RESEPI

TRAVEL

TIPS

Penampilan terbaru dari Siti Nurhaliza

by - 1:19 PM

Assalamualaikum cinta.

Semua pihak gembira dengan penampilan terbaru Siti Nurhaliza. Yang pasti penampilan terbaru memukau mata yang melihatnya. Perubahan tidak perlu secara drastik namun ianya memerlukan masa dan waktu. Akhirnya. Alhamdulillah.
Wartawan Sinar Harian

15 Januari 2013
Siti tampil bertudung sempena hari lahir

PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza kini tampil lebih manis dengan imej bertudungnya. Penampilan baru pelantun Falling in Love itu menerima reaksi positif daripada peminatnya menerusi laman mikro Twitter sejak Jumaat lalu.
 
Siti memuat naik gambarnya bertudung pada hari lahirnya, Jumaat lalu. Pada majlis resepsi penjaga gol kebangsaan Ahad lalu, Siti Nurhaliza tampil anggun dengan bertudung.
 
Pengurusnya, Rozi juga mengesahkan perkara itu.
"Bertudung ya..Dulu berselendang," katanya kepada Sinar Harian Online.


Memetik laporan media tempatan sebelum ini yang mengatakan Siti Nurhaliza berkata sudah tiba masanya untuk menunaikan janji untuk berhijab penuh.

“Alhamdulillah, pada hari jadi saya ke-34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat, saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh.

“Saya yakin apa yang baik itu akan diterima, malah ramai yang gembira dan mendoakan,” katanya.

Perubahan imej Siti Nurhaliza itu dikatakan mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.



Nota kecil : tidak semestinya yang tidak bertudung selamanya tidak bertudung, mungkin perubahan akan berlaku setelah mendapat hidayah begitu juga yang terjadi pada Siti Nurhaliza. Mungkin selepas ini Siti Nurhaliza bertudung labuh pulak macam Heliza Helmi kan "Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi hijab". siapa tahu. hehe Tahniah. penuh style macam benda INI juga. 


You May Also Like

20 kata-kata indah...

  1. bila dato' siti yg bertudung tentu beri pengaruh yg besar pd org lain. :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu
    Semua sudah aturan Yang Maha Mengetahui
    Kita doakan yang terbaik je
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
  3. waa..akhirnya..semoga kekal begitu smpai bila2..amin..

    ReplyDelete
  4. yaa...yg pnting, istiqamah dgn perubahan yg dibuat. manusia ni boleh brubah. apa yg kita nak, brubah dari baik ke yg lebih baik. :)

    ReplyDelete
  5. Dato' CT memang cantik.dan bertambah cantik bila berhijab.nmpak mcm anak dara. sgt gorgeous :)

    ReplyDelete
  6. cantikkn bile dato' ct pkai tudung.. nmpk lg muda n comel~ geram2. haha xD

    ReplyDelete
  7. semoga ramai yg x bertudung pun akan dapat "hidayah" seperti Siti

    ReplyDelete
  8. ada list blog ni ke laman Pesona tq

    ReplyDelete
  9. comel tol bila siti dah bertudung...

    ReplyDelete
  10. Siti makin comel lebih2 lagi bertudung...

    ReplyDelete
  11. Tok ti lebih sesuai bial bertudung. Nampak lagi cantik.

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥