RESEPI

TRAVEL

TIPS

Close up bersama Fatin Liyana

by - 9:41 AM



Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Opsss mek cah merupakan peminat tegar Fatin Liyana aka blog Honeykoyuki..kisah mengenali Fatin Liyana ni bermula 1 1/2 tahun yang lepas setelah blog Honeykoyuki diperkenalkan oleh kawan mek cah iaitu Markonah meletop kalau tak silap..hehe selepas pada itu setiap kali Fatin Liyana up entri baru sudah tentu mek cah akan baca entri beliau..hoho sebab itu lah kebanyakan entri di blog ini ada menceritakan tentang Fatin Liyana dan telah menjadi top 5 post dah pun...Eh kelassss kau fatin..muehehehe

kalau tak percaya singgah la ke entri yang ini "Fatin Liyana : Sup cair pun selera", "Fatin Liyana : You are beautiful", "FATIN LIYANA : NASI LEMAK KOPI O TV9", & "Fatin Liyana dalam Malaysia Hari Ini (MHI) 2012", ....memang betul-betul hebat la Fatin Liyana kan...lupa pulak nak tanya macam mana dengan raya korang?best tak??...untuk menjadikan raya korang lebih meriah KLIK SINI untuk menang duit raya RM100,000..Opss mana tahu rezeki korang, kalau dah menang jangan lupa habak na..:P

Close up bersama Fatin Liyana menjadi tajuk berita di Utusan Malaysia..siapa yang ketinggalan tentang berita ini boleh la terjah ke Utusan Malaysia...fatin liyana juga ada berkongsi cerita mengenai idea beliau membuat blog..katanya "Pada mulanya, saya sekadar mahu menulis diari tentang kehidupan sebagai pelajar di Bandung, Indonesia tetapi apabila menyedari tulisan tangan saya agak buruk, niat untuk menulis diari terpaksa dilupakan. Bagaimanapun, salah seorang sahabat karib saya mencadangkan agar saya menulis blog dan terciptalah blog yang bernama 'honeykoyuki'."


Jom ikuti beberapa diolag Fatin Liyana dengan wartawan Utusan Malaysia..
Arkib : 18/08/2012 

Perangai pelik yang tidak diketahui pengikut-pengikut blog…

Baik buku, drama atau filem saya lebih cenderung membaca atau menontonnya sekiranya mengandungi genre misteri, teori konspirasi atau kisah pembunuhan tapi yang paling penting, ia adalah berdasarkan kisah sebenar. Sebabnya, jika saya berasa sangsi tentang kes tersebut saya akan terus membuat carian di Google hingga ke akar umbinya. Apabila mula membuat carian di Internet, saya boleh leka hingga dua atau tiga hari dan hanya akan berhenti, setelah berasa puas dengan maklumat yang diperolehi.

Apakah cita-cita Fatin semasa kecil?

Percaya tak, semenjak kecil saya sebenarnya tidak mempunyai cita-cita. Kalau orang tanya mengenai cita-cita, saya akan berikan macam-macam jawapan. Selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya berada dalam dilema kerana tidak tahu nak buat apa pada masa hadapan. Ada kalanya, saya terfikir untuk bekerja sahaja di kedai perkakas milik ibu sahaja. Ketika berada di matrikulasi barulah saya yakin bidang perubatan itu sebenarnya telah ditakdirkan untuk saya. Sebenarnya, semasa di matrukulasi saya tidak suka mata pelajaran biologi tetapi disebabkan guru yang mengajar itu sangat garang, saya jadi pelajar yang rajin. Lama-kelamaan, saya jatuh cinta dengannya!

Persiapan Syawal Fatin?

Sebenarnya, sudah tiga tahun berturut-turut pakaian raya saya abah yang belikan. Maknanya, sudah tiga tahun juga pakaian raya saya sedondon dengan ibu. Kesibukan menghadiri kuliah membuatkan saya kesuntukan masa untuk membuat persiapan hari raya. Melihatkan keadaan itu, abah dengan rela hati membelikan pakaian saya. Apabila makin dewasa ini, saya menjadi tidak kisah tenang persiapan raya. Apa yang ada, saya akan pakai sahaja. Tapi semenjak blog 'honeykoyuki' dikenali ramai, selalu juga pakaian raya saya mendapat tajaan. Bagaimanapun pada Syawal kali ini, saya begitu teruja untuk membuat kuih raya sendiri memandangkan pada tahun lalu, saya langsung tidak 'enjoy' beraya kerana dibebani dengan tugasan.

Ucapan untuk pengikut-pengikut blog Fatin…

Buat pengikut-pengikut blog 'honeykoyuki', saya ingin mengucapkan selamat hari raya. Di kesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada penulisan saya selama ini yang melukakan hati mana-mana pihak. Selamat hari raya! Berhati-hati ketika memandu, ingatlah orang tersayang… ;)

sumber:

Amacam?ke mek cah sorang minat Fatin Liyana ni..Lolzzz tapi kebanyakan keyword search dalam blog ini adalah "Fatin Liyana"...maknanya Fatin Liyana mempunyai peminat yang ramai..Fuh kalah artis tu..wiwiwitt..:P

Thanks for reading...

p/s::Jom pi holiday!!..ya beda beduuuuuuu!!...=)

You May Also Like

16 kata-kata indah...

  1. wah.. peminat fanatik FL ye awak ni.haha

    ReplyDelete
  2. pasni izma nak wak close-up mek cah plop kat blog. bleh dop? :)


    minal aidin walfaidzin ya :)

    ReplyDelete
  3. Saya pun minat dengan FL . dia comey . hahaha :)

    ReplyDelete
  4. kahe2..sek2 blogger saem2 ambe tok knal pon die ni

    ReplyDelete
  5. @evagurl (podshop)
    adu kak izma....selamat hari rayo...nok g rayo dumoh bulih?hehehe

    ReplyDelete
  6. @JIJI YU
    plawok la terr jiji klu xkenal..hewhew

    ReplyDelete
  7. rin pun mnat FL..adorable la dia tu ;)

    ReplyDelete
  8. mek cah pn ape kurangnye..lawa mcm fatin liyana gok..

    ReplyDelete
  9. sy bloglist blog awak ek..jgn marah tau..hehe

    salam perkenalan..:)

    ReplyDelete
  10. awak cantik macam fatin liyana :)
    selamat hari raya..

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya hazanis =)

    ReplyDelete
  12. Salam kenal dik.....akk tgk Fatin kat tv dulu tp takde minat sgt, mungkin sb akk dah otai...hehe..

    ReplyDelete
  13. ramai orang suka fatin liyana nih. cantik, bakal doktor lagi tu..

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥