Assalamualaikum cinta.♥
Al kisah, newspaper dah jarang baca kerana lebih terdedah kepada berita di television , internet dan facebook. bermacam berita yang kita boleh dapat dan access hanya menggunakan teknologi terkini. lebih cepat dan mudah! eceh! Namun berita dalam newspaper tadi mengenai Fazura yang juga merupakan model dan pelakon terkenal dan yang terbarunya "Duta Produk Colgate Optic White" telah menambat hati mek cah untuk menulis mengenai beliau.
berwajah lembut dan ayu maka menarik perhatian kepada sesiapa melihatnya. so memang duta Colgate Optic White layak dengan Fazura. tiba-tiba teringat entri ini"Diet selebriti Fazura: Owh!! Patut la cantik!!". So kalau korang sedang baca entri ini dan tiba-tiba terkeluar iklan Colgate Optic White jangan lupa klik deh! :D
Nur Fazura Sharifudin atau nama pentasnya, Fazura dilabel sebagai ikon fesyen dan atas alasan itu, dia turut membuka sebuah butik yang diberi nama House Of Doll. Disebabkan itu juga, dia sering menjadi pilihan produk terkenal seperti Avon, Lux, Nutox dan terbaru Colgate sebagai duta. Merupakan anak jati Pekan, Pahang, bintang filem Qaisy & Laila ini mengakui dia seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan.
Apakah maksudnya itu? Jom kita kongsi rahsia kecantikan wanita berusia 30 tahun ini.
Apakah yang dimaksudkan Fazura mengenai kesempurnaan?
Sebagai wanita yang juga seorang selebriti, saya amat mementingkan kesempurnaan. Apa yang saya maksudkan adalah daripada sudut penampilan diri dan yang pasti dari kepala hingga ke kaki.
Boleh kongsi sedikit rutin harian Fazura, khususnya dalam memastikan wajah tampil segar dan berseri?
Saya juga seperti individu lain yang menitik beratkan penjagaan wajah, bisanya saya gemar mengamalkan makan jamu dan sayur-sayuran. Ini penting dalam memastikan kulit sentiasa anjal dan terhindar daripada masalah kedutan.
Kekal langsing dari dulu sehingga kini, agaknya apa rahsia Fazura untuk memastikan bentuk badan sentiasa 'mantain'?
Green Tea merupakan minuman terbaik untuk mengekalkan tubuh badan saya selama ini. Biasanya saya akan minum sebelum bersarapan. Malah, saya juga akan meminum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari selain mengamalkan meminum jus epal.
Adakah Fazura mengamalkan apa-apa senaman?
Tentulah, saya sebenarnya turut mengikuti kelas pilates, tiga kali seminggu sejak tahun lalu. Bagi saya, ia sangat bagus untuk kesihatan, di samping cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan.
Selain itu, apakah tip Fazura untuk mendapatkan kulit yang halus seperti kini?
Saya sering melakukan lulur, pada masa yang sama, saya tidak minum minuman yang sejuk. Ini bagi mendapatkan kulit cantik dan sihat.
Produk pilihan Fazura pula...
Sudah pastilah untuk penjagaan wajah saya menggunakan Nutox, manakala bagi penjagaan gigi pula, Colgate sentiasa menjadi pilihan dari kecil lagi. Dan saya yakin ramai yang memilihnya.
Bukan kerana kini saya menjadi juru cakap produk tersebut, namun saya memang mempercayainya sejak dulu lagi. Apa pun saya bertuah kerana diberi kepercayaan menjadi duta Lux dan Avon, sudah pasti saya menggunakannya sebaik mungkin.
PROFIL
Nama Penuh: Nur Fazura Sharifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1983
Tempat Lahir: Pekan, Pahang
Drama: Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Mentua, dan Ezora.
Filem: Bicara Hati, Senario XX, Qaisy & Laila, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak.
Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-17 (FFM17), Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23.
Kecantikan Fazura memang tidak dapat dinafikan lagi, mek cah sendiri tengok pun terpegun dan terpesona. Eh bukan "Radiusite : Pesona Syawal" tau. hehe tapi lagi indah sekiranya beliau bertudung kan? Nampak terserlah kecantikannnya, pasti setaraf artis yang telah berhijrah ini "Penampilan terbaru dari Siti Nurhaliza".
Thanks for reading.
Nota kecil : Jangan lupa menyertai kontest yang kali ke-2 dianjurkan oleh mek cah. kontest simple je. hikss terjah sini tau "Contest super duper simple! LIKE, COMMENT & WIN! ".♥
11 kata-kata indah...
seriously fazura sangatlah gojes ! :)
ReplyDeletenatural beauty. hehe ;)
DeleteFazura meme comel lote
ReplyDeletecantik,tp bile nk kawin ? hehe
ReplyDeletecantik nyer dia..
ReplyDeletecantik kan die..nia pon ska tgk..tp nost of the time too sexy kot.ehe..
ReplyDeletemoga tebukak la pntu at dia..
fazura memang sangat cantik..dan menjadi idola saya..huhuhu...suke tengok dia..^^
ReplyDeletedia cantekkkk :,)
ReplyDeleteawak pun comel sangat2 la.....(^_^)
ReplyDeletecantik sekali dari hati
ReplyDeleteSalam Aidilfitri. Semoga Tuhan melindungi dan memurahkan rezekinya.
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥