Gambar Banjir Di Kelantan 2014
Episod banjir di Kelantan 2014 telah pun berlalu, namun semua penduduk di Kelantan masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana dijangka gelombang ke-3 akan berlaku. Namun ianya hanya lah ramalan dari pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Segalanya berserah kepada Allah S.W.T, semoga tragedi banjir 2014 tidak akan berulang lagi kerana banjir besar telah berlaku hampir seluruh daerah di negeri Kelantan yang banyak memberikan kami seribu kenangan yang tidak mungkin kami lupakan.
Bermula pada 28 December 2014 mengikut ramalan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) gelombang ke 3 siri hujan lebat akan melanda bumi Semenanjung Malaysia sepanjang 7 hari.
Ini baru sahaja dugaan kecil dari Allah, terputus bekalan eletrik, terputus bekalan air bersih dan terpaksa bergelap di waktu malam sepanjang tempoh banjir benar-benar menguji kami sebagai hamba yang lemah. Pengalaman yang begini lah mengajar dan memberikan sejuta keinsafan dalam diri yang mana kami sebagai manusia kadang kala terleka dengan keindahan dunia sehingga melupakan akhirat.
Ini lah antara gambar yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial facebook sepanjang banjir di Kelantan berlaku. Masih banyak lagi gambar yang sangat menyedihkan hati, kesian melihat mereka yang kehilangan tempat berteduh.
Terputus hubungan dengan dunia luar, masing-masing cuba menyelamat diri, keluarga. Kami penduduk di Kelantan ibaratkan kejadian yang berlaku merupakan tsunami kecil yang berlaku sebelum ini 10 tahun yang lalu. Banyak kemusnahan harta benda, kami redha Ya Allah. :(
Daerah yang teruk di landa banjir ialah Gua Musang, Kuala Krai , Manek Urai yang telah meranapkan sekaligus tempat tinggal penduduk disana. Sedih melihat suasana kesan banjir disana. Bersabarlah Mak Cik. :')
Kami yakin dan pasti, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kami redha, kami pasrah, kami banyak berdosa, kami lalai. Ampunkan dosa kami Ya Allah. :')
4 kata-kata indah...
sedih memang sedih tapi kita sebagai hamba kena redha dengan ketentuan-Nya.. in shaa Allah..
ReplyDeletesalam dari Terengganu :) keep calm and du'a :)
semoga keluarga kita disana diberi ketabahan yaaaa... aminnnn
ReplyDeleteMoga mangsa banjir diberikan kesabaran yang tinggi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tidak akan membuat sesuatu itu dengan sia-sia.
ReplyDeleteKita sebagai manusia haruslah mengambil inisiatif menghadapi banjir. Manakah infrastruktur-infrastruktur untuk menyalurkan air berlebihan? Manakah peruntukan untuknya? Bertahun-tahun negeri Pantai Timur dilanda banjir, adakah langkah berjaga-jaga diambil masa lain?
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥