

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?


Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.


Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! 


(edisi Weblog M@RHAEN)
Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!
Oleh: Muhammad Muizzuddin - Suara Fata


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Jodoh kita???



Awak...


             Jodoh tu rahsia ALLAH......
                             Sekuat mane kite setia......
                                           Sehebat mane kite menunggu......
                                                          Sejauh mane kite merancang......
                                                                                  Sekeras mane kite bersabar......


Jika ALLAH tidak menulis JODOH kite bersame,
         Kite tetap xkan bersama..
                        
Hummm Kite kne ingat tu taw..cuma masa yang menentukan.....
yang pasti sukar untuk saya melupakan awak....T____T

p/s::anda sedih macam saya??jom klik 'HAPPY' untuk menggembirakan hati.....Lollzzz


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tragedi la konon....Trauma Okey!!




Assalamualaikum wbt sahabat , sepupu, sepapat, sekampung, sefacebook, seblogger, setwitter, senegeri, seNegara dan blab la bla… haiyyya!!

Fuhhh penat….tunggu sat naa..nak tarik nafas panjang-panjang….Lolzzz…agenda cuti semester nie asyik duk umah jer, tak pun kuar gi beli barang kakak yang nak kawin bulan 3 nie….macam la aku nak kawin….kan aku kawin jugak kan…..Ngeeeee...hoho si kakak senang-senag jer duk relax kat Labuan tu…hoho tunggu balik kawin joww….tak aci ah….adik pun nok kawin jugOp…..Muahahaha 

*auchh nak tunjuk heel baru ler tu....:P*

Korang ingat lagi tak dengan entry yang nie------>Cuti semester telah bermula...say horeyyy-horeyyy...tapi result??...hoho lama dah kan aku berjanji kosong dengan korang semua yang akan mengupdate blog yang trip ke penang tu…haishhh bila la nak tertunai…..sabar-sabar, jangan cepat marah..nie ha, citer nie pun pasal penang gak….agak trauma la sikit…sebab…………………. =___='


*picha nie terpaksa ditecikkan sebab malu.....ngeh ngeh ngeh*

Emmmmm sedang asyik-asyik duk bergembiro di tepi pantai…tetiba…………………heel aku putus weh….alahaiii nasib baek tak der olang masa tu…selamat, kalau tak muka aku nie nak letok kat mano eh…..sayang seribu kali sayang dengan heel tu sebab tu hadiah dari kakak aku…hummm sowie kak…heel tu dah putus….nanti belikan yang baru erk…werk……….:P 

Dengan seksanya aku berjalan ke Komtar untuk beli heel baru…hoho nasib baik heel tu boleh digunakan lagi walaupun sikit jer lagi nak putus bagai….jalan dah macam budak terencat ….erk???...Alhamdulillah terjumpa gak dengan heel yang sesuai..tadaaaaa!!

*huh abaikan kaki aku yang dah tua kerempot tu...Lolzz*

Rasa berkenan dengan warna merah nie…..sesuai dengan anak tudung yang aku pakai tu erk???haksss…...Nasib baek la ada less 50% masa tu…harga sebenar rm99..hoho kiranya melayan duit aku rm50…hum memey la rm50 jewww tapi memang aku tak plan pun nak beli heel baru sebab time tu aku tengah berjimat…hoho terpaksa daaaaaaaa…T_________T 

Habis kat sini…memang aku trauma dengan tragedi heel putuss nie….muahahaha....lain kali nak jalan jauh kena bawak heel lobih….takut jadi apa-apa kan….bersedia sebelum bla bla..hihi nanti aku update tentang penang lagi eh…..bubuiii….^^

p/s:Jom terjah sini------->Do you know how to capture: This Chinese New Year, Petronas invites you to take photographs that will bring the theme..


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

1st dating dengan Si Dia



Assalamualaikum wbt semua… 

Salam jumaat…ehem-ehem, hye jejaka idaman jangan lupa pi solat jumaat naa…..tak elok ponteng-ponteng tau…..^^  Al-kisah ceritera lama….hoho tapi belum sampai sebulan lagi kot…kot???haishh nampok bebenor aku nie seorang yang pelupo…..dushhhh 

Jom bercerita!! 

Masa kat kolej memey setiap malam aku akan tido lewat..hoho minggu study week buatkan aku sering on9 sampai ke pagi…tetiba terbaca entry adik kesayangan aku nih iaitu   Aimie Diyanna ….alalalala yang macam si yuna tu…ehem ehem chumil….dah lama aku berhubung dengan beliau di FB dan blog…tertibe kenapa la aku terasa nak komen satu benda kat entry beliau "aimie....jom berdating esok.....lau sudi inbox dkt fb yer...:P"…ehehehe lebih kurang macam tu la….. Dalam beberapa minit aku dapat satu mesej di inbox…alahai nasib baek si  Aimie Diyanna  nie memberi respond yang positif…horreeyyyyy keesokannya boleh la aku berdating dengan budak chomel nie…..so, kitorang pun berjanji la nak jumpa kat mana dan bla bla bla…. 

Alhamdulillah….
keesokannya janji tertunai walaupun banyak dugaan..haksss aku tertido dan bangun lambat okey..sampaikan  Aimie Diyanna  mesej pun aku tak perasan…nasib baik la aku tersedar jugak walaupun sedikit terlewat...Agagaga

Ehem sanggup aku naik bas sorang-sorang ke PKNS untuk jumpa dengan si  Aimie Diyanna ….hohoho lagipun aku ada hal yang perlu di selesaikan di pejabat pos…sambil tu leh la jumpa dengan aimie kejap kan…Tadaaaaaaaaaaaaaaa….akhirnya berjumpa gak di SACC mall…..rupanya si amiey nie duk skodeng aku dari belakang….haiyya mana la aku perasan kan..bila dah jumpa tetibe raso berdebor dup dap dup dap takut tak dapat sesuaikan diri dengan aimiey…


Nasib baik la aimiey bawa member dia sekali..inah namanya…..yeah!!...mereka tersangat la sporting dan happening…mereka memey 
sangat terbaek lah…. 


See…….umur kami macam sebaya jer…^^


Sempat lagi posing bagai dalam kedai VINCCI….nasib baik tak kena marah dengan pekerja kat sana…:P


Tup top kitorang plan jalan-jalan kat tasik sebab dah penat posing Dalam SACC MALL..lepak jap kat tasik tengok keindahan tasik Shah Alam…hoho kami pencinta ALAM..sambil tu leh la cuci mata tengok orang dating....humm duduk tak sopan..haishhh anok sapo lar nie?..ngee

selepas sesi photography
................................................................


Akhirnya, kami terpaksa berpisah sebab inah kena masuk kerja dalam kul 7…..humm sedih nak berpisah dengan mereka…..tapi???...kami dah set masa tau untuk dating sekali lagi..hehehe insyaALLAH…^^ 


Bye bye Inah Sabarudin bye bye Aimie Diyanna….korang memang chomel….^^ 




SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Contest - Gaya Muslimah Faces of Moon Couture 2012..Hadiah bernilai RM6,000 utk dimenangi



Assalamualaikum wbt semua...

meh berkongsi satu contest yang pasti meletOp punya...rugi tau kalau korang tak join ...hadiahnya???wOww memang terbaek......apa-apa hal cuba dulu...mana tau rezeki korang untuk menang....InsyaALLAH...apa lagi??pi la join sekarang...^^

.::Cara Pertandingan::.
------------------------------------------------
Hantarkan gambar Gaya Muslimah anda kepada mooncoutures@gmail.com bersama maklumat nama , facebook link , alamat & hp untuk rujukan.


Sapa nak join??Siap sedia .

Hadiah bernilai RM6,000 utk dimenangi oleh 76 orang pemenang! Horray!!!Semua berpeluang Menang!!
------------------------------------------------------------------------
Saguhati X 10 pemenang : bernilai RM500
RM50X10 shopping voucher MOON COUTURE

Saguhati X 10 pemenang : bernilai RM200
RM20X10 shopping voucher MOON COUTURE

Saguhati X 50 pemenang : bernilai RM500
RM10X50 shopping voucher MOON COUTURE
-----------------------------------------------------------------
Tarikh Menghantar gambar 1 Feb 2012-29 Feb 2012

Tarikh Like Like 1 Mar 2012-15 Mar 2012 (15hari sahaja)

Keputusan 30 Mar 2012!!

Tempat Kedua,Ketiga & saguhati : Pemenang dikira Like tertinggi
Tempat Pertama & Kategori Fotogenik : 80% Like,20% Juri


Jom pakat like funpage BawalChantique..

klik sini untuk lebih detail------> CONTEST..

p/s::aku support korang dari belakang.....chewaahh...gud luck..^^



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Wordless Wednesday #6 : Emm merisik...



saya okey jer....tapi.....??



p/s::sabar yer awak.....saya belum habis belajar lagi..big bOss bagi lampu merah....Ngeeee kalau dah habis belajar dan dah keje boley lah lampu hijau....:D



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

.::Berdating di IKEA & the Curve - Part 2::.



Salam semua....

setiap malam mesti aku menjelma kan???hoho biasa la sibuk membuat persiapan perkahwinan.......dushhhhh eh eh bukan aku yang nak kawin...tapi, kakak shayer lah...tak kan kot aku nak kawin tahun nie...handowww mudo lagi...belajor pun belum habis lagi...haishhh kalau di khabor kat mok mau kawin sekarang mahu nyer keno penampor....huksss T____T 

dah, abaikan intro aku yang agak tiada kaitan untuk entry kali nie.....Agagaga
disebabkan picha yang terlalu banyak maka aku berusaha untuk update blog dengan tajuk yang sama cuma yang berbeza picha jer....so untuk kali nie bior ler entry bergambor jer...so aku tak payah susah-susah nak buat karangan darjah 6 bagai...lolzzzzzzz biar la yang sedang-sedang sajer sudaaaa....hikssss boley kan???=___=


dengan ini, saya hanisah hasbullah mengakui antara aku, cermin dan kamera amat tidak dapat dipisahkan....Lolzzzz cer tengok !!...memey tak der nyer malu snap picha sorang-sorang..haishh ank sapo la nie....ehem ehem mungkin aku terpaksa buat entry khas bertajuk  aku dan cermin....agagagaga


teman sepermainan di IKEA...hehe ZEA memey sporting habis...disebabkan hobi kitorang sama jer, maka di setiap langkah perjalan tentu nak snap 1, 2.....hoho 


lagak macam orang kaya...hahaha tu semua angan-angan jooow....bilo la nok kayo mek sah weh kalu duk goye kaki jah.....Ngeeee


i love u...sudikah awak menjadi kekasih gelap saya....oh terima lah lamaran ku ini....Lolzzz
aper ke jadah semua nie!!...peace!! semuanya hanya lakonan semata-mata.....toingggg..^^


picha penutup entry kali nie......
saya sayang kan kamera merah itu....Lalalaalala~~
bubuiii...

p/s:::entah bila lagi dapat ke IKEA nie.....transport susah....nasib ada orang nak bawak jer nie..hoho





SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

.::Berdating di IKEA & the Curve - Part 1::.




Assalamualaikum wbt…. 

Hye sahabat semua….sayang korang…teramat rindu untuk aku update blog…hoho tiada kesempatan untuk aku kongsi ceritera hidup aku dengan korang semua….ehem setakat nie banyak jugak la entry yang tertangguh untuk aku kongsi dengan korang…picha pun banyak..tapi untuk update blog aku terpaksa pilih picha yang dirasakan okey..agagaga 

untuk entry nie jugak aku terpaksa buat dua part untuk di publish….hoho ada sampai part 2….nie semua disebabkan picha yang banyok…arghhhhhhhhh boleh ke gituww???.......ahAKsss 


Boleh jerk an??
haha tujuan nya untUk meringankan blog aku...... lagi satu untuk memudahkan korang semua layan entry aku nie…ngeeeeeeee ada ke yang nak baca blog aku yang !@#$%^&*()_ nie????.....kalau ada Alhamdulillah la kan…ada jugak yang sudi mudi singgah ke blog aku yang tak seberapa nie…haishhhh merci korang semua..sayang ketat-ketat tau…dusssssssshhh mengada kan…Lolzzzzzzz abaikan ayat gedixss ituw eh…boleh kan??^^


Bersama-sama ZEA MOHD & AFIQ untuk menghabiskan sisa-sisa hari terakhir di UITM Puncak Perdana untuk semester 4…mereka teramat sporing…..untung ada mereka berdua….hoho cepatnya masa berlalu…cepat-cepat habis la weieeeeeeee…..chapet doh ngaji….penat + stresss!!...hummm 

Untuk itu kami semua telah berjimba di the curve & IKEA…ahaksss berjimba tanpa menghabiskan duit..hanya habiskan duit untuk bab makan jer…lau shopping memey kami tak layan sobab nok save budget..muahahaha tak dok pitis la mek weh…^^


Bila di IKEA kami hanya suka berphotoshot….haiyaaa memey malu sih…tapi tak per, rugi kalau datang sini tak snap satu dua…ehem sila lah memahami jiwa kami berdua..pantang bila jumpa cermin bosar ke tecik terus nak klik kamera merah tu….1, 2, 3 smile!!!............-_________-'


Aku lak suka berlagak sebagai seorang surirumah yang tekun memasak untuk suami tercinta..ahaksss konon jerk an…..dussshhhh, Nampak sangat tak sabor nak kawin…Lolzzz kantOi sudah..:P


photographer memang terbaek…sporting molek….so palo plop tuh….thank mek zea….!! 

Bubuiii…..
entry untuk kali nie terpaksa ditamatkan sebab aku pun dah mengantuk…..ngeee tak cukup tidoww….haishhhh nantikan part2 pulop eh.. style editing pun dah punoh molep.....huruf tu jadik besor...haiyyaaa so sowiee...:(

p/s::cuti sem puah sangat..nok kijo , nok kijo…nok cari pitissss….tulunggggggggg..T__T






SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cuti semester telah bermula...say horeyyy-horeyyy...tapi result??



Assalamualaikum semua...

udah lamo aku rasa tak update blog....dah terasa tak der dah orang yang mau singgah blog aku...sodih......T__T

humm semua dah balik..tapi aku???....hohoho tetap berada di puncak perdana...sebab tiket nak balik kampong habis...so esok terpaksa la stay klang dulu sebelum balik kampung.....tak per, aku tak kesah pun..janji aku akan balik gak kampung...rindu ma dan abah...T_____T


horey-horrey la sangat kan exam dah habis..cuti semester pun dah bermula...cuti nie nak buat apa eh....nak keje boleh??siapa la nak ambil aku keje kan...Lolzzz....hum result semester 4 tak tau la macam mana....tawakkal jelar...sebab usaha pun dah usaha tapi cuma usaha last minute jer...ngeh, ngeh, ngeh.....


tak sabar nak upadate blog ketat-ketat...tunggu tau.....^^

*macam muka tak mandi kan...Lolzzz*

hye-hye penang......perghhhhh pergi sana kejap jer..hoho nantikan entry trip ke penang..hahaha trip la sangat...agagagaga

bu..bui....

p/s::salam jumaat....=)



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Wordless Wednesday #6 : Chubby kah??



hoho..update laju-laju....picha lama masih berguna sebagai kenangan...lama??rasanya baru jer kot setahun yang lepas....

tarikh: 27.01.11
lokasi: Taman KLCC

Jomm layan...zzzzzzzzzzzzaS!!



bubye!!..^^

p/s: esok exam...doakan saya yer......^^


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Menternak Lemak di TESCO KB jer.....




Salam jumaat yang indah semua...^^

Sila gelak cepat dengan tajuk entry di atas.....
hoho orang lain menternak lemak dekat tempat yang kelass gituww...aku??haha foodcourt tesco jer.....tu pun TESCO KB.....tak per, janji aku berjaya gak menternak lemak disana....Muahaha, nie la aku rasa muka paling kesian...muka kelaporan....lapor, lapor, lapor..nak Yee Mee Sizzling tu....!!

*cool blog...memey cool sunggoh*

ehem nak tau tak???...apa yang membuatkan aku tertarik dekat sana...hoho dekat foodcourt TESCO KB aku berpuas hati sangat dengan  Yee Mee Sizzling  yer...yurpppppppp meleleh air liur....memey aku makan tempat lain tak sama rasa dekat sana..memang sedap..emm bukan aku nak mengata tapi pernah sekali aku makan sizzling dekat Giant sek 13, shah alam....humm makan tak habis wesss sebab rasanya lain dan entah la rasa was-was lak dengan sizzling tu....tapi kalau sizzling TESCO KB memey terbaek lah....perghhhh, memey setiap kali aku mengidam nak makan sizzling terus jer aku ajak adik aku gi TESCO KB...hahaha kadang-kadang sanggup merempit weh...elele nape?xpercaya ke??...korang ingat aku tak pandai ker naik moto ah?...ehem tengok kaki la beb...:P

*yum..yum...1 slice je...semua jer kan???..lolzzz*

nie pun aku mengidam..hoho entah la sekarang  kuat jer aku makan..hoho azam untuk diet tak menjadi lak..hampeh..T_________T

Nie pengaruh adik aku punya pasal lah....hoho mentang-mentang la ko kurus, makan pun banyak....aku memey kalau makan banyak terus jer terasa membolat dekat pipi aku yang selalu nak keno penampor....hoho adik aku selalu main tampor-tampor dekat pipi aku nie..nape erk???hahaha fitnah lagi kat adik kesayangan aku nie...olololo adik aku jenis manja orang nye, if ada yang tak kena sikit terus jer menangis...Lolzzz kakak dia pun sama...2x5....hakssss kakak borek adik rintik....erk???ada ke pepatah tu??ehem ehem

*miahaha..aku rasa nie la muka yang paling !@#$%^&*()_!!*

bila dah makan terus jer tak layan dengan kamera tu...ngeee ada aku kesah??....aku selalu jer dating dengan adik aku dekat TESCO nie.....bila dah lapor memey kitorang singgah sini....ehem sowie, memey KFC dan tempat lain memey kami tak layan kalau di TESCO KB...Lolzzzz tapi kalau gi KBMALL memey kami layan KFC dan MCD tu......muehehehe.....sebab sizzling KBMALL kureng sodap, lobih sodap di TESCO KB jerk....lagi aummmm...baru puas hati menternak lemak.....=)

Dah itu jer untuk entry kali nie...sebenor nye nak mencari MOOD study..tapi hilang melayang entah kemano...tulunggggggggg!!...T______T

p/s:: picha masa balik kampong hari tue....baru nak update...sowie...:P



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tidak tutup aurat, kompaun RM500








ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin. 



KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

sumber::KOSMO

P/S::Memey molek benar la tu....banggo jadi anok klate...walaupun berita nie dah lama aku tetap nak berkongsi gak dengan korang semua...mana lau tau ada antara korang yang belum tahu mengenai berita nie.......^^

ehem pendapat korang ??....:)




SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cheritera hati 1st Giveaway



Hye.......

Masih belum tidoO???...Jom join giveaway..Rajin-rajinkan diri anda...sebab tak semestinya join nie untuk menang jer tapi tujuannya untuk merapatkan hubungan sesama blogger..kan, kan, kan??kan best macam tu...^^


*clik banner nie*


MACAM MANA NAK JOIN??

  1. Buat satu entri mengenai Cheritera Hati First Giveaway.---->Done
  2. Tag dua blogger lain.  ---->Done
  3. Tinggalkan link entri korang di ruang komen di bawah ni. ---->Done
  4. Follow blog cheriterahatyhaney.blogspot.com.. ---->Done
p/s:: Contest ini untuk mereka yang beralamat di Malaysia sahaja. haney x mampu nak post sampai jejauh ni.hehe

HADIAH??

Tempat Pertama:
1 produk Avail Beauty + 2 Shawl Inner Polkadot + Brooch

Tempat Kedua :
Produk Avail Beauty + 1 Inner Shawl Polkadot + Brooch

Tempat Ketiga :
1 Shawl Inner Polkadot + Produk Avail Beauty.

Saguhati (untuk 2 orang pemenang) :
Produk Avail Beauty

Dateline : 3 Feb 2012


tag:

 yang lain pun dialu-alukan untuk join giveaway nie..lagi meriah kan??hehehe


GOOD LUCK semua...

papai....^^


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...