RESEPI

TRAVEL

TIPS

Cara Pakai Shawl - Beli dari Lazada RM50

by - 1:13 PM

Review Selendang Shawl Dari Lazada


Assalamualaikum girls! | Ramai wanita masa kini tidak terbatas dalam memilih fesyen berhijab memandangkan kini wujud pelbagai pilihan koleksi tudung yang simple serta labuh menutup aurat.

Malah selebriti popular juga turut jadikan peluang ini untuk memperkenalkan koleksi shawl mereka antaranya ialah Hanis Zalikha yang terkenal dengan shawl keknis yang panjang serta dapat digayakan dalam pelbagai fesyen namun dalam masa yang sama gadis diluar sana boleh gayakan shawl tersebut dengan mengikut citarasa masing-masing. 

Cara Pakai Shawl

Jadi dikesempatan ini , Mek Cah akan kongsikan cara pakai shawl terkini yang pastinya bakal menjadi pilihan fesyen gadis diluar sana. 

Korang mesti pernah dengar Lazada kan.

Dan sudah pasti perkara yang paling awal terdetik dalam hati korang mesti rasa betul ke Lazada ni, boleh ke. Quality OK ke. Harga pula macam mana. Bila pergi websitenya asyik ada promosi saja betul ke? 

Adakah memang betul betul ada promosi atau memang harganya yang memang murah?

Tak pasti anda, tapi Mek Cah rasa sejuk hati sikit sebab baru sahaja dihadiahkan satu produk Shawl dari Lazada. Terima Kasih pada Segala Macam Cara sebab sudi sponsored. 

Mek Cah duk Terengganu, ingatkan area Kuala Lumpur je la sampai awal. Tapi OK la juga, dalam 3 hari barang dah sampai memandangkan Segala Macam Cara start order 19 Februari 2016, bila shawl sampai terus boleh pakai.

Cara Pakai Shawl

Koleksi shawl dari Lazada brand TDL Shawl Dian Instant (Dark Blue) telah memikat hati Mek Cah memandangkan tudung jenis shawl ini berlainan dengan tudung lain yang berada dipasaran. Material yang tidak cepat berkedut dan senang digosok memudahkan kerja wanita diluar sana untuk terus berfesyen tanpa banyak halangan. Senang giler gayakan shawl ini hanya sarung dan siap!. 

Apa yang paling suka ialah shawl ni labuh dan simple, jadi memang sesuai lah kepada semua gadis diluar sana yang pentingkan keselesaan ketika berfesyen. Inilah contoh penggayaan shawl yang Mek Cah berpuas hati sangat kerana langsung tidak perlukan pin ketika menggayakannya.

Review Selendang Shawl Dari Lazada

Okay! pandangan jujur dari Mek Cah korang tak akan pernah rasa rugi jika memiliki tudung shawl ni sebab material yang digunakan berkualiti, untuk produk ini lah, yang lain Mek Cah tak pasti sebab ini Lazada. Ia masih lagi dikira baru dalam kepala kita kan. Tapi yang pasti Mek Cah dah try pakai keluar seharian dan tak rasa panas sangat dan senang digosok. 

Cara Nak Pilih Tudung Apa Apa Pun….

Untuk tips pemilihan tudung Mek Cah sarankan korang betul-betul kena tahu citarasa korang macam mana. Ada sesetengah wanita sukakan material cotton, chiffon dan banyak lagi. Macam Mek Cah lebih sukakan material cotton kerana senang digayakan bersama inner cotton dan yang paling penting sesuai dengan bentuk muka Mek Cah. Cara pemilihan warna , pastikan warna tersebut sesuai dengan kulit muka korang, pastikan korang sentiasa berkeyakinan dengan warna tersebut dengan kulit muka. Contohnya macam Mek Cah sangat takutkan warna peach dan putih yang seakan menggelapkan warna kulit Mek Cah. Lebih baik elakkan dari awal supaya keyakinan diri tidak berkurang ketika berfesyen.

Review Selendang Shawl Dari Lazada
Mek Cah bukan nak ajak sangat korang beli kat Lazada ni, kalau dah memang ada depan mata kat shopping complex. Kalau betul murah kan, beli je la. Pasar malam atau butik ke.

Terpulang..

Asalkan puas hati, selesa, dan tutup yang mana yang patut.

Maksudnya, pastikan material tidak nipis, dan senang digosok serta saiz shawl tersebut sesuai untuk digayakan dalam perlbagai jenis fesyen tudung. Jom kita saksikan video cara pakai shawl yang mudah. Mungkin fesyen ini dapat menjadi ilham untuk korang gayakan shawl ini ke kelas mahupun kemana-mana sahaja. 

selebriti berhijab
Selebriti Heliza Helmi dan Diana Amir menjadi inspirasi kepada wanita diluar sana untuk turut berhijab
VIDEO - Untuk lihat tutorial cara pakai shawl dengan lebih lanjut, sila pergi ke blog segalamacamcara untuk lebih lanjut.Semoga perkongsian cara pakai shawl dan serba sedikit tips yang dikongsikan disini dapat memberikan manfaat kepada wanita diluar sana untuk berfesyen tanpa batasan. Semua ada hak dalam memilih jenis fesyen tudung namun awas pastikan jika berfesyen pun kena jaga aurat tau, pastikan labuh dan tidak jarang shawl yang digayakan. 

Cuba jadikan Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Hasma Hani , Diana Amir dan ramai lagi selebriti berhijab yang boleh kita jadikan inspirasi untuk berfesyen seperti mereka. Semua selebriti ini sangat mementingkan batas aurat dalam berfesyen termasuk lah bab tudung, pakaian dan sebagainya.

proses yang berlaku semasa pembelian Shawl Chiffon

Korang boleh jenguk ke Segala Macam Cara sekejap sebab kalau tak silap SMC ada screen shot dari Lazada untuk process pembelian tudung shawl ni. Dan mungkin tips tips lain berkaitan penggayaan tudung mahupun shawlheliza , bacalah sendiri nanti.

Last sekali, Mek Cah nak tanya apa jenis material yang korang suka pakai?

You May Also Like

4 kata-kata indah...

  1. Replies
    1. Nis suka cotton tapi chiffon pun makin sedak paka. hehe janji xjarang, klu jarang sero xse slaluh. :P

      Delete
  2. Hi, lama dah tak blogwalking.. Btw, Hazanis pakai apa-apa shawl pun lawaaaa.. Putih gebuuuu..

    ReplyDelete
  3. Gambar first tu ingat hazanis.. rupanya kaknis

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥