Beli Tiket Bas Online Dengan Aplikasi CatchThatBus
Beli Tiket Bas Online Dengan Aplikasi CatchThatBus | Hi, kali ni admin nak buat review app untuk korang-korang yang rajin pergi berjalan terutamanya menggunakan perkhidmatan bas. Nama app ini ialah CatchThatBus, boleh download secara percuma di App Store, Google Store dengan dekat Window Store.
App CatchThatBus digunakan untuk membeli tiket bas secara online, senang kan? Selepas ini dah tak perlu berjalan jauh semata-mata nak beli tiket bas. Dengan app ni, korang boleh buat pilihan tarikh, destinasi, tempat duduk, dan juga masa perjalanan. Tak susah pun, semua dah tersedia.Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pembelian tiket menggunakan aplikasi Catch That Bus:
Kunjungi website www.catchthatbus.com untuk maklumat lanjut |
Bagi Pengguna IOS:
1. Muat turun aplikasi “Catch That Bus” di Appstore.
2. Buka, dan tekan butang “From” untuk pilih destinasi perjalanan anda.
3. Kemudian, pilih jumlah penumpang.
4. Pilih tarikh perjalanan.
5. Tekan butang “Search” untuk memulakan pencarian jadual perjalanan.
6. Pilih masa perjalanan yang diinginkan, kemudian tekan butang “Continue”
7. Selepas itu, anda boleh memilih tempat duduk mengikut keselesaan anda.
8. Selesai memilih, anda dikendaki untuk mengisi butiran sebagai penumpang.
9. Buat pembayaran, anda kini sedia untuk melakukan perjalanan.
Bagi Pengguna Android:
1. Muat turun aplikasi “Catch That Bus” di Google Store.
2. Buka, dan tekan butang “From” untuk pilih destinasi perjalanan anda.
3. Kemudian, pilih jumlah penumpang.
4. Pilih tarikh perjalanan.
5. Tekan butang “Search” untuk memulakan pencarian jadual perjalanan.
6. Pilih masa perjalanan yang diinginkan, kemudian tekan butang “Continue”
7. Selepas itu, anda boleh memilih tempat duduk mengikut keselesaan anda.
8. Lokasi perhentian akan ditunjukkan kepada anda.
9. Selesai memilih, anda dikendaki untuk mengisi butiran sebagai penumpang.
10. Buat pembayaran, anda kini sedia untuk melakukan perjalanan.
1) Jimat Kos, masa dan tenaga
Melalui aplikasi CatchThatBus ini korang dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk keluar pergi ke stesen bas untuk membeli tiket. Maklumlah kos hidup sekarang ni perlu bayar tol, minyak dan memerlukan masa untuk beratur di kaunter tiket. Dah ada online gunakan sahaja kemudahan yang diberikan, lebih jimat!
2) Cepat dan Mudah
Mek Cah juga sarankan kepada korang gunalah app CatchThatBus terutamanya golongan pelajar yang banyak menggunakan perkhidmatan bas untuk ulang alik dari kampung ke destinasi belajar kan. Disamping menjimatkan masa, anda juga boleh melihat tarikh setiap perjalanan, operator bas yang ada dan juga memilih tempat duduk yang selesa untuk setiap perjalanan anda.
Segalanya hanya di hujung jari. Layari www.catchthatbus.com untuk memulakan percutian anda dengan menaiki bas bersama kami ke tempat percutian yang menarik.
Bagi anda yang ingin membeli tiket secara online, boleh la mendapatkan tiket anda dengan melayari laman web www.catchthatbus.com atau dengan memuat turun aplikasi ini secara percuma telefon pintar anda.
Twitter : CatchThatBus
Facebook : CatchThatBus
0 kata-kata indah...
siapa komen, dapat bunga ♥