RESEPI

TRAVEL

TIPS

7 Gambar Sekitar Pertunangan Dr Fatin Liyana Asri Dan Dr Anwar Fazal

by - 3:51 PM

Gambar Sekitar Pertunangan Dr Fatin Liyana Asri Dan Dr Anwar Fazal | Ramai menantikan perkembangan terbaru 'Dr Fatin Liyana Asri' lebih-lebih lagi telah selamat bertunang dengan Dr Anwar Fazal baru-baru ini. Ya Allah, cantiknya FL ni, berbaloi Mek Cah buat artikel ini 'Fatin Liyana : Gambar pilihan paling comel'. Tahniah diatas Pertunangan Dr Fatin Liyana Asri, kami semua sentiasa mendoakan kegembiraan menjadi milik idola kami. Opsss bagai pinang di belah dua, Dr Fatin Liyana Asri dan Dr Anwar Fazal sangat serasi bersama. 






Memandangkan Mek Cah ada lah stalker terhebat kepada Dr Fatin Liyana Asri maka haruslah mencari gambar sekitar Pertunangan Dr Fatin Liyana Asri bersama Dr Anwar Fazal. Alhamdulillah walaupun hanya beberapa keping gambar tetapi cukup memuaskan hati ini dan peminat Fatin Liyana yang lain. Buat masa ini Fatin Liyana dah delete akaun instagram, twitter, jarang update blog dan kurang aktif di facebook membuatkan kami sebagai peminat terasa kecewa tau sebab tidak dapat lagi melihat perkembangan terbaru idola kami. Gambar ini semua pun dari sahabat terdekat Dr Fatin Liyana Asri. Dari mana? biarlah rahsia. Mihmih



Setahu Mek Cah, Dr Anwar Fazal ni juga bukan calang-calang orang juga tau. Lihat sahaja sahabatnya yang hadir di majlis pertunangan tersebut yang terdiri daripada Syamsul Yusoff, Imam muda Nadji, dan selebriti yang lain. Isskkk dah tak sabar melihat mereka berkahwin. Kalau dahulu Maria Elena berkahwin dengan abang FL [Majlis Pernikahan Maria Elena Dan Asfirdaus & 10 Gambar Perkahwinan Maria Elena Dan Asfirdaus ], kini bakal muncul liputan hangat tentang perkahwinan Fatin Liyana Asri sendiri. Tunggu...

Tidak dinafikan wanita ini memiliki pakej yang cukup lengkap, kerjaya sebagai doktor dan cantik menjadi tarikan utama kepada dirinya. Sebab itu ramai peminat Fatin Liyana Asri di dalam dunia blogger. Lagipun tak salah kami meminatinya sebab banyak perkara positif yang dapat kami ambil daripada sifat keperibadian Fatin Liyana Asri. Jadikan inspirasi untuk berjaya merupakan cara untuk kami untuk terus mengikut jejak langkahnya.


Kalau dahulu, Fatin Liyana terkenal dengan fesyen muslimah sehinggakan ramai menjadikannya sebagai inspirasi untuk berfesyen dengan betul. Sebab itu Dr Fatin Liyana Asri 'Tersenarai di antara 15 blogger paling cantik di Malaysia', dan pilihan tersebut memang tidak silap sama sekali. Tetapi bagi Mek Cah, suka dengan penampilan Dr Fatin Liyana Asri terkini berbanding dahulu. Nak tahu sebabnya? mesti lah kerana penampilannya yang sopan dan menutup aurat dengan sempurna lagi-lagi nampak simple tetapi cantik menarik!. Comel je melihatnya. Hikss 



Tahniah, tahniah, tahniah, walaupun kita sama umur tetapi rezeki Dr Fatin Liyana Asri bertemu jodoh lebih awal dari Mek Cah. Hukss ala dah namanya jodoh kan, fikir positif sahaja. Apa pun dah bunyi kompang ni! Tak sabar melihat FL menjadi raja sehari. 

Papaii. 

You May Also Like

34 kata-kata indah...

  1. tahniah dr. fatin liyana! saya mmng minat kt FL ni sejak dulu lagi ^^

    ReplyDelete
  2. Tahniah FL...samae cantik sama padan...;)

    ReplyDelete
  3. thank you hazanis atas usaha perkongsian.. hihi suka tgk FL ni.. sempurna je

    ReplyDelete
  4. Ya Allah. cantik sgt FL. hmm. tunggu masa kak Hazanis pulak ^_^

    ReplyDelete
  5. syamsul yusof tuh sepupu dr anwar fazal......dr anwar fazal tuh ank sedara yusof haslam ^^

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..tahniah...semoga sampai ke jinjang pelamin...aamiin

    ReplyDelete
  7. Tasa pun suka FL. dah la lawa. hiks.. kak hanis pun cun+cantik.. hari tu tgok kak hanis dekat magazine.. Comel gila.. hiks

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum anis.. lawanya FL... semoga cepat2 bersatu hehehe.. anis pun :)

    ReplyDelete
  9. salam..wah! ini memang 'hot story' utk penutup 2014 nih.. baru je godeks2 blog FL.. tengok part komen ade je ucap tahniah tu..tapi xde pulak entry yg blh dkaitkan slain entry pasal AF nak ke USM tu..skali godeks pulak blog mekcah zuppp! terjawab sudah..memang boleh rujuk terus dari mekcah nih..sbb sbelum nih pun memang tau2 pasal FL nih dari blog #love is cinta by mekcah..
    pape pun kita doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar n dredhai ALLAH.. thanks mek cah comeii! slalu kalo pergi ke kb tu kita slalu doa2 moga terserempak dengan mekcah tapi belum jodoh kot nak terserempak bagai..InshAllah kalo dberi kesempatan n ada peluang nak ke kelantan lagi kita nak jumpa dengan mekcah ye.. (^__^)

    ReplyDelete
  10. Cantiknya Dr. FL. Dia jarang update blog. Rasa rindu pula nak baca blog FL... :)

    ReplyDelete
  11. cantiknya diee...dari dulu sampai sekrag..dah la sukasenyum..

    ReplyDelete
  12. Cantik betoi dr FL nih...i can saw her effort to be good muslim tmbh2 bab pakaian

    ReplyDelete
  13. Alahaiii..comel sangat FL ni..Pika memang minat FL since start blogging lagi. Akuilah memang dia full package.. Tahniah Dr.FL ;)

    ReplyDelete
  14. syamsul yusof tuh bukan sepupu dr anwar fazal ke

    ReplyDelete
  15. Syamsul yusof tu sepupu Dr Anwar Fazal

    ReplyDelete
  16. Syamsul Yusof tu sepupu Dr Anwar Fazal

    ReplyDelete
  17. Syamsul Yusof dan Rizal tu sepupu dr Anwar Fazal.
    So memang dari family yang ada nama la dr ni :)

    ReplyDelete
  18. Nati jgn lupo jemput etek kalo anis nikoh deh.

    ReplyDelete
  19. kakak fatin cantik

    ReplyDelete
  20. Cantik Adik Fatin ni...

    Banyak kelebihan Allah beri kat adik ni.. :)

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥