Tips Tudung Wajah Bulat Lebih Bujur
Fesyen cara pemakaian selendang kini menjadi trend buat wanita masa kini namun bukan hanya fesyen selendang tetapi fesyen tudung bawal juga tetap menjadi pujaan hati bagi peminat setianya kerana tudung bawal merupakan tudung pilihan sepanjang zaman lebih-lebih lagi suatu ketika dahulu 'Tutorial Pakai Bawal Satin' menjadi trend remaja masa kini. Mungkin disebabkan pengaruh laman sosial, wanita masa kini lebih mengambil berat tentang cara penggayaan tudung yang dipakai namun ada juga yang tidak kisah tentang fesyen tudung pada masa kini kerana lebih setia kepada yang simple iaitu tudung bawal. Namun, setiap gaya tudung yang dipilih mencerminkan personaliti diri si pemakai. Yang paling sejuk hati melihat gaya tudung ialah 'Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi hijab' yang betul-betul memenuhi ciri berhijab dalam islam iaitu menutup aurat dan tidak mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya.
Namun kali ini Mek Cah tertarik dengan pemilik akaun facebook Azlia Idha merupakan Certified Image Consultant at Klinik Imej Malaysia and Hijab stylist at Hijabella Studio yang banyak berkongsi tentang tips penggayaan tudung. Terlalu banyak informasi yang berguna dikongsi oleh wanita cantik ini dengan pengikutnya di facebook. Kali ini, wanita yang ingin bergaya tetapi mempunyai wajah bulat namun ingin kelihatan wajah lebih bujur boleh ikut tips mudah dari Azlia Idha.
Pernahkah anda cuba tiru gaya tudung melalui youtube , majalah atau artis idola anda tetapi akhirnya usaha itu sia- sia kerana wajah anda nampak lebih bulat atau tak sesuai? . Bentuk Wajah amat mempengaruhi dalam Pemilihan Gaya Tudung yang Paling Sesuai untuk setiap wanita. Wanita punya 7 kategori bentuk wajah. Banyakkan? Untuk yang berwajah bulat , kalau tersalah gaya berkemungkinan wajah anda nampak lebih berisi terutamanya kawasan pipi.
Sumber : Azlia Idha Klinik Imej Malaysia
4 kata-kata indah...
nanti boni try tutorial ni tau.. hehehehe
ReplyDeletepom boleh. nanti tunjuk kat nis tau. ekeke
Deletenice sharing
ReplyDelete:)
Deletesiapa komen, dapat bunga ♥