RESEPI

TRAVEL

TIPS

Sinopsis Drama Camelia TV3

by - 8:35 AM


Drama Camelia TV3
Drama Camelia TV3
Sinopsis Drama Camelia TV3 | Apabila dah menjadi emak anak dua, maka aktiviti menonton drama memang dah kelaut. Mana tidaknya hari-hari wajib buka rancangan kartun bagi memuaskan hati anak-anak dan cara untuk mereka duduk diam. Kalau dulu wajib tau kongsi tonton link drama disini yang terakhir adalah 'DRAMA KAU AKU KITA'. 

Entah macam mana tiba-tiba terlayan Drama Camelia TV3 kerana terlihat view yang tinggi di YOUTUBE. Terdetik dihati pasti drama ini best kalau tak , tak kan tinggi sangat orang yang menonton kan. Terus maraton Episod 1 sehinggalah episod terkini. Geram! geram sangat dengan Marina yang terlalu jahat yang dibawa watak oleh Ain Edruce. Kedua ibu-bapanya meninggal dunia pun berpunca daripada Marina. Episod paling sedih ialah episod 5, korang wajib tonton tau sebab Mek Cah banyak keluar airmata masa ni. Nasib suami pergi kerja masa tu kalau tak malu tau!Sobssss

Sinopsis Drama Camelia TV3

Drama bersiri 'Camelia' disiarkan di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce dan Hafidz Roshdi. Diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Telah menemui penonton bermula 16 Januari, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

JUDUL : CAMELIA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Januari 2020.
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn Bhd

PELAKON : Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku

WATAK PELAKON
  • Saharul Ridzwan sebagai Malik
  • Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
  • Ain Edruce sebagai Marina
  • Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
  • Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su
  • Qistina Raisah sebagai Marina
  • Puteri Balqis sebagai Mariam
  • Redzwan Adha sebagai Malik

SINOPSIS CAMELIA

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki 'split identiti'.

Sinopsis Drama Camelia TV3

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

You May Also Like

0 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥